Monday, 22 February 2010

Public Conference ! ! !

(Advise: Sebaiknya anda layan entry ini while listening to Greenday, 21 Gun untuk dapatkan feel yang lebih baik haha!)

Salam Ahlan Wa Sahlan Marhaban Ya! untuk pembaca entry saya kali ini…. (Greeting ala2 arabic sikit, ye lah, mana tau ada di antara pembaca entry saya ini yang ala2 pak/mak arab )

Sebelum saya teruskan entry saya kali ini, saya mohon maaf jika penulisan yang agak pelik dari saya kali ini bakal menginggung hati pembaca2 yang budiman (terutamanya untuk orang yang kurang kasih sayang/ meroyan/ kurang perhatian/ kurang subur)

Utamanya sekali, sememangnya tujuan entry2 saya selama ini hanyalah untuk meng-update tentang perjalanan kehidupan saya (semestinya bukan harian as my tak-berapa-nak-ada-followers knows how often I update my blog) dan sememangnya update tentang kehidupan saya setelah berumahtangga dan especially ceritera/ ceritareka tentang my Jasmin (ibu luv u always Jasmin…mmuah!) Kesimpulannya, Blog J.O.U.R.N.E.Y ini hanyalah sebagai “time capsule” untuk reference saya dan Jasmin di masa hadapan.

Note: Sila abaikan blog alien saya yang lagi satu tu ye(Me, Myself & Janggoat… tak pernah sempat update pun sebab kehidupan bercinta saya memang sibuk dengan aktiviti dating, keluar makan, jalan2, dan lain2 lagi.)

Setelah apa yang berlaku dan diperlakukan kepada saya lately, memberanikan saya bersuara secara maya dan menjernihkan kekelabuan (belum hitam lagi) yang telah menyeliputi kehidupan saya sekarang ini (wow, ayat canggih nih!) Even-though (ini adalah ejaan yang betul) my parent says “…biarlah Lily, tak luak pun orang buat tanggapan macam tu kat kau, sabar ajelah, sampai masa, tahulah diorang cerita sebenarnya…..” (lebih kurang macam tu la phrase-nya)

Nasib saya baik kerana masih memiliki parent yang mengajar saya supaya tidak cepat melatah dalam apa jua keadaan. Mommy dan Babah mendidik anak-anak untuk buat apa sahaja pilihan tanpa sebarang paksaan dan membuat keputusan yang terbaik bagi diri sendiri & mereka juga. Mereka adalah seperti sahabat di mana tempat saya mengadu, mencari reference dan guidance; tempat di mana anak-anak berkongsi masalah, cerita suka atau duka. Saya juga beruntung kerana masih mempunyai mak dan abah mertua yang saya cuba untuk anggap sebagai parent saya sendiri ( tetapi untuk serasikan semua itu, ternyata saya memerlukan masa) Saya mencuba sedaya-upaya untuk equal-kan kasih sayang between them...

Tak dinafikan kehidupan rumah tangga saya sekarang ini yang sekejap di atas, sekejap di bawah membuat ramai orang tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku tetapi adakah mereka kesah dengan pucuk pangkal ceritanya (maruah suami masih dalam genggaman)(bukan saya sahaja, even orang lain yang dah berkahwin pun akan mengalami plus minus pengalaman seperti saya) Mengikut data dari Daisy Path saya, saya telah berkahwin selama 2 years++ dan saya rasa usia perkahwinan saya ini masih di tahap jalan, jalan, jatuh (nak masuk tadika pun belum boleh lagi ni…)

Kutukan & mengata saya dengan bermacam-macam tohmahan itu & ini saya jadikan sebagai motivasi untuk saya terus berusaha ke hadapan di samping memajukan diri saya dan demi masa depan my Jasmin. Saya akui, at first saya berasa agak tergugat dengan apa yang telah terjadi dan diperkatakan dan disampaikan tetapi I realize the mind-reaction yang saya alami itu seperti yang muncul di dalam kotak minda saya hanyalah hasutan dari Syaitanirrajim… (syuh syuh go away you satan!)

Penghormatan jenis apa yang di-expect dari type manusia ini? Mahu saya hormat atau mahu saya tunduk pada ketidakadilan? Dan apakah erti hormat for this person sehingga sanggup mengata-ngata between her own in-laws di laman W.W.W. ini? (World Wide Web) Sudah terang lagi bersuluh bahawa kecanggihan yang disalah-guna-pakai oleh this person pasti akan mengundang kecelakaan di masa hadapan. Sedarkah dia bahawa sudah pasti the Whole Wide World (can be WWW too) akan melewati WWW ini dan pasti penyampaian penceritaan akan berlaku; dari orang pertama ke orang kedua lalu ke orang ketiga dan selanjutnya dan pada kebiasaannya apabila penceritaan sudah bermulut-mulut, pasti akan ada tokok dan tambah lalu berlaku perpecahan antara saudara sekelilingnya.

W/bagaimanapun as a normal human being (ini adalah ejaan yang tepat) memang selalu melakukan kesilapan, so yang tidak diiktiraf sebagai hakim tidak perlu jadi hakim untuk jatuh hukum bagi orang yang sering buat kesilapan. (Sayangnya, even nowadays, majistret pun disabit makan rasuah)

Saya tidak berasa ke-tidak-rukunan rumah tangga saya ini perlu di campur adukkan dengan kehadiran pihak ketiga yang tidak tahu pucuk pangkal cerita menjadikannya terlalu emosi (serkap jarang) lalu menjaja keaiban diri saya ini kepada mereka2 yang tak pernah wujud dalam kisah cinta saya and hubby selama ini(seperti seekor ayam betina yang baru berteloq sebijik tetapi mahu heboh2 se-kampong) (my Jasmin call ayam = kokok) What kind of mentality does this person have?

Sebolehnya saya ingin menjauhi diri saya (including my Jasmin) to have such kind of third class mentality (penuh sifat zalim)(refer to Forum Perdana 11.Feb.2010) (Apa? Ingat saya tak tengok rancangan berbentuk kerohaniaan ke? I try at least once a week untuk dengar whether from TV or radio agar saya tak lupa dengan agama saya; saya tak haprak sangat!)

Sebolehnya, I want myself (including my Jasmin too) to have first class mentality dan meng-integritikan diri saya ke arah sesuatu yg berfaedah dan sudah tentu bermanfaat agar mereka2 ini memahami & menerima diri saya seadanya. (Senang mulut untuk berkata, tapi sekurang-kurangnya saya berusaha untuk itu)

Umumnya, tiada salahnya menabur kebaikan dan budi dan sememangnya itu di tuntut Tuhan. However, Tuhan juga tidak suka pada orang yang sudah menabur budi tetapi mahu dilihat dirinya seolah2 seorang savior dan mula nak buat pengumuman/kenyataan/press conference dsbgnya, itu adalah sifat takbur.

Seharusnya apabila tangan kanan yang memberi, tangan kiri duduk diam2 sudah. Bagi diri saya, setiap orang ada cara tersendiri untuk menghargai sesuatu perkara. Harus diingat, to show appreciation tak perlu cuba menghalalkan yang ternyata haram hanya kerana telah berbuat kebaikan.

Andai diri sudah dewasa mengapa membuat tindakan seperti orang yang baru kenal dunia? Saya rasa saya sendiri sering cuba memahami diri dan sering kali membuat maintenance (tak perlu tunggu sehingga 5000km) dan saya tidak mahu menilai diri orang lain sedangkan saya tidak tahu diri saya ini baik atau buruk; benar atau salah. (senang cakap, don’t complain others-lah, jaga tepi kain sendiri sudah!)

Dan secara global opinion, pemikiran adalah selari dengan tindakan (sikap mencerminkan pemikiran yang seseorang itu ada) Mana mungkin orang bertindak tanpa menggunakan fikiran (itu “OKU akal” namanya) atau mungkin orang yang membuat tindakan itu hanya menurut kata hati (tetapi bukankah ikut hati akan mati?) Ini adalah justifikasi dari pemikiran saya sendiri dan samada setuju atau tidak itu terserah anda….

Biarkan orang seperti ini jadi seperti anjing menyalak bukit. Setakat ini, saya masih tidak rasa tergugat dengan apa jua anasir2 yang datang di hadapan mahu pun di belakang, kiri, kanan, atas dan bawah, kerana kesabaran saya masih di dalam batasan (Tetapi sudah menjangkau level pinggang, dah nak sampai ke hati & mungkin akan sampai ke kepala pada bila2 masa sahaja)

P/S1: Apa yang disampaikan disini semuanya adalah dengan pengetahuan & keizinan suami dan saya rasa bersyukur kerana sebetulnya dia masih disisi dan sentiasa menyokong saya.

P/S2: Entry ini bukan untuk mencari musuh atau membuat musuh dengan sesiapa sahaja antara umat manusia sejagat tetapi hanya untuk menjelaskan kejadian sebenar dan memutihkan semula maruah saya yang telah tercalar+dipajakgadaikan oleh saudara seagama saya sendiri. Saya sungguh malu dengan apa yang telah terjadi.

5 comments:

zue said...

salam lily,
mmg begitu lumrah manusia...penuh dgn hasad dengki.

jgn di layan org mcm ni...yg penting suami dan keluarga masih menyokong lily.

my name is lily said...

Salam k zue,

Terima kasih kerana memberi comment perangsang sebegini.

Saya menulis semua ini ternyata bukan untuk menjadi pengadu domba mahupun batu api, sekadar menegakkan apa yang hak bagi saya.

Sehingga kini, saya masih menunggu this person bersemuka dengan saya, bertemu secara dewasa, tetapi yang menghampakan saya, this person masih mahu mengata sesuatu yang buruk tentang saya di antara rakan2nya.

Saya akui saya bukan malaikat, begitu juga dia dan saya harap dia sedar untuk cuba mencari jalan memperbetulkan keadaan yang berlaku sekarang....

P/S: Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat~~

Nadiah Faruk Khan@Mrs. Izz Noland said...

Sabar akak..:)yg dulu tu lg ke??

my name is lily said...

Farah,

Nampaknya gitu ler....

Tengah belajar untuk banyak2 bersabar ni...

Anonymous said...

mule2 srabut gak la bce..then i realize it at climax part..cm besh..cm tah pape..cm sakit ati..then i got the point.wow..ganasnye.xtaw nk cakap pe g.well human never satisfied with what others have and they have also.nk lebey je...anyway, jgn tlalu dgr ckp owg sgt.tabah harungi dugaan and keep the spirit to go further. biakn y laen "tertinggal" janji kita dihadapan lebey dari mereka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails