Sunday, 22 August 2010

Dek Kerna Seekor Nyamok ( atau mungkin dua atau tiga)

Saya sangat tak suka bila tangan dihias benda ini!
Sudah agak lama rasanya saya menyepi dan kini saya cuba untuk kembali menyambung semula penulisan dari hati (yang tujuannya semata untuk Jasmin's future reading) Sehinggakan sekarang pada waktu begini sukar nak mengeluarkan idea yang bijak (kononnya; as always) Hurm... baru perasan, susunan ayat agak formal secara tidak sengaja mungkin kerana telah berbelas-belas botol air telah disumbat ke saluran intravena saya. Terima kasih doktor kerana juga telah berjaya membuat suatu corak batik yang menarik di lengan saya.


Well, frankly tell you, i am so glad when there's always something to share with u'ols when I think there's always  a wise thing to share with someone else. AEDES buat saya MErANA for about a week and sememangnya bercuti di hospital ber-ala "5stars" adalah tidak sama seperti bercuti di hotel lima bintang walaupun Mr Darling is always besides me. Saya tak tipu kerana saya mengalaminya dan saya berjanji dalam diri saya takkan kembali lagi ke bilik 318 itu (eventhough saya di rasuah dengan doktornya yang sgt comel+kind+caring+handsome, tidak mungkin! PASTI!)


Tetapi kalau mengikut hukum akal, penyakit yang datang bukan sengaja dirancang. Saya diuji di bulan Ramadhan yang mulia ini (di-admit on the first day of fasting days) adalah sesuatu yang menguji keimanan saya. Alhamdulillah, Allah masih tetapkan iman dan ketakwaan saya dan masih memberi peluang kepada diri saya untuk terus beribadah dan memperbetulkan segala kesilapan dan kesalahan lalu dan masih mampu mengutip seberapa banyak pahala di bumi Tuhan ini. Orang kata, penyakit yang datang adalah seperti membersihkan certain dosa-dosa saya dulu-dulu... Wallahualam.....


Tuhan juga memberi peringatan kepada saya bahawa tidak semestinya yang ciptaan sekecil itu tidak mampu untuk menggugat diri sebesar alam seperti saya. Dan mungkin itu suatu pengajaran bagi saya untuk mengenal diri saya sebenarnya......Syukur......






P.S. Satu nasihat dari saya, idea untuk menyimpan semua ubat ke dalam poket seluar yang diberi oleh nurse untuk diTELAN bagi tujuan menyembuhkan penyakit adalah sesuatu yang langsung tidak bijak!

3 comments:

uncle gedek said...

Wait a minute... You betol betol simpan pills dalam poket seluar...?!!

Welkam back!

my name is lily said...

yeay! da boleh ngadap PC lelama eventhough my eyesight makin lama makin blur especially lepas kena denggi nih!

nape? tak caye? hari-hari nak kena telan uphamol dua bijik (3 times a day for seven days) sape yang tahan.... tak campur lagi ubat tahan sakit, antibiotik, ubat sakit perot, ubat tahan muntah.... huhu!

uncle gedek said...

LILY : Sampai tak boleh ngadap PC? Ini bukan sakit Denggi... tapi sakit Dengki!

Babe, I dulu pon pernah kena denggi, habis lesu satu badan! Adoyaiii! Tak sanggup lagi! Dan I pon ada sorok kan pills kat dalam left over food... but rupanya nurse tu check! Dia pon hantar new supplies! Har har har!

Psstt... I pon bernaseb baik sebab nurse yg sponge kan my body I tu Ah Moi yang comel! hehe!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails