Thursday, 28 July 2011

This is what I've been waiting for............

Sigh~ hairan rasanya, sedang BF baby, tgh mandi baby, sedang lipat kain, sedang basuh baju, tengah-tengah potong bawang, sedang tanak nasik, sedang marah Jasmin, sedang menyental bilik air, sedang menonton TV, sedang sapu rumah, masa basuh pinggan, masa sibuk kemas mengemas rumah, kemain berkepul-kepul idea datang nak di-belog'kan. Tapi bila dah duduk menghadap skrin dan dah syiok jari jemari standby kat atas keyboard dan dua-dua baby masing-masing dah tergolek, zaaaassss satu hape pun tak datang, hilang tah kemana....

Okay, August is on their way, boleh dibilang dengan jari rasanya bila nak sampai dan of coz Ramadhan is here too. Penetapan Ramadhan di Malaysia berdasarkan hisab dan rukyah, so memang conform 1st day of fasting will be this Monday and of cos this sunday nite ramai yang akan berduyun-duyun memeriahkan masjid/surau untuk bersolat tarawikh.

And satu kebesaran bagi mostly people in negeri sembilan, hari "mantai" adalah hari yang ditunggu-tunggu semua orang, normally 2/3 hari sebelum menempuh bulan ramadhan. Ramailah tok nenek wan cucu cicit anak pinak berpusu-pusu kek pasar bosar maupun pasar tani maupun kek topi-topi jalan atau kek pokan-pokan, memboli daging, tak kiro daging lombu ko, korbau ko, kambing ko, janji buleh buek rondang nak di makan bersamo-samo dongan Lomang. Haaaa.... kan dah keluar dialek nogori.

Okay, this weekend will be spending at hubs kampung, sebab memang acara tahunan apabila nak menjelang puasa, Lomang dongan rondang, kono ado! Mr hubs juga adalah salah seorang "AJK" acara so kalau dia tak ada bakalnya tak meriahlah acara tahunan ini. Itulah yang saya observe sejak dah empat tahun bersama-sama dengan family hubs, kalau ado aktiviti masak-masak makan-makan memang happening.

Setiap Ramadhan berbeza suasana dan situasinya. Tak setiap tahun sama. Mungkin tahun lepas orang-orang yang tersayang ada bersama kita tapi mungkin tahun ini tidak, tahun depan lagilah kita tak tahu nak cakap macam mana pula. So, jika Tuhan dah beri peluang untuk kita masih dapat menikmati bulan yang mulia ini, kita sempurnakanlah ia sebaik mungkin. Kita pun tak tentu bila tuhan nak ambil nyawa kita. Mungkin dalam saat nanti atau minit nanti atau jam nanti, Wallahualam, itu Ketentuan Tuhan.

Bagi saya, apa yang perlu dibuat, berdoa agar tuhan panjangkan umur kita supaya dapat menikmati Ramadhan beserta orang tersayang and importantly dapat menyambut Syawal yang akan datang pula. Yang telah pergi biarkanlah pergi sementara kita yang tinggal di dunia ini, bersedia dan persiapkanlah apa yang patut. Yang penting kemeriahan Ramadhan dan Syawal itu disambut bersama-sama dengan cara saya tersendiri, tolak tepi bagaimana caranya atau dengan siapa saya menyambutnya. Saya tak pernah terfikir apa yang akan terjadi Ramadhan dan Syawal saya kali ini, itu ketentuan tuhan, panjang umur, murah rezeki, gembira, sedih, saya berserah pada Tuhan, yang penting kebaikan yang kita lakukan, semuanya adalah Ibadah jika ia adalah kerana lillahhitaala.



Ogos kali ni juga adalah bulan yang saya nanti-nantikan setiap tahun; Jasmin's 3rd Birthday and my 4th Anniversary. I know the celebration this year will be a bit limited due to fasting month, tapi agenda untuk Jasmin, so far everything dah well manage. And my anniversary, rasanya i just keep it simple and i've plan something for hubs too. But I'm not sure with hubs whether he prepare anything or not coz even yesterday cucuk Adam pun dia lupa and I have to go to paed with the kids je. Nevermind, he's busy, always busy with work or maybe something else or maaaaybe someone else. I know, it's none of my business, but as long he knows where is our heart is, i don't give a damn pun apa cara yang dia nak buat.

To be conclude here, semoga kita menghadapi Ramadhan nanti dengan penuh keikhlasan. Tanpa keikhlasan, puasa mahupun ibadah tarawikh kita adalah sia-sia dan apa yang dapat hanyalah letih dan penat. Dan dari hati saya, bukan sekadar di bulan Ramadhan sahaja kita perlu ikhlas, malahan di segala amal kehidupan kita juga perlu ada sifat ikhlas, kepada diri sendiri atau orang lain. Jika tiada keikhlasan, maka segala yang dilakukan tidak bermakna.

 
 
p.s. Puasa itu perisai, maka apabila seseorang berpusa, hendaklah dia tidak berbuat lucah, tidak berbuat kefasikan, tidak berbuat suatu kebodohan. Apabila seseorang mencaci makinya, hendaklah dia mengatakan; Saya sedang berpuasa! (Hadith Riwayat Bukhori dan Muslim)


 
"Silence is the best answer to the stupid. The fool has his answer on the tip of his tongue."
 

Wednesday, 27 July 2011

Supermak #1

Before


.
.
.
.
.
.
.
.



After



The "great" view of Jasmin's Playroom!

Adam; 30 Days of Life

Hi! I'm 1 month old today ya know!
Alhamdulillah.... today Adam is one month old! Yeay! Syukur Adam is growing up healthy and his weight as updated is 3.7kilos. About a kilos jugak berat Adam increase and absolutely he is exclusively breast feeding. He eat what ibu's eat. So far his jaundice dah ada berkurangan and he maintain nice yellow poopoo and clear weewee. So, from there I know that his jaundice is so-not-problemo!

Today Adam got his one month old shot! and he gave us a high-pitch-shouting! Suara Adam memang satu tone dengan Jasmin, so i'm sure, i'll be having hearing problems before i reach 40! o.0

Supposedly I have to do it at KKIA, but I'm thinking of giving up to have any commitment with the KKIA. I don't think I can follow all the appointment when I already start work. I hate waiting and even Adam will agree with me too. After discussion with hubby and after given a long thought, deduct here and there, consideration this and that, so, i've decided to have all the immunisation at Jasmin's fave paed clinic, Dr Liu. So far, he is okay, very soft and friendly babies doctor. Even today, he help to calm Adam after Adam had he's shot! Such a caring doc.

Jasmin is not so helping today. Always with her tantrum. Started when we were at the petrol pump and later on at the clinic when she pull my leg sebab tak nak balik dan nak terus main kat situ and i don't understand padahal kat rumah permainan dah penuh satu bilik dan terpaksa mengupah gula-gula di kedai 2ringgit kalau tak lagi parah sebab dia nak naik binataang yang kena masuk 50sen tu. Puuuufffff~~





p.s. Today's morning, I accidentally ter'clip his finger instead of his nails. Errghhh, ada minor bleeding tapi tak worst sangat. I'm sorry Adam!

Saturday, 23 July 2011

Thursday, 21 July 2011

Jasmin First Sketch; An Apple


Believe it or not, while I was surfing the net yesterday and Jasmin was sitting next to me and suddenly she sang to me; "Apple , Apple" and show her sketch on her drawing board! Awesome! First sketch and it looks absolutely like an Apple.....

Monday, 18 July 2011

How I feel on Adam's 22nd Day of Life

Oh what a beautiful day! Ekceli nak sedapkan hati cos kena ragging dengan Adam tak bagi tidur. Schedule harian yang penuh dengan aktiviti untuk Adam, Jasmin, hubs dan diri sendiri. Hari ni dah hari yang ke 22. Time flies super fast. Dah seminggu berdikari di rumah sendiri setelah dua minggu confinement kat rumah parent. Rasanya dua minggu cukuplah kot untuk mommy tolong apa yang patut dan rasanya sekarang ni dah kuat sikit untuk berpantang di rumah sendiri.

Dunia dah amaaaaaannnnn.......
Berpantang kali ni lain macam sikit sebab dulu nak kena jaga Jasmin sorang je but this time I have to handle two babies. For me, Jasmin is still a baby, “baby tua”…. still need to help her mostly on making her “nenen”, toilet activities, but the rest she knows how to handle herself. And also she is very helpful helping me ambik diapers, buang diapers, ambilkan botol susu, ambilkan kain lap and mostly sangat helpful untuk “kejutkan baby with her shouting!” 0.o

Oh, last wednesday we went to clinic sebab need to do check up on breathing Adam yang berbunyi-bunyi and cause him not to sleep very well at nite especially. It happened lately dua tiga hari sejak balik rumah. So, last nite ajak hubs gi jumpa paed and Alhamdulillah bukan sebab blocking paru-paru atau selesema, it just that Adam's esofagus still sempit sebab badan dia yang very tiny. So far paed ckp it will last untill 6 month to 2 years, depends dengan pembesaran bayi itu sendiri. Lega rasanya bila paed dah cakap macam tu. And now, whenever Adam wants to sleep, he would prefer to make his head a lil bit tinggi and of cos bantal ibu dah officially jadi bantal Adam nak sendal kepala, Jasmin pun dah officially ambil satu bantal Ibu and now what's left for me is bantal yang dah leper langsung tak empok nak letak kepala mahupun peluk-peluk (ehe bantal "alami" pulak langsung tak boleh nak dekat buat masa-masa begini).

Jaundice Adam still ada lagi but not really ketara but still worries me. Last two weeks blood test the bilirubin count was 200 and actually tinggi juga jaundice tu. Due to three times nurse dah ambil darah Adam, so I decide no more blood test for Adam and last check up dengan misi puncanya maybe disebabkan oleh susu ibu itu sendiri. So, I just have to make it dissapear sendiri and have to BF him frequently. 


Rasa-rasanya, dah macam-macam dibuat untuk hilangkan jaundice Adam, bagi susu kambing, jemur matahari pagi, air anggur, mandi herbs bunga batik, buka lampu bilik 24/7 and last option hubs dapat carikan air zamzam, however, the jaundice masih degil tak nak hilang-hilang. Tawakal dan redha je lah, doa-doa cepatlah jaundice Adam hilang. Kalau bilirubin count die >240 boleh la admit, ni takat atas pagar jer, doc pun susah nak decide nak admit ke tidak. Paling tidak, kena ambil darah everyday, uuuhhhhh no way! But dis week still need to do blood test for Adam to make sure the bilirubin dah turun pun at least ke 150....

Hurm.... lagi dua minggu dah nak Ramadhan, rasanya dah macam-macam benda dah set up dalam kepala how to handle the fasting month. Nak prepare sahur, prepare juadah berbuka, rasa macam nak buat kuih raya, nak carik stock makanan for the whole month, nak carik baju raya, nak kemas rumah yang berabuk, nak buang barang-barang lama yang dah tak berguna, nak jaga anak lagi, nak jaga suami lagi and BIRTHDAY Jasmin will be next month and I still didn't figure out the "cibin" pix to make the edible image to be put on top of the cake. Haiiihhh~~~~


aaaaaannnnnddddd pejam celik sekejap aje dah nak masuk office!

Saturday, 16 July 2011

Nisfu Sya'ban : Ku mengharapkan Keampunan-Mu

Ya Allah …
Yang Maha Pengurnia…tanpa dikurniai
Wahai Yang Empunya segala kebesaran dan kemuliaan
Wahai Yang Empunya segalah kemurahan dan pemberian
Tiada Tuhan melainkan Engkau

Engkaulah Pelindung bagi sekalian pelarian
Engkaulah jua Penaung bagi yang mencari pelindungan
Engkaulah Penenteram bagi mereka yang berada di dalam ketakutan

Ya Allah kiranya aku ini tersurat pada sisi Mu
Sebagai penjahat lagi terkutuk
Sebagai terhindar dari yang jauh lagi sempit tanpa rezki dariMu
Dengan segala kebajikan yang ada pada Mu
Ya Allah Hapuskanlah dari suratanMu itu Kejahatan yang tersurat tadi
Juga kutukan yang jauh dari kebahagiaan
Termasuk penghindaranku dari sisiMu dan kesempitan hidupku

"Ya Allah tetapkanlah dalam suratan Mu
Sebagai orang yang berbahagia ….
sentiasa beroleh rezeki
Menerima aneka kurnia dan kebajikan"

Sebenarnya Engkau Ya Tuhan telah bertitah
Titahmu adalah Hak dan Benar
Tersurat dalam kitabMu yang diturunkan
Menerusi lisan Nabi Mu yang terutus
Yang bermaksud
Allah sesukaNya Menghapus dan Menentukan Sesuatu
DisisNya sahaja terdapat IBU KITAB suratan takdir

Tuhanku dengan penyerlahan Zat Mu Yang Maha Agung
Pada malam pertengahan bulan Syaaban yang Mulia Ini
Di mana berlakunya pembahagian dan penentuan dalam setiap perkara

"Hindarkanlah dariku segala petaka
Yang aku ketahuinya ataupun tidak
Bahkan apa jua yang Engkau lebih mengetahuinya dariku
Kerana Engkau jua Yang Mengetahui tentang segala-galanya"

Aku mohon Rahmat Mu Duhai Tuhan Yang Maha Pengasih
Dari sekalian Yang Mengasihani
Kiranya Engkau sampaikan selawat dan salam
Pada Penghulu kami Nabi Muhammad shallalahu ’alaihi wasallam
Serta kepada para keluarga dan sekalian sahabatnya

Amin


Sabda Nabi s.a.w. : Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

credit: lizarazak

Thursday, 7 July 2011

Hello! I am Adam......

To be fair, if last time masa early-early blogging dulu, saya ada bercerita how ekceli i deliver my darling Jasmin, so this time, saya kena lah buat juga untuk my boy. My experience was totally different from last time dan setiap experience yang dilalui sentiasa akan buat saya kenal hidup ni macamana.

11 days of life
Masa first time saya dapat tahu saya dah 6weeks pregnant, saya tahu saya sudah bersedia, mentally & physically. Ye lah, 6 month before i conceived again for this baby, memang saya upset sangat bila saya miscarriaged dan Tuhan tarik balik rezeki anak untuk saya. Maybe time tu terlalu banyak dugaan dari luar dan dalam and at last i lost my baby at 11weeks. Al Fatihah to my angle baby.

Tapi saya tahu, Tuhan itu Maha Adil. Mungkin ada hikmahnya di sebalik kejadian yang menimpa lalu saya tidak berputus asa dan as my gynea advised, i have to wait for at least 6 month before i start to conceived again. Alhamdulillah, Tuhan merestui niat saya.


Oh! Jasmin yang sangat suka enteprem tiba-tiba.....
Oh, this entry maybe akan panjang berjela, but as it is for Jasmin's time capsule, so saya perlu juga bercerita, terus-terusan menjadi story teller untuk future reference dia. To let her know how life is all about. Rasanya cerita tentang how i survive masa 9month pregnancy hari tu dah diceritakan before this so this time the story will start on the first day of my admission to the HTJ ward.

Okay, back to the earlier nawaitu saya, frankly cakap my proses of delivery sangat menguji diri saya serta hubs. Iyalah, masa Jasmin dulu, prosesnya sangat mudah, time masuk labour room sama macam time nak masuk office.

Lain pula ceritanya dengan my boy ni. I found out yang I dah nak deliver on sunday nite 26th June, masa tu tengah mandi selepas bertungkus lumus mengemas rumah my mom. Ye lah, orang nak berpantang kat rumah mak, so saya have to make sure everything is perfect and clean and teratur sepanjang saya nak menjalani confinement time nanti. 

Well, I didn't really expect that it's going to be that fast, tapi dah begitu jalannya, tawakal aje lah, sedangkan patutnya I ada at least a week before the due date. So, my advise for every mother-soon-to-be, kalau nak deliver awal, one week before due date, rajin-rajinkanlah diri mengemas rumah, mengelap habuk, mengemop lantai, memvakum bilik, mencuci bilik air, dll, Insyaallah, senang dan cepat nak deliver nanti. Heehee...

So that nite, dari bilik air dah jerit panggil hubs, 

"Awak ,ada darah dengan lendir, macam mana ni?" 

Aiyok! Hubby dah buat muka garang dah, marah sebab siang tadi kuat sangat buat kerja sampai dah keluar darah. Lucky me, one of my in-law ni nurse so segera call her for conformation and she advised us directly ke ER, takut apa-apa hal susah, sebab dah ada tanda darah. Pukul 9PM register kat tingkat 1 wad bersalin, pukul 11PM baru admitted ward selepas doc pelatih conformkan dengan doctor yang senior. 

Bayangkan 3 doc pelatih was required to check me dah berapa cm buka and I have to wait for about 2 hrs sebelum dapat katil. Oooooooohhhh... sebelum tak ada rasa contraction sampai dah ada contraction baru dapat baring-baring. Hape da punya servis. Dan hubs dengan selamba layan tidur kat VIP waiting room sedangkan I hanya duduk kat atas kerusi plastik macam kat kedai mamak tunggu keputusan doctor. Nasib baik all the intern-doc baik-baik, so tak lah I ajak hubs balik rumah.

So, 11PM warded and hubs cakap nak balik rumah ambil beg and charge henpon. Hurm... dalam hati dah agak dah, memang ke laut la kalau hubs dah sampai rumah. He came back to hospital at 7am next morning dengan muka yang sangat bersalah. Itu pun setelah I call him pukul 630am nak kejutkan dia. Call him pakai public phone okay sebab my henpon pon battery kong and thanks to makcik guard sebab pinjamkan saya 20sen sebab saya dah tak larat nak patah balik ke katil yang letaknya nnnnuuuuunnnnn di hujung dunia. 

Haru dan sedihnya pulak dengan hubby's action sedangkan saya sedang menderita contraction since 3am. Maunya tak berjejer airmata ni turun sambil mandi tanpa sabun dan memberus gigi. Sampai hati mu mr hubby....

However, saya dah tak kira dah semua tu. Yang saya tahu contraction saya dah makin kuat. 830am doctor check lagi and Alhamdulillah, dah buka 5cm. So dengan gagahnya tanpa memerlukan wheelchair, I straight walk back to my bed and get ready all my baby's stuff. Tak sempat pun nak minum air milo dan makan roti hospital, minum air kosong segelas and off me to the labour room.

Sampai di labour room, memang di luar jangkaan lah. I thought it will be an open area and everybody will get to see me and hear me shouting but it is vice versa. Ada wall panel yang divide each area and at least 2 nurses will accompany me and to talk to me, so at least it will ease my contraction pain. Hubby only allowed to enter the room after 1/2 hour i enter the room.

Last time masa Jasmin, hubby can company wife dari awal lagi dan tak ada la protokol sangat. Tetapi different dengan GH, hubby kena duduk je sebelah wife and nurse bagi white robe for hubs cover his cloth. Hubby dah ada di sebelah pun dah kira bersyukur, at least saya tak rasa tanggung sengsara derita sakit contraction alone, and serve u right mr hubby! coz when i did the breath in breat out thing, u know how terrible the smell of someone who didn't brush her teeth. Teehee!

I was in the labour room from 9AM and doc said I will need another few hours to completely open to 10CM. However, Tuhan bagi saya sakit sekejap je kot, tepat pukul 10AM, saya dah rasa nak push and it takes about 20 minutes for me to wholly keluarkan baby. That time rasanya ada sepuluh orang yang jadi tukang sorak suruh I push and push and push. I have to pull my leg and at the same time pushing the baby out. It's kinda odd sikit coz before this Dr Ishak dah siap gunting so senang nak keluarkan baby. Kali ni parah sedikit sebab bidan tak gunting and just let it open naturally and i just had only 2 stitches.

Tepat 1023AM, finally baby berjaya keluar. Alhamdulillah..... terus nurse letak baby on my chest and of coz what i need to check was the fingers cukup ke tidak. Sakit nak mengeluarkan baby tidak sesakit contraction yang for the last one hour tu.

Apa pun, I've made it. Weehooo.... and thanks for hubby coz being such a "Friendly Husband" cos willing to accompany me from start till end and always there for me even though at the beginning ada sedikit menyakitkan hati. Anyway, seeing is believing. "Kau rasa apa yang ku rasa"

Saya spent 2 nites in wards and now i know how some other peole feels about the services and the nurses. I'm not telling that all the nurses are harsh and scary, only some of them but the rest is okay, especially all the peoples in the labour room, they were all supportive and friendly and kind. However, i realize that we always get on what we paid. "Great service if you have great money" Sendiri paham sudah......

Our bundle of Joy; 
Adam Muhaimin bin Mohamad Razi 
(ikutan, teladan/ yang memelihara dan mengawal)


p.s. Kesian sampai sekarang kat salah seorang C-Sect patient kat ward tempoh hari, tak tahu lah mana letaknya perikemanusiaan semua nurse time tu.


"Who are the learned? Those who practice what they know."

Wednesday, 6 July 2011

Sepahit Peria, Semanis Madu

Salam....

Pilih yg mana satu;
yang buruk itu kadang2 mendatangkan kebaikan....
dan yg indah itu kadang2 menyakitkan...

Pengalaman itu mematangkan...
Kepayahan itu juga mematangkan, dan juga menyedarkan....
Tidak sukar berkongsi kegembiraan dengan orang lain tetapi kesedihan diri kita buat orang lain menjauhi, bagi saya itu lumrah hidup... tetapi hidup perlu bersyukur, baik atau buruk, perlu sentiasa bersyukur, jangan pernah mengeluh kerana apa yang diberi oleh tuhan, semua ada hikmahnya...

Alhamdulillah, dah 10 hari lalui kehidupan bersama-sama dengan baby baru. Insyallah, harap hari-hari yang seterusnya dapat dilalui dengan suka dan gembira terutama dengan kehadiran anak lelaki di dalam keluarga.

Now still under confinement, saya target 100 days but at least minimum pun saya akan hadapinya for the next 45 days. Maternity leave tak lama macam orang gomen, 2 bulan aje, so saya rasa pejam celik pejam celik dah nak masuk kerja balik, even hari tu baru 4 hari deliver pun, office dah call nak tanya berkaitan kerja. Itulah payahnya bila bekerja menggunakan skill yang kita ada dan tak ada orang lain nak replace, alamatnya tunggu la lepas raya baru saya layan all the querries.

Sedar tak sedar, kita sebenarnya dah habis separuh dari tahun 2011. Tahun ni buat saya sessssssssak napas sedikit tetapi with all the effort, all the strived and struggle, Alhamdulillah, it's all worth it. 2 achivement for this year saya managed to pursued, having my own house and having my new baby boy. God really treat me well.

Tidak akan datang yang mudah jika kita tak merasa yang sukar terlebih dahulu. Itu apa yang saya rasa for the past 6 month. Ke sana ke sini, dengan perut membuyung, buat muka tebal, tanggung segala sengsara menderita makan hati bagai, at last, kepayahan saya berbalas. Fuhhh, lapang dada sedikit.

However, my journey tak stop sampai sini sahaja. Ada masih tinggal satu lagi target yang saya nak achieve tetapi sehingga sekarang masih menunggu keputusan dan jawapan. Sekiranya ada rezeki untuk itu, Alhamdulillah dan bagi saya, cukup dahulu untuk itu this year dan mungkin saya akan buat target baru untuk tahun hadapan kalau tak ada rezeki untuk itu, to achieve more and more great achivement. Maybe on decision to further my study, posses at least a degree, to "show of" to both my kids in future (ekceli more to inspirasikan mereka, how hard our life is, a study has to come first, and I want them to have at least a degree for the family, Insyaallah) 

Rasanya macam-macam benda nak kena diatur selepas ni. New schedule for a new company. Mana nak carikan kindergarten untuk Jasmin, mana nak hantar baby bila dah start kerja nanti. New financial arrangement, new daily schedule untuk divide my time between career and family, decision on how long should i breastfeed my baby, or should i start formula milk after three month, nak fikir kehendak hubby lagi, kehendak Jasmin lagi, uhhhh macam-macamnya.

Owh, last week Israk Mikraj genap 4 years LyRaz bersama-sama dalam satu kapal. Alhamdulillah, banyak cabarannya although only 4 years, however, terbalas segalanya bila dah ada penawar hati baru dalam kehidupan kami berdua. Kejap bercekau, kejap bergurau, biasalah tu, saya manusia biasa, memang tak pernah lari dari kesilapan, hubby juga begitu, kena redha je lah kalau dah nasib dapat yang begitu dan begini. Yang penting hubungan itu makin kukuh dan erat dan memang tak percaya saya dah ada dua anak and of coz lopeh ni tanggungjawab dah semakin bosar!


P.S. Today when Jasmin ask me to put back the baby inside my tummy really making me speechless, tak tahu nak explain macam mana lagi, last-last Jasmin end up saying 'Tanak kawan ibu!' Pfffftttttt~~


Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati (25:63)

Sunday, 3 July 2011

My 2nd Belog Anniversarry!

Weehoo!
My Blog has turned 2 today!
 Alhamdulillah kerana masih mampu diberi keupayaan dan peluang untuk bercerita dan meluah rasa
(even though almost a month juga hari tu close for renovation and refresh everything, and now it's getting stronger and tougher each day and always)




“Always adopt a middle, moderate, regular course whereby you will reach your target (Paradise)."Sahih Al-Bukhari, Volume 8, Hadith 470

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails