Hi belog. Rejab Is here. Soon will be Syaaban and later Ramadhan. Time flies really fast nowadays. Betol, tak tipu. Next week dah masok pertengahan tahun. Cepatnya.
And next month my Adam will turn a year old. Owh my Adam!
Jasmin, as updated, masih liat nak ke kindy, more to liat nak bangun mandi but after reached her school, she's fine. Budak banyak drama, and that's my Jasmin!
Okay, dis is ekceli quick entry. Kena cepat sebab nak kejar masa because I'm in the office right now and biasalah, my boss didn't hire me here not just for me to update my belog. Pfftt...
Rejab. Kelebihan? Bidaah?
Di sini saya kongsikan serba sedikit bacaan saya berkaitan bulan Rejab, kelebihannya dan bidaah-bidaah yang berkaitan. Pada mula saya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah kakak opismate saya ni kata bahawa amalan-amalan itu yg dianggap Sunnah tapi sebenarnya Bidaah.
Saya google dan google dan google dan IM Ashraff juga berpendapat yang sama, so ada la serba sedikit persoalan saya terjawab. Ye lah, kita ni tak pandai ilmu agama, jadi memang la banyak kemusykilan timbul apabila sekian lama praktis benda yang sama and suddenly timbul pula issue mengatakan iainya tidak sahihlah, hadith dhaif-lah, maudhuf-lah (palsu).
Memang kita sedar, bulan Haram dalam Islam adalah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah. Dalam bulan ini diharamkan peperangan dan larangan melakukan maksiat. However, melakukan
maksiat dan dosa adalah terlarang pada bila-bila masa namun
melakukannya pada keempat-empat bulan haram ini lebih dahsyat dan kuat
pengharamannya dan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan haram adalah
lebih berbanding pada bulan-bulan yang lain. Okay? Faham?
Misalnya di tanahair kita, didapati apabila
munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai
mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas.
Antaranya hadith:
“Rejab bulan Allah, Sya`aban
bulanku dan Ramadhan bulan umatku”.
Ini adalah hadith palsu yang direka
oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi
al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktabal-Matbu`at
al-Islamiyyah, Halab, Syria)
Nama penuhnya Ibn
Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal
pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga
dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada
jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal
fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Daral-Kutub al-`Ilmiyyah,
Beirut).
Disini saya sertakan Bidaah-Bidaah pada bulan Rejab:
1) Menyembelih haiwan sembelihan atau dinamakan ( Al-`Atirah ).
2)
Meyakini dan beritiqad bahawasanya malam dua puluh tujuh Rejab adalah
malam berlakunya Israk dan Mikraj,atau menyambutnya sebagai perayaan.
3) Solat Raghaib
4) Mengkhususkan puasa pada bulan Rejab.
So untuk ringkasan, saya ambil contoh yang nombor (4) tu sebab yang ini yang selalu kita buat. Macam-macam tulisan boleh kita baca, puasa hari pertama dapat ganjaran inilah, hari kedua ganjaran itulah, ketiga, keempat, kesepuluh, ke enam belas dan selanjutnya.
Ibnu Rajab di dalam al-Mughni pula berkata:
Mengenai keutamaan puasa khusus pada
bulan Rejab, tidak ada satupun hadis sahih yang diriwayatkan daripada
Nabi s.a.w. mahupun para sahabat.
– Dinukil dari kitab al-Bidab
al-Hauliyyah, ms. 245.
Selain dari itu terdapat juga di
kalangan masyarakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga
bulan iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Amalan ini juga
sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah.
Imam Ibnul Qayyim r.h
berkata:
Rasulullah tidak berpuasa pada tiga
bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian
orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan
baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan
diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada
bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. b Rujuk Muhammad
b Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtadab aat al-Mutab alliqah
bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.
Meskipun begitu sekiranya seseorang itu
berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut
sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu
yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya
berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti:
1. Puasa hari Isnin dan Khamis,
2. Puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh
13,14 dan 15 setiap bulan) atau
3. Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari)
dalam bulan Rejab,
maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak. Wallahu
ab lam.
Telah
tsabit bahawasanya `Umar bin Al-Khattab radiallahu`anhu pernah memukul
tangan seorang lelaki yang berpuasa (disebabkan memuliakan) bulan Rejab
sehinggakan beliau `Umar menarik tangannya menuju kepada makanan (agar
dia berbuka),kemudian `Umar berkata: " Apa Rejab?, sesungguhnya bulan
Rejab ini hanya diagungkan oleh kaum jahiliyyah,apabila Islam datang
maka ianya ditinggalkan
[ Musannaf Ibnu Abi Syaibah 2/345, Ibnu Wadhaah dalam Kitab Al-Bida` ]
Oleh itu kesiiiiiiimpulannya;
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang
diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih.
Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu
seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar
kepada hadis lemah.
Begitu
jugalah mengkhususkan amalan-amalan lain seperti sedekah,Umrah dan
selainnya dengan keyakinan bahawa ada ganjaran khusus disebabkan bulan
Rejab maka kesemuanya adalah terbina di atas bid`ah dan sangka-sangkaan
dalam agama.Sebagaimana yang kita ketahui menyintai Nabi
sallallahu`alaihiwasallam adalah dengan mengikuti sunnahnya bukan dengan
mereka-reka amalan atau perayaan tertentu yang tidak ada dalil dan
hujjahnya,maka seharusnya umat Islam berwaspada dengan setiap bid`ah
dalam agama dan mencukupkan diri hanya dengan Sunnah-sunnah Nabi
sallahu`aihiwasallam berdasarkan dalil-dalil yang shahih.
P.S.
Reference:
http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/06/bidah-bidah-dalam-bulan-rejab.html
http://www.intisonline.com/artikel/amalan-amalan-bidah-yang-dianggap-sunnah-pada-bulan-rejab
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1878.0
http://diarihati.com/blog/2011/06/03/salah-faham-amalan-bulan-rejab/