Friday 31 December 2010

Happy New Year 2011!






I hear the flower’s kinda crying loud
The breeze’s sound in sad
Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn out blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

Children seem like they’ve lost their smile
On the new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what we have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonne be your neighbor
There’s only one small planet where to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
You’re neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind

So hold my hand
There are many ways to do it right
Hold my hand
Turn around and see what have left behind
Hold my hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you
-Maher Zain
 

p.s. may the new year will bring a new hope, a new life, a new beginning!

Monday 27 December 2010

Karma #6

Untuk belajar tentang erti kepercayaan
mungkin awak perlu baca cerita dongeng rakyat 
tentang sekumpulan penduduk kampung, seorang pengembala kambing dan seekor harimau...



p.s.: nak tau cerita lanjut boleh google search "kisah pengembala kambing yang penipu"

Sunday 26 December 2010

Happy 74th Birthday Opah!

Yeay! It's Opah Birthday! Yang ke 74 tahun okay....

Actually birthday opah was on the 17th December tapi lambat sikit nak nyambutnya sebab ni je wiken yang majoritinya tak dibooking lagi.


Special request by Opah and for so many years rasanya tak celebrate birthday Opah, so she request to have one.  A simple celebration with all the family members around serta bacaan doa dari Babah, hope will make Opah have a blast year ahead, dipanjangkan umur,  diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rejeki serta sentiasa berada di bawah keredhaan Allah SWT.

Yang diraikan; Pn Sahinun bt Gani
Ekceli, it's kind of family gathering jugalah for end up this year of 2010 and also welcoming the New Year 2011. 


Orange Sponge Cake sponsored by Akak
Kalau ada birthday celebration, tak lengkap kalau tak ada cake,  so akak has sponsored the cake and masak nasik kaler-kaler fantasi special with ayam masak merah. Sodap tak hengat. **Nasib badan orang tgh mabok, so tak berapa nak enjoy the nasik sigh~~




Cuba teka sape yang paling over excited?


Tiup lilin dan potong cake session 
Nak menambahkan lagi kemeriahan, barbeque ayam dan sotong memang aktiviti wajib ada.


Gaya tukang bakar professional

Dah sudah membakau, kita melantak pulok...


Layaaaannnnzzzz


First Cicit Opah
Mama bosan with her son! aawww!



The future generation




Jasmin's with her faveret tricycle

Sekian laporan.

Wednesday 22 December 2010

What a preggy mom really need most in the early pregnancy

Perhatian untuk ibu-ibu yang nak mengandung, yang akan mengandung, yang sedang mengandung, here I share apa yang I telan to make my pregnancy and my baby healthy sokmo!

The most important is folic acid. Kalau ikutkan sebenarnya bukan setakat kena ambil masa kita tahu kita dah pregnant je tetapi boleh dah start makan bila kita planning nak conceive. Maknanya, makanlah seawal awak rasa awak nak merancang anak. Macam kes I, bagi ubat apa pun, memang payah nak habiskan, setakat ni doc dah supply kat I tiga papan (start masa 6 weeks ari tu) tapi setakat ni baru perabeh sepapan. Aiyok!

Folic Acid is very important in my early pregnancy

Okay, this pill memang first time I makan and wajib makan sebab I pernah miscarriage dulu. Memang important sangat-sangat sebab takut kejadian yang tidak diingini berlaku lagi. Ubat ni I makan memang disiplin. Tak boleh lupa, twice daily.
I require to take this pills sebab nak kuatkan rahim 

























**kotak dah a bit jahanam hasil kerja penyelongkaran Jasmin mencari gula-gula

Al-Fatihah for my Angle baby.......

Dr Ishak also recommend me to take fish oil for food supplement as it is good for baby growth, especially on their brain development. Dulu masa pregnant Jasmin, I ambil fish oil on my last trimester but now I start consume this fish oil when I was 6 weeks pregnant. Dr murah hati nak bagi free so makan je lah. But my mom said, sometimes ada orang yang tak tahan dengan fish oil ni akan ada side effect macam cirit-birit. So far I okay je.... NeuroGain PB ni sesuwai untuk pregnant and breastfeeding mother. Boleh try kalau nak anak sihat, pintar, cergas dan cerdas. I punya testimonial u'ol boleh tengok Jasmin. heeeeee......

Fish Oil for Supplement
Other than that, what I need most right now are this gula-gula mint flavor daripada clorets! Dek sebab tekak sekarang ni rasa kembang semacam je especially after taking meals, so I akan makan clorets bagi segarkan tekak yang sentiasa kembang.

Benda ni memang wajib kena ada kat dalam handbag!



p.s. a total support from a person called "husband" is mostly needed! Thank you!

Tuesday 21 December 2010

Yeay! Ta-ta 1st trimester......

Bila ada issue, baru tergerak hati nak post entry macam-macam. 
Tapi, bila tak ada issue rasanya elok duduk diam-diam.
(Dalam kepala otak dok sebok nyanyi .... boleh pandang-pandang, jangan peygang-peygang... kenapa entah!)

Dis week is my 12 weeks of pregnancy... means that i am now off the 1st trimester of preggy and now heading to my second trimester... The good news is; it is confirm (as on my second appointment with Dr Ishak on the 11th Dec), my due date will be on the 9th July 2011 which brings for me to think that why not I request from Dr Ishak to make me deliver on the 07.07.11. woot!woot! (awwww! my seven-eleven baby!)

Anyway, it's GOD's work! Anyhow, I am always praying hard for me to have a safe deliver without any complication! Amin......

Presenting my 10 weeks baby; Taraaaaaaaa.......


The baby's image tak berapa nak clear tapi jangan risau, as long the heart beat is fine, means that the baby is also fine. And two print out of baby's scanning image bukan nak tunjuk I ngandung twins but Dr Ishak yang bermurah hati nak print dua, satu untuk Ibu, satu untuk Jasmin. wink! wink!


So far, my body condition for these past few weeks was still weak! But absolutely different when first time ngandung Jasmin dulu, nausea and fatigue memang teruk. My so-called morning sickness on my first trimester is a disaster! Wuuuuu...


But for my second baby now, Alhamdulillah, the morning sickness tak attack terok-terok sangat but still ada sikit-sikit. Contohnya macam I tak boleh drive kereta with air cond so kena fresh air jer, and I feel shooo tired in the evening bila time balik kerja. Nowadays, usually I dah start tergolek atas katil around 9.00/9.30pm. And and and I feel very dizzy every each time everywhere I go. I have no problems with the smell of foods, my shampoo, my sabun, however BAWANG memang tak sedap untuk dibau buat masa-masa sekarang ni tapi masih boleh masak memasak lagi.


Nak cerita bab makan-makan, memang tak ada selera langsung nak makan nasik. Lagi suka makan benda-benda fast food and right now I am shooo craving for seafood. Huurrmmm bila lah nak dapat makan sotong goreng tepung ni. And also cempedak goreng.... Susahnya nak carik..... sob!sob!


Emotional feelings this time around memang ada up and down lah. Biasalah, preggy woman memang emotional terlebih but still under control. Diam lebih baik dari membebel-bebel tak tentu arah. I have to coz I've learned the lesson before this, so no more stress-stress. I have to enjoy more on my pregnancy time. Cheerio!


However, stress on my work memang tak boleh dielakkan. The project for Section 1A will be hand over by end of this month AND of coz lah STRESSSSSS, nak blog entry banyak-banyak pun tak ada masa cos kena focus kat drafting work. Takpe, berkhidmat untuk masyarakat so nanti ramai rakyat-rakyat kat area Senawang/Seremban Selatan/ Pinggiran Senawang dah boleh naik keretapi elektrik straight to KL, tak payah sesak-sesak kat station Seremban lagi. Ooopppss, tak boleh cerita lebih-lebih, P&C, nanti kena saman. Will update the opening ceremony of the Sg Gadut Station soon... tungguuuuu....


Apa pun, untuk tidak mengelakkan saya lupa tentang pengalaman mengandung anak kedua ni, dan kalau tak ada masa nak tulis blog entry, saya lengkapkan kehidupan saya dengan buku ni, lebih kurang macam diari mengandung lah. Sangat-sangat berguna, banyak useful info and tips dari penulis buku ni, siap ada resepi lepas pantang lagi..... Sangat compact dan boleh letak dalam handbag dan boleh bawa ke mana-mana.




Boleh didapati dimana-mana kedai buku berhampiran rumah anda. And I bought my copy from MPH bookstore.






p.s. Rasulullah s.a.w bersabda: Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata, aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan. [Bukhari & Muslim]

Thursday 16 December 2010

Keje E.T.

Well, here are some of my moment with Jasmin which has been captured by my sister somewhere last month in Port Dickson, Negeri Sembilan. I didn't know she is shooo pro and didn't even need a DSLR to capture such an amazing moment like this. A good one indeed!























P.S. Hoih! Boleh le pinjam camera nak posing kat Lumut pulak! Mungkinkah?

Monday 13 December 2010

I feel GREAT!

I DO FEELS

LIFE IS FULL OF 

WONDERS

AND 

MIRAcLES!

Friday 10 December 2010

Pesanan Ibu 0002: Ujub

Salam Jumaat dan Salam Maal Hijrah 1432H !
Tahun dah baru, so azam pun kena baru...
Content belog pun kena lah baru-baru...
Semua serba serbi kena baru...
Anak pun dah nak ada yang baru... woot!woot!

Anyway, these are some useful info bagi yang tidak mengetahui sebelum ini dan saya juga tidak sedar kadang-kadang seringkali juga membuat kesilapan seperti ini.

Nota:
Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita semua menjadi judgmental tetapi harapnya bacaan ini dapat "put things into perspective" dan buat kita menilai dan memahami kewajipan sebagaimana yang dituntut agama, inshaAllah.

Ujub itu ialah salah satu penyakit hati. Ia banyak terkena kepada orang pandai, orang yang banyak ilmu seperti ulamak, ahli ‘abid dan juga para pemimpin. 

Apa yang dimaksudkan dengan ujub? Iaitu mengkagumi diri sendiri atas kerana kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri. 

Contoh, berlaku kepada orang pandai. Bila ada ilmu lebih sikit daripada orang lain, boleh pula bercakap dan memberi idea, timbul rasa dalam hati, 

Pandai juga aku ini”, 
mana ada orang yang sebaik aku dalam memberi idea ini”.

Perasaan seperti inilah yang dikatakan ujub. Dia memuji dirinya sendiri. Dia kagum dan tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. 

Contoh lain, ahli‘abid atau dikenali sebagai ahli ibadah bilamana boleh bersembahyang banyak dari sembahyang fardhu ke sembahyang sunat, lepas itu, sembahyang lagi sehingga 8 ke 10 rakaat. Terdetik kata-kata di dalam hatinya, 

Tak ada orang lain boleh buat seperti aku”, 
boleh tahan juga aku ni”. 

Begitulah penyakit ujub itu, ia boleh datang ke dalam hati manusia dalam keadaan manusia itu sedang beribadah kepada Tuhan.

Apa ubatnya kepada penyakit ini?

Kenali Tuhan dan faham peranan Tuhan, itulah yang dapat mengubati penyakit ujub. 

Bila Tuhan dikenali, peranan Tuhan difahami, akan terasa di hati betapa Maha Besar, Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Tuhan. Akan terasa di hati, segala nikmat yang kita dapat sebenarnya dari Tuhan. Juga, segala pujian itu selayaknya adalah untuk Dia. 

Kita tak hebat tetapi yang hebatnya adalah Tuhan. Tak akan kita dapat sedikitpun kelebihan, baik kepandaian,boleh berpidato, boleh beribadah dan sebagainya melainkan dengan izinNya.

Dialah yang menentukan. 
Dialah yang memberi kelebihan itu. 
Mana mungkin kita boleh menafikan semua itu?

Rasa-rasa seperti inilah yang disebut sebagai rasa bertuhan. 

Hanya dengan rasa bertuhan sahaja, kita akan dapat menangkis ujub. 

Hanya dengan rasa bertuhan otomatik akan datang rasa kehambaan dalam diri. 

Sesuai dengan status kita sebagai hamba, mana boleh hamba “claim” yang dia mempunyai?

Mana mungkin hamba itu kata yang dia memiliki itu dan ini? 

Memang kalau hamba itu tetaplah dia hamba. 

Hamba tidak mempunyai dan memiliki. Sebaliknya, hamba itu dipunyai dan dimiliki. 

Walaupun ada kelebihan pada hamba, kelebihan itu dipinjamkan. Kelebihan itu diberikan sementara. Hak mutlak ada pada Tuan. Hamba hanya pakai sementara. Hamba hanya dapat bilamana Tuan izinkan. Hamba tak akan dapat kalau Tuan tak beri.

Begitulah juga hubungan hamba dgn Tuhan. Ia mengatasi hubungan hamba dgn Tuan. Tuhan kita adalah Tuan pada segala Tuan. Dia adalah raja segala raja. Dunia seisinya adalah kepunyaan Dia. Termasuk kita manusia adalah kepunyaan Dia. 

Jika kita faham begini, maka mudahlah untuk kita selamatkan diri kita daripada ujub. Kenapa perlu bangga atau kagum dengan kelebihan pada diri. Ia boleh datang dan pergi, bergantung pada kehendak Tuhan. Ia adalah nikmat dari Tuhan dan kalau kita pandai mengambilnya, akan jadi rahmat yakni berserta kasih sayang Tuhan. 

Tetapi kalau kita salah cara menerimanya, makaia jadi bala’. Ia adalah nikmat Tuhan dalam bentuk istidraj. Kita akan sentiasa dalam kemurkaan Tuhan kecuali kita bertaubat dan membaiki kesilapan kita.

Marilah kita ambil berat tentang penyakit ujub ini dan selalulah memeriksa diri agar kita terselamat darinya. Moga-moga panduan serba ringkas ini,dapat memberi kita ilmu tentang penyakit ujub dan cara mengatasinya.

Reference:
http://abihaiqal.blogspot.com/search/label/Ujub

p.s.
Imam Syafie berkata, “Sudah sepatutnya seorang alim memiliki amalan yang tersembunyi, hanya Allah dan dirinya saja yang mengetahuinya. Amalan yang dinampakkan pada manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat.”

“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka menyembunyikan amalannya.” (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." - Sahih Muslim

Wednesday 1 December 2010

.....when i'm starting gaining a kilo's by kilo's......

Okay, i am now officially 2 month known as preggie-mom and P.S. i am "successfully" gaining my weight too!  

It is quite different when i got pregnant for my first baby as i keep on reducing weight but now it's going vice versa.

So, please don't be suprise kalau in another 3 or 4 months forward, ibu Jasmin will be turn out nampak macam ballon or something. Blame it on the baby's okay, as i'm eating for two now!

Actually, lately, mood nak ber-belog tu dah tak berapa nak ada sangat. Tak tau apa yang nak disenaraipendekkan di sini. Nak hapdet pasal Jasmin, sejak dua menjak ni macam tu je la dia. Oh, Jasmin demam serta muntah muntah dua tiga hari ni (Jasmin yang mabuk-kah? hehe!)

Anyway, memang-lah ter-U-ja sekarang ni kerana good news "itew" but the "sickness" (tak berapa madness lagi) buat semua benda jadi dull and boring and et cetera.... 

Jasmin: o' my gucci! i'm a big sista' now!






p.s. aaaaannndddd Jasmin has become a bit cranky lately... huh! pembawakan..... pembawakan.....

AIDSAware - The Public Service Announcements




p.s. AIDSAware is a project to raise awareness on AIDS and also to collect 13,000 messages, in remembrance of the 13,000 people who have passed away from AIDS to date
in Malaysia.

Friday 26 November 2010

Pesanan Ibu 0001 : Celaan Membawa Semangat

Oleh kerana hari ini adalah hari Jumaat, penghulu segala hari, mari saya share-kan di sini serba sedikit tentang perkara-perkara yang serba sedikit religious dan berkait rapat dengan kehidupan kita.

Ia juga sebagai suatu peringatan bagi diri saya, juga pada diri Jasmin di masa hadapan.

Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita semua menjadi judgmental tetapi harapnya bacaan ini dapat "put things into perspective" dan buat kita menilai dan memahami kewajipan sebagaimana yang dituntut agama, inshaAllah.

Oleh: Ustaz Zahazan Mohamed

Menata Hati Menghadapi Celaan

Setiap manusia tidak dapat lari daripada celaan dan cemuhan orang lain. Siapa pun kita, di mana pun kita berada, selalu sahaja terdapat orang yang akan mencela bahkan mencemuh kita. Malah Allah dan rasul-Nya pun tidak terlepas dari lidah keji manusia-manusia seperti ini. Seorang penyair Arab berkata: “Manusia menuduh Allah punya anak, mereka juga berkata: Rasul seorang tukang sihir. Tidak selamat Allah dan rasul-Nya daripada lidah manusia, apatah lagi saya?”

Kerana celaan suatu kepastian, maka kita mesti pandai menata hati. Jangan biarkan ucapan negatif orang lain itu mengeruhkan hidup kita, menguruskan tubuh kita dan menahan kita daripada aktiviti yang bermanfaat untuk masa depan kita.

Kita mesti pandai memanfaatkan energi positif yang terdapat di dalam celaan untuk membakar semangat menuju kejayaan. Setiap kali mendengar celaan, pandanglah ia sebagai obat, semakin pahit rasanya semakin baik untuk kesihatan kita.

Marah dan dua pilihan
Saya tidak tahu dengan anda, akan tetapi setiap kali mendengar celaan, apalagi jika berlaku di hadapan orang ramai, hati saya terasa sangat sakit. Telinga terasa terbakar, muka merah padam, dan emosi terasa hendak meletup. Malu terasa bercampur dengan kemarahan.

Jika anda merasakan hal yang sama, itu pertanda anda manusia normal. Sebagai manusia, celaan sangat menyakitkan hati dan membakar kemarahan. Hanya orang bodoh sahaja yang tidak marah ketika orang lain menyentuh kehormatan dan meruah dirinya. Imam al-Syafii berkata, “Barang siapa yang dibuat supaya marah namun tidak marah, maka ia adalah keldai.” Keldai adalah simbol untuk kebodohan yang sangat parah.

Pada saat penuh emosi ini, kita dihadapkan dua pilihan yang siap untuk diambil. Apa yang kita pilih biasanya ditentukan oleh karakteristik jiwa kita.

Pilihan pertama adalah merubah kemarahan itu menjadi dendam, lalu menyimpannya di dalam hati dan menunggu saat yang tepat untuk diaktualkan. Ia menanti dengan penuh waspada masa keemasan untuk membalas sakit hatinya dengan berbagai perbuatan yang dapat merosakkan orang lain, bahkan dirinya sendiri. Sikap ini menjadi pilihan ni orang yang berjiwa kotor dan hina. Celaan dan makian yang ia dengar bukan sahaja merosak hatinya, malah juga meruak masa depannya.

Pilihan kedua adalah menyimpan kemarahan itu di dalam hati lalu merubahnya menjadi pembakar api semangat untuk memperbaiki diri. Celaan memang menyakitkan, namun ia menyedarkan kita kepada kekurangan diri yang mesti diperbaiki. Tidak ada yang lebih menyakitkan hatinya daripada membiarkan kekurangan tersebut tetap berada di dalam dirinya sehingga mengundang berbagai celaan lain sepanjang hidupnya.


Celaan sebuah ubat, pujian sebuah racun
Imam al-Ghazali di dalam Ihya Ulumiddin berkata, “Sering kali manfaat yang kita dapatkan daripada celaan orang-orang yang memusuhi kita lebih banyak daripada manfaat yang kita dapatkan dari teman-teman yang selalu memuji kita.”

Ya, pujian jauh lebih merbahaya daripada celaan. Ia memang manis, namun mengandungi racun yang dapat merosak hati manusia. Semakin terbiasa seseorang mendengar pujian, semakin hatinya tertutup daripada kebenaran. Pada saat itu, ia tidak akan pernah tersedar daripada kekurangan dirinya apalagi tergerak untuk merubah dan memperbaikinya. Tanda seseorang sangat hina di mata Allah, Allah membiarkannya tenggelam dalam pujian.

Sebaliknya, celaan memang pahit namun ia berisi ubat yang akan merubah hidup kita menjadi lebih sempurna. Syaratnya kita mesti pandai merubah celaan itu menjadi pembakar semangat seperti yang dilakukan tokoh-tokoh berjiwa besar. Jika anda memiliki jiwa sebesar mereka, anda pasti melakukan apa yang mereka lakukan. Wallahu a’lam.


p.s. 
Fudhail bin ‘Iyadh (w. 187 H) berkata, “Seorang mukmin menutupi kesalahan seseorang lalu menasihati. Tetapi seorang pembuat dosa mengisytiharkan lalu mencelanya.” Imam Al-Syafii berkata, “Barang siapa yang mengkoreksimu dengan sembunyi-sembunyi, maka ia benar-benar menasihatimu. Dan barang siapa yang menasihatimu di depan umum, maka sebenarnya ia sedang menghinamu....”

Thursday 25 November 2010

Tuhan mendengar saya : Alhamdulillah......

“Sesungguhnya seseorang dari kamu dihimpunkan kejadiannya dalam rahim ibunya empat puluh hari sebagai setitis mani, kemudian dia menjadi segumpal darah dalam tempoh yang sama juga kemudian dia bertukar menjadi seketul daging dalam tempoh itu juga, kemudian diutuskan kepadanya malaikat untuk meniupkan ruh padanya dan diperintahkan juga kepada malaikat itu untuk menulis empat perkara iaitulah rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia orang yang celaka ataupun orang yang menderita. ( HR al-Bukhari no 3036,Muslim no 2643 ) 



p.s. Woot! Woot! Another 7/8 month++ to go!

Tuesday 23 November 2010

Kindy Explorace #1

Ibu Jasmin dalam misi pencarian!
Title ala-ala amazing race asia sket.

As for our concern, Jasmin will turn up 3 y.o. next year dan saya kini sedang pening kepala memikirkan "kindergarten" mana yang sesuai untuk Jasmin. Saya makin pening kepala apabila setiap kali, setiap pagi terserempak "kindergarten" apabila on the way ke nenek house, setiap kali itu juga Jasmin akan cakap;

".....Ibu, nak gi schooi....! "(sambil mulut memuncung ke arah "kindergarten" tersebut

Waktu zaman saya kecil dulu-dulu tak sama macam zaman Jasmin sekarang ni. Saya tidak berpeluang langsung nak menjejakkan kaki ke tadika. Saya tidak pernah kenal erti tadika dan yang saya tahu, saya hanya duduk di rumah, terus terusan bermain, bermain dan bermain, bersama-sama anak jiran yang lebih muda dari usia saya ketika itu. 

Saya tidak pernah menyentuh atau mengenal buku-buku tadika tetapi seingat saya, saya hanya memiliki satu Jigsaw Puzzle ABC yang mempunyai gambar-gambar menerangkan setiap huruf. Itu sahaja yang saya gunakan untuk mengenali ABC pertama saya. Tetapi saya bernasib baik kerana saya mempunyai kakak-kakak dan abang yang sudi menunjuk ajar saya walaupun bukan untuk sepenuh masa.

Hidup kami bukanlah dari background yang senang. Babah dan mommy perlu bekerja keras bagi menyara kami 6 beradik. Walaupun mereka jarang mempunyai masa untuk anak-anak, tetapi mereka ada cara tersendiri mendidik dan membesarkan kami sama seperti anak-anak orang lain.


Quality time yang mereka ada, mereka cuba isikan dengan aktiviti educational seperti "scrabble". Bagi saya, "scrabble" time tu memang sudah jadi aktiviti yang paling best ever!


Seingat saya, saya mula belajar membaca apabila saya berada dalam darjah satu. Di situ permulaan saya menerima ilmu yang mencurah-curah dan tidak ternilainya.


Owh, last week , I went to visit one of my relative yang anaknya baru je dapat result UPSR. 1000x Tahniah! Seikhlas dan terharu ucapan tahniah saya! Eventough tak perfect straight A's tetapi result yang diterima memang diluar expectation ramai orang. Dia bukan dari keluarga yang senang, bukan dari latar belakang yang "great-la-sangat" tetapi dia berjaya buktikan dengan usaha diri sendiri, dia mampu untuk jadi yang terbaik. Memang tabik kat budak kecik ni! She remind me of lil'lily suatu masa dahulu.


Saya tidak pernah ke tadika.
Saya tidak pernah di hantar ke tuisyen.
Tidak pernah menghadiri sebarang kelas tambahan.
Saya tidak pernah menghadiri sebarang ceramah motivasi.


Apa yang dibekalkan semasa saya menjawab keempat-empat paper exam UPSR ketika itu adalah doa-doa dari orang-orang yang sentiasa ingin melihat kejayaan saya. 3As are enough to make my parent proud of me.


Okaylah, back to the earlier part, last two week saya ada ke tadika berdekatan dengan area rumah saya. Dengan satu tujuan dan satu harapan kalau boleh mereka dapat menerima Jasmin as a kindy-student early January next year. Sedikit hampa bagi saya dan juga Jasmin as they required someone yang dah independent on managing her own toilet-wee-wee-ook-ook-matters!


The owner, Pn Rashidah of Tadika Amal Al AnFaal, advise me to let her enjoy her life first as she will spend another 10 to 20 years more on books and school. Worried if she might getting bored because to much of school time.


Anyway, I am so interested with the kindy (sama macam Jasmin jugak!) as they provide what I really wanted for Jasmin such as hygienic concern, friendly teachers and they can communicate in English, enjoyable environment, they provide syllabus from Anakku and Ladybird Peter & Jane and the most important thing is they teach Iqra' (selain dari fees yang berbaloi-baloi dan monthly payment yang sangaaaaat reasonable.)


Sadly, admission is only for the 4 years old children and above and they conduct the class until 12 noon only. So, there are lot of things that I need to consider especially on the matters who wants to baby sit Jasmin on the other half day.


Sejujurnya, saya tidak mahu dilihat sebagai seorang yang fussy dalam hal seperti ini tetapi sedikit sebanyak bagi saya sudah tentu saya inginkan sesuatu yang terbaik bagi zuriat amanah tuhan ini. Selagi saya mampu, saya cuba beri yang terbaik.  

Jasmin love books a lot and she loves looking at the pictures



p.s. I've received one e-mail recently tentang kejayaan seseorang itu dapat di capai jika kita sentiasa berfikiran positif. Cuba bersifat "tuli" dengan apa jua kata atau tulisan yang negatif dan terus mencapai cita-cita. Dan pastikan juga semuanya adalah kerana "lillahitaala".



Friday 12 November 2010

The Love Story ♥

**Special post on my 100th blog-entry *wink*wink*

on our cruise.....
Cherita chenta saya,
alkisah........

Susah nak diterjemahkan, sukar nak dirungkaikan... (eceh!)

Another love-story since my last post...


Y'all bagi-lah benda yang paling canggih kat dalam dunia ni sekali pun,( even DSLR film maker pon! aha!), It's hard for me to share on how my TrueLoveStory really goes...

Gambar classic tahun 60-an
Siapa dia kecintaan saya? 
Siapa dia kesayangan saya? 
Siapa dia kejiwaan saya?
Siapa dia kegilaan saya?
Siapa dia inspiration saya?
Siapa dia "jang-goat" saya?
Siapa dia dunia saya?



Anyway, to make it short and simple here (tetapi bermakna), it was all started unexpectedly!


Dulu sebelum berkecimpung dalam dunia percintaan, saya tak percaya TETAPI bila kena batang hidung sendiri, "Love for the first sight" memang buat dunia saya upside down...


2 tahun jadi partner-in-crime, setahun bertunang-but-still-in-unofficial-relation, and today, sudah tiga tahun++ jadi officially-sleeping-partner (ngahaha!) 


Oleh itu, dengan suka-hati-saya, saya synchronize-kan hubungan dua hati ni dengan buah-buah lemon! Cinta yang umpama beribu-ribu biji lemon! (Eceh! ceh! ceh!) So, as for the friendship growing now,  sama macam lemon, Fresh and very-the-vibrant-color! Ada manis, ada masam... Kalau manis saya boleh buat cake, Kalau masam saya boleh buat teh tambah madu (yummmmaaayh!)


Can you imagine, we have been in the same high school, same Politeknik and same practical company (how silly me didn't even notice that he is actually my senior!), but we never bump on each other, not even once, but  not until on one fine day, I went for a site visit for my practical company, and "Taman Bukit Lemon" bikin sejarah dalam hidup saya!  (now u know why "lemon" rite?)

That was the first place that I've met my soul-mate! (syuussss, malu nak cerita panjang lebau!)


Kerana, for the first time, kami berjumpa, mata-bertentang-mata, without any conversation apa pun until a week after kalau tak silap, one of my office mate cakap, 

".....ada orang dah berkenan kat kau..."

At first I didn't notice him and I didn't even bother to whom-ever-pon yang nak jeling-jeling kat saya but somehow for the first time he saw me and what I know, he said that,

"......saya dah jatuh cinta pandang pertama dengan awak...."


Hurm.... spontaneously that time I thought;

".....I yang pakai jeans and t shirt and pakai selipar jepun masa site visit rasmi MPS pun ada hati nak ngorat...."


Since that day, we've been communicate tru the phone and the first blind date ever was when I'm thinking of wanted to borrow him his practical report book. Remember I told u, he was my senior! (Thanx to my sister cos sudi nak accompany me at McDonald's for the sake of the report book!)


.....and the love story begins....... (aaawww!)


The journey keeps on and on and on and on; (until infinity; inshaAllah). Cinta kami umpama kapal cruise di lautan. Keep on sailing all around the globe. MrHubs is the captain hook ahoy! and I'm the tukang teropong cum the quartermaster. Bila dah dalam our cruise ni, macam-macam pengalaman boleh datang. Through all the years, dah banyak juga port yang kami singgah. Tapi yang paling saya suka kalau port tu ada duty free, shopping sakan yeay! 


Terus-terang lagi, kami ni selalunya ikut gelora lautan, kalau tinggi ombaknya, tinggi melangit lah kami berada, kalau tenang geloranya, maka berbunga ajelah cinta di hati. Walau apa pun berlaku dalam cruise kami, kami masih kekal di dalam satu kapal. Saya tak sanggup nak terjun dari kapal sorang-sorang, especially bila dah ada Jasmin sekali ni, takut nanti lemas pulak. (Oooh....!)

Yeay! Kami dah kawen....
Alhamdulillah....

We have breathed the same air, we have walked a thousand miles, we have crossed a million bridges, dah beribu KM meter kereta berdetik, and we are still holding hands together. 

Masih maintain standing still, masih ada lagi "saya suka awak"! (aaawww!)

And no matter what happen, we are still needing each other. You complete me us!


Satu pesan orang-orang tua, dalam nak kekalkan hubungan, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.


 Bagi saya, cinta saya dan cinta mrHubs adalah pelengkap kehidupan Jasmin.




RaziLily= j♥smin
 
p.s. he is the funniest man i've ever met!

Tuesday 9 November 2010

What makes my day..........

It's really make me cried!

Crying my heart out.....


Oh Darling.....

Don't you ever grow up!





From cstproduction on Vimeo.







How I Wish to have one kind of this vimeo on my next baby too! 
Yeay!
I wish.... I wish.... I wish.....



P.S. I love u and u and u and u and u and, oh my Jasmin! I do love u so much!

Wednesday 3 November 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

"Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan."


Walaupun Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 dah nak melabuhkan tirainya, tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu lagi terus menghayati Bahasa Kebangsaan kita sendiri iaitu Bahasa Malaysia. Wajibnya kita harus sematkan terus semangat "bahasa jiwa bangsa" ke dalam setiap ceruk kehidupan kita.


Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi bagi rakyat Malaysia walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Justeru itu, Bahasa Malaysia juga adalah melambangkan salah satu ciri 1Malaysia.

Jangan malas untuk bercerita dan menjawab 
apa jua soalan yang diberikan oleh anak-anak
Dan apabila kita menyentuh tentang bahasa , sudah tentu akan berkait rapat dengan "komunikasi". Sedangkan orang bisu juga memerlukan cara untuk berkomunikasi dan mereka mempunya cara dan bahasa tersendiri untuk berkomunikasi, inikan pula kita yang diberi nikmat untuk bertutur-kata, sudah tentu itu adalah sangat vital untuk kita semua. Kesimpulannya, masing-masing memerlukan satu bahasa untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.



 Bagi kami dan Jasmin, di dalam proses pembesarannya, komunikasi adalah perkara utama dalam kehidupan seharian Jasmin. Bahasa yang disampaikan oleh Jasmin mencerminkan tentang gaya orang-orang dewasa yang disekelilingnya berkomunikasi dan berbahasa dengannya.

Apa yang saya praktikkan untuk Jasmin, apa yang penting adalah bahasa ibundanya iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi bagi mengelakkan Jasmin hanya tersekat dengan satu bahasa, oleh itu kadang-kadang saya juga terapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keduanya. Di samping itu, saya juga terfikir jika suatu hari nanti Jasmin juga mampu bertutur dalam bahasa Mandarin, Tamil dll. InshaAllah......


Seperti yang sedia maklum, walaupun kita mempraktikkan bahasa Malaysia di dalam kehidupan seharian kita, tetapi pecahan bahasa itu dapat dilihat melalui dialek-dialek yang disampaikan mengikut negeri samada di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

Seperti saya di Negeri Sembilan contohnya, saya lebih cenderung untuk berbahasa Malaysia tetapi masih menggunakan beberapa dialek negeri sembilan/minang. Kadang-kadang, kami berkomunikasi menggunakan dialek negeri sembilan dengan Jasmin supaya dia biasa dan tidak kekok dengan dialek yang telah dipraktikkan sejak dari nenek moyang lagi. Bagi pendapat saya, jika dia memahami bahasa nenek moyangnya, maka dia juga akan memahami kebudayaan dan keseniannya juga.


Bagi melihatkan entri saya kali ini supaya tidak terlalu berat, oleh itu, saya hidangkan disini satu contoh karangan menggunakan salah satu dialek Negeri Sembilan untuk pengetahuan semua.

_________________________________________________
Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

credit to amazingNara.com
_____________________________________________________



p.s1:
Apabila hilang bahasa kebangsaan sesebuah negara itu maka akan runtuh lah tamadun sesebuah negara itu...MALIK BENNABI

p.s.2:
Entri versi "mood-cuti-raya", kojo dah tak berapo nak ado, semuo ee dah cuti rayo!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails