Every child is a different kind of flower and all together make this world a beautiful garden. #adrianajasmin #adammuhaimin #orkedadelia #airiskhadeeja
Friday, 30 August 2013
Hutang Donia #1
Alhamdulillah.
Salah satu hutang dunia-ku dah settle!
Hari Komeh dapek surat, berdoba-doba, ingat surat baki pinjaman tuntut hutang lagi, tapi dalam hati dok tertanya-tanya juga bila pihak MARA nak hantar surat pengesahan kelulusan sebab dah masuk lima bulan menunggu surat conformation kelulusan; dan ini adalah kali kedua saya apply untuk rayuan pengurangan.
Pernah, pertama kali setahun selepas habis belajar, saya buat rayuan untuk pengurangan. Bagi saya yang tinggal di Seremban hanya mampu berurusan melalui telefon dan pos.
The result, senyap. Kecewa.
Lalu, earlier this year, dengan penuh semangat, tak sanggup lagi nak hadap ragam orang, bersama-sama Jasmin, saya seret juga kaki ni untuk ke HQ Jalan Raja Laut dan berunding terus dengan pegawai berkaitan.
Mudah saja prosesnya. Tak sampai satu jam, semua selesai dan sy hanya bayar baki dari 10% pengurangan yang telah diluluskan.
Tapi yang hairannya, mereka kata pihak Mara tak pernah terima sebarang permohonan pengurangan dari saya sebelum ni. Pelik. Pengajarannya, selalu lah follow-up dengan orang gomen ni. Bukan salah mereka juga sebab meraka juga deal dengan berjuta-juta student seperti saya ni.
Nasib badan, tak terlebih bayar kerana pihak MARA takkan refund balik mana yang terlebih.
Anyway, Alhamdulillah.
Okay, tambah cerita, untung SOGO sale time tu, retail teraphy terus. Biarlah pon tengah sarat dengan perut memboyot. Pada waktu tu, saya lah orang paling gembira dalam dunia bershopping sakan terutama untuk kelengkapan rumah baru, dek kerana hutang "berprofil tinggi" saya ni akhirnya selesai.
Bagi saya ini semua pengalaman dan pengajaran. Tuhan beri saya ujian, dan Tuhan beri saya jalan dan tuhan juga datangkan dan temukan saya dengan pelbagai jenis manusia serta tuhan juga tunjukkan pelbagai jenis ragam-ragam setiap orang di dalam hidup saya.
Sebolehnya saya tak mahu jadi penilai tapi siapalah saya untuk menjadi sempurna, biarlah kata mengungkit, kata membangkit tu semua, saya jadikan itu semua ingatan pada saya untuk lebih berhati hati dengan "kebaikan" orang lain.
Anak-anakku, hidup ini ada karma.
The Journalist;
my name is lily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment