"A GOOD WORD IS BETTER THAN SILENCE AND SILENCE IS BETTER THAN USELESS TALK"

About Me

My photo
Seremban, Malaysia
A life I live is a story, what's done is done. Where it goes from here is totally up to me. I write my own ending.

Tuesday, 5 August 2014

Menyambut Hari Kemenangan

Assalammualaikum kiddos.

Hello.
Salam Aidilfitri.

Since my last post, rasanya tiada hapdet bagaimana puasa saya tahun ni.

Terutamanya tentang Jasmin yang baru belajar untuk berpuasa. Betapa cekal dan gigih dia bangun sahur setiap pagi sampai mengamok marah-marah bila saya buat-buat lupa kejut dia untuk bersahur sebabnya dia selalu berbuka pukul 5 petang bila habis school. 

Anyway, she complete full 5 days of fasting. Jadilah dan Alhamdulillah. At least ai know that ai  managed to explained and exposed to her why Muslim need to fast in Ramadhan in her early age. She is 6 tis year.

And for me, ai managed to cooked for iftar on the early 2/3 weeks of ramadhan but the final week during weekdays we decided to had our Iftar outside. Tukar angin kata Razi. On weekend pula, we had our Iftar gilir-gilir between umah my in-law and my family. 

Kesayanganku.
Bazaar Ramadhan? Sekali aja ke Bazar Matahari Heights selepas 2 kali pusing cari parking di Bazar STAR of Paroi tak jumpa dan tobat lopeh tu tak maun lagi ke pasar ramadhan. Shooooo packed like sardines! And quality of foods sangat menghampakan. Dan tahun ini juga saya tak berjumpa dengan tepung pelita kegemaran saya di Pokan Chongkau. Tak tau mano poie makcik yang jual tu tah.

Bulan puasa tahun ini bagi family saya, hopkos terasa kekurangannya. Dah 5 bulan Arwah Babah menghadap Ilahi.

Semenjak pencen, biasanya bulan puasa, babah lah yang paling sibuk di pasar Ramadhan. Last year babah sempat berjualan di pasar ramadhan Rasah Jaya; menjual nasi ayam dan roti jala. Dia lah orang tak reti duduk diam sebab sibuk mencari rezeki berjualan di bulan puasa.  

Tahun ini tiada bisnes di bulan puasa. Kedai bawah pokok tutup sebulan. Mommy hanya berehat di rumah. Tiada siapa tahu apa isi hatinya. Tak pernah bercerita, walau sepatah.

Untuk sedikit kecerian di rumah mommy, saya gagahkan juga untuk cat rumah mommy masa cuti Nuzul Quran tempoh hari. Anak-anak hantar ke nursery. Dari tengahari bawa ke petang, walau terjelir lidah menahan dahaga mengecat rumah, saya siapkan seluruh dinding di hall kerana bagi saya mommy perlu sesuatu yang baru, yang fresh, untuk buang segala ingatan dan perasaan lama.
 
Rasanya dah beberapa tahun saya membelog, tak ada cerita rasanya tentang mertua saya menyambut Syawal. Mungkin ada cerita sikit tapi tak ada gambar. And today, here it goes....

Ai defined my my mak-in-law as one of the biziesssss woman in the world bila nak menyambut kedatangan Syawal. Kalau lah ado jabatan Hari Raya di dalam kerajaan, dia lah Ketua Montori paling sibuk membuat arahan, perancangan dan pastikan persiapan untuk juadah hidangan Rayo nanti berjalan lancar.

And anak menantu dan cucu cucu yang available dipastikannya balik kampung untuk realisasikan persiapannya. Lomang, rondang, kuih goyang, kuih bahulu, kek kukus dan yang paling hebat sekali Penganan* eee harus dipastikan siap sebelum rayo tibo.

Tetapi, mak-in-law ni tak kuat dah macam dulu. Kalau ada pun sekarang ni, semangat dia. Berbelah bagi hati ni rasa bila mak-in-law ngajak mengacau. Razi pulak tak sampai hati. Nak di tolak, takot kecil hatinya. Sentap juga bila mak kata, tak payah lah balik kampung lagi kalau tak maun tolong den mengacau. Amboi, emosi sungguh orang tua ni. Hihihihi.

Bila dah ada pengalaman kehilangan orang yang tersayang ni baru lah ada kesedaran sikit. Orang tua. Tah bila-bila Tuhan nak ambil dia dari kita. Tah esok, tah lusa, tah berjumpa lagi ke Ramadhan tahun hadapan. Kalau tak dibuat tahun ni, kot dio dah takdo tahun dopan, kito pulak yang terkilan-kilan tak dapek nak buatkan dio penganan tahun ni.

Like last year, semahunya arwah babah nak buat lemang siap call Razi suruh carikkan buluh, tapi kami fikirkan kesihatan dia yang tak menentu dan nak dok dopan api nak berasap bagai, so kitorang buat tak layan. Sobs.

Sambung cerito, walau rancangannya dat week nak berbuka dengan Opah yang tak tentu juga bila Tuhan nak ambil nyawanya, Razi split the planned and decided that we ols kacau penganan on Saturday evening and berbuka puasa with Opah on Sunday.

Start tenggek kawah dalam pukul 2 ptg dan siap around midnite gitu. Walau leceh dan panjang ceritanya nak buat persiapan mengacau penganan ni, tapi kalau ada kerjasama in sha allah semua jadi senang. Paling mudah nak porah santan tahun ni sobab jiran mak baik hati nak bagi pinjam mesin porah santan. 

Anyway, tak lah terasa penatnya puasa sebab bab mengacau penganan yang thrill yang liat pekat likat tu selepas berbuka. Dan nasiblah ado 2 orang anak buah yang gagah perkasa dok samo samo nolong mengacau. 

Alhamdulillah, the planned went well. Harapnya, mak puas hati tahun ni dapat juga kami anak beranak tolong mak mengacau penganan. Dapatlah semua jiran tetangga sedara mara mak meraso penganan WanPap lagi tahun ni.




Almost midnite baru siap ngacau. Paling kiri, my so called mak mentori hari rayo bersamo-samo ghimaunye! Hahaha!

Itu lah dia, beberapa cerita Ramadhan 2014 dan aktiviti pra-syawal. Banyak lagi sebenarnya cerita tapi, cukuplah takat ni aja. Harap dapat lah kita semua berjumpa lagi pada Ramadhan tahun hadapan; dengan pelbagai cerita dan ragam; In Sha Allah.

#prayforGaza
#safePalestine
#iSupportGaza
#iammalaysian
 




*dodol

2 comments:

uncle gedek said...

betol tu...

entah dapat ke kita jumpa ramadhan tahon depan ke tidak...

baiknya tolong ngecat...

alfatihah to your babah

(eh, sekali je gi pasar ramadhan? tak rock la..!)

BUNDA a.k.a KN said...

Salam Aidil Fitri untuk kalian....

Bunda tahun ni tak berkesempatan sekali pun ke bazaar ramadhan...bunda kirim kat anak jer...malas nak bersesak2...duduk rumah lagi best...

Tahun ni raya pertama bunda balik ke rumah adik ipar ..Bagan Datoh dulu...lagi pun keluarga disini baru saja kematian dua orang ahli keluarga...agak suram raya tahun ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails