Tuesday, 24 August 2010

Bila Kita Redha dengan Takdir Tuhan....

Our first photo together
Huh! I have missed LOADS AND LOADS of things to update in my blog since I’ve been admitted to hospital for the past few weeks. Story Updates on my Jasmin’s birthday, my 3rd WEDDING anniversary, my buka puasa, sahur time and Ramadhan celebration and so on August activities but DAYYYMN! you Denggi, you make my day horrible! Terrible! Uuppsss… no cursing please, Bulan Puasa nih!

Okay, the FIRST most important thing yang I nak update for my time capsule right now is regarding my anniversary, my 3rd wedding anniversary precisely! Yeay! Alhamdulillah….

Well, Surat dari hati kali ini memang lah sebolehnya saya cuba IN-kan all the feelings of perasan perasaan CINTA yang mendalam dan tanpa berbelah bahagi mahupun prejudis. (Ye lah kot!)

Tiga tahun muda lagi…. Kalau nak ikut structure in construction of railway (konon-lah!), relationship saya ini baru tahap investigation dan masih nak merangka-rangka planning schedule dan baru nak involve some surveyors. Hurm…. Nampak lambat kerana saya nak pastikan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, ye lah mana tahu, dugaan dari Tuhan macam-macam, dan saya tidak pernah terkecuali darinya. Semua orang pun begitu.

Sedangkan lidah lagi tergigit…
Itu sahaja ungkapan yang saya rasa layak untuk saya guna pakai sepanjang perjalanan saya sekarang ini. Setiap pasangan ada pasang surutnya.

Masih teringat dan masih segar terngiang-ngiang tutur kata AKAD Mr Darling on the night of 10 Aug 2007. Tarikh keramat tu! Suatu Ikatan perjanjian telah termeterai. Siap ada Black & White, tiada keraguan, tiada kompromi, semuanya SAH!

Oleh itu, segala apa juga masam manis pahit kelat masin tawar dan lain-lain lagi kehidupan saya dan Mr Darling, kami masing-masing yang perlu carakan. Mana terkurang, mana terlebih, sama-sama merasa, sama-sama memperbaiki dan sama-sama redha-meredhai.

Saya berharap dan mulai berdoa walau apa juga yang terjadi, saya perlu jadi seorang yang cekal, kuat dan tabah secara mental dan fizikal untuk sama-sama menunaikan janji-janji saya kepada Mr Darling. Saya banyak belajar untuk menjadi seorang yang penyabar (kerana saya adalah seorang yang sangat howwtt-tempered!) dan sekarang ini masih belajar untuk redha dan memahami konsep Sabarul-minal-iman.

Uuuhhhhh... see how romantic me & my Mr Darling
Best je kan kalau ada suami yang sayang kita sangat-sangat dan tanpa ada rasa keraguan menyayangi diri kita dan menerima diri kita seadanya.

Well, for this year celebration, i didn't expect to celebrate it absolutely "berdua-dua-an" with my Mr Darling. We even spend the whole week together, watching TV together, sleeping together, eating drinking "suap-suap" together, walking together and most of my activities is together with mr Darling. Mungkin ini adalah best celebration ever coz we got to spent our days together in the HOSPITAL! hehehe! 

However, saya rasa dengan peluang ini juga saya jadi lebih rapat dengan Mr Darling. Ye lah, kalau tidak si makcik Jasmin tu sebok menyelit bila we start nak together2. Hikmah yang Tuhan beri pada saya Ramadhan ini sangat tidak ternilai ertinya. Masa itu juga saya mengenali diri suami saya seadanya, especially tentang kesanggupan Mr Darling bersusah-payah bersama-sama dan melayan kerenah orang sakit seperti saya.

To be short and simple here, walau sebesar mahupun sebanyak mana kata cinta saya pada awak, kalau Tuhan mendengar saya, I wish to be with My Mr Darling untuk seribu tahun lagi agar saya dapat mengenali dan menyayangi diri dia sepenuh hati saya. Kehadiran my Mr Darling di sisi terutamanya apabila saya ditimpa musibah adalah HADIAH yang paling terbaik untuk diri saya.


P.S. Terima Kasih kalau awak membaca ini. Itu lebih bermakna bagi saya apabila awak tahu apa yang ada di dalam hati saya selama ini.......


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails