Showing posts with label Mommy. Show all posts
Showing posts with label Mommy. Show all posts

Sunday, 15 June 2014

Babah

Sebolehnya saya tak mahu tahu hari ini hari apa.
Kalau boleh, nak saya skip aje hari minggu hari ini.

Anyway, ke mana pun saya pergi, jauh mana pun saya lari, kaki saya masih disini, menjejak pada bumi yang nyata.

For me, Razi is always a Razi.
A father to my 3 kids at home.
Masih lagi Abah untuk tiga orang anak kecil di rumah yang masih mentah untuk kenal betapa hebatnya pengorbanan, kasih sayang, dan didikan seorang bapa.

Hebat atau tidak,
biarlah anak-anak nilai sendiri bagaimana abah mereka.

Kerana, 
jujurnya saya dilahirkan dan dibesarkan untuk mengenali seorang prebet polis yang berdikit-dikit berjuang berusaha untuk memegang pangkat Ketua Inspektor di akhir usia pencennya.

Bersyukur kerana aku pernah memiliki seorang babah yang sangat mengasihi anak-anaknya. Yang sebenarnya selalu menjaga kebajikan anak-anaknya.

Seorang yang tegas dengan tindakan dan keputusannya tapi masih disulam dengan kelembutan tolak ansur dalam budi bicaranya. Seorang lelaki yang segak pada mata pandanganku diciptakan untuk mengasihi dan mencintai mommyku.

Seorang yang yakin dan bersemangat untuk menggapai cita-citanya. Masih segar hingga kini, ketika dia duduk bersamaku dan dia bertanya apa cita-citaku walau aku masih kecil untuk tahu apa itu semua. Kini, cita-citaku hanyalah ingin engkau dikasihi Tuhan. Hanya ingin tahu bahawa Syurga adalah tempat untuk arwah babahku selamanya.

First time untuk tahun ini; untuk hari yang istimewa ini.
Tiada lagi makan-makan.No cakes. Tiada lagi sms ucapan.
Namun, doa ku pada arwah babah takkan pernah terputus, in sha allah.

Kini saya masih ada dia, seorang suami dan juga bapa untuk anak-anakku. Selamat hari bapa, Razi!




Pupus Kini Lunak Suara
Lenyap Sempurna, Tiada Terkata

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
 
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda
 
Damailah Di Sana 
Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa 
Abadikan Cinta
Moga Bercahaya 
Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama DenganNya

Tuesday, 10 June 2014

Mommy

I dunno how to start my words today.
Walau saya busy hari ni, walau boss ada dok sebelah saya ni, saya kena juga hapdet this story, today!

Two important things happen today.
Today is mommy's 59th birthday anniversary and today also the 100th day for arwah babah.


I'm still facing the tough time. 
Still fighting myself to pass all this difficult phase of my life.
Trying to coped with the absent feeling of him. 
Even tough ai know, its getting worst day by day.

Mommy
Anyway, mommy adalah penguat saya. A tough lady who ai inspired for my whole life.

Setahu saya, mommy never had a chance to grown up with her own father in her childhood time, sebolehnya tuhan kuatkanlah saya juga untuk belajar tidak lagi merasa kasih sayang seorang bapa dalam umur saya menjejak 30 tahun ini.

Sekarang, mommy juga adalah babah untuk saya. Pelindung dan penasihat juga seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk anaknya. 

Kurniakan mommy kesihatan yang baik. Gembirakan hatinya selalu. Dipermudahkan segala urusannya. Dan sentiasa berada di bawah lindungan kasih sayangMu.

Juga, sebagai anak dan selagi nyawa dikandung badan, dah jadi tanggungjawab rasanya sebagai anak untuk mencari kebaikan dan keberkatan untuk arwah babah. Alhamdulillah, tahlil untuk babah sudah lily laksanakan hujung minggu yang lepas. In sha Allah, jika tuhan masih mahu kurniakan rezeki lebih lagi untuk kami, semahunya setiap bulan ingin bersedekah untuk babah.

Walau hanya sepotong doa, walau dimana jua saya berada pun, walau siapa pun saya dari pandangan mu tuhan, walaupun hanya di tepi jalan, harap tuhan terima dan sampaikan setiap inci doa saya untuk kesejahteraan babah.


Ikhlaskan aku selalu, Ya Rabb. 
Walau sukar untuk aku jelaskan keikhlasan hatiku, sedangkan aku juga meminta agar tuhan ikhlaskan aku dalam segala urusanku ibadahku setiap waktunya, In sha Allah aku harap Tuhan Maha Mengetahui segala rasa hati aku, apa yang aku mahu. Aamiin.


"You never really know
What it is
Not until it goes
And if it comes again
It's a miracle" - VH




Saturday, 10 May 2014

Happy Mother's Day

Ai received those cards yesterday evening right after ai came back from work. Step out from the car and Jasmin said she have something to give. She  took out something from the drawer and yay!, it was a mother's day card  and also a packed of chipsmore biscuits. :)

Custome made by my kiddos.
A big help from their kindy teachers.
And ai love it so much!

It means the world to me.

In sha Allah, our love will bring us all to Jannah, kiddos!

And to my mommy,
She is one tough lady.
No tears of sadness to make us feel down.
But ai know deep down inside her, her heart broken into pieces.

Ya Rabb, grant mommy a beautiful wonderful happy life until her last breath. She deserve all the great things in these world cos she has raised me up to be someone who ai always want to be. 

Thanks for always being here with me no matter how hard things was. And ai promise i'll do the same thing to you too. 

Happy mommy's day! :



"In my daughter's eyes,
I am a hero,
I am strong and wise,
And I know no fear,
But the truth is plain to see,
She was sent to rescue me,
I see who I want to be,
In my daughter's eyes
In my daughter's eyes,
Everyone is equal,
Darkness turns to light,
And the world is at peace,
This miracle God gave to me,
Gives me strength when I am weak,
I find reason to believe,
In my daughter's eyes"

Tuesday, 10 September 2013

Hari-Raya-Ku, 2013

Eh, dah lambat ek nak share cerita Raya?
Tapi kat my bloglist timeline bederet je lagi cerita tentang raya sakan walau dan expired Syawal 1314 tahun ni.

Anyway, dis r my short story of my Hari Raya dis year.
All pictures randomly taken from my phone gallery and my siblings facebook.

This year was Razi's turn beraya di kampong at Kg Penajis Tanjung, Rembau.
Rembau sangat sinonim dengan saya sebab mommy juga asalnya Rembau.

Asalnya kami dari suku yang berbeza. Saya dari suku tanah data dan razi pula dari suku biduanda dagang. Masih ingat lagi semasa mula-mula nak bernikah dulu, perkara pertama orang nismilan nak tau, 

"Ekau dari suku mano"

Kerananya, dalam adat pepatih, lelaki dan perempuan di dalam satu suku yang sama, tak boleh berkahwin. Haaaa, nak tau kenapa kena la baca kat sini. 

Untungnya dis year, cuti maternity leave saya dipanjangkan sampai la ke raya ke empat. Dan hari Isnin raya kelima saya dah mula bertugas dan sampaaaaaaiii la ni baru dapat bernafas sikit sebab busy ngan workload yang tertangguh sebelum maternity leave hari tu dan juga nak siapkan drawing proposal yang melambak-lambak untuk project baru. Hari ni dapat mem-belog sikit sebab manager dah ke Delhi dan engineer dah ke Singapore, dan tukang lukis kat opis ni ber-aktiviti bebas. Hehe!

Back to our Hari Raya stories, we just spent three days kat kampong Razi and on petang first raya kami dah balik ke Seremban. Dis year cemerlang sikit sebab sempat juga beraya rumah jiran-jiran di kampong Razi. :) Seronok the kids dapat jalan-jalan keluar masuk rumah orang and the best part dapat collect duit raya, especially Adam. 

Tapi tahun ni tak ada gambar dengan family Razi, sebab lepas sembahyang raya, pastu sesi salam salam peluk peluk mintak ampun mintak maap, terus orang datang serbu nak beraya. First day of Hari Raya di kampung memang sangat busy. Start dari a day before raya saaaaaaaaaampai la ke pagi raya, mak-in-law is the busiest woman in the kitchen. 

This year ai am shooo busy with Orked. But still ai manage bergabung tenaga with anak dara-anak dara kakak-in-law memasang langsir. Memang itu je la kot aktiviti ku di Hari Raya kalau di kampung. Belum ada peluang masuk dapur mak-in-law time raya sebab bila turn beraya di Rembau, time tu la ai ada anak kecik. In-sha-allah, panjang umur murah rezeki, for the future coming Hari Raya akan ku sibukkan diri ku di kitchen my mak-in-law. :)


Jasmin on the first day of Hari Raya in baby-blue kurung moden. Last minute found it at K.M. Seremban selepas our mission ke PKNS Shah Alam failed sebab baru je jejak kaki kat pintu masuk both kiddos dah start tantrum and Orked suddenly became cranky. Haish!
Sungguh payah nak tangkap gambar ini budak! Baju Melayu Adam dapat di Anggerik Mall, last piece, try carik yang sama untuk matchingkan dengan Jasmin, tak jumpa. Dang! So tahun ni tema raya agak bebas dan we'ols hanya recycle apa yang ada aja.



The kids and mak-kids on the first day of hari raya di Puchong umah Opah. *et, bila la den nak dapek amek gambar cenni weyh?*
2nd Day of Hari Raya with G's family :)
Mommy and Babah and my youngest sister Ica. Raya 2013. Blessed. Alhamdulillah, masih lagi dapat bersama beraya dengan orang-orang kesayangan. Syukur masih dapat beraya dengan kedua orang tua ku. Tuhan, berikan kedua-dua orang tuaku, mommy dan babah, kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kehidupan mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Mu. Aamiin.


And that's it my hari raya stories dis year. 
Alhamdulillah. 
Semua bahagia. Semua gembira. Semua ceria.
Semoga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan, in sha allah.



Tuesday, 6 August 2013

Stairway to Heaven ~~

Opppssss... saya tak layan Korea. Ini bukan cerita tentang filem, drama mahu pon muzik K-POP Korea. Tapi saya tahu satu famous Korean words, annyeonghaseyo :) 

Oh, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini giliran beraya di rumah pak and mak in law, so a bit sedu-sedan la but okay lah, probably rancangannya first raya nak chiow back to Seremban. This year raya, i'm a bit rushing and time constraint sket, sebab ai start kerja on 12th ni. So ai have to make sure everything settle by this Sunday especially tang baby sitter Orked.

Time akhir-akhir puasa cenggini, kalau bab tang masak, memang dah tak tau nak try resepi apa lagi dah. Dah khatam satu google carik recepi. Mari tutup dapur, gantung periuk, bersiap ke kedai makan berhampiran. 

Anyway, hari ni mohle kita share cerita yang saya jumpa kebetulan masa google-google hari tu. Pengajaran untuk saya serta siapa juga yang membaca.

Okay, this story i want to share maybe agak a bit cynical tapi at least sebagai satu pedoman untuk orang-orang yang seangkatan dengannya sebab nak tak nak memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati. 

Satu contoh paling dekat macam kisah PRU13 yang tak sudah-sudah sampai laaaaa ni. Parlimen dah bersidang pun masih tak sudah-sudah hitam dan putihnya. Itu satu contoh dalam kehidupan; sebenarnya ada macam-macam lagi yang kita boleh umpamakan dengan cerita yang saya kongsikan ni.

Jom baca sama-sama;

Kisahnya di akhirat, penghuni syurga dan neraka mahu satu jambatan dibina untuk menyambungkan syurga dan neraka. Penghuni neraka tak sabar nak ke syurga dan penghuni syurga baik hati untuk segera menerima mereka.

Satu jawatankuasa ditubuhkan diwakili oleh penghuni neraka dan penghuni syurga. Lalu satu mesyuarat diadakan segera.

Mesyuarat mempersetuju jambatan dibina dalam masa enam bulan. Ahli-ahli syurga akan membina separuh dan ahli neraka separuh. Jambatan bertemu ditengah-tengah.

Setelah 2 bulan mengikut masa akhirat, jambatan dari neraka sudah siap. Mereka tinggal tunggu jambatan dari syurga siap. Tapi masuk bulan ke 10, jambatan dari syurga tak siap-siap.

Kenapa?

Macam mana jambatan dari neraka tidak siap dahulu, ahli-ahli neraka ramai terdiri dari Jurutera, Quantity Surveyor, Architect, Kontraktor Kelas A, B, C sampai Z, dan Banker.

Turut tidak sabar nak ke syurga lalu di sokong habis-habisan projek adalah pegawai-pegawai EPU dan Kementeriaan Kewangan, pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan Kontrak, Menteri-Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan penyokong-penyokong UMNO, PAS dan PKR.

Tapi yang ada di syurga, kebanyakan adalah Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Cikgu Agama, dan lain-lain. Mereka mana tahu tentang bina jambatan. 


OKAY?

Personally, cerita ini sangat dekat dengan saya dan juga Razi. Habis aja belajar, terus terjun dalam dunia construction, tergolong dalam golongan marhaen makan gaji macam kami ni kalau nak cerita, satu dunia pun tak habis, lagi macam-macam cerita dan cara orang nak hidup. Razi lebih makan garam dari saya. Dia dah saksi macam-macam, cuma mulut dia masih terkatup tak koso nak berkompang sana-sini. 

Memang tak nafikan dunia construction ni, the main thing nak terus survive, memang sentiasa terlibat dengan tender menender, proposal sana sini, lobi orang sana sini, nak kan kabel sana sini for the sake of the project. Haih. Macam-macam cerita dan al kisah samada dari Razi sendiri mahu pun dari ex-boss saya, ex-opis-mate saya especially macamana company-company kat Seremban ni nak survive.

Saya masih ingat lagi di Tingkatan 5 sekolah teknik dah nak dekat SPM, di dalam bengkel, cikgu Majid, cikgu pengajian kejuruteraan awam, depan mata kami dia campak duit RM50 setebal kamus Oxford, dan bertanya pada kami, apa yang kami mahu selepas ini, duit atau kehidupan. Okay, the rest ai dah ingat-ingat lupa, tapi memang lah terkesan dalam hati apa yang cikgu saya kongsikan masa tu. 

Itu salah satu contoh aja dalam kehidupan. 

Ada baaaaaaanyak lagi cara orang nak hidup nak carik duit, nak tebalkan poket, nak hidupkan anak-beranak. Al kisah, nak tutup Ramadhan ni, saya kongsi sikit cerita di pasar ramadhan tempoh hari. Jasmin nakkan puding jagung, mintak sepotong, 50sen katanya, bungkuuuss. Balik ke rumah, cubit la sikit, nak tahu juga apa rasanya, alahaaaaiiii, tah mana rasa lemaknya, tah mana rasa jagungnya, tuhan je lah yang tahu.  Kalau pun berpuasa dan tak mampu dan merasa makanan untuk jualan, saya yang jarang masak ni pun, kalau setakat guna recepi dari incik google, Alhamdulillah, kena dengan selera tekak orang yang memakannya.

Saya komplen sebab saya pernah jual puding jagung yang mommy masak untuk jualan di pasar ramadhan. Selama saya hidup, saya dibesarkan dengan hasil jualan makanan-makanan mommy. Sebelum kahwin, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling best sebab time ni lah peluang nak berniaga di pasar ramadhan. Letak lah apa aja, jual lah apa aja, kalau sedap, mesti orang datang lagi dan gerenti licin.Tapi kalau orang-orang yang berniaga di pasar ramadhan ni tak tahu nak utilize peluang yang ada, itu RUGI!

Saya marah sebab nak dapat lesen berniaga di pasar ramadhan ni memanglah payah. Kalau tak register awal, alamat tak ada lah rezekinya, sebab ramai sangat yang bermintak, yang di reserve pon dah hado. Itu belum cerita pasal tapak nak pacak payung lagi. Yang kabelnya besar, yang kenal orang atas sana sini, dapatlah kawasan yang ramai orang, dapatlah yang depan-depan, yang kita bodoh-bodoh alang tak ada kepentingan ni la yang terpaksa duduk belakang-belakang. 

Tapi, Alhamdulillah.
Rezeki tu tuhan yang beri. 
Tak payah la perantara ka, kabel ka.
Kalau tuhan nak bagi, Dia permudahkan.
God works in a mysterious way.
Tak perlulah dipersoalkan. 

Begitulah, nak buat sesuatu, biarlah ada usaha ditambah niat yang baik yang tuhan boleh terima, lepas tu ikhlas then later kita redha dan tawakal lah macamana tuhan nak balas balik kebaikan dan servis kita tu. Jangan nak dok ngungkit, apahal la aku terima cenggini, apalah orang dok ngata aku macam-macam lagi, apsal la buruk yang dapat kat aku, kena selalu ingat, SEMUA TUHAN PUNYA KERJA, LEAVE IT TO GOD!

Bagi saya, SABAR aja. Memang susah nak buang prasangka buruk dalam hati kita ni, even walau dalam Ramadhan yang kita tahu setan-setan semua dah ditambat, tapi sedihnya hati tu maaaaasih juga lagi berkata-kata, menelah benda-benda semua jadi negatif. Satu cara saya guna nak pujuk hati, kalau di dunia ni masih terselindung, masih dikaburi mata, kat padang Masyar nanti terpampang lah segala cerita tok nenek diri kita dalam skrin besar, sama-samalah kita tonton. Nilailah!

 


Oppppsssieeee..... Woooppssieeee.....
Kudos to Husin Lempoyang for sharing with us with such a very good articel!

Tuesday, 4 October 2011

Free of HFMD! I thank GOD!

Jasmin dan Ishreeq
Sudah masuk hari keempat Jasmin demam. Ulser mulut, sakit mulut, sakit tekak, perut sakit, siku sakit, kaki sakit kepala sakit semuanya dia sakit. Jasmin yang biasanya akan minom berbotol-botol susu tetapi disebabkan sakit ni, nak habiskan 6oz pun susah.

Mujur Adam tidak terkena infection virus dari Jasmin, so far Adam is fine and i keep on breastfeed him so that at least ia boleh kuatkan antibody Adam. Minta sangat Adam dijauhkan dari segala penyakit, cukuplah dengan yang ada sekarang ni, tambahan penyakit akan worst-kan lagi condition Adam.

Budak banyak songeh!
So yesterday, saya ambil afternoon off  to sent Jasmin to KK Seremban dan terpaksa minta time slip kat doc so that my CPM tak bising-bising asyik hilang half day since last Saturday. Ingatkan nak check up kat Specialist Senawang tapi disebabkan tak boleh pakai card hutang  tapi card hutang pon dah over limit and kalau ke KPJ akan di charge harga yang bukan-bukan so I took Jasmin ke klinik kerajaan sahaja. And sum-more my awareness due to the HFMD yang could be biasanya penyakit hebahan satu negara, so better choose goverment so that they can observe the disease whether betul atau tak samada sudah menular ke seluruh negara or not. Not reccomended to go to Klinik Satu Malaysia Rasah Jaya (saja mention nama) sebab the staff sangat lousy! Pernah masa 3rd Raya hari tu, saya masuk klinik dengan jasmin untuk registration, tapi meluat dengan makcik nurse yang dah tak berapa lama nak nunggu pencen tu acting like so diva, so saya ambil IC saya semula dan terus keluar dari klinik tu. Even the M.O. bertugas juga sangat arrogant dan tidak mesra rakyat langsung. Ooowwhhh, saya tak suka komplen orang tapi jangan buat saya komplen, memang melalut panjang lebau. Astaffirullahhalazim....

Ekceli, saya jadi tak tentu arah ni bukan apa, ini semua sebab baby Alia dah ada disease tu so that's why saya jadi sedikit kelam kabut risau takut infected to my childrens. Lebih-lebih lagi nak berdebat dengan abahRazi nak explain kat dia how it all started to happened. 

But for me, penyakit datang bukan kita yang minta. Tinggallah kita dekat rumah kaca bagai, salut badan pakai covered uniform sekalipon atau seberapa penuh iman di dada pun atau mop rumah hari-hari dengan Dettol sangat pun lah, jika tuhan kata "Kun Fayakun" maka jadilah ia. I'm not blaming others if my Jasmin or my Adam get infected or so what. Saya tak tuding jari pada sesiapa. Baik buruk itu ujian Tuhan. Kalau dah nak di beri penyakit, terima dan redha sahajalah. Usahalah cara mana nak sembuhkan penyakit mereka pula.

Alhamdulillah, Doc conform that Jasmin demam sahaja with high temperature; 39degrees. Nasib baik Jasmin tak buat hal dan dia follow je apa doctor suruh buat. Buka mulut keluarkan lidah, angkat rambut sebab nak tampal temp sticker kat dahi, tarik nafas check dada, dan timbang berat. And last sekali, dia yang cakap "OKAY DAH" kat doctor. Sangat menurut perintah okay! Oh, and she is free from HFMD (translation - Penyakit Tangan Kaki dan Mulut buat orang yang tidak tahu singkatan itu)

Glad that mommy ada with me yesterday to take care everything while saya dukung Adam. Nenek uruskan hal Jasmin, uruskan registration, uruskan ambil nombor untuk jumpa doctor, uruskan ambil berat badan, uruskan my timeslip, uruskan ambil nombor lagi untuk farmasi, uruskan ambil ubat dan seterusnya uruskan Jasmin pujuk dia makan ubat. To pay back her kindness, petang semalam habis 11RM beli kuih muih (kalau ikutkan tak terbayar nilainya). Semuanya sebab perut lapar sebab tak makan nasi dan mommy pun tak sempat nak masak nasi dan nasi lemak pagi pun dah habis orang borong.



P.S.
So ET, we all not blaming you on this matters, so dah boleh pegi keje dah. HAHAHA!

Monday, 3 October 2011

From MinMin's Kitchen - CheesyFrank Prego Mushroom Pijja ~~

Hamboi, tajuk cerita panjang lebar tak hengat. Okay, last Saturday, saya sangat rajin menyinsing lengan baju kerana teragak sangat nak belajar buat Pizza. Ekceli ini semua kerana terkena tempias kerajinan dan keterujaan my sis-in-law yang sangat suka buat pizza everytime orang datang rumah dia. 

So apa lagi Saturday after work, together with Along, off we go to supermarket and buy all the necessary things. This is a very simple pizza ekceli. What i need are such as prego sauce, mince beef, cheese franks, mozarella cheese, button mushroom and fresh tomatoes and don't forget to sprinkle some of  Oregano on top of the toppings. 

However, the challenging things on making a pizza is to make the pizza dough. Absolutely not really good on making it, so we let our Master Chef mommy to do it and the rest we all continue after that. 

First thing u need to do is to gelek gelek the dough, same like what MinMin is doing. One pizza is already done by my sister and Jasmin is so teruja to make her own pijja.

Then, spread the prego sauce which has been cooked together with mince beef and onion earlier and later on campak all other stuff on top of it.  MinMin's Pijja is so full of sauce and cheese and mushrooms and cheese-franks. Simple and easy. Love it!

Done! Yummmaaaayhhh!

*Picture credit to Mak-Su-Cha

Friday, 9 September 2011

Issue Petknode dan Seman Kucing

GEBU  *R.I.P
Ya Tuhan, menangis sedu sedan sebak bila baca penderitaan kucing-kucing kat hotel kucing Petknode tuh! Apolah jenis manushia owner dua orang budak demok tuh! Dio elok montel, kucing-kucing tu kesian kurus kering terbiar, ada yang mati..... ish ish ish....

"Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat. - OhBulan" -

Memang tak berperikemanusiaan langsung! Tuhan bagi akal fikiran simpati perasaan kasih sayang tapi sampai hati menyakiti makhluk-makhluk Tuhan ni, manalah letaknya kewarasan budak demok dua ekor tu!


This kitty and the fosterer berada di Pulau Besar
As one of  a truly cad cat lover, mmg tersentuh hati dengan issue Petknode ni dan mmg suddenly I am thinking of my mak kucing.... apa lah dosa saya sampai dia tinggalkan rumah membawa diri tah kemana? Nak kata saya tak bagi makanminum seminggu sebab tu dia lari memang tak mungkinlah sebab saya bukan jenis sampai hati macam tu. Setakat ni dah masuk sembilan bulan mak kucing hilangkan diri. Cuba juga cari kat picture album kucing hilang, sayangnya memang tak ado.


Kalau nak ikotkan sejarah family saya, tak pernah kucing-kucing yang dibela lari dari rumah. Misi tinggalkan kat pasar pon tak berjaya bila the next day tgk tgk dah tercegat je depan pintu rumah. Biasanya kucing-kucing yang kami bela mati sebab accident, mati sebab termakan racun dan paling haru sekali baru-baru ni, one of my sister punya kucing mati sebab terlebih bagi makan. Dia balik kampung tiga hari, so tinggalkan makanan selambak supaya kucing tu tak kebulur, tapi kucing manalah ada akal fikiran nak bagi-bagi sikit utk breakfast, sikit utk lunch, sikit utk minum petang dan sikit utk dinner, sekali letak, sekali tu la habeh dilantaknya, at last kucing tu mati tergolek sebab terover makan biskut kucing. Itu pon kira zalim gak lah tu... T_T (Sila banned ET kalu sesiapa teragak nak bagi kucing kat dia huhehuhe!)


Yang ni ada di Klang
Itu cerita pasal kucing, nak cerita pasal musang pulak. Saya ingat lagi musang peliharaan my sister pon mati sebab terover makan, hari-hari my mom sedia menu ayam mentahlah, buah-buahanlah, left over food takyah ceritalah, si musang ni pon layan je lah dengan hati terbuka, macam biasa, si musang akhirnya mati kekenyangan. Haiiiihhh.... betapa "over"nya kasih sayang dan caring-maring family saya terhadap binatang....


Early this year memang saya ada sedikit kecewa dan sedih dan depress bila dapat tahu my besfren a.k.a mak kucing dah tinggalkan rumah tak balik-balik. Ye lah, bertahun-tahun dah tinggal bersama-sama, tiba-tiba hilang sampai bangkai pon tak dapat di kesan. And that time I was pregnant 3 or 4 month cenggitu. Terlalu depresssss maybe and kesannya mungkin kepada Adam saya. Mungkinnnnnlah agaknya....... saya tak kata cerita saya ni boleh pakai hundred percent.


As I mention before this from my previous post, Adam is having breathing problem which cause him bernafas berbunyi-bunyi. I notice that after two weeks he was born. At first I was thinking it must be flu and when I check with paed, he said, tekak dan hidung dan paru-paru Adam clear, tak ada masalah at all. 2nd paed pon conformed-kan benda yang sama. Nothing much to worry dan biasanya akan hilang bila Adam semakin membesar.


My family tak berapa satisfied dengan keputusan doctor dan sains ni and they advise me to go for alternative medicine. Apalagi last Monday, dengan jiwa raga penuh harapan together with hubby and my mom, pergilah jumpa aunty my-only-one-kakak-ipar kat Kuala Pilah. Mak Ngah ni memang pandai ubatkan budak-budak dan boleh juga mengurut orang lepas bersalin dan ubat-ubat akar kayu dia, "Ing-glan pon dah sampai!" (dio yang kato) 

Belek punya belek tengok punya tengok tak sampai seminit, mak ngah conformkan, Adam ni kena "Seman".


Ekau ado tengok bangkai kucing ko maso ngandung dulu?"

Haaaa... itulah yang first sekali Mak Ngah tanya kat saya. Memang terkedu la saya bila Mak Ngah kata Adam ni kena "Seman Kucing". Haaaaa.. Apo tu "Seman"? Jom ceciter ceciter...


Seman atau bahasa uptodatesket "Kenan" biasanya jadi kat anak-anak yang baru lahir. Sebab tu lah dinasihatkan ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka supaya tidak membuat keburukan atau perkara yang tidak baik terutama sekali penganiayaan terhadap binatang kerana mengikut pandangan orang-orang Melayu kita mungkin akan memberi implikasi buruk terhadap anak yang bakal lahir. Pfftt... skema ayat explaination. 


So Adam is one of the baby yang katanya terkena "seman kucing" ni. Saya pun tak pasti di mana silap saya atau mr hubby masa time saya ngandung-ngandung dulu. My mom cakap, kalau nak ikutkan, jentik siiiiiiiiiikit pun tak boleh kucing ni sebab badi dia kuat. So maybe me or hubs ada tersalah silap kat kucing-kucing yang saya tak berapa nak recall ni, sumpahannya terkena kat Adam. Atau mungkinkah kerana kami ke Kuching tempoh hari? Haiiihhh.... naseeeeblah Adam.


Sekarang ni Adam dah tiga hari mandi air daun and the last day yesterday, air daun tu jadi busuk, busuk sebijik bau tahi kucing. Sebenarnya ikut kata Mak Ngah lagi busuk lagi bagus. 

Oleh itu, dengan Adam Adam sekali bau cat poops. Yaaaiiikkksss... tapi takpe.... neneknya sangat advance to tepek bedak byk-byk kat Adam semalam so yesterday evening fetch Adam kat umah my mom, dia dah wangi sikitlah.

Mak Ngah provide 3 botol air tawar and need to mandikan Adam dan kena yakinlah dengan usaha yang Mak Ngah buat dan InsyaAllah, semuanya akan baik-baik aje. Semoga didengari Tuhan dan Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin.


So, pengajarannya, tak kisahlah Issue Petknode ke, Issue Seman ke, yang penting semua kejahilan yang manusia lakukan itu, kita jadikan pengajaran dan tauladan supaya tidak mengulangi kejahilan itu semua. Bila terjadi perkara-perkara seumpama ini, makanya kita harus lebih menyayangi haiwan-haiwan di sekeliling kita, and especially Cats. 


Mereka juga makhluk Tuhan, mereka tinggal di dunia yang sama-sama kita berpijak, so tak salah rasanya kita sama-sama berkongsi perasaan kasih sayang itu. Jangan zalimi mereka, sayangi mereka. Agak-agak terserempak kucing kat restoren, kedai makan, tepi jalan, sedekahlah sedikit makanan untuk mereka. Lagi elok bawa balik rumah and then hantar ke cat shelter yang berhampiran (yang diiktiraf dan dipercayai sahaja okay, bukan yang jenis mintakwangmintakwang okay) supaya nasib mereka lebih terbela di sana. 


Truly Madly Deeply Missing U owhhh my Mak-Kucing! *R.I.P.






p.s. Harapnya budak demok dua ekor tu kalu dorang kawen, bila bini dorang ngandung, terkono la seman kucing kek anak-anak eeee... EEEiiiiiiii goram den! Astaffirullahhalazim....



Monday, 18 July 2011

How I feel on Adam's 22nd Day of Life

Oh what a beautiful day! Ekceli nak sedapkan hati cos kena ragging dengan Adam tak bagi tidur. Schedule harian yang penuh dengan aktiviti untuk Adam, Jasmin, hubs dan diri sendiri. Hari ni dah hari yang ke 22. Time flies super fast. Dah seminggu berdikari di rumah sendiri setelah dua minggu confinement kat rumah parent. Rasanya dua minggu cukuplah kot untuk mommy tolong apa yang patut dan rasanya sekarang ni dah kuat sikit untuk berpantang di rumah sendiri.

Dunia dah amaaaaaannnnn.......
Berpantang kali ni lain macam sikit sebab dulu nak kena jaga Jasmin sorang je but this time I have to handle two babies. For me, Jasmin is still a baby, “baby tua”…. still need to help her mostly on making her “nenen”, toilet activities, but the rest she knows how to handle herself. And also she is very helpful helping me ambik diapers, buang diapers, ambilkan botol susu, ambilkan kain lap and mostly sangat helpful untuk “kejutkan baby with her shouting!” 0.o

Oh, last wednesday we went to clinic sebab need to do check up on breathing Adam yang berbunyi-bunyi and cause him not to sleep very well at nite especially. It happened lately dua tiga hari sejak balik rumah. So, last nite ajak hubs gi jumpa paed and Alhamdulillah bukan sebab blocking paru-paru atau selesema, it just that Adam's esofagus still sempit sebab badan dia yang very tiny. So far paed ckp it will last untill 6 month to 2 years, depends dengan pembesaran bayi itu sendiri. Lega rasanya bila paed dah cakap macam tu. And now, whenever Adam wants to sleep, he would prefer to make his head a lil bit tinggi and of cos bantal ibu dah officially jadi bantal Adam nak sendal kepala, Jasmin pun dah officially ambil satu bantal Ibu and now what's left for me is bantal yang dah leper langsung tak empok nak letak kepala mahupun peluk-peluk (ehe bantal "alami" pulak langsung tak boleh nak dekat buat masa-masa begini).

Jaundice Adam still ada lagi but not really ketara but still worries me. Last two weeks blood test the bilirubin count was 200 and actually tinggi juga jaundice tu. Due to three times nurse dah ambil darah Adam, so I decide no more blood test for Adam and last check up dengan misi puncanya maybe disebabkan oleh susu ibu itu sendiri. So, I just have to make it dissapear sendiri and have to BF him frequently. 


Rasa-rasanya, dah macam-macam dibuat untuk hilangkan jaundice Adam, bagi susu kambing, jemur matahari pagi, air anggur, mandi herbs bunga batik, buka lampu bilik 24/7 and last option hubs dapat carikan air zamzam, however, the jaundice masih degil tak nak hilang-hilang. Tawakal dan redha je lah, doa-doa cepatlah jaundice Adam hilang. Kalau bilirubin count die >240 boleh la admit, ni takat atas pagar jer, doc pun susah nak decide nak admit ke tidak. Paling tidak, kena ambil darah everyday, uuuhhhhh no way! But dis week still need to do blood test for Adam to make sure the bilirubin dah turun pun at least ke 150....

Hurm.... lagi dua minggu dah nak Ramadhan, rasanya dah macam-macam benda dah set up dalam kepala how to handle the fasting month. Nak prepare sahur, prepare juadah berbuka, rasa macam nak buat kuih raya, nak carik stock makanan for the whole month, nak carik baju raya, nak kemas rumah yang berabuk, nak buang barang-barang lama yang dah tak berguna, nak jaga anak lagi, nak jaga suami lagi and BIRTHDAY Jasmin will be next month and I still didn't figure out the "cibin" pix to make the edible image to be put on top of the cake. Haiiihhh~~~~


aaaaaannnnnddddd pejam celik sekejap aje dah nak masuk office!

Saturday, 7 May 2011

The most Special Gift on Mother's Day

Syukur Alhamdulillah, this is my third year celebrate mother's day with Jasmin. Tiada kata yang dapat diluahkan, tiada tandingan hubungan yang terjalin, selain kasih sayang sepenuh hati dari Ibu untuk Jasmin. We have been tru loads of things together Jasmin! (happy and sad, good and bad) and even dis morning before I sent u to nenek house, i could fine the balloon yang terbang dari kereta last nite, just for the saaaaaaaaaaakkkkkkeeeeeee of you my dearest Jasmin. Nasib baik tak kene gelek ngan lori masa melintas jalan tadi. *Okay jgn risau ini emotional seorang ibu mengandung aje...

Anyway, every mother's day of cos will bring a great memory and osem moment for every mother/momma/mommy/mak/ibu/mama/amma/umi/ in these world. It's about feeling, appreciation, love, gratefulness, caring, togetherness and et cetera. Terpulang pada semua yang nak describe macam mana. 

Tak susah nak jadi seorang Ibu tetapi bukan mudah untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu. For me, there're loads of things I have to sacrifice since the day Jasmin was born. And I don't feel regret sikit pun because I know I am raising my own daughter and hoping that one day she'll become someone yang berguna dunia dan akhirat and she's the one who will bring happiness and proud to the family. And of cos the bond between me and her takkan terputus walau bagaimana sekalipun dugaan atau cabaran yang datang. 

And for my coming baby of cos harapan tu memang demanding sikit lah and after this i have to learn how to share and devide my love to both of them. For me, I really hope so that I'm not going to be Ibu yang tidak fair to both of them. I'll try to share and give my love as equal as I can and ensure them that nothing can compare or can describe my love for both my kids. InshaAllah.......

Alhamdulillah juga sebab this mother's day juga my family dapat new company, new baby girl owhkay!, rezeki dan hadiah dari Tuhan yang tidak ternilai harganya. Oh, not forgetting, Selamat Hari Ibu to all!

.......and presenting ahli kelab rumah merah jambu yang baru dan bakal menjadi mangsa buli Jasmin....... 

Welcoming our new beautiful sweet heart to Ji's family on this Mother's Day
Our beloved, Siti Rabiatul Alia




P.S.  
Ada seorang datang kepada Nabi s.a.w sambil mengadukan hatinya yang keras (kekerasan hatinya). Nabi s.a.w bersabda : "Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin." (HR. Imam Ahmad)

Nabi bersabda : Janganlah banyak bercakap selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sesungguhnya banyak bercakap selain daripada berzikir kepada Allah itu adalah menyebabkan hati seseorang menjadi keras. Dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia daripada Allah SWT itu ialah mereka yang berhati keras. (HR Tirmizi)





"Mengapa kanta ini masih berkaca
Sedangku telah pun terima di dalam redha
Segala kepahitan
Pengalaman menjadi penawar
Mengejar impi ke pintu Syurga
Duhai bonda
Bilakah akan ku kecapi kasturi
Penebus maruah
Dan semangat lama"

Thursday, 28 October 2010

It is Special Made from the Heart

MrHubby called me yesterday morning in the office and told me that his father is craving for ikan bilis currypuff. As from my mrHubby info, my pak mentua was trying to find it in all over places but it's hard to found on what he need (karipap kentang ayam/ daging byklah). 

So, mrHubby trying to searched everywhere and even called his friend's wife to find out whether they have the stock or not but unfortunately it was sold out plus he have to wait for few days for her supplier to sent the order. MrHubby last resort is by calling me and ask me if mommy could made some ikan bilis currypuff for my pak mentua.

I directly called my mommy the chief tukang masak and she said 

'....okay....' (remember I told u last time, nothing worries her, relax jer jawab soklan I)

She list all the things that i need to buy and after work zaaaaaasssss! me off to the groceries shop.

We have made two types of ikan bilis currypuff which are one is filled with serunding ikan bilis and another one is filled with kentang and blended-ikan-bilis. 

MrHubby will send them off this afternoon to kampung. I hope my pak mentua will like it and eat it as much as he like it; as for this past few weeks he has lost his appetite on foods. All his children and the in-laws is trying hard to win his heart and pujuk-pujuk-ing him to eat so that he will always in the pink of health. 

My pray will always be with you and may my pak mentua will have quick recover soon so that he will be able to timang-timang his cucu-soon-to-be nanti......

Special custom made ikan bilis currypuff for my pak mentua


p.s. Seriously, Jasmin is the one who is the super-busy last night helping out on the currypuff making. Thank you Jasmin! She has taken five of currypuff dough and "canai" it so-like-nenek-did! Sangat tak "menureh"!

Thursday, 23 September 2010

Yeay! Tahun ini Turn Saya....

Today's subject secara tidak langsung akan berkisar tentang perayaan Hari Raya Aidilfitri 1431H saya tahun ini bersama orang-orang tersayang, disayang dan menyayangi. Saya sangat suka pada hari raya kali ni (seperti tahun-tahun lepas juga) tetapi tahun ini lebih SUKA kerana dapat beraya dengan family myside (tidak perlu berendam dalam bilik air air mata lagi apabila terdengar takbir raya seperti tahun sudah, baiklah lupakan!)
Agenda tahun 2010 ini, perayaan disambut secara sederhana tetapi bermakna. But, If nak cerita perasaan secara selfish-nya apabila beraya dirumah sendiri, I-AM-SO-OVER-EXCITED!!  However, on the Raya Eve, kesian juga tengok hubby bersedih sebab tidak dapat ber-first raya di Rombau.




Hubby have to play fair so he has to accept the fact that this year is MY TURN! And infact, he got the feelings that I had last year! Fair enough! Sorry baby!


Okay, back to my story, normally my family, especially chief tukang masak, my Mommy, always COOL-ajer! Tidak terlalu macam-macam nak dibuat cuma perlu berkemas-kemas apa yang patut, dan what I like the most is suasananya, tidak ada yang tergesa-gesa, tiada apa yang terkejar-kejar atau kelam kelibut coz everything is well-managed bak kata pepatah tiada flight yang kami nak kejar. No need to rush! Bagi kami walau bagaimana cara pun preparation kami, Hari Raya tetap akan menjelma....


Main Menu for this year of cozlah menu wajib setiap raya which are rendang daging, Ketupat (3 version this year okay, ketupat sate, ketupat bawang dan ketupat version-babah (lupa nama sebenarnya) , kuah kacang, serta kuih raya bikin sendiri; kuih samprit dan kuih cornflakes.


Tahun ini agak mencabar untuk menyiapkan Jasmin di pagi raya. I've made her with 2 pasang baju kurung which she can wear on the 1st and 2nd Hari Raya. And a few gown kalau nak tukar-tukar bila Jasmin dah bertukar jadi masam. Yang menyakitkan hatinya, bila pagi raya tu, Jasmin mengamuk tak nak pakai baju kurung (actually a week before i've been pujuk-ing her to test her baju kurung tapi die mengamuk tak nak) She insist to wear her gown sampai saya terpaksa sorokkan the gown dalam almari. Hadoi-lah! Jasmin...


 Rupa yang agak cengeng sebab dipaksa pakai baju kurung!

 Makan kuih raya kegemaran saya...
 But after sometimes, bila dah jumpa makanan di depan mata, perasaan mengamuk cik Jasmin pun hilang dengan sendirinya.


Keluarga kecil kami...

Alhamdulillah, tahun ini Tuhan masih beri peluang kepada saya untuk beraya bersama-sama orang tersayang. Diharap, berjumpa lagi Ramadhan dan Syawal tahun hadapan dengan pelbagai lagi agenda. 

Apa-apa pun, bila Hari Raya, yang hitam, yang pahit, yang kelat, semuanya disucikan dan dibersihkan dengan sepatah dua kata yang harapnya ikhlas tulus mulus yang keluar dari hati yang murni.....

p.s.
If I call upon Allah (SWT) to help me without doing anything myself. I'm surely stretching the boundaries of optimism without truly knowing the concept of God in Islam.

"Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves" (Verse 11, Surah Ar-R'ad (13), Al-Quran).

Thursday, 6 May 2010

May is Mommy Day!

Teeehee! I love May coz I’m planning something interesting for this month with Mr Husband and my Jasmin…. I’m counting the day’s ya’alls…..

Another thing is, Mommy’s Day is just around the corner… and of coz need some plan for the celebration but I am not really sure what my siblings really going up to for these coming 9th but I’m sure we gonna have makan-makan lah tu! 

I like Mommy’s Day coz this is the day where we share and show our fullest love to our mommy and the great thing is we are going to have lots of fun together. Mommy is 55 years old this year and Alhamdulillah she is still maintain healthy and fit and she just came back from Bangkok as ya’alls know Bangkok sedang popular dengan fashion baju merahnya (but my mom said, it is safe being in Bangkok and nothing much to worry……betapa rileksnya my Mommy!)

 Latest Pict of my Mommy and Ica @ Bangkok
(Nowadays, sejak dua menjak dah kahwin ni, tak dapat la nak join travel sana travel sini, but i hope next year to Singapore, u'all will take me & Jasmin too ye!)

 Mommy is a cool person in the world, very hard to see her “melatah” and marah-marah (but sometimes masa kecik2 dulu kena juga libas dengan batang paip sedas dua, biasalah telatah anak2 nakal macam saya) 

Evenmore, Mommy not kind of suka nagging person and she tackle anak2 dengan komunikasi. Kalau Mommy marah pun dia tak akan membebel2 but somehow I perasaan whenever she is in the kitchen and bising je bunyi pinggan mangkuk, I know that something is tak kena. Tengah marah la tu. Hehe! Setuju kan?

Well indeed we all adik-beradik memang anggap mommy as our friend and whatever suka, duka, gembira, sedih, handsome, hodoh, first period, tinggi, kurus, masalah suami/isteri, boyfriend, girlfriend, nak kahwin, masalah dunia, negara, antarabangsa or what-ever-things-lah, we talk to our Mommy first (but Babah is different, so tunggu versi Father’s Day pula ye!) 
 My Mommy & Ica (lagi) @ Angkor Wat, Cambodia
(Recent visit (Babah, Mommy & Ica) to Cambodia after more than ten years left the country, actually more to series Jejak Kasihan Babah!)

 Mommy likes travelling and she travels a lot and so do we all the 6 siblings, you name it where she tak pergi, semua dah sampai. I still remember when Babah join the United Nation in Cambodia, Mommy also went there when Babah ask her to come there for about two weeks(if I’m not mistaken lah, belasah je nih), tinggal lah kami 6 beradik di Malaysia bersama-sama Opah tercinta. Eventhough Cambodia that time baru lah nak aman but my Mommy still maintain cool, no worries. 

 My Mommy and (lagi-lagi) Ica @ Jogjakarta
(this is before the earthquake)
(they also went there berdua saje dan Lily tidak pergi di atas alasan sudah berkahwin... daym!)

 We also (me, my adik and mommy) went to India and visit Taj Mahal (only three of us je tau!) Two weeks travel around north India and it is really a great experience we had!

And in Malaysia pula (especially in Semenanjung, dah merata rasanya my Mommy pergi, but the adventurous one is when we (me, my adik and mommy) went to Tasik Pedu,some kind of girls day out after fetch my adik from USM Nibong Tebal. Memang giler-ah! Sebab bila check semula di dalam Atlas, Tasik Pedu memang dah sampai sempadan Siam, nasib baik tak kena tahan dengan Komunis hehe!. Stay one night there and memang berbaloi! Recommended place to stay! 

Dan ke-Adventurous-an Mommy ni pun dah bawa Mommy ke Gunung Kinabalu juga. Even saya pun tak pernah bermimpi untuk sampai ke puncak, but mommy has made it! Bravo Mommy! 

Well, there are loads of story to tell about my Mommy, but the limited time i have here buat saya terpaksa stop di sini.

So, to be concluded here, apa yang my Mommy boleh buat, anak-anak pasti akan buat yang terhabis-baik dari itu and i promise her for my degree, and i will get it for you, Insyallah..... 

 Happy Mother's Day to All Mothers in the world!
Sincerely, Jasmin......

P/S: Can't wait for Jasmin to wish me "Selamat Hari Ibu" ibu...... oooohhhhh, sungguh syahdu.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails