Seorang Sahabat Rasulullah Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW:
Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawapannya hanya darimu"
Beliau SAW menjawab,
Katakanlah Amantubillah (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah) dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada di jalan-Nya) (Riwayat Muslim.)
ISTIQAMAH LISAN
- memelihara lisan atau tutur kata
- sentiasa berkata benar dan jujur setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran
- terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah SWT.
ISTIQAMAH HATI
- sentiasa teguh mempertahankan kesucian iman
- menjaga kesucian hati daripada sifat syirik
- menjauhi sifat-sifat cela menyuburkan hati dengan sifat terpuji
- mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran
ISTIQAMAH PERBUATAN
- sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau perjuangan menegakkan kebenaran tanpa rasa kecewa lemah semangat atau putus asa
"Oleh itu hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu (Hud:112)"
Tetap dan teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam.
Ehsan : Ustaz Don Facebook Page
No comments:
Post a Comment