Tertarik pula untuk belajar dan menyelami tentang adat istiadat dan buadaya sendiri. Kadang-kadang kita tak sedar dari mana datangnya kita, dari mana datangnya nenek moyang keturunan kita, baik ke buruk ke, tapi yang pastinya kita semua datangnya dari Allah SWT dan kembali juga kita kepada-Nya. Here I paste something to share and for myself knowledge. For more info boleh join facebook Adat Perpatih.
Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.
1. Keturunan dikira melalui nasab ibu:
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.
2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri:
Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.
3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka:
Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.
4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang:
Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.
5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku:
Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.
Apa yang saya ketahui dari bacaan-bacaan saya yang berkaitan, adat perpatih tidak dibuat sekadar sesuka hati, semuanya berlandaskan Islam, sepertimana dirungkaikan, adat dan syarak adalah selari.
Adat bersendi hukum
Hukum bersendikan syarak
Syarak mengata adat memakai
Adat dan syarak sandar menyandar
Ibarat aur dengan tebing.
Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Syarak mengata adat memakai
Kuat adat tak gaduh hukum
Kuat hukum tak gaduh adat
Ibu adat muafakat
Cermin yang tak kabur
Pelita yang tak padam
P.S.
“Kesempurnaan iman seseorang itu ialah murni akhlaknya”(Hadis Rasullah saw)
"Kok digumpal selebar kuku
Kok dibontang selebar alam
Walau sebosar biji labu
Langit dan bumi ado di dalam"
No comments:
Post a Comment