Firstly, kita layan cerita sedih dulu, kalau nak tahu, saya datang dari family ramai, ada adik lagi yang nak ke universiti. Nak minta loan PaMa memang tak ada harapanlah sebab mereka pun makan gaji dan umur pun dah meningkat. So, Kerajaan bagi bantuan untuk kita sambung pelajaran, so kita gunalah sebaik mungkin.
Niat di hati nak sambung belajar, buat apa nak tegah-tegah, bukan ke itu untuk masa depan. Tak tahulah kalau-kalu ada lagi spesis manusia yang masih lagi berfikir seperti orang zaman Jepun dulu-dulu; anak dara kena duduk rumah, lepas tu kahwin, dapat anak satu dozen and mengabdikan sepenuh hati pada suami dan keluarga. Saya bukan begitu, saya ada cita-cita untuk kejar what my passion is.
Mungkin rezeki saya tak ada ke IPTA, so lepas habis Politeknik, saya bekerja untuk dua tahun dan baru ada peluang ambil Diploma di IPTS. Saya tahu tak murah kos ke IPTS, tetapi saya fikir itu saya jalan yang saya ada untuk cerahkan masa depan saya dan ahli keluarga saya. Lebih-lebih lagi saya ditawarkan pinjaman pelajaran dari MARA. Saya grab chances itu!
Bila habis belajar, tak semua peminjam pelajaran yang serta merta mendapat pekerjaan. Masalah besar datang terutamanya bagi orang-orang perempuan macam saya. I got married on my last semester di college, and I dapat Jasmin ngam-ngam habis belajar. I start bekerja bila Jasmin dah masuk 4 bulan. Alhamdulillah, apa yang saya rancang, Allah restui perjalanan saya.
Nak cerita tentang ekonomi, Alhamdulillah cukup-cukup makan. Kadang-kadang terkecil hati juga dengan suami, tapi tak elok cakaplah, tapi saya sedar, kita yang baru nak hidup takkan terus nak berada di atas ye tak?
Saya tak pernah lupa dengan hutang-hutang saya, Alhamdulillah, dengan Diploma yang saya ada ini, saya dapat pekerjaan dengan gaji yang halal, bekerja dengan keringat yang ada, supaya dapat meringankan beban ekonomi suami saya terutamanya. Dengan pendapatan yang ada, dari situ saya perlu bijak untuk uruskan which one has to come first and which one can be the latest.
Saya pernah menelefon pihak MARA setelah tamat setahun belajar mengenai status pinjaman pejaran saya dan berbincang mengenai kemampuan saya untuk menjelaskannya. So far, mereka faham dengan situasi pelajar seperti saya. Tiada bahasa kasar, tiada perli memerli, tiada maki hamun, atau menakut-nakutkan saya supaya segera melunaskan hutang saya.
Tetapi yang peliknya terjadi kepada salah seorang guarantor saya yang tidak sabar-sabar untuk saya menjelaskan hutang-piutang saya. Saya tiada niat nak menyusahkan orang yang berhati mulia untuk menjadi penjamin saya tetapi keadaan yang dialami oleh saya kini buat saya tidak berkemampuan untuk melunaskan hutang kerana saya perlu dahulukan bayaran dengan pihak bank terlebih dahulu dan pelbagai keperluan keluarga.
Itulah, satu pengajaran dan peringatan pada diri saya dan cucu cicit keturunan saya, jangan pernah percaya dan mengharap pertolongan orang lain terutamnya berkaitan dengan duit. Kadang-kadang kita tak sedar samada pertolongan itu terjadi secara ikhlas atau paksa atau mempunyai agenda tersendiri. Tapi saya rasa dunia ini adil, hari ni kita senang belum tentu hari esok kita senang juga. Dan saya juga fikir, jika pada masa hadapan ada sesiapa yang ingin meminta pertolongan untuk menjadi penjamin pinjaman pelajaran anak mereka, saya rasa saya perlu pikul tanggungjawab itu pula kerana itu adalah karma bagi saya.
Mungkin orang akan bertanya, eh kenapa tak suruh you punya bakal husband jadi guarantor? Hurm.... mungkin pengetahuan saya tentang bab pinjam meminjam cetek ketika itu, selepas dijelaskan yang bakal suami juga berhutang dengan KPT dan bagi mengelakkan KPT mencari suami saya membayar hutang pelajarannya, so dia tak boleh jadi guarantor saya. Lantas orang yang menyatakan hal ini rela hati untuk menjadi salah seorang penjamin saya. Tapi saya ingat apa yang jadi pada petang saya minta tandatangan dirumah beliau,sigh, tetapi saya terdesak. Apa nak jadi, jadilah. Dan inilah yang jadi pada saya sekarang ini..........
Okay, back to landasan awal, sebenarnya bagi pekerja yang telah mencarum di KWSP, sebenarnya ahli boleh membuat rayuan untuk pengeluaran di Akaun 2 bagi menjelaskan/mengurangkan pinjaman pejaran mereka. See, Kerajaan tak pernah susahkan rakyatnya. Masih ada alternatif solution untuk meringankan beban orang macam saya ni. Macam saya, saya sudah mendaftar sebagai ahli lama dah, even saya jadi kerani cabuk dulu-dulu pun majikan saya tetap jalankan tanggungjawab membayar KWSP saya. Syukur. Sekarang ni pun dah nak masuk dua tahun bekerja di tempat baru, Insyallah jika ada kelebihan, saya perlu usahakan untuk meringankan beban hutang pelajaran ini.
Ihsan: Website KWSP |
I pernah issue this matter to my father and my mom, and he give a very simple answer, kalau kau tak mampu nak bayar, suruhlah suami kau yang bayar, kerana kau adalah dibawah tanggunngannya.
Dalam hati saya jawab;
No comments:
Post a Comment