Monday, 25 April 2011

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Fakir Miskin Baitul Mahabbah

Bukan semua anak-anak yang beruntung macam Jasmin. Jasmin masih ada ibu dan abah, atuk dan nenek, pak cik, mak cik, kazenmazen sepupu sepapat yang sentiasa ambil berat dan memberi kasih sayang sepenuh jiwa dan raga. Jasmin tak perlu berkongsi nikmat kasih sayang dari ibu dan bapa dengan rakan-rakan yang lain dan pastinya perhatian adalah sepenuhnya untuk Jasmin seorang. 

Jasmin bertuah kerana masih ada orang yang sentiasa mengambil berat mencurah kasih sayang, memberi bantuan dan pertolongan sentiasa. Alhamdulillah juga Allah sentiasa membuka pintu rezeki untuk Jasmin supaya dapat meneruskan kehidupan seharian. Kalau Jasmin hari- hari dapat makan sedap-sedap, anak-anak yatim ni belum tentu lagi dapat macam mana yang Jasmin rasa. Jasmin kena jadi anak yang baik dan jadi contoh tauladan yang baik untuk adik-adik nanti.

Jujurnya, bukan untuk menunjuk-nunjuk pada orang lain, sekadar satu ingatan dan info kepada sesiapa yang sudi membantu mereka yang tidak berkemampuan ini dari segi kudrat, tenaga, ekonomi, seikhlas hati, sekurang-kurangnya dapat menyokong mereka meneruskan kehidupan dari segi mental dan rohani. Saya aware, orang kata kita nak beramal kebajikan, biarlah kita-kita sahaja yang tahu. Bila kita hebah ke sana sini ke situ ke mari, itu mungkin boleh ditafsir sebagai riak pula, boleh jadi tidak ikhlas pula, pahala pula mungkin jadi tinggal berapa kerat aje. Oleh itu, biarlah ia dijadikan rahsia peribadi dan jadikannya sebagai urusan manusia dengan Tuhan.

Lihat anak-anak ini buat saya rasa insaf. Mereka tak minta untuk jadi seperti diri mereka sekarang ini, semuanya kerana qada' dan qadar Tuhan, semua sudah ditentukan yang perlu mereka redha. Apa yang berlaku kepada mereka semuanya ada hikmah dan reason tersendiri. Mungkin kita kekurangan harta, tapi jangan kita kekurangan budi bahasa. Jangan pula bila dah membantu, mengungkit pula kononya kita lah penyelamat seantero dunia. Kebaikan yang diberi jangan di kejar pula balasannya, Tuhan itu Maha Mengetahui. Mungkin orang buta itu matanya tidak mampu melihat tetapi mereka ada hati yang terang untuk tunjukkan mereka kepada jalan yang benar.

Kadang-kadang buat saya berfikir, ada juga manusia yang masih tak mahu menghargai jasa dan kebaikan ibu dan bapa sendiri. Menyakiti hati mereka, buat mereka menangis, dan ada ibu bapa yang sampai kadang-kadang dek kerana tidak tahan dengan perangai si anak-anak, si ibu bapa terluah kata tak menghalalkan makan pakai susu yang kita minum, nauzubillahiminzalik, jauhkanlah saya dari berfikiran seperti itu dan berilah saya kesabaran menghadapai kerenah anak-anak di masa hadapan. Amin!

Tiba-tiba buat saya insaf bila terkenang balik kelakuan-kelakuan nakal zaman remaja saya. Syukur Alhamdulillah, mommy dan babah tangani kerenah saya dengan sabar.  Saya akui saya bukanlah anak yang baik untuk mereka, sering menyakiti hati mereka, sering buat mereka susah hati, et cetera et cetera dan buat saya jauh dari keredhaan mereka. Tapi itu dulu, bila saya berkahwin dan lebih-lebih lagi dah ada Jasmin, saya tahu mana letaknya diri saya di hadapan mereka. Terima kasih hubby darling sebab jadi "reason" untuk kenal siapa diri saya sebenarnya. Semoga hati saya tak pernah jauh dari awak dan awak terus jadi "reason" untuk saya jadi seorang manusia yang berguna.
  
Oleh itu, to all my dearest noble readers, bagi sesiapa yang ingin membantu terutamanya dari segi meringankankan beban ekonomi mereka, bolehlah kita beri sokongan dengan program JUALAN NASI AMAL yang akan mereka anjurkan pada 24 June 2011 nanti. Kita boleh salurkan derma kita bermula dari sekarang. Selain itu, jika sesiapa yang berminat untuk menjemput anak-anak ini membuat persembahan, mereka terlibat dengan aktiviti kesenian ini bagi sebarang majlis dan InshaAllah mereka akan hiburkan anda dengan seikhlas hati mereka. Sebarang pertanyaan boleh hubungi ustaz dan ustazah melalui nombor telefon yang tertera di bawah ini.


"Fikir-fikirkan dan selamat beramal"

Alamat rumah jagaan:
Pusat Jagaan Baitul Mahabbah
No 9, Jln RK 5/7, Rasah Kemayan,
70300, Seremban, NSDK

Alamat Office:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan FAkir Miskin Baitul Mahabbah
No 102, Jln S2 G2 Garden Avenue, 70300,
Seremban, NSDK
Tel: 06- 6017 980 / 013-251 4609


P.s. Keikhlasan tidak menafikan hak


"Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu
Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu"

2 comments:

uncle gedek said...

"Sharing is carering...?"

Nice...

P/s : Your face pon dah menggambar kan kenakalan u semasa zaman remaja...!!!

Hahaha!

my name is lily said...

p.s. nod!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails