Meh discuss serious issues meh.
Cerita tentang benefit untuk pengguna lebuhraya di Malaysia melalui program "Frequent Travellers Programme"
Sebelum tu, mukadimahnya,
Harga ayam naik?
Takpe... saya jarang makan ayam. Kalau teragak nak makan pon, saya hanya carik ayam kampung yang memang sah-sah nak mampos mahal harga seekor!
Bila harga gula naik,
saya rilek je lagi.
Bila harga petrol naik juga,
saya dah tak senang duduk.
GST? Saya speechless sebab tak cukup ilmu ttg satu hal nih!
Naik tariff elektrik pulak?
Saya urut dada.
Annnnd the latest, nak naik harga highway toll pulak.
Yang ni buat saya tak tido tujuh hari tujuh malam!
Tapi rasanya, issues ni still pending lagi. Mintak-mintak tak jadi.
Semakin hari, situasi di Malaysia berubah jadi nightmare bagi saya.
Saya tak tahu orang lain, tapi ini apa yang saya rasa, cerita saya.
Mulanya saya redha dan tawakal.
Biasalah, negara maju macam Malaysia, nak setanding dengan negara-negara maju lain, mestilah ada transformasi katanya.
Kalau nak sentuh tentang politik, saya semahunya tak mahu pro sape-sape. Even, myself, ai hate politics sangat even tho ai know politik sebenarnya ada di mana-mana sahaja, even dalam urusan laki bini di rumah seperti saya pon macam-macam politik happened between us. Haaaaa... jangan tak tau, tapi itulah hakikat berumahtangga. Nuff said.
Okay.
Sebenarnya entry ni banyaknya nak sentuh tentang harga tol kat lebuhraya Malaysia ni.
Saya sangat terkesan bila Pak Menteri kata,
"kalau tak nak bayar tol, boleh lalu jalan biasa."
Hamboiiiii pak montori! Sinis nampak O.o
Hakikatnya, saya adalah pengguna tegar lebuhraya di Malaysia. Laluan harian saya adalah PLUS LEBUHRAYA UTARA SELATAN (E2) dan LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE E6).
Mengikut perkiraan google map, jika menggunakan lebuhraya, masa pemanduan saya ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 1 jam 9 minit. Tapi kalau ikut keadaan trafik semasa, mungkin mengambil lebihan masa dalam 20-30 minit.
Dan ikot saya trip meter kereta saya dari Nusa Intan ke Kelana Square adalah lebih kurang 93km sehala.
Kalau ikot jalan kampung?
Alamatnya, sok pagi saya tender resign letter lah kat boss saya!
Laluan highway? Bayaran tol? Gini ceritanya;
2 tahun & counting for more |
Alhamdulillah, semasa saya terima bekerja di Kelana Jaya, saya tiada masalah untuk keluarkan sejumlah amaun untuk kos travel kerana pihak majikan consider tu give me travel allowances berdasarkan harga tol dan minyak setiap bulan saya travel. So what ai earn every month adalah gaji bersih and ai earned more berbanding jika saya makan gaji di Seremban.
Juga ada sebab mengapa saya pilih untuk keluar dari kepompong dan zon selesa saya selama ini. Siapa yang betol ikot felow entry belog saya, mungkin ada yang faham. Dah dua tahun saya ulang alik Sbn-KJ-Sbn.
Salah satu sebab kenapa saya tak risau masa mula saya decided untuk travel everyday sebab adanya program gini. Secara puratanya, anggaran perbelanjaan tol saya setiap bulan adalah sebanyak RM400.
Every end of the month dan dah dua tahun saya dok claim rebate 5% dengan PLUS sebab bayaran tol saya melebihi RM100 setiap bulan.
Selain itu, dalam masa-masa perayaan juga, pihak PLUS juga memberi rebate-rebate khas khususnya untuk pengguna lebuhraya yang menggunakan sistem elektronik mereka samada touch & go atau smart tag.
Contohnya macam hari ni dan 29hb hari tu, saya dapat 20% rebate sempena sambutan tahun baru cina. Itu tak campur lagi dengan 5% rebate bagi penggunaan saya yang melebihi RM100 setiap bulan.
Best an? an? an?
PLUSMILE ni juga bukan setakat bagi rebate aje kejenye. Kalau rajin, boleh lawat website mereka kat sini dan sebenarnya mereka juga ada bagi special discount and offer dari merchants mereka macam hotel, F&B, health & beauty, shopping and many more.
Oh, jangan lupa register kad touch & go anda di laman website mereka, kalau tak nanti anda tak layak nak redeem rebate tu sebab no card anda tak ada dalam sistem mereka.
Selain itu, pihak kerajaan Malaysia sendiri sebenarnya memberi tambahan 20% rebate kepada pengguna lebuhraya yang menggunakan laluan tol lebih dari 80 kali.
Saya pernah claim sekali rasanya benda ni, masa ni baru mula-mula kerja dulu, hari hari lalu KESAS dan masuk METRAMAC dan terus ke Tol Sg Besi. Tapi sekarang, saya prefer lalu ELITE sebab tak larat nak layan traffic jem kat METRAMAC setiap petang saaaammmpaaai la ke Tol Sg Besi.
Satu hari tu, konon nak gi top up touch & go sahaja, tetibe ahkak counter kat PERSADA cakap,
"eh, adik ada rebate 20% sebab ada transaction tol 80 kali."
Wuuhuu... sonyum lebar. Save RM100 bulan tu keennn...
Nak tau lebih cerita, sila ke sini. |
Itulah dia, salah satu kelebihan yang saya dapat dalam erti kata menjadi rakyat Malaysia.
Saya tahu, memang banyak lebih kata-kata buruknya dengan Malaysia zaman sekarang ni, especially tang high cost of living dan pesta kenaikan harga yang tak sudah-sudah.
Tapi, sekurang-kurangnya, kita koreklah sedikit kebaikan yang ada dalam negara tanah tumpah kita ni, supaya kita ni kenal rasa syukur atas nikmat-nikmat lain yang kadangnya kita sendiri tak sedar.
Sebagaimana kita mampu didik diri kita untuk bersabar, sifat baik sangka (sifat husnuzon) itu juga perlu dididik dan dipupuk dari dalam diri juga. Memang DOA pada tuhan itu yang utamanya, tapi secara saikologinya, semua letak pada dalam diri, bagaimana nak membentuk jatidiri kita sendiri.
Saya tiada option lain.
Public transport?
Haih lah.
Satu sebabnya kerana saya perlu kejar masa so that ai can be punctual at home, sebab suami dan anak-anak dah sedia menunggu ibu mereka balik.
Dan nanti ada masa, saya share pula kenapa saya tak mahu naik public transport berdasarkan research group project semasa di college saya pada tahun 2008. Masih valid until today hokay!
4 comments:
Bunda pun tak pandai bercakap pasal politik ni...dan bunda pula tak berani nak komen lebih2 about senario dalaman orang politik atau belanja harian yg membabitkan orang atas...
Walau apa pun jika difikir2kan balik kita perlu bersyukur masih hidup dibumi Malaysia ini..dibandingkan di negara2 lain yang bergolak...berperang dan berkonfrantasi...
walaupun kita tak kaya...asalkan kita boleh hidup sekadar mampu...dibandingkan orang luar yang lagi ketempat kita untuk mencari kerja dan rezki...ini bermakna negara kita masih aman dan boleh cari makan dengan aman...
InsyaAllah..
bersyukurlah apa yang ada dibumi tumpah darah kita ni...tanah kelahiran sejak dari datuk nenek kita lagi......
wallahu'alam..
betol bunda... Alhamdulillah, sepertimana saya dulu juga sering lupa untuk bersyukur, kadang2 komplen sini sana, tapi perjalanan hidup sy bertemu dan berjumpa dengan pelbagai bentuk ragam kehidupan buat saya bersyukur dan beringat.
Paling bersyukur bila dapat bangun setiap pagi, masih bernafas, masih mampu buka mata, dan lihat anak-anak dan suami masih berada di sisi.
P.S Moga Tuhan permudahkan bunda untuk rezeki menantu dan cucu-cucu ye. aamiin... :)
saya memang tak amik pusing langsung pasal politik..
bila bercakap pasal tol, syukur tidak akan dilaksanakan tahun ni..
kenaikan harga minyak pulak memberi kesan ketara keadaan semasa..
Kasihan pada mereka yang hidup tak sesenang mana, semakin terpaksa mengikat perut..
aizamia3
teringat mak sy pernah cerita, masa sy lahir tahun 1984, ketika itu malaysia mengalami kegawatan ekonomi, sebab tu dalam adik beradik, dia ckp sy yg paling kurus... alahai....
harapnya zaman kegawatan gini boleh buat kita-kita semua beringat berjimat cermat dan lebih byk menyimpan (walaupun sedikit) untuk kegunaan masa depan. in sha allah.
Post a Comment