Thursday, 7 April 2011

Motivasi saya.......

These week is a big party for me and some of my office mate as my "Sivaji-the-boss" dah balik negeri for two weeks. So, this week will not be a stressful week and I just filled the time doing some pending documentation and settle all matters with bank regarding my housing loan. (hurm, nak apply loan mmg tak susah, tapi yang jadi susahnya bila peminjam ada macam-macam hiccups yang selama ni tak pernah terbongkar, dibongkar selongkar oleh pihak bank, blacklist lah, CTOS lah, payment tak cantik lah, sighhhhhh....nak perang dingin pun tak guna, benda dah berlaku, redha sahaja lah, minta Allah permudahkan urusan kami setelah apa yang telah diusahakan....)


Okaylah, sedang saya kemaskini dan delete-delete all the folder and files yang dah tak related lagi dalam system computer saya (kalaulah saya pun boleh delete semua memory hitam dalam system otak saya), terjumpa pula artikel yang sepatutnya dah lama saya publish dalam belog. Saya simpan artikel ini kerana bagi saya, bila saya hadapi masalah atau berasa tertekan, saya akan baca berulang-ulang kali artikel ini. Bagi saya, jika kini saya berasa susah, kecewa, terluka, sebenarnya ada lagi wanita di luar sana yang mengalami nasib yang lebih malang dari saya. Artikel ini saya anggapkan sebagai motivation bagi wanita seperti saya yang sentiasa hidupnya diuji, dipuji, et cetera. Saya kongsikan di sini dan semoga cerita dari wanita ini dapat dijadikan ikhtibar dan panduan dan motivation untuk wanita-wanita yang membaca.


Meh kite ce citer ce citer....



 ______________________________________________________________________

SEBELUM saya berbicara lebih lanjut saya ingin bertanya kepada pembaca wanita khususnya, adakah anda mencari suami yang taraf pendidikannya sama dengan anda atau anda menerima seadanya? Jika anda belum berkahwin, fikirkan sepuluh kali. Biasanya wanita menerima suami seadanya, tetapi suami zaman sekarang memilih isteri yang boleh memberi keuntungan dan memberi faedah kepadanya.. Bukan mereka sahaja, malah keluarga mereka juga berpandangan demikian.

''Kalau boleh mereka mahukan menantu perempuan yang ada segala-galanya yang boleh memberikan kesenangan dan tidak menyusahkan anak lelaki mereka, misalnya ada kereta, rumah dan pekerjaan yang baik.'' 

''Saya katakan demikian berdasarkan pengalaman sendiri dan melihat di kalangan kawan-kawan wanita sepejabat dengan saya.. Mereka juga mempunyai pandangan yang sama. Kalau boleh suami mahu melepaskan semua tugas hakikinya kepada isteri untuk laksanakan, sementara dia bebas menyenangkan dirinya sendiri.

''Dulu masa mula berkahwin saya tahu taraf pendidikan dan pendapatan suami saya Zainoor, cuma seorang kerani, sementara saya walaupun seorang guru tetapi berijazah.

Biarpun saya tahu kedudukannya, tetapi saya yakin kebaikan, dedikasi dia dalam bekerja di samping pandai menjalankan perniagaan sambilan boleh bahagiakan kami.

''Saya lihat dia cukup rajin berusaha, kerana itu saya yakin dia boleh menjadi ayah yang baik kepada anak-anak kami nanti. Hasrat saya tercapai hinggalah usia perkahwinan kami mencecah 12 tahun dan kami mempunyai 4 orang anak. 

''Syukur kepada Allah kerana hidup kami cukup bahagia. Tambahan pula ketika itu Zainoor telah berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan atas dorongan saya, sementara saya sendiri telah naik pangkat menjadi guru besar.

''Berkat usaha dan persefahaman kami suami isteri, kami berjaya memiliki 3 buah rumah dan dua buah kereta untuk memudahkan kami bekerja.

''Sebenarnya bukan mudah memimpin suami menjadi berjaya, saya mengeluarkan wang simpanan yang banyak sebagai modal untuk menggalakan dia berniaga pada awalnya. Malangnya ketika itu kerana sayangkan suami dan ikhlas untuk membantunya, saya tidak pernah meminta balik duit yang dijadikan modal dia berniaga.

''Sebaliknya saya nasihatkan dia supaya menambah modal lebih banyak lagi supaya perniagaan dapat berjalan lancar tanpa tertangguh kerana ketiadaan modal. Pendek kata sejak lima tahun melihatkan diri dalam perniagaan sepenuh masa, hidup kami memang boleh dikatakan senang juga.

''Malangnya, saya terlupa melihat perubahan suami saya, setiap kali keluar malam saya yakin bila dia kata jumpa kontek dan rakan perniagaan. Katanya berniaga mesti banyak kontek, barulah berjaya, kalau boleh ikut cara orang Cina berniaga mereka ramai kawan, yang boleh bertukar fikiran dan meminta nasihat kalau perlu.

''Tetapi sejak dua tahun kebelakangan ini, dia sudah mula pandai balik rumah hingga subuh. Saya dek kerana terlalu sayang dan percaya, tidak pernah terfikir dia boleh memusnahkan harapan saya dengan bercinta lagi.

''Satu malam dia balik awal lepas makan malam dia meluahkan hasrat hatinya ingin berkahwin lagi. Nak pengsan saya. Hancur semua harapan, hilang sudah kepercayaan saya terhadapnya selama ini. Sebulan kami berperang, habis tu saya lancarkan perang dingin, harapan saya supaya dia ingat kepada janji kami dan segala pertolongan saya kepadanya selama ini, dan menjadikan dia dirinya sekarang..

''Tapi orang tengah bercinta segala nasihat tidak didengar lagi, dia tetap ingin berkahwin dengan kekasihnya seorang wanita bekas pelayan kelab malam, berstatus janda anak tiga lima tahun lebih tua daripada saya.

''Saya rasa tidak ramai isteri yang sanggup bermadu dengan rela. Saya minta pendapat keluarga, memang tidak ada yang setuju, ibu saya yang tua dan uzur menyerahkan segalanya kepada saya, dan dia tidak menghalang kalau saya bercerai. Kerana ibu tahu besarnya pengorbanan saya menjadikan suami saya dengan kedudukannya hari ini. Dan ibu amat kesal kerana pengorbanan saya selama ini tidak dihargai.

''Kerana permintaannya di bantah, dia jadi seorang peminum dan jarang-jarang balik ke rumah. Dia bukan lagi suami saya yang saya kenal dulu. Akhirnya saya terpaksa memberi kata dua kepada suami saya untuk melepaskan saya. Dua bulan lamanya dia membuat keputusan dan seterusnya dia meninggalkan rumah dan pindah ke rumah baru dengan wanita tersebut bersama anak-anaknya.

''Apa yang saya kesalkan sudahlah suami buat saya sedemikian rupa, adik beradiknya ikut memfitnah saya bahawa saya tidak hebat dirajang, terlalu sibuk bekerja, selalu berkursus dan paling menyakitkan hati bila dia menuduh saya membodohkan dirinya selama ini kerana mengikut cakap saya.

''Pada saya tuduhan membomohkan dia memang fitnah, siapa dia? Dia cuma kerani asalnya, kalau saya pandai cari bomoh lebih baik saya bomohkan jutawan atau pegawai tinggi kerajaan supaya kahwin dengan saya bukan dia! Kejayaan dia dalam perniagaan sekarang pun hasil modal saya kalau tidak hingga kini dia masih kerani lagi. Memang dasar tak sedar diri!

''Lebih pelik mengapa selepas 13 tahun berkahwin baru timbul isu bomoh? Sepatutnya saya tuduh suami saya yang bomohkan saya, kerana mahu berkahwin dengan dia cuma seorang kerani sedangkan saya ada izajah.

''Sesungguhnya Allah Maha Besar. Baru setahun berkahwin, hidupnya mula berantakan, sudahlah duitnya dikongkong oleh isteri barunya, nak jumpa anak-anak sendiri pun disekat. Sehinggakan telefon bimbitnya pun dikawal rapi.

''Namun saya tidak kisah saya mampu memberikan yang terbaik kepada anak-anak saya. Syukur kepada Allah anak-anak saya dapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan tahunan mereka. Hakikatnya perceraian kami sedikit pun tidak mengganggu pelajaran mereka, malah saya lihat hidup mereka lebih ceria lagi. Dengar cerita belum sampai dua tahun berkahwin bekas suami saya sudah jadi kaki hutang.

''Kini hidup saya lebih bahagia. Benarlah kata orang, kekayaan belum tentu menjadikan kita bahagia. Kini hati dan fikiran saya lebih tenang, tak perlu melihat jam pukul berapa suami balik. Tak perlu terkejar-kejar siapkan makanan bila suami balik, kini saya lebih bahagia hidup bersama anak-anak. Biarlah dia bahagia bersama anak-anak tiri dan isteri barunya, di situ mungkin dia lebih bahagia daripada dengan anak-anaknya sendiri.

''Bukan niat berdendam tetapi bila segala pergorbanan tidak dihargai, tiada gunanya bertahan dan berpura-pura bahagia. Saya ambil langkah tepat untuk membahagiakan diri dan anak-anak saya. Bukan menderita menunggu suami yang sudah lupa diri.

''Kepada kaum hawa di luar sana, saya ingin berpesan, anda tidak perlu berasa lemah jika ditinggalkan suami kerana Allah yang mengatur segala kehidupan kita. Tentunya ada hikmah yang tersembunyi di sebalik segala yang berlaku. Anda bukan perempuan malang. Tetapi anda terpilih untuk melalui ujian-Nya.''

Yakinlah setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, Terpulang kepada anda mentafsirkan tetapi kalau tidak yakin anda boleh berdikari, sabar dan telanlah atas apa yang berlaku.
__________________________________________________________________

And last two week saya ada baca satu artikel dalam akhbar mingguan kalau tak silap, berkaitan dengan masalah wanita juga. Lebih kurang beginilah sedikit sebanyak isi kandungan artikel tersebut;

"Saya siapkan beg pakaiannya untuk persiapan dengan wanita itu. Sambil suami di sisi, saya berkata padanya, mungkin Tuhan temukan jodoh abang dengan wanita yang lain kerana mungkin saya bukan isteri yang baik untuk abang, dan mungkin dengan ketentuan tuhan ini, tuhan juga ingin tunjukkan yang abang juga mungkin bukan suami yang terbaik untuk saya dan tuhan buka peluang untuk saya mencari suami yang lebih baik dari abang...." Mungkin terasa dengan cara cynicalnya seorang isteri itu berkata-kata, akhirnya suami wanita itu tidak jadi bernikah dengan wanita lain dan terus berubah menjadi seorang suami yang bertanggungjawab dan menunaikan janji-janji kepada isterinya."

Secara jujurnya, setiap kali selepas saya baca artikel-artikel seumpama ini, saya dapat semula semangat dan kekuatan saya. Saya mampu untuk mencari diri saya semula dan sedar semula untuk terus bangkit walaupun pelbagai dugaan yang datang.



p.s. copy-cat-kiss-a-rat-boo-hoo!

2 comments:

uncle gedek said...

Alaaaaa....

Lelaki selalu dapat watak jahat....

my name is lily said...

nnt I carik "watak perempuan" jahat pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails