Tuesday, 8 November 2011

Monologue Aidil dan Adha

Jom layan saya merungut, merepek, melalut.

Exhausted. Letih dari segala jenis hal. Biasanya letih kepala otak yang buat saya terus hanyut menyusuri dunia kedua saya tatkala kepala menyinggah di alas bantal empuk.

Seminggu melayan kerenah Jasmin dan Adam sendirian. Saya tak mengeluh. *okay, saya tipu*

Seminggu ini juga saya memupuk hati supaya tidak berburuk sangka.Biar siapa yang berkata, selagi mulut ini masih membisu diam seribu kata, tidak perlu rasanya terus-terusan membuat andaian. Nyatanya keputusan ada pada tangan si polan itu dan si polan ini. Tak perlu juga siapa-siapa menjadi batu api memarakkan lagi aura ketegangan.

Saya tidak mampu menipu diri sendiri. Sememangnya saya kini adalah seorang penanti setia, menunggu joran dimakan ikan ataupun tidak, padahal saya tahu joran saya itu tidak disangkut umpan. I am taking the risk dan perjudikan sahaja nasib saya.

Kehidupan ini adalah perjalanan hidup saya. Tak selalunya saya bertemu jalan yang lurus, bila bertemu dipersimpangan, wajibnya untuk saya membuat keputusan, walau saya tahu kedua-dua persimpangan itu masih samar pengakhirannya. 

Pernah satu ketika, ketika masih mentah dan masih samar dalam mengenal apa itu dunia, saya bertanya kepada mommy, dimanakah hujung dunia? Sangat spontan dan dia menjawab "Hujung dunia itu di hujung mata kita".

Dan hari ini, apabila saya semakin dewasa, apabila semakin jauh saya berjalan, sudah beribu kilometer saya redah, dan sudah 27 tahun mengelilingi matahari, baru saya sedar maksud tersirat disebalik jawapan ringkas itu; Dengan tertutupnya mata kita, disitulah kita bertemu hujung dunia kita.

Hati makin sedu sedan menangis, pada petang raya semalam, babah mula bertanya, apa doa yang kau baca selepas habis solat tadi? 

Jawab saya malas dan ringkas, "Doa basic aje lah". 

Saya pegun, babah faham, dan spontannya babah berkata babah akan ajarkan satu doa untuk kuatkan hati dan semangat saya. Saya tahu babah masih lagi ambil kisah. Dan babah tahu betapa kerasnya hati saya sekarang ini.

Tikar biru baldu kadang-kadang tikar merah baldu di rumah yang jadi alas untuk tempat saya mengadu. Mengadu nasib pada yang Maha Mendengar. Ketika sujud, ulang-ulang kali saya meminta pada tuhan, ampunkanlah dosa saya serta kelurga saya dan jauhilah saya dari sifat amarah serta berikan kesabaran dalam diri saya.

Tapi saya risau, siapa saya untuk tuhan mendengar pengaduan saya, hamba yang hina dan kerdil ini, sedangkan saya ini yang kadang terang kadang gelap bersujud syukur mahupun bersujud memohon keredhaan dari Tuhan saya.

Jelas sekali apabila berlaku pada orang sekeliling saya, seorang yang tidak pernah meninggalkan solatnya, bersolat tepat pada waktunya dan tidak pernah melengah-lengahkannya, berzikir bertahmid siang dan malam, tapi sebetulnya masih belum mampu membersihkan hatinya mengeluarkan kata maaf dan bersemuka dengan kebenaran dan kenyataan. Apakah itu?

Dugaan dari Tuhan itu varities, pelbagai. Kadang-kadang khilaf orang itu, kita jadikan pengajaran dan tauladan. Jangan mengata anak orang lain, takut terkena anak beranak sendiri. Itu pesan dalam diri saya. Saya juga ada anak-anak. Apabila melihat anak orang lain berbuat nakal, terasa hendak dimaki dimarah, tapi takut nanti anak kita pula yang nakal begitu juga, silap-silap lebih teruk anak saya dihina dimaki. Lalu saya diamkan juga. Ambil semuanya sekarang ini secara reversed psychology. 

Biarlah budak-budak memang begitu. Tapi kalau umur dah menjangkau nak ke 3-series, budak-budak lagi-kah? Nakal yang bagaimana tafsirannya?

  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails