Monday, 7 March 2011

Salah mata kerana tak nampak, salah tafsiran kerana tak dinilai.....

Kunfayakun.....

Saya tak pasti adakah ini emosi seorang ibu yang sedang mengandung atau memang ia benar-benar i-k-h-e-las keluar dari hati dan perasaan saya.  

Saya rasa salah faham antara saya dan wanita ini sudah lama saya leraikan dan rasanya saya sudah lupakan kesemua kejadian yang berlaku dan fitnah yang menimpa diri saya juga sudah lama saya clearkan dari otak fikiran saya. Rasanya my last heart-declaration was on February last year (the so-called "Public Conference"). And I thought it was the end of it but this woman still want to play hard with me.

Bila kita bercerita tentang akhlak dan peribadi manusia............

Ihsan: Fotopages, luahannya after my public conference.
Bagi saya, tiada guna berdemokrasi dengan manusia yang jenis ini, kerana berapa banyak perkataan pun yang kita gunakan untuk menjernihkan keadaan, manusia jenis ini sering juga ingin berdendam, mengungkit, melatah secara melulu dan mancari salah orang lain.

Apa yang terkilan sangat-sangat bagi saya sehingga kini, wanita ini sebenarnya masih lagi tidak membersihkan hatinya dan masih menyimpan perkara yang saya rasa sudah lama diselesaikan diantara ahli keluarga.

Hati manusia siapa yang tahu.......
Sigh~ Nak cerita panjang lebar pun tak guna, tapi bila perkara dah jadi kat batang hidung sendiri yang masih tak sudah-sudah, saya kenalah redha untuk menghadapnya sepanjang hidup saya. Lagi dan lagi dan lagi daaaannnnnn lagi.

Tak kisahlah jika dilabel sebagai "stalker", pengintai, busybody, intruder atau apa sekalipun, Tuhan itu Maha adil. Tuhan nak tunjukkan baik atau buruk sesuatu benda/ seseorang itu, bila-bila sahaja Dia temukan. Baik, buruk, miskin, kaya, senang, susah, jahat, baik, mengumpat, diumpat, dipuji, dihina, dimana-mana sekalipun kita berada, Tuhan tetap akan tunjukkan kebenaran itu. Dan saya faham, orang yang sentiasa dianiaya ini, doanya Inshallah dimakbulkan Tuhan.

Manusia takkan pernah dan takkan ada yang sempurna. Saya manusia, dia juga manusia. Masing-masing fikir sama hebat tapi sebenarnya sering terkehel membuat kesilapan. Ada nafsu, ada keinginan, ada ego, senang cerita ada pro dan con dalam realiti hidup masing-masing. Dan tak lupa masing-masing dikurniakan otak untuk berfikir, tetapi terpulang pada diri sendiri untuk guna otak itu secara waras, emotionally, matang atau berhemah.

Apa makna ibadah i.e. solat lima waktu, berpuasa (wajib & sunat), bersedekah, mengaji, et cetera; jika HATI masih juga tidak bersih. Masih ternginang-ngiang di telinga saya hingga kini bila perkataan "Buka Buku Baru" disebut bagi tujuan mengakhiri segala perselisihan faham.

Apabila musibah menimpa diri, seeloknya kita ambil ikhtibar dari kejadian tersebut. Perlu kaji, masalah itu datang dari diri sendiri atau diri orang lain. Orang kata, sarang tebuan jangan dijolok.

Apa yang masih menjadi masalah saya hingga kini, semua yang disampaikannya jelas menunjukkan ketidak puas hatian wanita ini. Semalam dia berkata lain dan kini dia berkata lain. Di dunia nyata dia adalah orang lain dan di dunia alam maya dia adalah orang lain. Bukankah orang ini mengalami krisis jiwa ataupun split personality?

Dan wanita ini juga pernah menyatakan maafnya melalui email sehari sebelum bulan Ramadhan, sungguh murni niatnya itu, mungkin ketika itu Syaitannirajjim sudah dirantai untuk terus menjadi penghasut setia anak adam & hawa. Sayangnya, saya hanya membaca email dari wanita ini dua minggu selepas itu kerana saya diadmit ke hospital kerana denggi. No wonder masa kat hospital hari tu punya la baik approach saya, siap cium dahi lagi. Saya tak pasti itu adalah ikhlas atau hanya hipokrit di depan suaminya yang tercinta. Itu saya tak pasti. Hati orang mana kita nak tahu.

Mulia je konon hatinya......
And after a few month, she start back to her old agenda.....

Saya pernah bertanya pada wanita ini (melalui telefon), kerana saya rasa sudah banyak wanita ini berbeber-beber pelbagai cerita diblognya (walhal dia sering menjustifikasi yang dirinya diam itu lebih baik) and i have evidence on every single writing of her. Tak perlu menipu orang lain dengan menyatakan semua itu ditujukan kepada orang lain, itu sama juga dengan menipu diri sendiri. Kenapa mahu menipu diri sendiri? Tidak terasa bodohkan begitu?

Sudah terlalu banyak cili yang wanita itu semburkan pada saya. Padahal saya bukanlah penjenayah yang setiap kali berjumpa, perlu di chili-spraykan direct ke mata saya. Padahal saya adalah seorang birasnya yang diclaimnya "cemburu hubungan dia dengan adik iparnya" (iaitu suami saya).

Saya tak faham dan tidak menyangka dengan statement-nya itu dan apakah yang membuatkan dia berkata seperti itu? Tak pelik rasanya seorang isteri berasa cemburu. Mungkin perkataan cemburu itu tidak sesuai dengan saya, mungkin saya lebih bersifat protective dengan suami setelah apa yang dialami di depan mata kepala otak saya sendiri.

Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang haram tetap haram waima dianggap seperti adik-beradik sendiri sekalipun. Siapa dia untuk melawan hukum Tuhan? Memang apa yang berlaku di antara pergaulan mereka di awal perkahwinan saya dan suami adalah satu "kejutan budaya'" bagi diri saya lantas saya yang memandang menjadi prejudis terhadap tingkah laku wanita ini. Silap sayakah kerana terlalu berterus terang kepada suami atau silap suami yang sering bercerita kepada wanita ini?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memakan diri, terlajak menulis di FB, memang kena maki. Statement wanita ini di hadapan public yang betul-betul menggadai maruah dan mengaibkan saya. Adakah ini boleh dimaafkan? Atau perlu didiskusikan bersama-sama Akta Komunikasi yang ada di Malaysia kini? Tetapi saya bukan "artis" atau "celebrity" atau "politician" yang nak saman orang sana sini.
I still remember on our last tele-conversation, saya ada bertanya pada wanita ini, jika saya ada membuat kesilapan, mengapa tidak terus berjumpa atau menelefon dan menegur saya secara lisan. Bukankah itu lebih matang dan saya berfikir dia yang dewasa dan lebih makan garam dari saya.

Jawapan yang diberikan oleh wanita ini agak mengejutkan saya;

"Takkan yang tua nak menyembah yang muda?"

Sungguh ego jawapan yang diberikan wanita ini. Lantas saya dengan rendah hati menyatakan dalam panggilan yang dibuat oleh saya ketika itu;

"Baiklah, "saya" sebagai yang muda menyembah "awak" dan minta maaflah diatas segala kesilapan yang telah dibuat"

Begitulah sedikit sebanyak butir percakapan saya pada bulan Oktober tahun lepas. Sebenarnya ada banyak perkara yang dibicarakan ketika itu until the line drop sendiri. Tak ada line katanya. That time I call her pakai landline office and she said dia ada return call but no one answer (ye lah tuh kot). Nak call HP, no I dia dah hilangkan. Hilang or delete terus? Haiihhh....

Dan saya ada bertanya pada diri wanita ini, mengapa perlu berdiskusi dengan stranger/ rakan-rakan di facebook tentang perkara-perkara yang P&C (terutamanya cerita tentang kaum kerabat keluarga) lantas mengaibkan diri saya. Dan apa yang mengejutkan saya juga, jawapannya ringkas dan dia justifikasikan diri dia sebagai "lonely" dalam kehidupan dia. Dia perlukan kawan-kawan untuk berkongsi masalah dan bercerita. Adakah wanita ini sudah hilang iman? Dimana Tuhannya untuk mengadu? Dimana suaminya yang dicintainya? Dimanakah adik-beradik yang dikasihinya? Dimanakah ipar duai yang dihormati?

Saya tahu apa implikasi dan risikonya jika membabi buta membincangkan sesuatu isu yang terlalu sensitif di hadapan khalayak yang bukan darah daging dan tidak tahu pucuk pangkal cerita, di laman sosial khususnya. Adakah wanita ini terlalu cetek akalnya atau terlalu zalim hatinya? Atau hanya menurut nafsu amarahnya? Tolong ingat sikit, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Dalam istilah kehidupan saya, bila kita berkumpul adik-beradik, itu bermakna saya menghargai ahli kaum kerabat saya dan saya anggap mereka juga adalah sebahagian dari kehidupan saya. Saya tidak panggil wartawan atau kawan-kawan sekolah atau tempat kerja untuk menyelesaikan perselisihan faham antara saya dan wanita ini. CUMA AHLI KELUARGA. Tiada niat untuk memalukan tetapi saya anggap sebagai satu cara mencari jalan untuk berdamai.

Bagi saya, sudah biasa dari kecik aganya untuk mencari keluarga dahulu apabila menghadapi masalah berbanding dengan rakan-rakan. Contohnya, saya senang bercerita with my mom, saya juga anggap dia sebagai seorang rakan, oleh itu sometimes bila saya ada salah faham dengan my mom, sampai seminggu tak bertegur sapa, itu adalah perkara biasa, macam mana kita selalu bertengkar dengan kawan-kawan sampai tak bercakap bertegur sapa begitulah kadang-kadang saya dengan my mom. My mom tak pernah pula nak halau keluar dari rumah atau pun apa-apa. My mom is very flexible and sangat senang berkompromi dan berdemokrasi.

Dan jika my father or my mom tiada masa, saya ada kakak-kakak untuk bercerita. Saya tak nafikan kawan-kawan itu juga penting tapi friends is my alternative option and until after i met my husband, he's the place for me to share all the matters and problems.

Saya tak maksudkan wanita ini jahat. Ayat tu biarlah tepat sikit wahai saudari. Tujuan saya adalah ingin menjernihkan keadaan dan menjelaskan kedudukan perkara sebenar. Bila berada dalam situasi begitu, orang akan sebut "berani kerana benar, takut kerana salah". TIdak perlu risau atau melatah jika benar tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

Even my father has explain to everyone tentang realiti sebenarnya. Dia tiada niat langsung menjatuhkan maruah saya pada sesiapa mahupun menjatuhkan maruah wanita ini, dia bapa saya, sudah tentu dia tahu mana baik dan buruk tentang sesuatu perkara. My father sangat faham dengan undang-undang dan akta negara dan sebagai bekas anggota polis, adalah perkara biasa dia berurusan dengan semua itu. Selalunya dia akan menggunakan cara psychology-nya untuk menilai atau mengetahui rahsia dan mengenali personaliti seseorang itu. Saya selalu kena macam tu..... heeeeee....

One thing what makes my father very upset dengan wanita ini apabila dia mula bercerita dan mengungkit tentang penggunaan wang ringgit especially yang diberi oleh suami saya kepada saya. Tegas my father kata, dia bukan bapa yang tidak pernah bagi duit atau kemudahan apa pun pada saya, semua yang saya perlukan dia sediakan sehinggalah saya diserahkan kepada suami saya. Tetapi mengapa perlu menulis di belognya tentang duit company yang kononnya suami salahgunakan untuk kepentingan saya. Sayangnya wanita ini claim that the statement untuk anak buahnya, anak kakaknya, sapa entah namanya, Kak Biba? Kak Cica? Kak Haha? saya pun kurang pasti. Waima darah daging dia sendiri pun dimalukan juga di belognya. Sungguh zalim mentaliti dan hati wanita ini.

Hurm.... adakah duit gaji suami yang diterima suami adalah wang ihsan dari wanita ini. Apa yang mengejutkan saya early this year, instead of receiving payment slip, he got a "Baucer Bayaran". Professional-kah begitu? atau hanya menganggap suami ini sebagai pekerja buruh/ pekerja kontrak/ supplier, et cetera?

Berkongsi pengalaman tak salah. Tak salah juga untuk mengingati setiap kesilapan dan kesalahan kita, at least kita masih boleh anggapnya sebagai motivasi dan bermuhasabah diri dengan perkara itu. Tetapi biarlah secara jujur dan tidak perlu menerangkan kepada orang lain jalan cerita yang tidak benar ataupun tidak perlu bercerita atau berkongsi lagi kepada orang lain, mengata orang begitu begini dengan fakta yang salah.

Mengetahui kebenaran setelah ditipu adalah lebih perit daripada mengetahui perkara sebenar dari awalnya;pertamanya kerana ditipu dan keduanya ingin menerima perkara yang ditipu itu. Moralnya, jangan suka menipu; menipu untuk kepentingan diri atau menipu untuk menutup kepentingan orang lain, itu berdosa.

This is something what she wrote on her blog, so vice versa lah ye!
Awwww! siap ajak tentang mata lagi..... Baik I tentang mata dengan laki I, lagi menureh!

Kesabaran saya sudah tamat tempoh. Buat apa bersilaturrahim dengan orang yang hatinya, fikirannya, akalnya masih menyimpan dendam dan sering mengungkit-ngungkit; masih hitamkelatpekat. What enough is enough. Tiada lagi erti orang begini dalam kamus hidup saya. Kalau saya ini jenis yang tidak pernah pandai berterima kasih, mungkin itu saya lakukan untuk awak sahaja. Saya bukan jenis yang meminta-minta tetapi bila orang menganggap saya begitu, makanya anggaplah selama ini saya tak pernah berurusan dengan orang jenis ini. Pelislah, saya bukan lintah yang suka menghisap darah kerana saya kerja dengan keringat dan kudrat sendiri untuk sara hidup diri sendiri and my kids.
 
p.s. 
And what surprise me the most apabila dia tergamak mengata rakan-rakannya secara terang-terang di laman twitter-nya. Bukankah itu semua bakal mengundang perbalahan jika terbaca oleh orang yang dipetik itu sendiri. MasyaAllah!

"... nak tunggu juga reaction yang kononnya buat statement tak pernah baca, masuk belog I...."

2 comments:

joanna said...

terima kasih

my name is lily said...

sama-sama

p.s.
lorrr.... masuk rupenye belog saye ye.... kata ngaku ari tu tak pernah jejak lagi kat sini. tak sampai 24 jam pun....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails