Tuesday, 10 May 2011

Off Topic: Yang Haq dan Yang Batil

Okay, just read one thing which really insulted me; again and again again....
I am not a stalker as she always told in her belog as I have declare to her (she knows when), i am a big fan of her belog. Mengikuti apa yang ditulis di belognya yang setakat ini saya rasa sudah ke 4/5 blogspot yang diciptanya (tak termasuk wordpress okay!)

Saya tak tahu hati jenis apa manusia ini tetapi kalau wanita ini rasa selesa dengan cara dia menulis di belognya dan twitternya, saya pun pilih cara ini juga to tell her how i feel about her, especially on what she write on her belog. 

Wanita ini kerapkali mengatakan bahawa si suaminya sering menasihatinya apabilahendak menolong orang, selagi dia tahu niat hatinya biarlah, tetapi jika tidak IKHLAS bagaimana pula?

Cukup-cukuplah dengan drama yang wanita ini cuba skripkan.....

Kalau hendak bertegas dan kalau hendak membuat potongan gaji, bialah buat potongan yang sempurna, sebaiknya buat potongan EPF, potongan KWSP, buatkan EA Form, potong tabung haji et cetera yang berkaitan; so in future kalau kami anak beranak memerlukan bantuan pinjaman yang memerlukan dokumen-dokumen penting seperti yang saya sebut tadi so kami tidak mengagau mencari bantuan orang lain.


 Jika saya dilabel wanita ini sebagai orang yang kurang ajarnya mahupun kurang didikannya, mungkin wanita ini perlu fikir dahulu adakah saya mulakan segalanya terlebih dahulu atau pun wanita ini. Tak sukar untuk menguntum senyum apabila orang lain senyum kepada kita, tetapi wanita ini tidak, sungguh angkuh dan ego, padahal yang sedang memberi senyuman kepada wanita ini adalah kakak saya sendiri. Okay fine, sikit pun saya tidak kisah, kakak saya pun tidak. Pernah suatu ketika dahulu, apabila saya cuba menghulurkan tangan untuk bersalam, reaksi hampa yang saya dapat daripada dia (body language shows everything) dan apabila tangan dihulurkan dan senyum dipamerkan, saya digelar hipokrit. Malahan, sesudah saya diaibkan kerana bangang cemburu buta tak tentu arah, saya pula di fitnah memperbodohkan suami sendiri. Cukuplah mengganggu-gugat kehidupan rumah tangga orang lain. Adakah wanita ini sendiri yang ingin mencari musuh sendiri?

Orang kata orang yang memungkiri janjinya berdosa besar. Wallahualam.....

Saya tidak faham apabila seorang abang yang telah memeterai janji kepada adiknya untuk membantu mendapatkan sebuah rumah, langsung tidak bertanya mahupun menyoal tentang kepayahan yang dilalui adiknya sekarang ini. Alhamdulillah, hidup adiknya tidak diabaikan oleh kakak-kakaknya dan syukur emak dan abah sentiasa membantudan ambil tahu. Oh! base on what she said to my hubby, saya tahu mungkin saya ini hanya mampu untuk memiliki sebuah rumah lelong sahaja....

Saya tidak berniat mahu mengungkit, flashback tentang urusan pembelian rumah saya, hampir heart attack saya apabila mengetahui nama saya sendiri dan juga hubby di blacklist oleh CTOS (diatas keculasan orang lain which has been tertunggak for almost 5 years), however, saya rasa saya tak perlu berkokok ke seluruh kampung tentang punca kejadian. Malang lagi bagi kami kerana nama akan forever di blacklist dan sudah tentu akan lebih sukar berurusan dengan semua institusi kewangan sedangkan MARA hanya blacklist peminjam dan penjamin bagi urusan dengan MARA sahaja sehinggalah saya menyelesaikan semua tunggakan saya. Adakah itu adil bagi kami?

"........untuk makluman juga, setahu saya jika sekali nama anda terdapat didalam sistem CTOS ianya tidak akan terhapus walaupun anda telah menyelesaikan pinjaman yang bermasalah tersebut. CTOS hanya akan kemaskini dengan nota yang memberi maksud pinjaman telah diselesaikan dan bukannya nama anda dikeluarkan dari dalam sistem.ini bermaksud sejarah kredit anda masih wujud dalam CTOS walaupun pinjaman telah selesai......"


Mungkin saya tidak pernah mengungkit tentang ini dan even di awalnya my father willing to help me to settle the tunggakan. Alhamdulillah, my father masih bersabar dan mengeluarkan wangnya untuk selesaikan mana yang patut selepas menanggung malu di depan rakan-rakannya apabila tukang tarik datang menuntut hak mereka. Saya juga malu dengan my father as how a person yang kononya declare have everything in this world but culas nak bayar installment yang pada ketika itu hanya RM150/month. Tetapi the main thing here is, who wants to help me clear my name from that Deym! CTOS?

Hitam atau putih, itu hak Allah yang tentukan. Hukum karma (buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat) dan itu adalah qada' dan qadar Tuhan, siapa kita untuk berkata yang kita manusia hina ni mampu mengubahnya....?

Alhamdulillah, akhirnya ada bantuan meringankan beban ekonomi saya yang saya rasanya telah saya terangkan kepada wanita ini tentang masalah kewangan saya. Mana yang perlu didahulukan dan yang mana akan disegerakan. Tapi sesusah mana yang saya tanggung sekarang ini, saya tak sampai hati untuk meminjam kepada parent sendiri inikan pula mak and pak mentua. 

Terima kasih for being so concerned dan mengeluarkan saya dari beban masalah kewangan kami sekeluarga.



P.S. Mungkin lepas ini saya akan menolong wanita ini pula menyelesaikan apa yang tertunggak di Pejabat buruh, KWSP dan PERKESO pula. InshaAllah selagi masih ada kudrat saya ni.

1 comment:

Anonymous said...

just be patience,,,insy god is fair to everyone,,as long we have a very sincere heart,,,everything will go smoothly in your life,,,u can see and given already,,,even ur name in CTOS but everything went well and there are ppl out there willingly want to help you,,no need to berkokok seluruh kampung to tell what you have in this world and the problem you are facing,,,,god knows everything,,

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails