Every child is a different kind of flower and all together make this world a beautiful garden. #adrianajasmin #adammuhaimin #orkedadelia #airiskhadeeja
Friday, 30 August 2013
Hutang Donia #1
Alhamdulillah.
Salah satu hutang dunia-ku dah settle!
Hari Komeh dapek surat, berdoba-doba, ingat surat baki pinjaman tuntut hutang lagi, tapi dalam hati dok tertanya-tanya juga bila pihak MARA nak hantar surat pengesahan kelulusan sebab dah masuk lima bulan menunggu surat conformation kelulusan; dan ini adalah kali kedua saya apply untuk rayuan pengurangan.
Pernah, pertama kali setahun selepas habis belajar, saya buat rayuan untuk pengurangan. Bagi saya yang tinggal di Seremban hanya mampu berurusan melalui telefon dan pos.
The result, senyap. Kecewa.
Lalu, earlier this year, dengan penuh semangat, tak sanggup lagi nak hadap ragam orang, bersama-sama Jasmin, saya seret juga kaki ni untuk ke HQ Jalan Raja Laut dan berunding terus dengan pegawai berkaitan.
Mudah saja prosesnya. Tak sampai satu jam, semua selesai dan sy hanya bayar baki dari 10% pengurangan yang telah diluluskan.
Tapi yang hairannya, mereka kata pihak Mara tak pernah terima sebarang permohonan pengurangan dari saya sebelum ni. Pelik. Pengajarannya, selalu lah follow-up dengan orang gomen ni. Bukan salah mereka juga sebab meraka juga deal dengan berjuta-juta student seperti saya ni.
Nasib badan, tak terlebih bayar kerana pihak MARA takkan refund balik mana yang terlebih.
Anyway, Alhamdulillah.
Okay, tambah cerita, untung SOGO sale time tu, retail teraphy terus. Biarlah pon tengah sarat dengan perut memboyot. Pada waktu tu, saya lah orang paling gembira dalam dunia bershopping sakan terutama untuk kelengkapan rumah baru, dek kerana hutang "berprofil tinggi" saya ni akhirnya selesai.
Bagi saya ini semua pengalaman dan pengajaran. Tuhan beri saya ujian, dan Tuhan beri saya jalan dan tuhan juga datangkan dan temukan saya dengan pelbagai jenis manusia serta tuhan juga tunjukkan pelbagai jenis ragam-ragam setiap orang di dalam hidup saya.
Sebolehnya saya tak mahu jadi penilai tapi siapalah saya untuk menjadi sempurna, biarlah kata mengungkit, kata membangkit tu semua, saya jadikan itu semua ingatan pada saya untuk lebih berhati hati dengan "kebaikan" orang lain.
Anak-anakku, hidup ini ada karma.
The Journalist;
my name is lily
Wednesday, 14 August 2013
WW#39 6th Amazing Wonderful Challenging Years
It's all about:
anniversary,
lily,
lyraz,
marry me razi,
ww
Aku tak kan
Pernah berhenti
AKAN TERUS MEMAHAMI
Masih terus berfikir
Bila harus memaksa
Atau berdarah untukmu
Apapun itu
asalkan
MENCOBA MENERIMA
Dan kamu hanya
PERLU TERIMA
Dan tak harus memahami
Dan tak harus berfikir
HANYA PERLU MENGERTI
Aku bernafas untukmu
Jadi tetaplah di sini
DAN MULAI MENERIMAKU
Cobalah mengerti
Semua ini mencari arti
Selamanya takkan berhenti
Inginkan rasakan
Rindu ini menjadi satu
Biar waktu memisahkan
lyraz 6th anniversarry
lindungi hubungan ini, tuhan.
in shaa allah, till jannah. aamin
The Journalist;
my name is lily
Tuesday, 6 August 2013
Stairway to Heaven ~~
Opppssss... saya tak layan Korea. Ini bukan cerita tentang filem, drama mahu pon muzik K-POP Korea. Tapi saya tahu satu famous Korean words, annyeonghaseyo :)
Oh, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini giliran beraya di rumah pak and mak in law, so a bit sedu-sedan la but okay lah, probably rancangannya first raya nak chiow back to Seremban. This year raya, i'm a bit rushing and time constraint sket, sebab ai start kerja on 12th ni. So ai have to make sure everything settle by this Sunday especially tang baby sitter Orked.
Time akhir-akhir puasa cenggini, kalau bab tang masak, memang dah tak tau nak try resepi apa lagi dah. Dah khatam satu google carik recepi. Mari tutup dapur, gantung periuk, bersiap ke kedai makan berhampiran.
Anyway, hari ni mohle kita share cerita yang saya jumpa kebetulan masa google-google hari tu. Pengajaran untuk saya serta siapa juga yang membaca.
Okay, this story i want to share maybe agak a bit cynical tapi at least sebagai satu pedoman untuk orang-orang yang seangkatan dengannya sebab nak tak nak memang ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.
Satu contoh paling dekat macam kisah PRU13 yang tak sudah-sudah sampai laaaaa ni. Parlimen dah bersidang pun masih tak sudah-sudah hitam dan putihnya. Itu satu contoh dalam kehidupan; sebenarnya ada macam-macam lagi yang kita boleh umpamakan dengan cerita yang saya kongsikan ni.
Jom baca sama-sama;
Kisahnya di akhirat, penghuni syurga dan neraka mahu satu jambatan
dibina untuk menyambungkan syurga dan neraka. Penghuni neraka tak sabar
nak ke syurga dan penghuni syurga baik hati untuk segera menerima
mereka.
Satu jawatankuasa ditubuhkan diwakili oleh penghuni neraka dan penghuni syurga. Lalu satu mesyuarat diadakan segera.
Mesyuarat mempersetuju jambatan dibina dalam masa enam bulan. Ahli-ahli syurga akan membina separuh dan ahli neraka separuh. Jambatan bertemu ditengah-tengah.
Setelah 2 bulan mengikut masa akhirat, jambatan dari neraka sudah siap. Mereka tinggal tunggu jambatan dari syurga siap. Tapi masuk bulan ke 10, jambatan dari syurga tak siap-siap.
Kenapa?
Macam mana jambatan dari neraka tidak siap dahulu, ahli-ahli neraka ramai terdiri dari Jurutera, Quantity Surveyor, Architect, Kontraktor Kelas A, B, C sampai Z, dan Banker.
Turut tidak sabar nak ke syurga lalu di sokong habis-habisan projek adalah pegawai-pegawai EPU dan Kementeriaan Kewangan, pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan Kontrak, Menteri-Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan penyokong-penyokong UMNO, PAS dan PKR.
Tapi yang ada di syurga, kebanyakan adalah Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Cikgu Agama, dan lain-lain. Mereka mana tahu tentang bina jambatan.
Satu jawatankuasa ditubuhkan diwakili oleh penghuni neraka dan penghuni syurga. Lalu satu mesyuarat diadakan segera.
Mesyuarat mempersetuju jambatan dibina dalam masa enam bulan. Ahli-ahli syurga akan membina separuh dan ahli neraka separuh. Jambatan bertemu ditengah-tengah.
Setelah 2 bulan mengikut masa akhirat, jambatan dari neraka sudah siap. Mereka tinggal tunggu jambatan dari syurga siap. Tapi masuk bulan ke 10, jambatan dari syurga tak siap-siap.
Kenapa?
Macam mana jambatan dari neraka tidak siap dahulu, ahli-ahli neraka ramai terdiri dari Jurutera, Quantity Surveyor, Architect, Kontraktor Kelas A, B, C sampai Z, dan Banker.
Turut tidak sabar nak ke syurga lalu di sokong habis-habisan projek adalah pegawai-pegawai EPU dan Kementeriaan Kewangan, pegawai-pegawai Jabatan-Jabatan Kontrak, Menteri-Menteri, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan penyokong-penyokong UMNO, PAS dan PKR.
Tapi yang ada di syurga, kebanyakan adalah Tok Imam, Tok Bilal, Tok Siak, Cikgu Agama, dan lain-lain. Mereka mana tahu tentang bina jambatan.
OKAY?
Personally, cerita ini sangat dekat dengan saya dan juga Razi. Habis aja belajar, terus terjun dalam dunia construction, tergolong dalam golongan marhaen makan gaji macam kami ni kalau nak cerita, satu dunia pun tak habis, lagi macam-macam cerita dan cara orang nak hidup. Razi lebih makan garam dari saya. Dia dah saksi macam-macam, cuma mulut dia masih terkatup tak koso nak berkompang sana-sini.
Memang tak nafikan dunia construction ni, the main thing nak terus survive, memang sentiasa terlibat dengan tender menender, proposal sana sini, lobi orang sana sini, nak kan kabel sana sini for the sake of the project. Haih. Macam-macam cerita dan al kisah samada dari Razi sendiri mahu pun dari ex-boss saya, ex-opis-mate saya especially macamana company-company kat Seremban ni nak survive.
Saya masih ingat lagi di Tingkatan 5 sekolah teknik dah nak dekat SPM, di dalam bengkel, cikgu Majid, cikgu pengajian kejuruteraan awam, depan mata kami dia campak duit RM50 setebal kamus Oxford, dan bertanya pada kami, apa yang kami mahu selepas ini, duit atau kehidupan. Okay, the rest ai dah ingat-ingat lupa, tapi memang lah terkesan dalam hati apa yang cikgu saya kongsikan masa tu.
Itu salah satu contoh aja dalam kehidupan.
Ada baaaaaaanyak lagi cara orang nak hidup nak carik duit, nak tebalkan poket, nak hidupkan anak-beranak. Al kisah, nak tutup Ramadhan ni, saya kongsi sikit cerita di pasar ramadhan tempoh hari. Jasmin nakkan puding jagung, mintak sepotong, 50sen katanya, bungkuuuss. Balik ke rumah, cubit la sikit, nak tahu juga apa rasanya, alahaaaaiiii, tah mana rasa lemaknya, tah mana rasa jagungnya, tuhan je lah yang tahu. Kalau pun berpuasa dan tak mampu dan merasa makanan untuk jualan, saya yang jarang masak ni pun, kalau setakat guna recepi dari incik google, Alhamdulillah, kena dengan selera tekak orang yang memakannya.
Saya komplen sebab saya pernah jual puding jagung yang mommy masak untuk jualan di pasar ramadhan. Selama saya hidup, saya dibesarkan dengan hasil jualan makanan-makanan mommy. Sebelum kahwin, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling best sebab time ni lah peluang nak berniaga di pasar ramadhan. Letak lah apa aja, jual lah apa aja, kalau sedap, mesti orang datang lagi dan gerenti licin.Tapi kalau orang-orang yang berniaga di pasar ramadhan ni tak tahu nak utilize peluang yang ada, itu RUGI!
Saya marah sebab nak dapat lesen berniaga di pasar ramadhan ni memanglah payah. Kalau tak register awal, alamat tak ada lah rezekinya, sebab ramai sangat yang bermintak, yang di reserve pon dah hado. Itu belum cerita pasal tapak nak pacak payung lagi. Yang kabelnya besar, yang kenal orang atas sana sini, dapatlah kawasan yang ramai orang, dapatlah yang depan-depan, yang kita bodoh-bodoh alang tak ada kepentingan ni la yang terpaksa duduk belakang-belakang.
Tapi, Alhamdulillah.
Rezeki tu tuhan yang beri.
Tak payah la perantara ka, kabel ka.
Kalau tuhan nak bagi, Dia permudahkan.
God works in a mysterious way.
Tak perlulah dipersoalkan.
Begitulah, nak buat sesuatu, biarlah ada usaha ditambah niat yang baik yang tuhan boleh terima, lepas tu ikhlas then later kita redha dan tawakal lah macamana tuhan nak balas balik kebaikan dan servis kita tu. Jangan nak dok ngungkit, apahal la aku terima cenggini, apalah orang dok ngata aku macam-macam lagi, apsal la buruk yang dapat kat aku, kena selalu ingat, SEMUA TUHAN PUNYA KERJA, LEAVE IT TO GOD!
Bagi saya, SABAR aja. Memang susah nak buang prasangka buruk dalam hati kita ni, even walau dalam Ramadhan yang kita tahu setan-setan semua dah ditambat, tapi sedihnya hati tu maaaaasih juga lagi berkata-kata, menelah benda-benda semua jadi negatif. Satu cara saya guna nak pujuk hati, kalau di dunia ni masih terselindung, masih dikaburi mata, kat padang Masyar nanti terpampang lah segala cerita tok nenek diri kita dalam skrin besar, sama-samalah kita tonton. Nilailah!
Oppppsssieeee..... Woooppssieeee.....
Kudos to Husin Lempoyang for sharing with us with such a very good articel!
The Journalist;
my name is lily
Subscribe to:
Posts (Atom)