Abu
Musa al-Asy’ari berkata,”Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw:
‘Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?’
Baginda
menjawab
“Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama
ada dengan lisan (kata-kata) ataupun dengan tangan (tindakannya)”
(Riwayat Bukhari).
Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah)
Muslim
yang paling baik, tidak menyusahkan orang lain melalui tangannya iaitu
tindakannya. Sebagai contoh, Dia tidak meletakkan kenderaannya ikut
suka hati sehingga boleh menggangu lalulintas. Dia tidak akan
membunyikan hon keretanya dengan kuat sehingga menyebabkan orang lain
terkejut.
Muslim
yang paling baik, tidak mencela muslim yang lain melalui lisannya. Dia
tidak membuat fitnah kepada orang sesama Islam. Muslim yang baik juga
tidak berhasad dengki sesama orang Islam.
Islam
melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor
dan menggunakan anggota badannya yang lain untuk menyakiti orang Islam
yang lain.
Berakhlaklah
dengan mengikut akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan
setiap perkara dan akhlak baik sebagaimana yang disebut dalam AlQuran.
Akhlak Muslim yang mulia itu berat timbangannya. Amalan yang dilakukan
beserta dengan akhlak yang baik, walaupun sedikit diberikan pahala dan
ganjaran yang banyak.
Dari
Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda“Tidak ada sesuatu pun
yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan
budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).
Akhlak
adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), dan tidak boleh
ditimbang secara zahirnya. Namun bagi Allah boleh menimbang perkara yang
abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh
menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut.
Amalan
yang banyak tetapi disertai dengan akhlak yang buruk pula mengurangkan
pahala.
Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para
sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki
seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam
harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa
wanita itu adalah ahli Neraka.
Sahabat bertanya, mengapa demikian?
Jawab
Baginda Rasulullah SAW,
“Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga
dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli
Neraka.
Ehsan : Nasbun Nurain