Friday 30 March 2012

Kisah Budak Planet

Teringat saya ada satu kisah cerita semasa zaman budak-budak remaja saya.  Cerita kehidupan tentang seorang budak yang suka menjadi orang lain instead of menjadi diri dia sendiri. Biasalah, budak-budak, masih tiada identity sendiri dan senang terpengaruh dan obsess dengan sesuatu yang dia minat-sampai-nak-mati!

Perkara ini pernah berlaku kepada diri saya sendiri. She is my cousin. Living with my family since she was Form 1 kerana budak ni mempunyai masalah dengan family dia. At first budak ni masuk asrama but later after PMR dia stay kat rumah kami. 

Back to the story, pada awal saya tahu perkara ni, saya suka dan saya tak berapa nak kisah. Pedulikanlah, budak-budakkk….. dan sekurang-kurangnya saya tahu, ada seseorang yang jadikan saya sebagai idola hidup mereka. Tapi lama-kelamaan bila budak ni terlalu obsess dengan diri saya, saya jadi rimas dan akhirnya saya sendiri jadi takut dengan budak ni.

Keobsesan budak ni sehingga sanggup dia mengambil barang-barang kegemaran saya secara senyap-senyap. Kadang-kadang saya perasan, t-shirt favourite saya hilanglah, baju kurung hilanglah, ini lah hilang, itulah hilang, so later I found out, budak ni yang suka ambil barang-barang saya. Tapi dia tak pernah ambil duit saya, itu saya kagum.

Ada sampai satu tahap tu, saya sedang tidur, dia secara senyap masuk bilik tidur saya, tanpa minta izin atau kejutkan saya, terus sprraaayyyzzz perfume kat baju sekolah dia. Homaigad! Saya ada kat depan mata dia kot…. Apa dia ingat saya tak terjaga kalau dah harum semerbak satu bilik tidur saya. See…. Even kewangian badan saya juga dia sangat obsess sampai sanggup ambil guna senyap-senyap perfume favourite saya. 

Saya tak pernah bising atau marah dengan budak ni. Saya kesian sebenarnya dengan budak ni; kurang kasih sayang dan perhatian. Saya tahu dia suka ambil barang-barang kegemaran saya. Dari situ saya tahu dia ingin menjadi seperti saya. Dan saya tahu dia tak mampu nak adakan barang-barang seperti yang saya ada so dia ambil barang-barang saya secara senyap. 

Saya masih ingat lagi, pernah satu hari tu dia kata dengan saya, nanti bila dia dah habis sekolah macam Kak Lily, dia pun nak suruh abah dia belikan kereta kancil macam kak Lily dan boleh berjalan ke mana saja macam Kak Lily pergi. Okay, satu impian yang bagus. 

However, kalau nak ikutkan, hubungan kami memang rapat giler, lebih rapat dari adik saya sendiri kot. Nak ikutkan, kemana saya pergi, memang saya bawak budak ni. Dia pandai ambil hati orang lain. Mulut memang manis dan sebenarnya senang berkawan dengan dia ni sebab dia ni jenis happy go lucky.Tapi satu perangai budak ni, tak semua orang boleh nasihatkan dia, tapi bila sekali saya cakap dengan dia, saya terharu sebab dia ambil pusing apa yang saya sampaikan, sampai meleleh air mata dia. Maknanya segala perkataan ucapan saya masuk hingga hujung qalbu budak ni.

Ramai orang kata budak ni panjang tangan, suka mencuri. Actually it was her habit sejak dari kecik. Family tak pernah ambil kisah. Habit yang tak pernah di kawal, lama-lama ia akan jadi addicted. Kalau tak buat, jadi tak senang duduk. And it is actually satu penyakit. Mental sickness!

And some more, for me, she is not a jealousy person, but her heart is full of envious. She wants to be like someone else because she thinks that the person she adores so much was so perfect from her views. 

But now, she has grown up, but not sure tentang habit yang dia ada tu still ada lagi ke tak. Lama tak berjumpa dan mendengar khabar cousin saya ni. Minta-minta dia dah insaf dan hope it won’t happened kat anak dia pulak. But I know, life has its own karma. You do bad things so tuhan akan balas balik kejahatan awak tu, and if you do good things tuhan balas dengan kebaikan.

Doa saya, minta Allah berikan hidayah untuk orang-orang yang mempunyai masalah hidup macam ni. Amin.

Well, cousin, if you read this, just remember one thing, you don’t have to be someone else.  Just be yourself and make your life as the way you are.  Please don’t make people call you “Budak Planet” as my brother pernah panggil u macam tu sekali last time.  Cheerio!

Wednesday 28 March 2012

Treasure Hunt; I am so Addicted!

The hunt sticker on my black-pony
Entry a bit outdated sikit tapi still nak update kat sini sebab entry ni memang saje nak eksyen kat Jasmin sebab she's not joined us last time cos Jasmin kena pergi mengaji.

Haha, this week is a bit free for me so seriously nak sangat update my treasure hunt challenge which i joined on 18 February hari tu. Me, hubby, and ica were newbiess and first time joined all this kind of thing but along was the expert one!

These treasure hunt ekceli sempena dengan Karnival Belia 1Malaysia Negeri Sembilan. 1Malaysia GPS Hunt Challenge is open untuk para-para belia Seremban yang takdo kojo dok melanguk melepak ujung minggu so can join the game. 

The race, eh, i mean the hunting start awal. The briefing supposedly start 7am tapi biasalah janji manusia and tried to accept the fact, nak dekat 8am baru start briefing. Tak kisahlah, sebab jiwa da memberontak tak sabar-sabar nak win this game. Cewah!


Hubby sangat focus dengar briefing dari COC, Mayor Seremban before flag-off.

The game start at 9am from Seremban - Seremban 2 - Rembau - Tampin and back to Seremban again. Finished around 2pm and Alhamdulillah we were on time. Sangat menepati masa dan rasanya kami team kedua sampai finished line.

Biasalah, bila joined game macam ni, kecekalan otak tu paling utama. Selain tu, fizikal dan stamina pun kena mantap kalau setakat terhegeh-hegeh, terkedek-kedek, nak round satu area shop lot nak cari jawapan, adalah baiknya anda gantung je impian nak join treasure hunt. Conclusionnya, treasure hunt adalah sangat memenatkan otak dan juga badan. But from positive side, it teached us how to coped dan bertahan dengan dugaan atau soalan yang susah-gila-nak-jawab! Soalan treasure adalah yang paling mencabar sekali.


"Okay hubby, which one should we go first? Left or right?"

One thing la yang bole jadi pengajaran, jangan over confident sangat with your answer. Always do double check, called ur adik beradik sedara mara atau surf the net before conformed the answer. Satu yang terkilan bagi team saya masa jawab treasure question ialah bila we ols confident yang member "The Beatles" ada lima orang but the fact is ada empat orang je. Pffftt!

Hurm, from here also, I know yang saya masih lagi boleh bekerjasama dengan hubby in one team. Alhamdulillah. Can't wait for the coming game this wiken. Let's go hunter!

Okaylah, lets layanzzz all the pictures which was ekceli one of the task from the treasure hunt challenge:

In front of Muzium Negeri Taman Seni Budaya, Seremban, Negeri Sembilan.

In front of Wet World Air Panas Pedas.

In front of Dataran Rembau.
In front of replika keretapi, Tampin dekat dengan klinik cure & care 1Malaysia Tampin. Last time they called it Pusat Serenti Tampin.

Another post from the team. Keretapi ini sangat cool okay! Nasib baik mek-Jasmin tak ekot, kalo tak memang dia tak nak balik. Ngeeeeeee~~


And the best thing is :

Okay, kami menang! 2nd place but still proud coz this was our first time joined treasure hunt dan tiba-tiba dapat 2nd place. Ohsem!


Tuesday 27 March 2012

28th is Just a Number!

Suprise cake dari geng opis!
Okay, dah lama rasanya tak membebel panjang lebar. Previously, entry saya hanya mampu post gambar-gambaran aje. Hari ni nak balas dendam. Life hectic giler since dah kat KJ ni. After work or even on wikens memang takde me-time-momento especially bila time nak ber-belog-ing. 

All my times dah diperuntukkan untuk my two rugrats kat rumah. Kat office pulak, bila monitor PC asyik buat paparan acad,acad,acad so memanglah langsung tak di beri peluang untuk kelik "new post" kat dashboard angkara nak siapkan drawing for bidding proposal! Tah bile nak dapat projek tak tahulah. Ya Tuhan, murahkanlah rezeki dan permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin.


Acara potong cake selepas buat wish nak tambah 5-kilo berat badan.
Pejam celik, umur dah masuk penghujung 20-an, precisely baru 28, one more year to go before i reach 3 series, Inshallah kalau Tuhan panjangkan umur saya. Baiklah, sentiasa dalam mode sedar diri. 

Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk bernafas di tahun yang baru. Masih dapat menikmati kehidupan dengan orang yang disayangi dan tersayang dan betul-betul menghargai kita. Semoga kehidupan mereka diberkati tuhan sepertimana saya berdoa untuk diri sendiri, anak-anak dan keluarga, minta di berkati hidup ini hingga tuhan ambil nyawa kita. Amin.


Tiga orang perancang utama (includes the photographer) di sebalik agenda surprise saya.


Coffeelicious cake dari hubby dan anak-anak. Terharu **sobs**
I love my 22March this year a lot. I mean untuk tahun 2012 ni, this is the best one lah. Two times suprises; first from my opis mate and later when I reached home, I've been suprised by my hubby dan anak-anak (but actually tak surpise sangat pon sebab last menet Jasmin spoil it! Haaa!) 

Well, every year akan ada different-different way to celebrate my birthday right dan saya simpan different-different memories dalam kepala otak. But, as usual and every year, mommy tak pernah lupa buat pulut kuning. Sangat sacred okay! 

Birthday card dari hubby dan anak-anak super-terharu *dabel-sobs*
But for this year, first time receiving a birthday card from both my kids (but actually bapaknya yang tuliskan tapi tak kisah la kan as long it's still coming from the one I love the most) was the best thing ever happened in my life. 

Hard to explain how the feel, but saya fikir saya juga mungkin mengalami perasaan yang sama bila saya tak pernah missed bagi birthday card to mommy on her birthday. Every mother mungkin akan rasa benda yang sama. Wow! Speechless. Trully blessed!

My fish and chip! Yummmzzz!
Birthday dinner treat; my fish and chip. Yummayyyhhhh!
As usual, bila time birthday-birthday ni, memang la kena celebrate; so hubby belanja makan. Itu je la yang mampu dan itu je la yang terbaik. Perut kenyang, suka hati, lain kali boleh belanja lagi.

Tapi this year, memang 22March adalah hari makan untuk saya sebab in the afternoon had Dominos dengan order yang mungkin agak melampau bagi saya, later petang sikit had my mango-cake, balik rumah cake lagi then hubby belanja makan pulak. Banyak ke tu? Mungkin banyak kot sebab tank saya kecik aje. Sekian.

Moga-moga saya dan anak-anak tak pernah putus-putus di beri rezeki makanan-makanan. Huhu! But seriuosly Jasmin ada perangai sangat susah makan. Entry lain kali mungkin boleh bercerita lebih lanjut tentang habit makan Jasmin. Sangat membimbangkan!

Dan Jasmin sebagai motivasi kehidupan saya; always remind me of this:

"Ibu, ingat tau, dua tawon lagi..... dua tawon lagiiiiii....."

Thursday 22 March 2012

On my late 20's; krisis umur!

Apedehal kalau dah late 20's pon keeeennnzzzz!


Pizza treat kat opis but not fair sebab ai kena bayar sendiri. Sangat syiok sendiri la yu lily! Haip!


And amazingly Jasmin cakap kat saya, " Lagi dua tawon Ibu..... lagi dua tawon......"


So, my wish for this year is to increase my weight 5kelo lagi. Sekian.

Wednesday 21 March 2012

Wednesday 14 March 2012

Wordless Wednesday #10 My Sleepyhead Baby



.....even in a pink stroller....


Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails