Maybe pembawakan dari 34 weeks baby dalam perot ni.
Hari ni EL. Adam tak berapa nak sihat. Mungkin weather yang tak menentu sekarang, yang kejap panas bedenting dan kejap sejuk mengelatok ni buat antibodi Adam tunggang-langgang. Adam dah tido selepas mengamok selimut busuk kena basuh. Jasmin 24/7 leka dengan channel cartoon, so untuk memenuhi masa, mari cerita pasal makan.
Aktiviti Malaysian tentang makanan memang teruk. Habit orang Malaysia, di mana jua, apa pon agenda atau event, mesti ada selingan makan-makan.
Buruk perangai makan! |
Makan itu penting. Konfius dengan
Cedera parah sebab high cholestrol dalam badan |
Ceritanya cenggini, bila mula-mula my Razi ke klinik sebab katanya sesak di bahagian dada. Doctor di klinik terus buat ECG procedure dan surprisingly, result dari one of the graph tak berapa nak elok, terus doktor klinik buat refer letter ke hospital.
Seminggu duduk hospital (tapi hari-hari tido kat umah haha!). Berkenduri house warming hari tu pun bercucuk, berbalut tangan. Nasib baik hospital belakang rumah. :)
Gas make him high. |
Sila jangan miang keladi! |
Dan dalam fikiran juga, Hamaigaddddd... belom masuk 30's, dah ada penyakit cenggini? Caner nak sustain kehidupan lagi 30 atau 40 tahun? (kalau panjang umur) Takkan sepanjang hidup nak makan ubat? Clog arteries? Heart attack? Onoz! Onoz! Onoz!
Frankly cakap, kesedaran tentang pemakanan memang tak ada langsung dalam kehidupan kami. Kami masak apa yang rasa kami nak makan, kami beli apa yang teragak tekak nak telan.
Orang kata outside food penyumbang terbesar dalam masalah ni, memang betul, tapi saya juga tak nafikan, pemakanan dari rumah juga penyumbang dalam masalah kolestrol tinggi ni. Kenapa?
Minyak masak. Ini punca paling utama. Orang Malaysia masak mesti nak tumis dulu la, goreng dulu la, masak sup pon nak tumis bahan-bahan dulu; Malaysiannnnnnn~~ dan minyak paling best dan ekonomi untuk guna, minyak kelapa sawit
Kalau makan outside food dari kedai zink feveret kami meng-order makan, dah tentu pakai minyak paling murah yang dalam peket tu. Minyak dalam peket ni lagi bahaya sebab minyak ni minyak yang di-recycle. Tak caye, sila google.
Nak pendek cerita, nasib saya baik sebab saya bekerja dengan orang-orang yang penuh dengan kasih-sayang; especially my regional manager. Sebab husband punya penyakit, saya kena dengar consultation dari dia tentang diet dan pemakanan setiap pagi sebelum mula kerja. Itu belum lagi campur tentang consultation pasal pediatricion pasal Jasmin. Sigh.
Anyway, he gave us few tips to maintain our good healhty living dan paling saya suka, my Razi tak perlukan ubat hospital kalau saya boleh maintain lifestyle yang dia reccomend. He's too young untuk semua tu. Apa yang penting, saya perlu jaga pemakanan dan cara masakan dan opkos kena juga ada supplement. But no drugs dari hospital, banyak side effect. So, i try natural way.
First thing, i need to change my cooking oil to the one yang low cholestrol. No more palm oil and i have to subsitute it with olive oil. Olive oil memang paling baik dalam bab kehidupan. Dalam Al-Quran pun ada ditulis tentang kebaikan olive oil ni. He suggested me the olive pomace oil cos boleh frying and baking. The one he used now is Basso and can easily found it in Tesco. The price is cheaper compare to others brand; RM19.90/1 litre.
Then he suggest to take roled-oats three or four times a week for breakfast. Other than that, chapathi is the best breakfast cos it will last until lunch time. The NASIK LEMAK is a big NO NO for razi.
For the time being, my Razi have to avoid the santan. Masak lomak cili api orang nismilan la yang paling high cholestrol. Kalau nak tahu, tak ada masalah bagi pengambilan santan yang raw tanpa dipanaskan tapi akan jadi penyakit bila santan dimasak. Kalau siapa yang biasa masak pakai santan mesti boleh faham kenapa.
Pengambilan ikan adalah paling sempurna. Tapi bukan sebarang ikan. Hanya consume ikan yang bersisik besar macam siakap ,kerapu, ikan merah dan lain-lain yang sejenis dengannya. Ikan jenis ni kalau di masak, dia takkan keluarkan miyak dari badan dia.
Ayam, daging lembu, atau kambing, seafood, masih boleh diambil, tapi cara masakan kena betul. Tapi kalau boleh tak perlu ambil selalu.
Yang paling penting sayur-sayuran dan buah-buahan. Salad is the best, especially time dinner. Dan kalau rajin google, salad is not just about vegetables, u'll find so many varities of salad preparation and opkos memang lah nampak yummylicious.
Kena ingat selalu, untuk lunch dan dinner, balance diet itu penting, okay!
Selain tu, untuk minum petang pula, nak gantikan segala oily kuih muih especially goreng pisang paroi la, cekodok kat senawang tu lah, my Razi is reccomended to take 5-10 pcs of walnuts per day. Yang dibakar.
Untuk supplement, he advise me to give my Razi RED YEAST RICE tablet. Tablet ni sangat baik untuk reduce cholestrol dalam badan. Boleh ambil sebelah malam after or before meal daily. Kalau tak silap boleh cari di Guardian pharmacy brand Biolife, affordable price.
Physical activities pon memainkan peranan besar. Tak semestinya dengan hanya bersenam sahaja. Seeloknya, elok berjalan selama 30 minit setiap pagi especially selepas solat Subuh, time tu udara segar, especially area rumah saya sekarang ni.
Selain tu, boleh juga buat aktiviti berkebun, atau tolong isteri buat house chores like mengemop lantai, sidai baju, boleh juga membantu membakar lemak. Bukan setakat kesihatan terjaga, malah isteri pun rasa senang hati sebab suami rajin bantu membantu dengan kerja rumah, pahala pun dapat; sama-sama menuju ke syurga. :)
Nasib sekarang ni ada masalah kolestrol sahaja. Tak tau lepas ni timbul pulak masalah diabetes ke, darah tinggi ke, darah rendah ke. Aaahhh, lagi satu nak kena hadap!