Wednesday, 3 November 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

"Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan."


Walaupun Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 dah nak melabuhkan tirainya, tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu lagi terus menghayati Bahasa Kebangsaan kita sendiri iaitu Bahasa Malaysia. Wajibnya kita harus sematkan terus semangat "bahasa jiwa bangsa" ke dalam setiap ceruk kehidupan kita.


Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi bagi rakyat Malaysia walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Justeru itu, Bahasa Malaysia juga adalah melambangkan salah satu ciri 1Malaysia.

Jangan malas untuk bercerita dan menjawab 
apa jua soalan yang diberikan oleh anak-anak
Dan apabila kita menyentuh tentang bahasa , sudah tentu akan berkait rapat dengan "komunikasi". Sedangkan orang bisu juga memerlukan cara untuk berkomunikasi dan mereka mempunya cara dan bahasa tersendiri untuk berkomunikasi, inikan pula kita yang diberi nikmat untuk bertutur-kata, sudah tentu itu adalah sangat vital untuk kita semua. Kesimpulannya, masing-masing memerlukan satu bahasa untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.



 Bagi kami dan Jasmin, di dalam proses pembesarannya, komunikasi adalah perkara utama dalam kehidupan seharian Jasmin. Bahasa yang disampaikan oleh Jasmin mencerminkan tentang gaya orang-orang dewasa yang disekelilingnya berkomunikasi dan berbahasa dengannya.

Apa yang saya praktikkan untuk Jasmin, apa yang penting adalah bahasa ibundanya iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi bagi mengelakkan Jasmin hanya tersekat dengan satu bahasa, oleh itu kadang-kadang saya juga terapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keduanya. Di samping itu, saya juga terfikir jika suatu hari nanti Jasmin juga mampu bertutur dalam bahasa Mandarin, Tamil dll. InshaAllah......


Seperti yang sedia maklum, walaupun kita mempraktikkan bahasa Malaysia di dalam kehidupan seharian kita, tetapi pecahan bahasa itu dapat dilihat melalui dialek-dialek yang disampaikan mengikut negeri samada di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

Seperti saya di Negeri Sembilan contohnya, saya lebih cenderung untuk berbahasa Malaysia tetapi masih menggunakan beberapa dialek negeri sembilan/minang. Kadang-kadang, kami berkomunikasi menggunakan dialek negeri sembilan dengan Jasmin supaya dia biasa dan tidak kekok dengan dialek yang telah dipraktikkan sejak dari nenek moyang lagi. Bagi pendapat saya, jika dia memahami bahasa nenek moyangnya, maka dia juga akan memahami kebudayaan dan keseniannya juga.


Bagi melihatkan entri saya kali ini supaya tidak terlalu berat, oleh itu, saya hidangkan disini satu contoh karangan menggunakan salah satu dialek Negeri Sembilan untuk pengetahuan semua.

_________________________________________________
Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

credit to amazingNara.com
_____________________________________________________



p.s1:
Apabila hilang bahasa kebangsaan sesebuah negara itu maka akan runtuh lah tamadun sesebuah negara itu...MALIK BENNABI

p.s.2:
Entri versi "mood-cuti-raya", kojo dah tak berapo nak ado, semuo ee dah cuti rayo!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails