Sedikit ilmu untuk dikongsi dan disimpan untuk future reference bagi diri sendiri dan anak-anak. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari mempunyai sifat-sifat seperti ini....
Di dalam Al-Qur'an ada menyebut:
'Sesungguhnya yang mengadakan-adakan pembohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta' (An-Nahl: 105)
Di dalam hadis ada disebut:
'Tanda munafik itu ada tiga: bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir dan bila bersumpah, dia langgar' (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)
Di dalam riwayat Muslim: 'Sekalipun dia sembahyang dan berpuasa dan menyangka bahawa dia muslim.'
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: 'Empat perkara yang jika dilakukan bererti dia munafik sejati, sesiapa yang ada dalam dirinya salah satu daripadanya, bererti dia mempunyai satu ciri munafik sehinggalah dia meninggalkannya; bila diberi amanah dia khianat, bila bercakap dia berbohong, bila bersumpah dia melanggarnya dan bila bergaduh dia berlaku keji (jahat).'
Kerana itu diriwayat dari Abu Bakar al-Siddiq (hadis marfu' dan mauquf): 'Bohong itu menjauhkan iman.'
Semua ini menunjukkan kepada kita betapa kejinya pandangan Islam terhadap sifat bohong. Islam mendidik umatnya menyucikan diri daripadanya, sama ada bohong itu akan mengakibatkan kemudaratan atau tidak. Cukup dengan hanya berbohong dan memberitahu yang bukan kenyataan, maka ia menyerupai munafik.
Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Hendaklah kamu bersifat jujur kerana jujur itu memberi petunjuk kepada kebaikan, kebaikan pula memandu kepada syurga. Seseorang itu sentiasa berlaku jujur sehinggalah tertulis di sisi Allah bahawa dia seorang yang jujur. Jauhilah berbohong kerana bohong membawa kepada perbuatan keji dan perbuatan keji pula membawa kepada neraka. Seseorang itu akan sentiasa berbohong sehinggalah tertulis di sisi Allah bahawa dia adalah pembohong.' (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan mensahihkannya)
Percakapan adalah cara untuk menyampaikan maksud, maka setiap maksud yang terpuji boleh dicapai dengan berkata benar dan berbohong. Berbohong haram. Jika boleh tercapai maksud dengan berbohong dan tidak berkata benar, maka ketika ini berbohong itu harus, jika menghasilkan maksud itu juga harus dan menjadi wajib jika maksudnya wajib.
Sekalipun tidak tercapai tujuan peperangan atau usaha mendamaikan pertelingkahan atau mengubah hati mangsa jenayah kecuali dengan berbohong, maka ia menjadi harus. Kecuali ia boleh dikawal sekiranya mungkin, kerana apabila dibuka pintu bohong ke atas dirinya, maka dia takut untuk bersemuka dengan sesuatu yang tidak diperlukannya dan kepada sesuatu yang tidak melampau had keperluan. Maka jadilah pembohongan itu hukumnya haram pada asal kecuali kerana wujudnya keperluan tertentu.
Yang menunjukkan kepada pengecualian ialah apa yang diriwayatkan dari Ummu Kalthon yang berkata: 'Tidak pernah aku mendengar Rasulullah s.a.w. memberi ruang kepada berbohong kecuali tiga: Seseorang yang berkata sesuatu dengan tujuan untuk mendamaikan, seseorang yang berkata sesuatu ketika peperangan dan isterinya bercakap dengan suaminya.' (Riwayat Muslim)
Katanya lagi: 'Rasulullah s.a.w. berkata: Bukanlah pembohong orang yang mendamaikan di antara dua pihak dan berkata baik atau menimbulkan perkara baru.' (Disepakati atasnya) Asma' bt Yazid berkata: Rasulullah SAW bersabda: 'Setiap pembohong ditulis pembohongan kecuali seorang yang berbohong untuk mendamaikan dua puak (Muslim) yang bergaduh. (diriwayatkan oleh Ahmad dengan ada tambahan dan ia di sisi Tarmizi ringkas dan dikatakan hasan)
Katanya lagi; 'Ketiga-tiga ini disebut sebagai pengecualian dengan jelas dan pada maknanya apa yang selain darinya, apabila bersambung dengan maksud yang benar dengannya atau selain darinya.'
Mengenai hartanya, seperti seorang zalim yang hendak merampas hartanya dan dia (si zalim) pun bertanya mengenai hartanya itu kepada orang tersebut. Dia boleh menafikannya atau kalau tidak sultan akan mengambilnya. Kemudia dia bertanya mengenai perbuatan keji di antaranya dengan Allah yang telah dilakukannya. Dia juga menafikannya dan berkata: Aku tidak mencuri ataupun berzina.
Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sesiapa yang mendekati sesuatu perbuatan jahat maka hendaklah dia mohon perlindungan dengan pelindung Allah.' Demikian bererti bahawa mendedahkan perbuatan jahat adalah satu perbuatan jahat juga. Seseorang itu hendaklah menjaga darah dan hartanya dari diambil secara zalim dan maruahnya dengan lidahnya sekali pun dengan berbohong.
Mengenai maruah orang lain, seperti dia ditanya tentang rahsia saudaranya. Maka dia perlu menolak dan memberikan jawapan mendamaikan di antara dua pihak, mendamaikan nafkah di antara isteri-isterinya. Akan tetapi ada had pada berbohong, dilarang berbohong sekali pun dia benar pada tempat-tempat yang boleh melahirkan perkara-perkara bahaya. Maka hendaklah dia menghadapi kedua-duanya dan menimbangkannya dengan adil. Apabila dia sedar bahawa bahaya yang akan terjadi akibat berlaku benar lebih terhasil dari kaca mata syarak daripada berbohong, maka dia boleh berbohong. Jika maksud berbuat demikian itu lebih hina daripada maksud berlaku jujur, maka hendaklah dia berlaku jujur.
Kadangkala bertembung dua perkara boleh membawa kepada serba salah. Ketika itu, adalah lebih baik untuk cenderung ke arah berlaku jujur kerana bohong hanya diharuskan kerana keperluan atau sesuatu hajat yang penting.
Perkongsian ilmu dari: Pak Ngah
Don't be afraid of being right by TELLING THE TRUTHS, it's better to hurt some by truths than to KILL MANY BY LIES!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment