Wednesday, 11 September 2013

WW#40 Orked di Port Dickson

YAY!

The City #2 Saturday Midnite traffic in KL

Last Saturday Lyraz family memang tak ada kerja, memang dah tak ada hala tujuan lain, so we'ols heading to KL city. 

Planning utama, nak dinner di kedai akak kat taman sentosa lepas tu macam dah tak tau lagi nak ke mana, razi cakap jom kita bawak Adam gi tengok building KLCC.

Nasib Adam dah recharge sebab petang tu dia dah tido. Jasmin macam biasa, belum pon sampai tempat tujuan, dia dah selamat tido. Orked pun sangat baik, tidur all the way from home sampai la dah balik rumah. :)
 
Dah tengah malam pon jalan raya tengah bandaraya KL ni still congested dengan pelbagai kenderaan. Diorang ni tak reti tido ke? Menyesal pulak masuk bandar sebab sangkut kat traffic jammed almost satu jam. Dang!

Sebelum balik, berhenti tepi jalan sekejap sebab nak amik view KLCC ni dan tunjuk Adam building KLCC yang tinggi mencucuk langit ni. Memang nampak sangat tak ada kerja! Hehe.


The city that never sleeps, Kuala Lumpur.



Tuesday, 10 September 2013

Hari-Raya-Ku, 2013

Eh, dah lambat ek nak share cerita Raya?
Tapi kat my bloglist timeline bederet je lagi cerita tentang raya sakan walau dan expired Syawal 1314 tahun ni.

Anyway, dis r my short story of my Hari Raya dis year.
All pictures randomly taken from my phone gallery and my siblings facebook.

This year was Razi's turn beraya di kampong at Kg Penajis Tanjung, Rembau.
Rembau sangat sinonim dengan saya sebab mommy juga asalnya Rembau.

Asalnya kami dari suku yang berbeza. Saya dari suku tanah data dan razi pula dari suku biduanda dagang. Masih ingat lagi semasa mula-mula nak bernikah dulu, perkara pertama orang nismilan nak tau, 

"Ekau dari suku mano"

Kerananya, dalam adat pepatih, lelaki dan perempuan di dalam satu suku yang sama, tak boleh berkahwin. Haaaa, nak tau kenapa kena la baca kat sini

Untungnya dis year, cuti maternity leave saya dipanjangkan sampai la ke raya ke empat. Dan hari Isnin raya kelima saya dah mula bertugas dan sampaaaaaaiii la ni baru dapat bernafas sikit sebab busy ngan workload yang tertangguh sebelum maternity leave hari tu dan juga nak siapkan drawing proposal yang melambak-lambak untuk project baru. Hari ni dapat mem-belog sikit sebab manager dah ke Delhi dan engineer dah ke Singapore, dan tukang lukis kat opis ni ber-aktiviti bebas. Hehe!

Back to our Hari Raya stories, we just spent three days kat kampong Razi and on petang first raya kami dah balik ke Seremban. Dis year cemerlang sikit sebab sempat juga beraya rumah jiran-jiran di kampong Razi. :) Seronok the kids dapat jalan-jalan keluar masuk rumah orang and the best part dapat collect duit raya, especially Adam. 

Tapi tahun ni tak ada gambar dengan family Razi, sebab lepas sembahyang raya, pastu sesi salam salam peluk peluk mintak ampun mintak maap, terus orang datang serbu nak beraya. First day of Hari Raya di kampung memang sangat busy. Start dari a day before raya saaaaaaaaaampai la ke pagi raya, mak-in-law is the busiest woman in the kitchen. 

This year ai am shooo busy with Orked. But still ai manage bergabung tenaga with anak dara-anak dara kakak-in-law memasang langsir. Memang itu je la kot aktiviti ku di Hari Raya kalau di kampung. Belum ada peluang masuk dapur mak-in-law time raya sebab bila turn beraya di Rembau, time tu la ai ada anak kecik. In-sha-allah, panjang umur murah rezeki, for the future coming Hari Raya akan ku sibukkan diri ku di kitchen my mak-in-law. :)


Jasmin on the first day of Hari Raya in baby-blue kurung moden. Last minute found it at K.M. Seremban selepas our mission ke PKNS Shah Alam failed sebab baru je jejak kaki kat pintu masuk both kiddos dah start tantrum and Orked suddenly became cranky. Haish!
Sungguh payah nak tangkap gambar ini budak! Baju Melayu Adam dapat di Anggerik Mall, last piece, try carik yang sama untuk matchingkan dengan Jasmin, tak jumpa. Dang! So tahun ni tema raya agak bebas dan we'ols hanya recycle apa yang ada aja.



The kids and mak-kids on the first day of hari raya di Puchong umah Opah. *et, bila la den nak dapek amek gambar cenni weyh?*
2nd Day of Hari Raya with G's family :)
Mommy and Babah and my youngest sister Ica. Raya 2013. Blessed. Alhamdulillah, masih lagi dapat bersama beraya dengan orang-orang kesayangan. Syukur masih dapat beraya dengan kedua orang tua ku. Tuhan, berikan kedua-dua orang tuaku, mommy dan babah, kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kehidupan mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Mu. Aamiin.


And that's it my hari raya stories dis year. 
Alhamdulillah. 
Semua bahagia. Semua gembira. Semua ceria.
Semoga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan, in sha allah.



Monday, 9 September 2013

Jasmin's 5th Birthday

Assalammualaikum kiddos;






Jasmin 5th birthday anniversary jatuh on the hari raya eve which was on 7th August. Memandangkan this year it was Razi's turn beraya di kampung, so ai planned earlier to celebrate Jasmin's birthday with her cousins Razi's side.

It was quite different suasana sebab before this dah dua tahun berturut-turut celebrate di PDGCC sambil ber-ifthar dengan family my side. Anyway, it's a great moment juga bila tukar angin ber-celebrate dengan her cousins belah Razi pulak.

Pejam celik, my anak dara sulung sorang ni dah besar panjang rupanya. My first daughter tuanputeri-banyakperintah-nakal-busukmasam-babygirl tapi sangat bijak ambil hati orang tuanya dah lima tahun rupanya. One thing about Jasmin, biarlah kita marah macam mana sekali pun kat dia, at the end of the day, she will come back to us and cheer the day macam tak ada apa yang berlaku. That is shooooo Jasmin. :)

Jasmin design her own goodies bag :)
Opkos, every year ai akan provide goodies bag untuk kazen-kazen Jasmin yang datang celebrate her birthday. Not like the previous year, this time Jasmin design sendiri her own goodies bag. But ekceli, most of the goodies bag, ibu dia yang buat, only 10pcs mcm tu je dia nak color, yang lain dia serah pada ibunya habiskan dengan alasan 

"Jasmin dah penat" 
"Jasmin dah tak suka color" 
"Jasmin tak tau" 
"Jasmin tak reti tulis nama Jasmin" (alasan last ni memang tetibe plak jadi tak reti)

Okay, modal untuk this project memang sangat murah, this paper bag yang selalu orang kat pasar malam letak goreng pisang letak keropok lekor boleh dapat kat kedai pekakas rumah dan 100pcs camtu about 3.50rm. Memang murah and the crayon ai bought lebih kurang 3.50rm jugak kot. 

Yang mahalnya dengan goodies bag ni ialah, original idea yang dilukis di atas paper bag tu. Satu dalam dunia. :)


My girls, Adriana Jasmin and Orked Adelia

Jasmin and Adam; The moment when this two rugrats dalam mood mesra-mesra adik-kakak-no-heart-feelings.

Sometimes, Jasmin boleh bertukar jadi kakak yang sangat KEJAM to her brother Adam!

Alhamdulillah, Jasmin dah 5 tahun dan dah pandai potong kek sendiri dan dah pandai tiup lilin sendiri. Haih, time is running so fast!

Okay, Jasmin dah lima tahun dan itu tandanya usia ai juga bertambah juga. Semoga Jasmin membesar sihat cergas dan cerdas dan menjadi orang berguna dunia dan akhirat. 

Kasih cinta sayang selamanya akan ada untuk Jasmin. Marah pekik cubit rotan dari ibu, semua untuk ingatan dan didikan, bukan senang nak "in" dalam manusia zaman sekarang ni, lebih-lebih lagi dalam zaman yang manusia hanya nak puaskan hati orang lain lebih dari hati diri sendiri, terutama kita orang perempuan ni.

Tak perlu jadi yang sempurna Jasmin, jadi lah diri kamu sendiri kerana itu yang terbaik untuk kamu tunjukkan pada orang lain yang melihat dan menilai, tunjukkan siapa diri kamu seadanya. If u are loud, let it be! If u are daring, let it show! 

Make us proud, Jasmin.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails