Showing posts with label #alfatihahuntukbabah. Show all posts
Showing posts with label #alfatihahuntukbabah. Show all posts

Friday, 3 October 2014

Fitrah

Assalammualaikum kiddos.


Aidilfitri 2014. Peringgit, Melaka.

An entry which i keep on pending day by day.
Nak buat ke tak. Nantilah. Tunggulah. Esok esok lah.
Reality.

Anyway, tis is not ekceli a story of my hari raya hari tu.
Nothing much to share. Tak meriah dah kot bila one of our love one dah tak ada. 
Terasa macam ada kurang sesuatu. 

Oh, anyway, this is just a random story how ai deal with my life lately. 
Lebih lebih lagi sejak babah dah tak ada.

Last Aidilfitri, giliran saya beraya bersama keluarga my side. Dah memang gitu hisabnya setiap tahun sejak dari tahun pertama kahwin. In my point of view, hidup rumah tangga, perlu ada tolak ansur dan juga PERIKEMANUSIAAN. Islam itu mudah, jangan complicated kan. Selagi mana boleh tolerate, kami follow, and at the end of the day, we are all in the win-win situation. Hati senang, hati tak memendam rasa, tak perlu nak tipu diri sendiri, semua bahagia.

And Aidiladha is coming next Sunday. Anyway, setiap hari Raya Korban i'm celebrating the day with the in laws. Every year recently mereka mampu berkorban. Alhamdulillah. Harapnya, keluarga my side juga mampu untuk berkorban pada raya hadapan jika kami masih panjang umur. Aamiin.

Jujurnya, saya cuma ada satu tajuk tapi tak reti macam mana nak elaborate satu persatu.

Diri saya masih gini.
Walau saya redha, memori dan momen dan kebiasaan serta rutin bersama arwah babah tak pernah hilang. Malah makin kuat.

Kadang jadi tak keruan.
Balik rumah mami, rasa macam tercari-cari.

Saya percaya mimpi itu mainan, tapi berjumpa arwah babah setiap malam dalam mimpi buat saya makin rindu. Babah sangat tenang. Tiada langsung kerisauan padanya. Bermimpi bersama-sama babah ke tempat-tempat yang pernah babah berkhidmat, bermimpi dia berjenaka, dan bermimpi berbicara bersama seolah dia ada duduk hampir di sebelah saya. Mimpi....




















Sunday, 15 June 2014

Babah

Sebolehnya saya tak mahu tahu hari ini hari apa.
Kalau boleh, nak saya skip aje hari minggu hari ini.

Anyway, ke mana pun saya pergi, jauh mana pun saya lari, kaki saya masih disini, menjejak pada bumi yang nyata.

For me, Razi is always a Razi.
A father to my 3 kids at home.
Masih lagi Abah untuk tiga orang anak kecil di rumah yang masih mentah untuk kenal betapa hebatnya pengorbanan, kasih sayang, dan didikan seorang bapa.

Hebat atau tidak,
biarlah anak-anak nilai sendiri bagaimana abah mereka.

Kerana, 
jujurnya saya dilahirkan dan dibesarkan untuk mengenali seorang prebet polis yang berdikit-dikit berjuang berusaha untuk memegang pangkat Ketua Inspektor di akhir usia pencennya.

Bersyukur kerana aku pernah memiliki seorang babah yang sangat mengasihi anak-anaknya. Yang sebenarnya selalu menjaga kebajikan anak-anaknya.

Seorang yang tegas dengan tindakan dan keputusannya tapi masih disulam dengan kelembutan tolak ansur dalam budi bicaranya. Seorang lelaki yang segak pada mata pandanganku diciptakan untuk mengasihi dan mencintai mommyku.

Seorang yang yakin dan bersemangat untuk menggapai cita-citanya. Masih segar hingga kini, ketika dia duduk bersamaku dan dia bertanya apa cita-citaku walau aku masih kecil untuk tahu apa itu semua. Kini, cita-citaku hanyalah ingin engkau dikasihi Tuhan. Hanya ingin tahu bahawa Syurga adalah tempat untuk arwah babahku selamanya.

First time untuk tahun ini; untuk hari yang istimewa ini.
Tiada lagi makan-makan.No cakes. Tiada lagi sms ucapan.
Namun, doa ku pada arwah babah takkan pernah terputus, in sha allah.

Kini saya masih ada dia, seorang suami dan juga bapa untuk anak-anakku. Selamat hari bapa, Razi!




Pupus Kini Lunak Suara
Lenyap Sempurna, Tiada Terkata

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
 
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda
 
Damailah Di Sana 
Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa 
Abadikan Cinta
Moga Bercahaya 
Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama DenganNya

Wednesday, 11 June 2014

WW #55


ai miss him. 
ai miss my late father.
al-fatihah untuk babah.

Tuesday, 10 June 2014

Mommy

I dunno how to start my words today.
Walau saya busy hari ni, walau boss ada dok sebelah saya ni, saya kena juga hapdet this story, today!

Two important things happen today.
Today is mommy's 59th birthday anniversary and today also the 100th day for arwah babah.


I'm still facing the tough time. 
Still fighting myself to pass all this difficult phase of my life.
Trying to coped with the absent feeling of him. 
Even tough ai know, its getting worst day by day.

Mommy
Anyway, mommy adalah penguat saya. A tough lady who ai inspired for my whole life.

Setahu saya, mommy never had a chance to grown up with her own father in her childhood time, sebolehnya tuhan kuatkanlah saya juga untuk belajar tidak lagi merasa kasih sayang seorang bapa dalam umur saya menjejak 30 tahun ini.

Sekarang, mommy juga adalah babah untuk saya. Pelindung dan penasihat juga seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk anaknya. 

Kurniakan mommy kesihatan yang baik. Gembirakan hatinya selalu. Dipermudahkan segala urusannya. Dan sentiasa berada di bawah lindungan kasih sayangMu.

Juga, sebagai anak dan selagi nyawa dikandung badan, dah jadi tanggungjawab rasanya sebagai anak untuk mencari kebaikan dan keberkatan untuk arwah babah. Alhamdulillah, tahlil untuk babah sudah lily laksanakan hujung minggu yang lepas. In sha Allah, jika tuhan masih mahu kurniakan rezeki lebih lagi untuk kami, semahunya setiap bulan ingin bersedekah untuk babah.

Walau hanya sepotong doa, walau dimana jua saya berada pun, walau siapa pun saya dari pandangan mu tuhan, walaupun hanya di tepi jalan, harap tuhan terima dan sampaikan setiap inci doa saya untuk kesejahteraan babah.


Ikhlaskan aku selalu, Ya Rabb. 
Walau sukar untuk aku jelaskan keikhlasan hatiku, sedangkan aku juga meminta agar tuhan ikhlaskan aku dalam segala urusanku ibadahku setiap waktunya, In sha Allah aku harap Tuhan Maha Mengetahui segala rasa hati aku, apa yang aku mahu. Aamiin.


"You never really know
What it is
Not until it goes
And if it comes again
It's a miracle" - VH




Friday, 11 April 2014

40 Days


Seperti mentari kan hilang
mengikut jejakku
menghapus bayangmu


# Alfatihahuntukbabah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails