Tuesday, 31 December 2013

Ada Apa Dengan 2013 Saya

Assalammualikum kiddos,

Oh, today is the last day of 2013 kalau refer to the Gregorian calender.
Homaiii... how time flies. Day by day berlalu macam jet je sekarang ni. 

Happy. Syukur. Senang hati.
Suka. Sedih. Sabar. Cinta. Sayang.
Kehilangan.
Penat. Sempot. Letih.
Macam-macam.
Semua ada!

Kalau campur-campur semua, itulah namanya KEHIDUPAN. 
Kehidupan saya.

As ealier tis year, I've told myself dat ai need to be happy and ai deserved to be happy.
Setiap masa, dats all ai keep remind myself.
No matter what.

Ai set my own goal of pleasure, usaha macamana nak dapatkannya, and at the end of the day, ai enjoy.

Ai know, it's hard to avoid all the negativity around us, and for me sometimes ai failed.
But, if ai keep on compaining on what has happened, i'm not going anywhere.

I have to move on. Alhamdulillah. I'm blessed to have my kids everyday with me. 
The moment with them is something that ai can keep me smiles sampai saya tutup mata. And yes, some of it ai keep it here, make it as a story, for my kids to read in future.

Happy New Year, 2014.
Please be good. 






Tuesday, 24 December 2013

Weekend Kitchen #1 - Mini Donuts with Chocolate and Colorful Sprinkle

Saya ni jarang masak.
Bukan tak reti masak, tapi.....
Malas. Penat. Tak cukup masa. Orked meragam. Anak meragam. Macam macam excuses.
For me, tis is normal. 
Mak mak yang bekerja dan bukan fulltime home maker dan masih mempunyai anak-anak yang masih kecil macam saya, so masa untuk ke dapur itu agak limited, especially on weekdays.

But on weekend, im the chef lah! 
Hewhewhewhew. 
Tapi still tableh lawan mommy lagi lah.... :(

Anyway, dis entry hapdet pong sebab teruja dengan mak buyung kita mommy Fara dok active hapdet activity masak-memasak dia kat fesbuk dan belog. 
Lebih teruja lagi bila dia hapdet fluffy donuts dia tempoh hari.
Auuuummmm sangat!

For me, kalau nak masak mengaum ngaum cenggini, tunggu weekends or public holiday aja lah.

Tis was my first attemp buat donuts.
Ai still remember on my first time baking a cake. Hahahaha!
Cekidaut here.

I made tis mini donuts kalu tak silap last month kot.
My cooking activities end result usually ai haplod kat instagram aja sebab senang, direct.
 Kalu jadi boleh haplod, kalau hampeh, ke tong sampah la jawabnya. 

Mini donuts ni sebenarnya tetiba nak buat sebab teragak tekak nak makan. 
Check my small eleh-eleh pantry, check check, tepong ada, marjerin ada,
tapi yang failnya mauripan tak hado.

Tekak nak jugak makan donut, nak keluar, malas nak cembet tiga askar sekali, so google donuts yang tak perlu pakai mauripan dan ganti dengan serbuk penaik.

Ada hokay!

Tapi saya kena pakai telor.
Dan bahan-bahan yang lain maintain sama.

  Tapi mini donuts ni saya tak sira dengan gula. 
Satu sebabnya saya elak pakai gula sebab saya tahu nanti Adam dan Jasmin akan jilat gula kat donut tu aja dan last-last dorang akan tinggalkan donut bogel tanpa gula atas pinggan semasing. Shish!

So, to make sure they'ols makan habis sebijik donut tu, ai layer chocolate chip hershey yang ai cairkan guna teknik dabel boil and later ai tabur the colorful sprinkle on top of it.

Wallaweeeyhhhhhhh!
 
Setelah di bagi-bagi, dapatlah sorang dua bijik!
 
Yummeyh tak? Yummeyh Tak?



Monday, 23 December 2013

Taman Bunga Razi


My pokok kesayangan. I have a pair of tis. I had tis pokok since before ai got married with Razi lagi; dari besar tapak tangan ai jaga and now dah besar panjang pon dah dia lebih kurang tinggi Jasmin.
Hari ni hapdet entry yang back to nature sket. More green sharing today sebab nak contra dengan hari Isnin saya yang selalu biru. 

Dah lama entry ni terperuk dalam draft sebenarnya, baru hari ni ada masa nak edit dan publish. Ekceli, ada banyak sebenarnya stories yang ai nak share yang masih terperok dalam draft, mostly tentang my weekend kitchen. :)

For me, ai love trees sangat. And i even love the green.
Yes, something to share, saya pernah bekerja as a promoter lebih kurang dua tahun di nursery pokok bunga Jusco Seremban 2 and ai love the job a lot! Sebelum Razi ask me to resign and masuk site balik jadi kerani cabok. Dergh!

The best thing-nya, tunjuk aja pokok apa, ai know all the name but not the scientific name la kan. Huhu. But now, dah banyak lupa sebab dah lama tinggalkan aktiviti pokok-pokok ni. Now my life lebih focus on my two little flowers dan sekor kumbang yang sedang membesar bagai juara. Hihi.

Ini pokok kesayangan saya juga. Ekceli tis pokok ai took from my parent's house, dan teros suka hati jadi hak milik sendiri. Saya suka pokok ni sebab dia duduk dalam air. Tapi Razi have to make sure tis pokok tak berair sangat to avoid Aedes. Dia dah tak kuasa nak asyik letak Abate je kejenye. :)
 
Okay.
Tis is more to my Razi story ekceli. Not much of his story in tis belog but i think tis hapdet is kindly important for me and my kids; to show and share how much Razi love the green. And how important it is to have something green around us, ye kiddos.
 
At first my botak kesayangan ni tak berapa nak ada hobi. Except one thing, macam semua lelaki lain suka, hidup dan mati dia banyak to sports. Itu aja. 

Infact, masa baru kahwin pon saya tak pernah tengok dia stick ngan sesuatu kerja or benda or nothing interest him much, until one day, when my  pokok kesayangan membesar bagai juara and when ai ask him to change the pasu for me. Since that, he starts to bring back pokok and one pokok he tanam in front of our rumah sewa last time dah macam hutan rimbunnya. 

Itu tandanya, tangan dia sejuk dan seswai tanam pokok-pokok. Orang tua kata~~

Bila dah pindah rumah baru, hopkos dia sangat eager untuk create her own mini taman. Kalau boleh sampai atas Gunung Angsi tu dia nak tanam pokok!


Tis rumput carpet Razi yang tanam with the helped from his friend. Tapi tak berapa nak carpet sangat sebab Razi tak buat waterflow bawah dia, so bila hari hujan, memang banjir kawasan ni. Bila terlebih air, rumput jadi kuning. Itu lah masalahnya buat projek tanam rumput tanpa tauliah. Itu belum campur lagi kalau kucing kencing atau berak atas tuh. Haruuuuu! Wooden deck tu we'ols ambil dari kakak saya. Used stuff orang buang. Elok lagi kayunye except that we need to cat or varnish balik. Someone else's trash can be someone else's treasure keeennnn.
Bonsai kesayangan Razi. Until today, ai never know wut is the price of tis pokok. He never want to tell me and ai don't even want to know, cos if ai know, silap-silap akan jadi tragedy nanti. So better buat tak tahu je dari sakit hati!
Pokok ni pon Razi tanam sepasu. But im not sure apa namanya.

Tis pokok ai got from my mom's garden. Type of keladi. If letak under shades, the green color memang cantik. But mine own tak letak bawah shades sebab pokok yang ditumpang tak berapa nak besar lagi, so the green tak berapa nak menyerlah sangat. Tunggu skeeeet hari lagi.

My father gave us tis; pokok delima. Sangat berguna untuk buat tradtional remedies.

Tis one belong to Razi, he bought tis. Now the pokok started blooming small yellowish flowers. Cantik!
Tis one oso from my father, pokok limau kasturi.  Daun dan buah sangat berguna. Tapi yang tak tahannya, caterpillar besar besar suka makan daunnya. And hopkos sangat best untuk sakat Jasmin. Haha!
And tis pokok dah hidup since dari rumah sewa dulu lagi, now ai dah separate into two pasu, one more ai letak near my room's window. And the pokok behind was from my mak-in-law, absolutely kena duduk bawah shades aja, and need lots of water, kalau tak daun dia akan jadi kuning. My mak-in-law punya sangat rimbun berpasu-pasu dia letak kat belakang rumah under the shades. Hijau hijau gemok gemok. Satu tips dari mak-in-law, nak siram pokok, air basoh boreh tu elok siram kat pokok, hijau daun eeee :)
And tis are some of the pokok hidup ai have it near my TV and also in the kitchen. :)
And datsit cerita tentang pokok-pokok sekitar rumah saya. I'm planning to have a small edible garden behind my house soon. Still collecting some pasu and hopkos my time to work on the project. And hopkos Razi's physical effort is needed untuk jalankan the project. Ai jadi mandur aje lah.... Hehehe!

Tuesday, 17 December 2013

Majlis Akikah dan Berendoi Nur Orked Adelia

"Di antara anak lepas 44 hari 
Pusat engkau luruh sendiri 
Dipotong rambut buat kenduri 
Haji dan Lebai dipanggil ke mari." 

Buaian Berendoi ala-ala mini pelamin dari Si Manja Berendoi

Alhamdulillah. Selamat.
Agak lambat sebenarnya untuk acara majlis macam ni untuk Orked yang dah pon mencecah 6 bulan, tapi kalau dah niat, buatkan ajeee...

Majlis Akikah dan berendoi Orked pada hari Sabtu, 30 November hari tu berjalan dengan lancar dan dengan kehadiran all the relatives, sahabat dan jiran-jiran menambahkan lagi kemeriahan majlis ni. Dah lebih kurang macam kenduri get together pulak bila mostly cousins belah babah ramai pula yang datang menyinggah. :)

It's quite hampa bila, Uncle Gedek and wifey Kak Lina terpaksa batalkan niat nak surprisekan kehadiran mereka anak beranak ke majlis kami sebab last menet satu family demam. Anyway, they are always welcome to my house but suuuurreeeely jangan buat surprise nanti tak dan nak sorok barang-barang bersepah kat umah. *wink*wink* Hahaha!

Okay, dan pastinya, kalau majlis-majlis gini, tak lengkap kalau tak ada group marhaban kan. Kumpulan Qasidah An-Nur Taman Rasah Jaya, Seremban dijemput untuk melengkapkan majlis kami. Di ketua oleh Pn Maria dan diwakili seramai 12 orang aunty-aunty yang so sporting gitu siap ikot tema karer pink lagi. 

Rasanya kalau ada orang Seremban yang berminat nak jempot mereka untuk kenduri marhaban anak semasing boleh contact no ni; Pn Maria 017-6678050. Sangat rekemended dengan group qasidah ni and of cos-lah they have some charges but honestly ai tell u, they charge us with reasonable and affordable price. :)


Aunty-aunty yang sweet sweet comel merdu suara semuanya dari Kumpulan Qasidah Taman Rasah Jaya, Seremban.
Awwwww... Vokal mantap hokay!
Thanks aunty-aunty for coming!
Me and the some of the qasidah members moment
 As usual, the catering was from my mommy's own kitchen. Sonang ado mak dan akak yang pandai masak-masak ni dan dah biasa buat masak-masak kenduri-kendara nih. Boli je barang-barang yang patut, masak la deh berduo. Settle!
Menu of the day; Nasik putih, kari kambing, gulai lomak cili api ikan masin talang mo noneh, ayam goreng rempah, sayur campur, buah oren. Mokaseh banyak kepada penaja kueh mueh :)
Nak buat katering? Nak carik keterer? Call dis no 0193023090. Seluruh semesta Seremban mereka boleh cateringkan, bagi tau je nak lauk hape, dorang masak... And again, hopkos, affordable and reasonable price dari mommy and ze gang!

Ai korban seekor kambing untuk Orked, same like Jasmin last time. Masa Adam ai korban lembu dan share tujuh bahagian ngan anak buah yang lain.


Heyyo everybunny!


Baju gown peranten Orked ai bought online aja. Senang! Ado anak kecik-kecik ni susah nak kendong kehulu kehilir bershopping di shopping mall. So ai bought from BBLUVSME Online Shop 

Oh, After kenduri ai joint contest organize by this shop and Alhamdulillah, rezeki Orked, menang 2nd place so dapat la voucher 50RM. So dah keluar duit, dapat duit balik. Best gile! So memang worth it beli ngan dorang ni!

Itulah, hidup ni kena ada our own goal of pleasure. Kena tahu apa yang kita nak dan apa yang akan buat kita puas hati dan gembira. Bila mana awal tahun ini saya kata ai deserve to be happy, so ai deserve to make everything happy for myself and family dan jujurnya memang ada macam-macam cara nak gembirakan hati kita sendiri. Dah tak kose nak kesah jaki hati mak-mak jemah seantero alam keeennn. Mintak husnuzon selalulah kalau hati kita-kita hamba Allah ni selalu ada sifat cenggitu, ye doppp?

Okay, niat nak berendoi Orked dah memang lama dalam fikiran. Angan-angan untuk buaikan anak bungsu di atas buaian dihias pelbagai kerawang-kerawangan dan bunga-bungaan always being inside my thoughts.


Buaikan anak sambil diiring doa dan harapan dari bait-bait lagu berendoi nyanyian kumpulan marhaban adalah suatu kepuasan. Moga jadi orang yang baik ya, anak-anakku. :)

At first, i'm planning to booked the cradle from my ex-school mate sebab dia bagi harga murah, harga kengkawan katenye tapi agak hampa sebab las menet my ex-schoolmate tu conformed dah fully booked on the date yang ai nak tempah tu. Cradle my friend ni sangat laku macam goreng pisang panas hokay sebab the package yang dia offer memang berbaloi-baloi. Cekidaut here!

Ai try to recce tempat lain tapi semua quote harga melampau mengalah an anak retis nak kenduri keeeeennnn, sedangkan ai ni memang dari golongan marhaen yang kena budget-budget gitu keeeennn. 

Anyway, naseb badan my dream came true bila last minute dapat jugak booked buai berendoi ni. Thanks Google.

Buai Berendoi untuk Orked ai tempah dari Si Manja Berendoi. Lucky me, they ekceli sedang buat sale untuk end of year punya tempahan. So apalagi, grab ajelah mana yang paling murah tapi berkenan dek hati. My package they provide of cos the cradle and all the flowers and the accessories dan siap sekali backdrop and also they gave us dulang ada gunting dan glass bowl untuk cukur jambul.

Jenis buaian ni adalah yang paling IN kalau ikot peredaran zaman sekarang ni. Nak-nak yang cradle besi kerawang kerawang ala-ala English style, memang nampak mewah dan cantik. Dah macam peranten raja sehari dah Orked masa majlis ritu. The best thing is they charge me dengan harga yang reasonable selari with my budget.

Nak tempah? boleh lawat website dia kat sini. They have a few options on cradles and themes yang sememangnya ikut kehendak dan napsu mak-mak macam saya. They also ada mini pelamin untuk majlis akad nikah, tunang or maybe nak khatam quran... Oh, kalau tak silap, sekarang ni diorang ada buat promo akhir tahun + guna kupon Majalah Ibu dan Anak... haaaa... peluang nak dapat murah tuh, cepat redeem! Hewhewhew.
  
Something to digest or tips for peole out there yang kena bajet sana situ sini sinun tapi ada hati nak buat kenduri akikah dan cukur jambul untuk anak semasing nampak grand and memorable, ingatlah, we don't have to spend so much kalau nak look good if we know the way how to jimat. It depends on our effort and how creative we are to make things look so luxurious and magical and special and cantik and elegant and yada yada yada yada...

Tuan puteri berendoi
"Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang"
Moga jadi anak yang baik dunia dan akhirat ye Orked. :)
Mak dan anak moment :)
Nenek and Orked moment :)
Su-Cha and anak-anak menakan moment.
Orked with my neighbour, Cik Ani moment :)
My in-law's family moment
Orked with her Mak Teh moment :)


aaaaaaand the last one would be dis...... 
love love love... :)


Precious moment.....and how great it was to see mommy and mak-in-law and my aunty shooooo happy together like tis! Moganya mereka sentiasa berada di bawah lindungan tuhan dan minta tuhan sentiasa beri kesihatan yang baik untuk orang tuaku.... aaminn..

Friday, 13 December 2013

Lagu Berendoi; Dondang Siti Fatimah

 
KENDURI AKIKAH DAN CUKUR JAMBUL NUR ORKED ADELIA - 30TH NOV 2013

Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

 
Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

 

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam 


Dipecahnya itu sekalian alam
Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu 

Seratus dua puluh hari Madqah namamu.
 

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan 

 Dipantang pula minum dan makan.
 
Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat 

Bapamu pantang terlalu berat.
 
Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang 

Takut akhirnya cederanya datang.
 
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.
   


Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.
   


Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

 

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

 

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

 

Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

 

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

 

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

 

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

 

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

 

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

 

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

 

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

 

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

 

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

 

Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

 

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantung tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

 

Ibu bapamu miskin terhutang 
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

 

Susahnya ayah bukan sedikit 
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

 

Diangkat di diri dialah lali 
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
 

Ayuhai anakku emas rupawan 
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

 

Jika ibu bapamu orang miskin 
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

 

Dengarlah anak yang berbahagia 
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

 

Kepada ibu bapa jangan dilawan 
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

 

Jika disuruh engkau mengaji 
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

 

Janganlah takut pergi mengaji 
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

 

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

 

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

 

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

 

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

 

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

 

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

 

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

 

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.

 
- juga buat anakku, Nur Adriana Jasmin dan Adam Muhaimin
* MORE STORIES ON THE KENDURI WILL BE UPDATE SOON*
*SO MANY THINGS TO DO, SO LITTLE TIME AI HAVE*


Thursday, 12 December 2013

Rezeki darimu, ujian buatku.

Yes, it hurts.
So deep.....

and I will never forgive myself...
Ever!

 :(
 

Saturday, 7 December 2013

My 5 year old Jasmin

The real menace in dealing with a five-year-old is that in no time at all you begin to sound like a five-year-old.  ~Joan Kerr, Please Don't Eat the Daisies, 1957


My PA of the day!
My saturday first week every month is my working day. Memang leceh! Half day je pulak tu. Memang la membazir letrik opis je. Tapi apa nak buat, dah sign letter kata setuju dengan terms & condition opis ni, so ikot je lah, kenalah jadi orang yang amanah dan bertanggungjawab. Kang takot tak berkat pulak rezeki yang dapat untuk suap mulut anak-anak setiap bulan.

Just a quick update hari ni before I leave the office today. Biasanya saturday tak hectic sangat, tak sama macam weekdays and summore RM tak masuk opis sebab baru balik sign contract for our new project start in shaa allah this Jan'14. Alhamdulillah, murah rezeki opis maka murah juga rezeki untuk para staff-staff....

Anyway, definitely hari ni ai nak kongsi sangat the progress of my daughter yang sulung ni. Loads of things happened this year tentang Jasmin but biasalah, sejak Orked came to our family, hapdet regarding Jasmin agak dianaktirikan. Ampun.... :p

As Jasmin has no school today, so ai bring her to opis and Jasmin is my P.A. for the day. Ekceli more to teman ibu yang agak bosan drive sorang-sorang hari ni. Ada jugakla teman nak borak bila dah asyik menguap-nguap masa tgh drive.

This month of December, she have to attend her intensive class for two weeks. Lucky us, sekarang dekat sikit nak ke tadika sebab this new tadika just opened selang tiga rumah dari rumah saya. So sekarang ni senang sikit nak hantar dia ke tadika sebab perlu jalan kaki aja. Not so much drama pagi-pagi especially tang nak suruh dia mandi. So good girl sekarang ni hokay!

Jasmin really need these intensive class sebab dia dah setengah tahun tak ke sekolah lagi. Ai stop sent her to kindy since June hari tu sebab dia dah boring dengan segala benda relates to her kindy. So no choice and to make sure dia takkan boring to attend kindy for another year next year, so for temporary ai decided for her to take the half year break.

So far, Jasmin has no problem on writings, and dah kenal the ABC123, so this intensive class just to refresh her back on what she has learned before earlier this year. This intensive class juga is the kick start for her to read. Sangat lemah membaca ini budak!

Anyway, always hoping and praying the best for her. Always make us proud okay Jasmin!

Peter & Jane reading method.
Phoenic reading method.

Writing skills. She expert oredy!
Math!
Montessori visual skills.

Friday, 6 December 2013

Disember 2013: Desiran Angin, Aliran Air dan Alunan Ombak.

Salam Jumaat yang gloomy.

Saja nak kongsi.
Untuk kita-kita yang masih ada sikap itu tak kena, ini tak kena.

Enuff of hatred people.
It's time to LOVE each other now.
Learn to LOVE now people!
Learn to LOVE from ur hate.
Jom kita semua UNITE.

KEYWORD HARI INI : SYUKUR. "S-Y-U-K-U-R"

Tak perlu dipolitikkan segala benda.
Ambil yang baik saja, buang yang buruk.

Sedarlah sekarang ni kita ber-BATLLE dengan bencana alam,
ber-BATTLE dengan rancangan tuhan!
Tuhan yang bagi!

Kepada handalan-handalan Keyboard warrior yang setakat pungpang-pungpang mostly di pesbuk ni,
usaha kamu semua tak ke mana,
selagi bontot masih melekat di kerusi,
selagi jari jemari masih menari rancak menghambur kata benci sana sini, setakat tranfer 10RM ke tabung bantuan bencana.... haihlah!

Kemon....
cukup-cukuplah jadi orang yang suka membanding-banding.

Tak usah memburuk-buruk negara sendiri.

Cukuplah untuk kita fikir dan kongsi, usaha, bantuan, tak perlu datang dari orang lain, kalau tidak dari diri sendiri.

Kan ke pahala dan dosa sume di debit teros masuk ke account sendiri.

Ambiklah pengajaran, tentang kepayahan orang lain juga,
kesengsaraan yg Maha dasyat tuhan turunkan untuk mereka yang lain contohnya seAGAMA dengan kita.

Sejauh mana yang dapat kamu tolong? Setakat lihat then doa?
Kamu rasa cukup ka?

La ni kita baru dapek banjir, takkan nak nunggu MALAPETAKA yang lain pulak datang baru nak sedar diri?

Dugaan tuhan bagi kat kita lain-lain, der!

"Orang yang sibuk di Pusat Pemindahan takkanlaaahh asyik ligat menghapdet flaws orang sana sini di ruangan pesbuk ni keeeeeennnn....?"

And....
praying for his safe journey back to his forever home,
Someone for us to inspired,
who fought for his race, for his freedom, for his right.
He has been living for 95 years just to made everyone UNITED.
Sedihnya, God has taken him from us today.
REST IN PEACE; Nelson Mendela 1918-2013




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails