Friday, 26 November 2010

Pesanan Ibu 0001 : Celaan Membawa Semangat

Oleh kerana hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, mari saya share-kan di sini serba sedikit tentang perkara-perkara yang serba sedikit religious dan berkait rapat dengan kehidupan kita.

Ia juga sebagai suatu peringatan bagi diri saya, juga pada diri Jasmin di masa hadapan.

Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita semua menjadi judgmental tetapi harapnya bacaan ini dapat "put things into perspective" dan buat kita menilai dan memahami kewajipan sebagaimana yang dituntut agama, inshaAllah.

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Menata Hati Menghadapi Celaan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada celaan dan cemuhan orang lain. Siapa pun kita, di mana pun kita berada, selalu sahaja terdapat orang yang akan mencela bahkan mencemuh kita. Malah Allah dan rasul-Nya pun tidak terlepas dari lidah keji manusia-manusia seperti ini. Seorang penyair Arab berkata: “Manusia menuduh Allah punya anak, mereka juga berkata: Rasul seorang tukang sihir. Tidak selamat Allah dan rasul-Nya daripada lidah manusia, apatah lagi saya?”

Kerana celaan suatu kepastian, maka kita mesti pandai menata hati. Jangan biarkan ucapan negatif orang lain itu mengeruhkan hidup kita, menguruskan tubuh kita dan menahan kita daripada aktiviti yang bermanfaat untuk masa depan kita.

Kita mesti pandai memanfaatkan energi positif yang terdapat di dalam celaan untuk membakar semangat menuju kejayaan. Setiap kali mendengar celaan, pandanglah ia sebagai obat, semakin pahit rasanya semakin baik untuk kesihatan kita.

Marah dan dua pilihan
Saya tidak tahu dengan anda, akan tetapi setiap kali mendengar celaan, apalagi jika berlaku di hadapan orang ramai, hati saya terasa sangat sakit. Telinga terasa terbakar, muka merah padam, dan emosi terasa hendak meletup. Malu terasa bercampur dengan kemarahan.

Jika anda merasakan hal yang sama, itu pertanda anda manusia normal. Sebagai manusia, celaan sangat menyakitkan hati dan membakar kemarahan. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak marah ketika orang lain menyentuh kehormatan dan meruah dirinya. Imam al-Syafii berkata, “Barang siapa yang dibuat supaya marah namun tidak marah, maka ia adalah keldai.” Keldai adalah simbol untuk kebodohan yang sangat parah.

Pada saat penuh emosi ini, kita dihadapkan dua pilihan yang siap untuk diambil. Apa yang kita pilih biasanya ditentukan oleh karakteristik jiwa kita.

Pilihan pertama adalah merubah kemarahan itu menjadi dendam, lalu menyimpannya di dalam hati dan menunggu saat yang tepat untuk diaktualkan. Ia menanti dengan penuh waspada masa keemasan untuk membalas sakit hatinya dengan berbagai perbuatan yang dapat merosakkan orang lain, bahkan dirinya sendiri. Sikap ini menjadi pilihan ni orang yang berjiwa kotor dan hina. Celaan dan makian yang ia dengar bukan sahaja merosak hatinya, malah juga meruak masa depannya.

Pilihan kedua adalah menyimpan kemarahan itu di dalam hati lalu merubahnya menjadi pembakar api semangat untuk memperbaiki diri. Celaan memang menyakitkan, namun ia menyedarkan kita kepada kekurangan diri yang mesti diperbaiki. Tidak ada yang lebih menyakitkan hatinya daripada membiarkan kekurangan tersebut tetap berada di dalam dirinya sehingga mengundang berbagai celaan lain sepanjang hidupnya.


Celaan sebuah ubat, pujian sebuah racun
Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumiddin berkata, “Sering kali manfaat yang kita dapatkan daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan dari teman-teman yang selalu memuji kita.”

Ya, pujian jauh lebih merbahaya daripada celaan. Ia memang manis, namun mengandungi racun yang dapat merosak hati manusia. Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian, semakin hatinya tertutup daripada kebenaran. Pada saat itu, ia tidak akan pernah tersedar daripada kekurangan dirinya apalagi tergerak untuk merubah dan memperbaikinya. Tanda seseorang sangat hina di mata Allah, Allah membiarkannya tenggelam dalam pujian.

Sebaliknya, celaan memang pahit namun ia berisi ubat yang akan merubah hidup kita menjadi lebih sempurna. Syaratnya kita mesti pandai merubah celaan itu menjadi pembakar semangat seperti yang dilakukan tokoh-tokoh berjiwa besar. Jika anda memiliki jiwa sebesar mereka, anda pasti melakukan apa yang mereka lakukan. Wallahu a’lam.


p.s. 
Fudhail bin ‘Iyadh (w. 187 H) berkata, “Seorang mukmin menutupi kesalahan seseorang lalu menasihati. Tetapi seorang pembuat dosa mengisytiharkan lalu mencelanya.” Imam Al-Syafii berkata, “Barang siapa yang mengkoreksimu dengan sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Dan barang siapa yang menasihatimu di depan umum, maka sebenarnya ia sedang menghinamu....”

Thursday, 25 November 2010

Tuhan mendengar saya : Alhamdulillah......

“Sesungguhnya seseorang dari kamu dihimpunkan kejadiannya dalam rahim ibunya empat puluh hari sebagai setitis mani, kemudian dia menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama juga kemudian dia bertukar menjadi seketul daging dalam tempoh itu juga, kemudian diutuskan kepadanya malaikat untuk meniupkan ruh padanya dan diperintahkan juga kepada malaikat itu untuk menulis empat perkara iaitulah rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia orang yang celaka ataupun orang yang menderita. ( HR al-Bukhari no 3036,Muslim no 2643 ) 



p.s. Woot! Woot! Another 7/8 month++ to go!

Tuesday, 23 November 2010

Kindy Explorace #1

Ibu Jasmin dalam misi pencarian!
Title ala-ala amazing race asia sket.

As for our concern, Jasmin will turn up 3 y.o. next year dan saya kini sedang pening kepala memikirkan "kindergarten" mana yang sesuai untuk Jasmin. Saya makin pening kepala apabila setiap kali, setiap pagi terserempak "kindergarten" apabila on the way ke nenek house, setiap kali itu juga Jasmin akan cakap;

".....Ibu, nak gi schooi....! "(sambil mulut memuncung ke arah "kindergarten" tersebut

Waktu zaman saya kecil dulu-dulu tak sama macam zaman Jasmin sekarang ni. Saya tidak berpeluang langsung nak menjejakkan kaki ke tadika. Saya tidak pernah kenal erti tadika dan yang saya tahu, saya hanya duduk di rumah, terus terusan bermain, bermain dan bermain, bersama-sama anak jiran yang lebih muda dari usia saya ketika itu. 

Saya tidak pernah menyentuh atau mengenal buku-buku tadika tetapi seingat saya, saya hanya memiliki satu Jigsaw Puzzle ABC yang mempunyai gambar-gambar menerangkan setiap huruf. Itu sahaja yang saya gunakan untuk mengenali ABC pertama saya. Tetapi saya bernasib baik kerana saya mempunyai kakak-kakak dan abang yang sudi menunjuk ajar saya walaupun bukan untuk sepenuh masa.

Hidup kami bukanlah dari background yang senang. Babah dan mommy perlu bekerja keras bagi menyara kami 6 beradik. Walaupun mereka jarang mempunyai masa untuk anak-anak, tetapi mereka ada cara tersendiri mendidik dan membesarkan kami sama seperti anak-anak orang lain.


Quality time yang mereka ada, mereka cuba isikan dengan aktiviti educational seperti "scrabble". Bagi saya, "scrabble" time tu memang sudah jadi aktiviti yang paling best ever!


Seingat saya, saya mula belajar membaca apabila saya berada dalam darjah satu. Di situ permulaan saya menerima ilmu yang mencurah-curah dan tidak ternilainya.


Owh, last week , I went to visit one of my relative yang anaknya baru je dapat result UPSR. 1000x Tahniah! Seikhlas dan terharu ucapan tahniah saya! Eventough tak perfect straight A's tetapi result yang diterima memang diluar expectation ramai orang. Dia bukan dari keluarga yang senang, bukan dari latar belakang yang "great-la-sangat" tetapi dia berjaya buktikan dengan usaha diri sendiri, dia mampu untuk jadi yang terbaik. Memang tabik kat budak kecik ni! She remind me of lil'lily suatu masa dahulu.


Saya tidak pernah ke tadika.
Saya tidak pernah di hantar ke tuisyen.
Tidak pernah menghadiri sebarang kelas tambahan.
Saya tidak pernah menghadiri sebarang ceramah motivasi.


Apa yang dibekalkan semasa saya menjawab keempat-empat paper exam UPSR ketika itu adalah doa-doa dari orang-orang yang sentiasa ingin melihat kejayaan saya. 3As are enough to make my parent proud of me.


Okaylah, back to the earlier part, last two week saya ada ke tadika berdekatan dengan area rumah saya. Dengan satu tujuan dan satu harapan kalau boleh mereka dapat menerima Jasmin as a kindy-student early January next year. Sedikit hampa bagi saya dan juga Jasmin as they required someone yang dah independent on managing her own toilet-wee-wee-ook-ook-matters!


The owner, Pn Rashidah of Tadika Amal Al AnFaal, advise me to let her enjoy her life first as she will spend another 10 to 20 years more on books and school. Worried if she might getting bored because to much of school time.


Anyway, I am so interested with the kindy (sama macam Jasmin jugak!) as they provide what I really wanted for Jasmin such as hygienic concern, friendly teachers and they can communicate in English, enjoyable environment, they provide syllabus from Anakku and Ladybird Peter & Jane and the most important thing is they teach Iqra' (selain dari fees yang berbaloi-baloi dan monthly payment yang sangaaaaat reasonable.)


Sadly, admission is only for the 4 years old children and above and they conduct the class until 12 noon only. So, there are lot of things that I need to consider especially on the matters who wants to baby sit Jasmin on the other half day.


Sejujurnya, saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang fussy dalam hal seperti ini tetapi sedikit sebanyak bagi saya sudah tentu saya inginkan sesuatu yang terbaik bagi zuriat amanah tuhan ini. Selagi saya mampu, saya cuba beri yang terbaik.  

Jasmin love books a lot and she loves looking at the pictures



p.s. I've received one e-mail recently tentang kejayaan seseorang itu dapat di capai jika kita sentiasa berfikiran positif. Cuba bersifat "tuli" dengan apa jua kata atau tulisan yang negatif dan terus mencapai cita-cita. Dan pastikan juga semuanya adalah kerana "lillahitaala".



Friday, 12 November 2010

The Love Story ♥

**Special post on my 100th blog-entry *wink*wink*

on our cruise.....
Cherita chenta saya,
alkisah........

Susah nak diterjemahkan, sukar nak dirungkaikan... (eceh!)

Another love-story since my last post...


Y'all bagi-lah benda yang paling canggih kat dalam dunia ni sekali pun,( even DSLR film maker pon! aha!), It's hard for me to share on how my TrueLoveStory really goes...

Gambar classic tahun 60-an
Siapa dia kecintaan saya? 
Siapa dia kesayangan saya? 
Siapa dia kejiwaan saya?
Siapa dia kegilaan saya?
Siapa dia inspiration saya?
Siapa dia "jang-goat" saya?
Siapa dia dunia saya?



Anyway, to make it short and simple here (tetapi bermakna), it was all started unexpectedly!


Dulu sebelum berkecimpung dalam dunia percintaan, saya tak percaya TETAPI bila kena batang hidung sendiri, "Love for the first sight" memang buat dunia saya upside down...


2 tahun jadi partner-in-crime, setahun bertunang-but-still-in-unofficial-relation, and today, sudah tiga tahun++ jadi officially-sleeping-partner (ngahaha!) 


Oleh itu, dengan suka-hati-saya, saya synchronize-kan hubungan dua hati ni dengan buah-buah lemon! Cinta yang umpama beribu-ribu biji lemon! (Eceh! ceh! ceh!) So, as for the friendship growing now,  sama macam lemon, Fresh and very-the-vibrant-color! Ada manis, ada masam... Kalau manis saya boleh buat cake, Kalau masam saya boleh buat teh tambah madu (yummmmaaayh!)


Can you imagine, we have been in the same high school, same Politeknik and same practical company (how silly me didn't even notice that he is actually my senior!), but we never bump on each other, not even once, but  not until on one fine day, I went for a site visit for my practical company, and "Taman Bukit Lemon" bikin sejarah dalam hidup saya!  (now u know why "lemon" rite?)

That was the first place that I've met my soul-mate! (syuussss, malu nak cerita panjang lebau!)


Kerana, for the first time, kami berjumpa, mata-bertentang-mata, without any conversation apa pun until a week after kalau tak silap, one of my office mate cakap, 

".....ada orang dah berkenan kat kau..."

At first I didn't notice him and I didn't even bother to whom-ever-pon yang nak jeling-jeling kat saya but somehow for the first time he saw me and what I know, he said that,

"......saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak...."


Hurm.... spontaneously that time I thought;

".....I yang pakai jeans and t shirt and pakai selipar jepun masa site visit rasmi MPS pun ada hati nak ngorat...."


Since that day, we've been communicate tru the phone and the first blind date ever was when I'm thinking of wanted to borrow him his practical report book. Remember I told u, he was my senior! (Thanx to my sister cos sudi nak accompany me at McDonald's for the sake of the report book!)


.....and the love story begins....... (aaawww!)


The journey keeps on and on and on and on; (until infinity; inshaAllah). Cinta kami umpama kapal cruise di lautan. Keep on sailing all around the globe. MrHubs is the captain hook ahoy! and I'm the tukang teropong cum the quartermaster. Bila dah dalam our cruise ni, macam-macam pengalaman boleh datang. Through all the years, dah banyak juga port yang kami singgah. Tapi yang paling saya suka kalau port tu ada duty free, shopping sakan yeay! 


Terus-terang lagi, kami ni selalunya ikut gelora lautan, kalau tinggi ombaknya, tinggi melangit lah kami berada, kalau tenang geloranya, maka berbunga ajelah cinta di hati. Walau apa pun berlaku dalam cruise kami, kami masih kekal di dalam satu kapal. Saya tak sanggup nak terjun dari kapal sorang-sorang, especially bila dah ada Jasmin sekali ni, takut nanti lemas pulak. (Oooh....!)

Yeay! Kami dah kawen....
Alhamdulillah....

We have breathed the same air, we have walked a thousand miles, we have crossed a million bridges, dah beribu KM meter kereta berdetik, and we are still holding hands together. 

Masih maintain standing still, masih ada lagi "saya suka awak"! (aaawww!)

And no matter what happen, we are still needing each other. You complete me us!


Satu pesan orang-orang tua, dalam nak kekalkan hubungan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.


 Bagi saya, cinta saya dan cinta mrHubs adalah pelengkap kehidupan Jasmin.




RaziLily= j♥smin
 
p.s. he is the funniest man i've ever met!

Tuesday, 9 November 2010

What makes my day..........

It's really make me cried!

Crying my heart out.....


Oh Darling.....

Don't you ever grow up!





From cstproduction on Vimeo.







How I Wish to have one kind of this vimeo on my next baby too! 
Yeay!
I wish.... I wish.... I wish.....



P.S. I love u and u and u and u and u and, oh my Jasmin! I do love u so much!

Wednesday, 3 November 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

"Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan."


Walaupun Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 dah nak melabuhkan tirainya, tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu lagi terus menghayati Bahasa Kebangsaan kita sendiri iaitu Bahasa Malaysia. Wajibnya kita harus sematkan terus semangat "bahasa jiwa bangsa" ke dalam setiap ceruk kehidupan kita.


Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi bagi rakyat Malaysia walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Justeru itu, Bahasa Malaysia juga adalah melambangkan salah satu ciri 1Malaysia.

Jangan malas untuk bercerita dan menjawab 
apa jua soalan yang diberikan oleh anak-anak
Dan apabila kita menyentuh tentang bahasa , sudah tentu akan berkait rapat dengan "komunikasi". Sedangkan orang bisu juga memerlukan cara untuk berkomunikasi dan mereka mempunya cara dan bahasa tersendiri untuk berkomunikasi, inikan pula kita yang diberi nikmat untuk bertutur-kata, sudah tentu itu adalah sangat vital untuk kita semua. Kesimpulannya, masing-masing memerlukan satu bahasa untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.



 Bagi kami dan Jasmin, di dalam proses pembesarannya, komunikasi adalah perkara utama dalam kehidupan seharian Jasmin. Bahasa yang disampaikan oleh Jasmin mencerminkan tentang gaya orang-orang dewasa yang disekelilingnya berkomunikasi dan berbahasa dengannya.

Apa yang saya praktikkan untuk Jasmin, apa yang penting adalah bahasa ibundanya iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi bagi mengelakkan Jasmin hanya tersekat dengan satu bahasa, oleh itu kadang-kadang saya juga terapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keduanya. Di samping itu, saya juga terfikir jika suatu hari nanti Jasmin juga mampu bertutur dalam bahasa Mandarin, Tamil dll. InshaAllah......


Seperti yang sedia maklum, walaupun kita mempraktikkan bahasa Malaysia di dalam kehidupan seharian kita, tetapi pecahan bahasa itu dapat dilihat melalui dialek-dialek yang disampaikan mengikut negeri samada di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

Seperti saya di Negeri Sembilan contohnya, saya lebih cenderung untuk berbahasa Malaysia tetapi masih menggunakan beberapa dialek negeri sembilan/minang. Kadang-kadang, kami berkomunikasi menggunakan dialek negeri sembilan dengan Jasmin supaya dia biasa dan tidak kekok dengan dialek yang telah dipraktikkan sejak dari nenek moyang lagi. Bagi pendapat saya, jika dia memahami bahasa nenek moyangnya, maka dia juga akan memahami kebudayaan dan keseniannya juga.


Bagi melihatkan entri saya kali ini supaya tidak terlalu berat, oleh itu, saya hidangkan disini satu contoh karangan menggunakan salah satu dialek Negeri Sembilan untuk pengetahuan semua.

_________________________________________________
Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

credit to amazingNara.com
_____________________________________________________



p.s1:
Apabila hilang bahasa kebangsaan sesebuah negara itu maka akan runtuh lah tamadun sesebuah negara itu...MALIK BENNABI

p.s.2:
Entri versi "mood-cuti-raya", kojo dah tak berapo nak ado, semuo ee dah cuti rayo!

Tuesday, 2 November 2010

The Festival of Lights

Kerja keras mereka2 ni!
Hari ini baru hari Selasa tetapi kemeriahan Deepavali dah semakin terasa di sana sini especially in my office. A decorative artwork from IRCON staff, Kolam, buat saya sangat teruja untuk turut serta memeriahkan suasana. Biasalah, when this kind of "big day" is coming, of coz lah they all super-busy for the preparation nak mencantikkan office supaya glam's ala ala Bollywood! Aaaww!  As for this year, this is my second Deepavali with them.






 
Half of the Kolam in the making... weeehooo


This Indian tradition activity is actually more popular among the Southern Indian people. It is made from a colorful rice powder and mostly the Indian ladies will decorate it in front if their house with different kind of images such as peacock, flowers etc.


Tadaaaaaaaaa.......

Half day is required to get something that look like this and they decorate it using only their imagination, tak payah nak draft-draft dulu dalam paper.... Terel!




p.s. Rasanya kalau Jasmin turut serta in the making of this Kolam, rasanya sampai habis Deepavali pun tak siap-siap. 

♥ wink ♥ wink ♥ wink ♥ wink ♥

Can anyone spot the similarity of this picture?




p.s. J a s m i n  &  S u r i 

Monday, 1 November 2010

.......and the award goes to;

Bercerita tentang kehidupan saya, main thing pop in my mind (always) adalah sebuah hubungan (relationship).

ada Hubungan dengan Tuhan...
ada Hubungan dengan Ibu dan Bapa...
ada Hubungan dengan Suami...
ada Hubungan dengan Anak-anak...
ada Hubungan dengan sahabat-sahabat...
ada Hubungan dengan flora dan fauna...
ada Hubungan dengan alam semesta...

Sebuah perhubungan yang dibuat secara spiritual, alami mahupun secara diplomatik atau social interaction. Pelbagai definisi kalau google dalam internet.

Yang pastinya semuanya membentuk suatu komuniti dalam kitaran kehidupan saya.

Saya mengenal erti kawan-kawan sejak saya didaftarkan ke darjah satu di sekolah rendah perempuan aje; St Teresa (1), Brickfields, Kuala Lumpur. Di situ saya kenal erti sahabat yang nyatanya sungguh 1Malaysia.

So cute; everyone in school pinafore!
Yang saya ingat sehingga kini adalah seperti;
Duduk dari kiri: Khairunnisa, Nor Azlina, Komethi Kumar, Yuslinda, Hazliana, Dahlila, our class teacher;Mrs Ho, Christina Choong Yee Mun, Zuraidah, Syazwana, "yeay-its-me", Christina Dass, and Nur Fadzlina
Berdiri dari kiri: Annie Esther, Farah, Elmawati, Tarishini, Shamini, Asmah Nur Suraya, Sharon Shubashini, Eizera, 9th, Anisah, Sharmini, and Patrene Prema


Hubungan kami sangat rapat. Terlalu banyak kenangan yang kami semat sama-sama dalam hati. Sangat sedih apabila most of us yang terpaksa berpisah apabila masing-masing ke Form 1 to different school. 

However, dengan varieties of social network sekarang ni, tak mustahil untuk menjejaki mereka-mereka ini, dan ada a few of them yang masih keep in touch dengan saya lagi. 


Sungguh kagum dengan kehidupan masing-masing sekarang. Ada yang jadi doktor, ada jadi pharmacist, ada yang surirumah aje tapi bahagia dengan anak2 dan suami, ada yang dah terbang satu dunia, ada yang jadi government servant, ada yang menjadi warga pendidik, jururawat dan mcm2 lagi. 


Saya tak nak sentuh tentang kawan-kawan di sekolah menengah kerana FYI, saya telah bersekolah di empat (4) buah sekolah yang berlainan negeri dan daerah dan itu buatkan saya pening nak ingat satu-satu kawan-kawan sekelas. Sigh!

Straight to my life rite now, the last school i went is when I further my HND in Legenda College, Mantin (now known as Kolej Universiti Legenda). I've made a few friends here from different state and most of them are more like my adik-adik.  


Sebenarnya dah lama nak buat entry tribute untuk mereka-mereka ni, tapi disebabkan berderet-deret entry yang nak publish, yang ini terselit di dalam waiting list. Sorry ye adik-adikku. 


Sebenarnya, nak cerita tentang adik2 di kolej ada lebih kurang 30 orang nak share kat sini. Tak cukup siang nak cerita pulak. But among of them, just this two person yang rajin berhubung dengan I. Eventhough kami ni kenal tak lama, plusminus 2 years, tetapi rasa-rasanya bila berjumpa tu ada bermacam-macam nak cerita.


My College Mate; Ayu, "yeay-its-me" and e'el
Ayu and me on our convo-day!


1st Gathering after Grad @MidValley

and this one is somewhere around dis year when she and her hubs so rajin drive to seremban from kuala selangor to meet me and Jasmin before they off to UK. Thanks dear!


Jasmin yang sangat teruja dengan makhluk "merah" itu!

Bila lah agaknya dapat berkumpul semula ramai-ramai capturing every moment together kat tepi-tepi laut ke, tepi sungai ke, tepi jalan ke hehe! . Hari Raya lepas langsung tak dapat peluang bersua muka bercium pipi dengan mereka berdua ni. Agak-agaknya bila tu ye?




p.s. kalaulah pn. intan membaca ini, jangan marah ye, nanti I buat special entry untuk U juge!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails