Tuesday, 1 April 2014

Jusmaitusen : Urusan Suku Tahun Pertama Saya



CreamPuff with Vanilla Cream Diplomat Filling 
*nomnomnom*
Wah. Macam tajuk jurnal ekonomi pulak. 

And heyyyy, it's April oredi! Moving on to my new phase of life and let go everything yang buat kita rasa sedih yang hanya akan ruin my life. Trying to be positive semampunya and the rest ai just leave it to God. In Sha Allah mintak Tuhan permudahkan.

Hari ni memang nak cerita pasal ekonomi walaupun saya tak pernah grad dalam bidang ekonomi; even tak pernah sentuh pun subject ni masa secondary school dulu. Ni hanya basic ekonomi untuk orang yang makan gaji macam saya.

Sebelum ni ada few items yang saya tak kisahkan sangat sejak mula-mula makan gaji dulu. Anyway, bila kita dah berjumpa dan bergaul dengan pelbagai jenis orang dan bekerja dengan beberapa majikan, as an employee baru kita tahu, apa yang perlu kita buat dengan income kita, khususnya.

It's going to be a very loonggg reading for today but I hope it will benefit some of you yang tak tahu apa yang hak sebagai seorang pekerja atau untuk jenis majikan yang hanya kisah tentang periuk nasik diri sendiri aja dan buat buat tak tahu tentang kebajikan-kebajikan pekerja; yang bukan hanya kesah nak jaga punch card biru merah aja! 

______________________________________________

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


"KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka. " - KWSP

Caruman ini sangat penting terutama untuk orang makan gaji macam saya sebagai skim persaraan inisiatif kerajaan Malaysia. 11% dari gaji saya setiap bulan dipotong untuk simpanan hari tua saya di sini. Untungnya di sini, bukan kita sahaja yang menyimpan dari potongan gaji setiap bulan tetapi majikan juga perlu membayar 13% kepada pekerja sebagai simpanan hari tua pekerja.

Dividen untuk caruman saya bagi tahun 2013 adalah 6.35%. 

Alhamdulillah, simpanan untuk hari tua ini berkembang juga walaupun nampak macam sikit. Sikit-sikit pon, saya yakin lama-lama jadi bukit.

KWSP terbahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2; dimana Akaun 1 adalah fix dan hanya boleh dikeluarkan apabila umur saya 55 tahun. 

Manakala Akaun 2 boleh dikeluarkan semua atau sebahagian amaun pada umur 50 tahun tetapi saya juga tak perlu risau, andaikata saya ada masalah untuk bayaran rumah setiap bulan, pihak KWSP memberi kelonggaran kepada pencarum untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah paling maksimum untuk 6 bulan. Actually, ada beberapa perkara lagi yang mereka considerkan bagi pengeluraan Akaun 2 ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh masuk sini

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

"Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian." - PERKESO

Tak ramai kita-kita ni aware dengan kebaikan PERKESO ni. Ye lah, dengan adanya variety of insurans kat Malaysia ni, PERKESO ni orang pandang enteng aja. 

Actually, sebagai employer, dan demi menjaga kebajikan setiap para employee, not only the employee aja yang perlu bayar ke PERKESO, employer juga perlu keluarkan bayaran mengikut percentage yang ditetapkan berdasarkan gaji employee.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) E-Filing


"Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara." - LHDN





Haaaaaaaa.... yang ni paling saya tunggu setiap tahun. Bila dapat je EA form dari majikan on February, mmg saya tak sabar nak tunggu March. This time la saya nak tuntut balik lebihan bayaran tax saya tahun lepas. 

Period of declaration is between 1st March until 30th April, every year.

The earlier I do my e-filing, the earlier I can get mx tax return.

Alhamdulillah, hari ni saya dah dapat tax return saya dan tgh kira-kira ni untuk clearkan hutang dan supiiinnnggggg. Aherherherhreher.


Zakat Pendapatan


"Sedekah dan zakat, dua perkara yang sama namun berbeza. Sedekah itu meliputi sama ada sedekah sunat mahu pun sedekah wajib. Sedekah sunat adalah banyak, menghantar pisang ke masjid pada hari Jumaat misalnya, adalah sedekah. Zakat juga adalah sedekah, tetapi ia adalah sedekah yang wajib." - Lembaga Zakat Selangor

Baca lebih lanjut di sini.


Bagi pekerja yang beragama Islam dan layak baginya untuk mengeluarkan zakat perlu berbuat demikian. Pekerja yang membayar zakat pada setiap bulan akan diberi pengecualian untuk bayaran cukai. 

Ramai yang masih samar-samar dengan kewajipan yang satu ini, di mana ia juga terkandung dalam salah satu Rukun Islam.

Terdapat pelbagai jenis zakat yang biasanya kita dengar zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat harta, zakat fitrah dll. Zakat ini dibayar untuk pembersihan harta. Dikira mengikut nisab semasa setiap negeri dan bagi Negeri Sembilan nisab pada tahun 2014 adalah sebanyak RM12,564.00 Boleh lawat website Zakat setiap negeri dan mereka ada sediakan kalkulator untuk tentukan kita perlu keluarkan zakat atau tidak.

Harta yang wajib dibayar zakat adalah:

1. Biji-bijirin yang mengenyangkan seperti gandum, beras dan lain-lain.
2. Buah-buah seperti kurma dan anggur.
3. Binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing atau biri-biri.
4. Zakat wang simpanan.
5. Barang-barang galian iaitu emas dan perak.
6. Harta benda perniagaan.
7. Zakat gaji dan pendapatan profesional.

Ada orang kata kalau dah bersedekah tak perlu lagi membayar zakat. Saya tak pandai nak explain panjang lebar. Sila baca dan fahami sendiri di sini. Tepuk dada, tanya selera.




Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Awal tahun lepas saya mula melabur semula dalam ASB. Alhamdulillah, akhir tahun 2013 mereka isytiharkan dividen sebanyak 8.7% untuk pelabur. 

Alhamdulillah, dividen yang saya perolehi telah dilabur semula di dalam ASB dan this year saya tidak lagi perlu membayar installment pada bank and it will stay there for another 30 years. 

Pelbagai kemudahan sekarang bank-bank tempatan sediakan untuk membiayai pelaburan kita di ASB. Misalnya, saya senang berurusan dengan Rashid Husin sejak dari dulu lagi dan boleh walk in apply dengan RHB Easy mana-mana kiosk dan boleh tahu approval on the spot. Easy kan?


Lembaga Tabung Haji
"Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam." - Tabung Haji


And of cos, this is very important. Saya beruntung sebab untuk pendaftaran di tabung haji, saya hanya perlu keluarkan RM1300 melalui KWSP dalam Akaun 2 saya. 

Sesungguhnya saya memang perlu tunggu giliran lagi 30 tahun lah, sebab kalau nak pergi cepat memang tak terkumpul duitnya, kalau ada proses rayuan pun rasanya memang tak kan dapat nak pergi awal sebab duit simpanan masih belum mencukupi dan rasanya elok saya langsaikan hutang pituang saya yang tertangguh supaya In Sha Allah perjalanan dan ibadah Haji saya tenang dan diberkati Tuhan.

_____________________________________________

Okay, detsit the economic and my financial story dalam kehidupan saya sehari-hari. Sikit atau banyak, berkat atau tidak, Islam dah tetapkan cara untuk kita bersihkan semua hasil pencarian kita. Wallahualam.

Akhir zaman gini, makan gaji mahupun berniaga waima mintak sedekah sekali pun, pelbagai cara orang guna untuk terus dapat sara hidup keluarga. Tipu sana, tipu sini, beri riba' sana dapat riba' sini, cover sana top up sini, so many ways that we actually tak sedar pun yang sebenarnya kita semua adalah pelaku dosa setiap hari.

Dalam urusan ekonomi manusia sehari hari rasanya kalau pun nak berkata nak mengkritik mahu pun nak meluah rasa, biar relevan dengan zamannya. Tak perlu berfikiran terlalu konservatif bagaimana cara orang mencari rezeki atau dari mana SUMBERnya datang; yang umpamanya darah daging keturunan saudara mara atau sahabat sahabat realiti mahupun maya kita-kita macam tak pernah buat benda-benda yang kononnya sakit mata memandang, sakit hati merasa. 
 

Tuhan itu Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi, inikan pulak yang di bawah meja. :)

Anyway, Dia Maha Pengampun. Juga Maha mengasihani.

Buat dosa, then bertaubat; in sha allah tuhan terima. Tuhan dah janji gitu kan. 

Dan kita ni lah manusia yang paling banyak ambil kesempatan dengan peluang yang selalu Tuhan bagi, itu yang syok tak sudah dok 24/7 jadi hakim menilai orang. Cukup, tak perlu jadi gitu. 

Semoga Tuhan terus-terusan bagi petunjuk dan hidayah buat kita semua yang kadang ter-leka, ter-riak, ter-takbur, ter-belagak dan mintaknya taubat kita semua di terima Tuhan, dan harapnya ibadah kita bukan hanya di tikar sejadah sahaja.

Benda yang halus, takkan termampu kita nak lihat melalui mata kasar. Tak perlu di korek salahnya orang, kalau yang mengata juga kadangnya tersasar. Niat tak pernah menghalalkan cara. Sama kita beringat, sama kita ambil ikhtibar.

Jazakallah. :)





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails