Kepada sahabat yang sedang ditimpa kesusahan, ingatlah bahawa musibah itu menghapus dosa dan petanda perhatian Allah SWT kepada kita. Anggaplah musibah itu sebagai pelaburan dunia bagi orang-orang yang sabar bagi mendapatkan saham akhirat yang lebih besar!
Petua dalam menangani pemikiran yang negatif dalam berhadapan dengan musibah ada dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya, daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah SWT. (Riwayat Muslim).
Ingat, musibah bukan alasan untuk kita terus bersikap menyerah kerana Allah bencikan hambaNya yang berputus asa! Maka merancang, berusaha, berdoa dan bertawakallah, semoga kejayaan bakal menjadi milik kita...
petikan dari Ustaz Zahazan Mohamed
p.s.
2 comments:
Bounce back!
The key word is 'Bounce back'
:)
yeaah! double bounce back!
p.s. tapi takot juge kalu tergolek....
Post a Comment