Showing posts with label 3rd baby. Show all posts
Showing posts with label 3rd baby. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

WW#37 KEEP CALM AND SMILE





Nur Orked Adelia binti Mohamad Razi
Was born on 08th June 2013.
Flowers of my life.
My bundle of joy!

Tuesday, 25 June 2013

My little flower; Orked Adelia

And yes, sebagai kebiasaan dalam belog ni, setiap kali ai deliver a baby pasti ada macam-macam kisah dikongsi for my kids reading in future. Hari ni dah 18 hari dalam confinement. Okay kids, this actually my forth pregnancy plus my angle baby (miscariaged on 2010). And this one consider as third babies lah.

I haven't updates lots of stories during my pregnancy this time, adalah satu dua kot.. Probably because of lack of time and my office hour is demanding with pile of works and when i got home everyday, malas nak bukak belog and of coz my time at home is for the kids and razi. Huh... times really change everythings.


Well actually, today i am not feeling well. Demam. Since yesterday nite actually. First time in life, demam dalam confinement period. Mommy cakap bentan. Huhu. and summore, cuaca jerebu yang dah berlarutan for more than a week satu nusantara ni. I really cant stand the heat! Last rain was on the day ai delivered my baby. Oh, biarlah cuaca aja yang berjerebu, jangan hati kita pun berjerebu jugak, itu parah!


Issue bentan ni tak boleh nak salahkan sesiapa okay. Ini ujian tuhan bagi; pada malam nisfu syaaban. Saya anggap masa ini untuk saya buka buku baru. Sakit ini sebagai satu pengampunan bagi dosa-dosa saya yang lepas. Wallahhualam.


Sakit demam sejuk menggelatar satu tubuh badan. Dah di selimut, selibung pulak lagi dengan comforter, walaupun dalam keadaan cuaca panas berdentang sekarang, sejuknya saya rasa sampai ke tulang, saya alaminya tengah malam Isnin lepas. Memang tak dapat gambarkan shivering-nya, macam duduk dalam negara below 0 degrees temperaturenya tanpa pakai baju. Hehe. Sejuk tiba-tiba.


Anyway, pengajarannya, dalam confinement period ni, jagalah makan minum kita. Mungkin last sunday saya masak sup ikan jenahak beli di pasar tani, makan untuk lunch dan dinner tanpa ada persoalan, dan dan tengah malam tu bikin badan saya up and down tak tentu arah.


Kami orang muda, tak tahu apa-apa. Minta pendapat, orang kata okay, Razi dengan suka hati beli ikan jenahak ni untuk bini tersayang sebab kesian tengok bini yang nampak bosannya hari-hari ulang-ulang makan ikan tenggiri, ikan selar. Takpelah, ini semua pengalaman.


Satu petua dari in-law, kalau bentan, kita ambil satu genggam beras, dan bau beras tu. Tapi tak buat lagi. Hewhewhew.


Dan semalam petang, razi heret saya ke ER, doc bagi antibiotics dan telan panadol dua bijik, setakat ni Alhamdulillah, demam dah kebah, cuma badan sakit seperti dicucuk-cucuk tak hilang lagi, mungkin sebab heat dlm badan around 40 degrees malam tu.


Itulah dia, pengalaman bentan saya. Akhirnya, mommy pesan makan nasik panas dengan ikan bilis sangai aja dulu. Hilangkan bisa dalam badan tu. Haih... Mintak baby tak ada effect atau implication apa-apa on my silly mistakes nih.


Okay, cerita pasal deliver my third baby ni tak ada lah thrill sangat macam Jasmin dan Adam dulu. Kelahiran kali ini paling senang dan sempoi. Very fast. Fast and furious. Hewhewhew.


Appointment dengan doc ishak, jumaat 7 jun, pukul 12 tengahari doc bukak jalan. Doc suruh balik rumah dulu dan datang semula ke hospital pukul 10 malam nanti. Dan petang tu, my sister standby jadi rescue ranger sebab Razi dah shoot ke site.


Oh, cerita sedihnya pulak, on that day juga, ai should go for an interview as a designer from one of Oil& Gas company kat Jalan Tun Razak. Planning to go for the interview in the afternoon after the check up, tapi Tuhan itu penentu terbaik. Ai let go cenggitu je. Sobs.


Contraction masa di rumah tak da lah berapa nak terok sangat. Sesekali terasa menyenggat-nyenggat di pinggang dan ari-ari. Baby movement pon dah tak berapa nak rasa. Saya rileks lagi. Surf the net, sapu-sapu rumah, packing stuff nak bawak ke hospital.


Sempat lagi petang tu ajak my sister gi bank jap dan lepak makan-makan sebab baru teringat tak makan lagi tengahari tadi. Contraction masih tak hebat lagi masa ni. Masih boleh berjalan sana-sini dan rasanya elok banyak bergerak, supaya cepat bukak jalannya.


Pengalaman kali ni, paling susah, nak tinggalkan Adam dengan neneknya. Dah biasa tidor tepok perot, garu kaki, garu belakang, garu kepala, berkepit sebelah ibu, tapi malam tu, Adam kena tidor dengan nenek. Last-last, pukul sebelas baru sampai hospital.


Check in di ER dan misiku Kuza terus tolak ke Labour room naik wheel chair sebab contraction dah kerap sangat. Time ni memang dah real sakit. Masa Jasmin dulu saya dapat Labour Room 1 tapi kali ni saya ditolak ke Labour Room 4. Sangat pack okay. Malam tu, ibu-ibu bersalin macam passing batton. Sorang keluar, sorang masuk.


Maybe ramai yang prefer untuk bersalin di KPJ SSH Seremban sebab package bersalin di sini yang berpatutan. Even my ex-lecturer pun sanggup datang check up di sini setiap bulan dan bakal bersalin di sini juga sedangkan dia tinggal di Serdang.


Okay, dalam labour room, misi terus cucuk water drip kat tangan, masuk ubat bontot bagi buang air besar, tukar baju seksi hospital, filled in forms apa yang patut dan Doc Ishak datang ke labour room around 12midnite camtu. Check VE, dah 3cm, terus dia pecahkan air ketuban.


Doc estimated ai possibly akan deliver around subuh cenggitu; so dia nak balik rumah dulu, tido agaknya. Tapi misi sangat efficient, every 15 minutes cenggitu dia akan naikkan reading kat machine drip water tu. Setiap kali dia tambah tu, makin kuat contraction saya rasa. 


From Razi's view.
Bila dah tak tahan, misi offer jab ubat tahan sakit, at first ai tolak, no need of that, still boleh handle the contraction pain lagi, tapi around pukul dua camtu, saya serah kalah, misi terus jab ubat tahan sakit kat montot, dan bagi masuk ubat tahan muntah kat water drip, terus rasa high dan rasa contraction pain tu kurang. Diri terus rasa melayang-layang, dapatlah lelap mata sekejap, dalam pada tu, contraction pain makin kerap datang menyinggah.

Hewhewhew nampaknya estimation doc silap. The fully dilation to 10cm takes only 2 and a half hour and after 4 times pushed, and the baby is amazingly in front of my eyes at 0242 am. Shooo small baby, weight 2.76kgs, 50cm in length.

The graph of my contraction and Razi by my side.
Razi tak pernah failed untuk jadi peneman dalam labour room. Tiga kali beranak, tiga kali juga dia ada di samping saya. Tak pernah gentar bagi dia. Lihat sendiri kesakitan saya. Mungkin dia peneman di labour room terhebat dalam dunia. Kali ni dia tak perlu tunggu lama untuk sama-sama menunggu kelahiran bunga cinta hati kami. Mudah katanya.

Mudah aja dengarnya kan. Sekejap aja prosesnya. Sekejap aja sakitnya. Itu lah rezeki saya kali ni. Tapi saya tak nafikan, sakit nak beranak ni tak boleh nak lawan mana-mana sakit dalam dunia ni. Tiga kali beranak, tiga kali lain-lain pengalamannya.


Alhamdulillah, Orked tiada apa-apa masalah. Sihat tubuh badannya. Cukup sifatnya. Semoga Orked jadi anak yang solehah, yang baik hatinya, yang elok budi pekertinya, terjaga akhlaknya bukan sahaja dari perbuatannya malahan kata-katanya, dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga. Kakak Jasmin dan Abang Adam juga sayang Orked.


Nur Orked Adelia, 2 days of life.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

Friday, 7 June 2013

Semalam, 27 Rejab.


Peristiwa Israk & Mikraj aku ambil buat pedoman untuk perubahan ke fasa yang baru. 
Cerita Razi & Lily tak pernah habis.
Sudah enam tahun Hijrah.
Siapa kisah. Siapa pedulik.
Masih bercekau.
Kadang-kadang bergurau.
Menyakat tak payah cerita.
3 anak membuktikan cinta.
Mintak-mintak tuhan izinkan soap opera laki bini ini di atas muka bumi ni dua tiga pat kali ganda lagi tahun-tahunnya.
In shaa Allah di Jannah ditemukan juga.
Huuuuuuuuuuuuuu...... monologue seorang bini kepada lakinya. 

Friday, mintak bless Mu Ya tuhan.
Jalan dah buka, contraction dah ada, tunggu malam aja tiba, berjumpa kita nanti Cempaka Sari, In Sha Allah.
Dis morning check up, doc Ishak tak tunggu apa lagi dah, baby pun dah kurang gerak, rasanya dah bolehlah dibukakan jalannya.
Okay, saya nervous.
Tonite kena standby dalam labor room.
*nangeeesssssss*

Ini dia hikmah Tuhan beri. 
Saya masih ingat apa yang jadi setahun yang lepas. Walau hati masih sakit, saya tahu saya gagahkan juga, demi anak-anak.
Walau hati pendam seribu bagai rasa,
kerana anak, aku teruskan juga.
Tuhan tak pernah silap dalam ketentuanNya. Cuma aku laki bini yang terlalu merancang untuk jadi terlalu sempurna sampai laki bini ini lupa, ada lagi yang paling atas dalam diri kami.

Sekali ini, tuhan dekatkan lagi aku bersama Razi, semua kerana lillahhitaala.

Sorang merati, sorang captured the moment, sorang non stop kicking! Cukuplah! Syukur padaMu Tuhan. Tak pernah meminta-meminta, tak pernah ada rancangan, tapi rezeki anak yang kau beri aku tadah dengan tangan terbuka. Mintak dihapuskan dosa-dosa ku, diterangkan kejahilan hatiku dan meredhai segala apa jua dugaan dan ujian yang kau beri. Manis hikmah di pengakhirannya.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

Tuesday, 4 June 2013

Still counting; I'm Nervous!

Minggu ni saya mengeluh panjaaaaaannnngggg. Tarik napas, turun napas. Tarik napas, turun napas. Hmmpphhhhhhh...

Nak buat apa pon tak semangat; even to check my email. Haih. Sory to mommy fara sebab baru semalam dapat reply her comment. Semoga asthma Aydin ada kurangnya dan jumpa cara untuk kesembuhannya. Aamiin.
 
Kalau ikut kiraan doctor, minggu ni dah 39 minggu. Kaki dah bengkak. Tangan dah bengkak. Muka dah sembab. Berat dah tak naik. Baby's kicking pon dah tak berapa nak hebat. Mengeras every hour. Uri dah matang, the water still okay, baby's weight about 2.7kilos.

Bila dah sampai hari ni, memang buat semua benda salah. Duduk salah, baring salah, berjalan laaagiii laaa tak larat. Pregnancy kali ni banyak betul terasa sakit sana sakit sini. Berbeza dengan Jasmin dan Adam dulu; Tup tup dah keluar tanda sampai masa push push, baby pop out!

But this time, ai experience different things. Sakit dah ada sana sini, pinggang ni toksah cakaplah, only God knows! Saya belajar untuk jadi orang yang sobar dan redha sebab baby tak ada tanda-tanda nak pop out anytime soon but as for doc count, my EDD should be on the 10th of June.

Akan ada last check up this Friday, and if there is still no sign of labour or contraction or dilate, doc Ishak akan bagi tarikh untuk induce. Doc dah suggest since last Saturday lagi, but for a second thought, maybe i should let it be happen in natural way. Unless, there's still no sign, so i have no choice other than induce. Okay, first time experience, why not! Positive lily, positive!

Dah masuk minggu kedua berehat di rumah. Tak mo amik risk on the road, so i took early leave from work so that if anything happen, ai dah all set in Seremban.

Dah move in back to my sister's house dari start cuti hari tu, since Razi pulak yang kena travel kerja jauh dis few weeks. Nasib mommy dan babah dekat, anything happen, 911 them first! *ding*

Oh, saja nak kongsi, siapa yang biasa buat check up di KPJ SSH Seremban, kalau buat appointment check up dengan doc ishak, nak tunggu turn sampai, tok sah cakaplah; even u dtg pkl lapan pagi klinik baru bukak, dah ado sepuluh nama on the waiting list. Very demanding doctor i must say!

So while waiting for turns, godek gogek apps kat phone and this is Jasmin make over guna Perfect365. Sangat dasyat teknology sekarang, hidung penyek boleh macung, pipi lebar boleh jadi tinggi, dagu kontot boleh jadi runcing, kening ada tak ada boleh tebal berapa inci nak, eyeliner, blusher, mata hijau biru kuning coklat semua ada.

P.S. Cuma gigi tak boleh nak alter, pakai lah apps apa pon, tang gigi Jasmin ni memang tak boleh nak buat apa. Hewhewhewhewhwe. 



BEFORE
AFTER






Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. 
Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'ainin 

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, 
Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami, 
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, 
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- 
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- 
walau dalam sekelip mata cuma. 

Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair. 

Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

Sunday, 5 May 2013

Another flower's blooming in the garden....

Mengantuk. But can't sleep. *yawn* Badan letih but this mind just can't shut down. 

Different to the kiddos, they all, system shut down automatic sharp at 10pm.

Since that i can't sleep, so it's better for me cerabeh sikit-sikit di sini. At least, my brain will get exhausted dan automatic kejap lagi after update this entry, it will easily shut down tanpa paksaan. :)

Today, i had my pregnancy check up. As up to date and, my baby now is 36 weeks and 2 days. Previously, my two kids, i deliver at 38 weeks, so Dr Ishak said, in shaa allah, this time also going to be the same, means dat two more weeks to go and probably I'll be deliver in mid-May. Oh gosh! Atotnye kitee....

Anyway, the good news is the baby dah engage. Baby is fine but a bit small tapi sesuai dengan my body figure. Weight about 2.5kilos and the heart beat also fine. 

My lil'one was sleeping this morning when we did the scanning. So not much movement yang dapat kami observe. Anyway this print out is quite funny untuk kami.

Tido tapi mulut melopong. Tak senonoh anak dara ni!
And yes, 2nd flower's in #lyraz garden. My puspawangi cempaka sari. :) 

At last can see the "big-mac" after few attempt meninjau the baby's gender before this. Dr Ishak tried to be funny today by calling my baby genitals as "big-mac" and as always, razi still blur blur. Haha. Gud one doc!

Happy to see u today baby sebab dah dua bulan tak buat scan and we gonna need lots of pink jumpers okay. And let's go for retail teraphy dis Monday cos Selangor cutttiiiiiiiiii! Yeay!

Tuesday, 20 November 2012

Hanya Engkau....



Hanya Engkau yang bisa
Hanya Engkau yang tahu
Hanya Engkau yang mengerti
Semua inginku




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails