Salam.
Marhabban ya Ramadhan.
Hari ni dah masuk Ramadhan ke 4. Jujurnya, tak terlangkah lagi kaki nak ke bazaar ramadhan. Apatah lagi nak menjamu juadah-juadah dari luar.Bukan malas tapi tak teringin. Tunggulah dulu.
Ekceli, baru start puasa on Monday so that's why ada sedikit ketidakmeriahan menyambut Ramadhan pertama on Saturday hari tu. Nasib badan office bagi balik pukul lima so tak lah rushing nak balik ke rumah. Sampai pukul enam, urus urus anak dan rumah tangga dan setakat hari ini akan plan ciao ke rumah parents.
Tetapi al kisahnya; Ramadhan pertama saya berbuka dengan airmata. Itu yang indah. Insaf. Sobs. Alhamdulillah. Tuhan masih mampu berikan nikmat untuk menghadapi Ramadhan kali ini bersama anak-anak.
Bukan itu juga, Tuhan juga beri saya suatu ruang dan peluang untuk jadikan saya seorang yang makin bersabar. Saya redha kerana setiap ujian itu adalah peluang bagi saya untuk tuhan menerima taubat saya. Saya perlu jadi seorang yang perlu berani membuat keputusan. Tak mengapa lah. Saya lepas kan Raya dahulu, InshaAllah, kerana anak-anak dahulu. Kasihan mereka.
Baiklah. Saja nak post something kat sini. At least untuk kesedaran. Sebab sejak dua tiga hari Ramadhan ni, sana sini dok gempar-gempur ngan menu menu masakan walaweyh yang kadang-kadang hari biasa pon tak pernah nak nampak menu tu. Tahniah sebab rajin masak tapi kadang-kadang perlu ada batasnya. Ai pose u'ols. Dah la tuh. Buat perut ai mendidih menggelegak jer. Hehehe. Anyway, please take note dengan apa Ustaz Azhar Idrus tweet tu. Mungkin ada baiknya kan.
Bukan semua orang semampu kita.
Bukan semua orang berada macam kita.
Bukan semua orang dapat Iftar yang sempurna seperti kita.
|
Sumber Mr Google |
|
Sumber Google |
|
Sumber Mr Google |
Okay, ini adalah contoh yang tidak sihat. Tak perlu sebegini hokay!
|
Sumber Mr Google |
Pujuklah hati. Pupuklah hati supaya bersabar.
Minta pada Tuhan. Syukur apa yang diberi.
Jika hari ini aku tidak dapat yang terbaik, mungkin hari esok Tuhan telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Mudah-mudahan. Aamiin ya rabb....