Showing posts with label akhirat. Show all posts
Showing posts with label akhirat. Show all posts

Monday, 4 March 2013

OVERTHINKING MAKES U DUMBER!

ASSALAMMUALAIKUM KIDDOS! 



Okay, today let's talk something serious. Huhu. Serious la sangat. Well, monday yang biru cenggini, elok rasanya pecahkan kepala hotak dengan bahan bacaan yang macam ni. Sama juga macam entry lepas, this one memang dah lama menunggu dalam draft tunggu masa untuk di publish.

Issue saya hari ni tentang; the power of internet (kuasa internet).

Macam cerita lahad datu pon pelbagai spekulasi timbol, especially dari media.

Tak perlu hippo-krit sebab banyaknya yang di tempel di ruang social media anda semua hasil pencarian dan pencerahan incik google. Termasuk la saya. Tak gitu?

Contoh nyata di sini:

Mu mapu ka nak gi nengok ustat idruh bagi ceramah seluruh kapong; kalu tak mat gugel yang dok info lepah tu mu kopipes suka hati pokmok mu kat belog mu.

So, kalau apa yang kita carik dan tempel di our own so-called ruang social media yang dah tentu-tentu dari sumber reference tok guru mak guru YANG SOOOHIIHHH, apa yang jadi salahnya kalau berkongsi apa yang dibaca?

Tapi kalau nak belajar tajwid, nak belajar mengaji, baiknya ada guru di hadapan mata, bahan yang di baca tak sama apa yang di sebut. Takot sebutnya ro yang jadinya ra.

Pucuk pangkal, cara mencari dan menempel dan berkongsi itu yang kena betul, bukan semberono sesuka hati baca one random page then kopipes kat social page anda then terus mengaku diri kita lah yang paling bagus agamanya di sisi Tuhan.


_______________________________________________________
 Baca ni!

A local teacher came into our international teachers' lounging room.
dia tarik white board.
kemudian tulis besar2:

5 + 5 + 5 = 550.
"fix it", kata dia.
"with only one line, however you wish".

dari cikgu math, sampai fizik, sampai bio, sampai cikgu2 general perspectives semua berebut2 cuba menjawab.

yang ini cuba macam ini.
yang itu cuba macam itu.
bising.

semak.

30 minit,
masih tak ada jawapan.
the local teacher just laughed.
kelakar tengokkan semua cikgu2 international trying REALLY hard.

aku tengah menjahit.
aku cabut headphone aku.
aku tekan2 ipad di depan aku.
aku bangun.
aku pergi ke white board.

aku tambahkan garis pada simbol + menjadi 4.
dari asalnya 5+5,
kini ia jadi 545.

maka--
545 + 5 = 550.
fixed.

aku senyum.
"google", aku jawab.

"but that is cheating!" kata cikgu bio.
tidak puas hati kerana cikgu bahasa yang menjawab.

"the instruction was to fix it."
senyum.
"i fixed it. efficiently"
the way i see it--
benda kalau senang,
jangan serabutkan otak.
rugi.

sebab most of the time,
overthinking makes you dumber.

:)

i guess manusia satu dunia masih tak rajin guna search engine. penatlah, kawan2. jawab soalan yang inche google boleh jawabkan dalam satu klik saja.

"macammana nak jailbreak?"
"macammana nak apply universiti luar negara?"
"siapa abraham lincoln; minta pencerahan"

serius.
SEMUA ADA.
macammana nak korek hidung PUN ada.
aku tak bohong.
the power of internet.

kalau jenis malas baca, search di youtube.
kalau jenis tak tau nak taip dalam bahasa inggeris,
here is a tip:
"google translate".

translate to english.
cut.
paste.
tekan "search".

google ada. yahoo ada. wiki ada.
taip sahaja "how to..."-- ada jawapannya.
dan JANGANLAH cuma melihat top page sahaja.
sebab kadang2 kupasan kita cari bukan di muka pertama.

"tak salah nak bertanya.
tapi macam masa sekolah dulu.
SEBELUM cikgu bukak chapter baru, kita kena buat mini research dulu.
jadi bila cikgu bagi penerangan,
kita lekas faham."


kan...?

ke....
korang tak pernah baca mukasurat yang bukan kerja sekolah...?


OLEH : FYNN JAMAL
tidak relevan sama siapa2. tapi jujur.
____________________________________________________________________


SEKIAN TERIMA KASIH SHARING DARI SAYA. FYNN JAMAL MMG SEMPOI!

Friday, 13 July 2012

Pesan Ibu #11 Ala Carte

Terjemahan Surah Al A’raf, Ayat 31 Yang Bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas"

Melalui Surah Al A'raf Ayat 30 Allah Swt menyebut Dahulu Akibatnya:
"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah (dengan diberikan taufiq untuk beriman dan beramal salih); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhak mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam pertunjuk hidayah"

Dalam Surah Al-Furqan Ayat 67 pula Alla hSwt Berfirman:
“Dan orang-orang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”

Kerana Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan. Menyederhanakan perbelanjaan bermaksud berbelanja ‘minimum’ setakat yang dapat mengawal / menahan kehendak nafsu dan berlebihan dan tidak pula memudaratkan / menghalang penerusan kehidupan manusia yang baik.


Friday, 6 July 2012

Pesan Ibu # 0010 NUR



"Hanya dengan nur iman manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kebathilan. Pada zaman sekarang hendak membezakan antara kedua ini, seperti hendak membezakan benang putih dari benang hitam dalam keadaan gelap gulita. Hanya kalau ada cahaya didalam hati barulah kita dapat membezakannya."



psst.... untuk kemusykilan entry WW#23 tempohari; walau apa pun bentuk ,rupa, beza, rasa, filling, ia tetap apam.

Friday, 29 June 2012

Pesan Ibu 0009 Deeds

The Prophet (sallallahu alayhi wa salam) said: 
"The most beloved of people according to Allah is 
he who brings most benefit, 
and the most beloved of deeds 
according to Allah the Mighty, the Magnificent, 
is that you bring happiness to a fellow Muslim, 
or relieve him of distress, or pay off his debt or stave away hunger from him. 
It is more beloved to me that I walk with my brother Muslim in his time of need than I stay secluded in the mosque for a month. 
Whoever holds back his anger, Allah will cover his faults 
and whoever suppresses his fury while being able to execute it, 
Allah will fill his heart with satisfaction on the Day of Standing. 
Whoever walks with his brother Muslim in need until he establishes that for him, 
Allah will establish his feet firmly on the day when all feet shall slip. 
Indeed, bad character ruins deeds just as vinegar ruins honey." 
[TabarĂ¢ni, Hasan]
 
 
 

Wednesday, 23 May 2012

Rejab. Bidaah?

Hi belog. Rejab Is here. Soon will be Syaaban and later Ramadhan. Time flies really fast nowadays. Betol, tak tipu. Next week dah masok pertengahan tahun. Cepatnya.

And next month my Adam will turn a year old. Owh my Adam!

Jasmin, as updated, masih liat nak ke kindy, more to liat nak bangun mandi but after reached her school, she's fine. Budak banyak drama, and that's my Jasmin!

Okay,  dis is ekceli quick entry. Kena cepat sebab nak kejar masa because I'm in the office right now and biasalah, my boss didn't hire me here not just for me to update my belog. Pfftt...

Rejab. Kelebihan? Bidaah?

Di sini saya kongsikan serba sedikit bacaan saya berkaitan bulan Rejab, kelebihannya dan bidaah-bidaah yang berkaitan. Pada mula saya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah kakak opismate saya ni kata bahawa amalan-amalan itu yg dianggap Sunnah tapi sebenarnya Bidaah. 

Saya google dan google dan google dan IM Ashraff juga berpendapat yang sama, so ada la serba sedikit persoalan saya terjawab. Ye lah, kita ni tak pandai ilmu agama, jadi memang la banyak kemusykilan timbul apabila sekian lama praktis benda yang sama and suddenly timbul pula issue mengatakan iainya tidak sahihlah, hadith dhaif-lah, maudhuf-lah (palsu).

Memang kita sedar, bulan Haram dalam Islam adalah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah. Dalam bulan ini diharamkan peperangan dan larangan melakukan maksiat. However, melakukan maksiat dan dosa adalah terlarang pada bila-bila masa namun melakukannya pada keempat-empat bulan haram ini lebih dahsyat dan kuat pengharamannya dan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan haram adalah lebih berbanding pada bulan-bulan yang lain. Okay? Faham?

Misalnya di tanahair kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith: 
“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. 

Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktabal-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Daral-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Baca selajutnya disini.

Disini saya sertakan Bidaah-Bidaah pada bulan Rejab:

1) Menyembelih haiwan sembelihan atau dinamakan ( Al-`Atirah ).
2) Meyakini dan beritiqad bahawasanya malam dua puluh tujuh Rejab adalah malam berlakunya Israk dan Mikraj,atau menyambutnya sebagai perayaan.
3) Solat Raghaib
4) Mengkhususkan puasa pada bulan Rejab.  

So untuk ringkasan, saya ambil contoh yang nombor (4) tu sebab yang ini yang selalu kita buat. Macam-macam tulisan boleh kita baca, puasa hari pertama dapat ganjaran inilah, hari kedua ganjaran itulah, ketiga, keempat, kesepuluh, ke enam belas dan selanjutnya. 

Ibnu Rajab di dalam al-Mughni pula berkata:
Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satupun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat. 
– Dinukil dari kitab al-Bidab al-Hauliyyah, ms. 245.
 
Selain dari itu terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. 

Imam Ibnul Qayyim r.h berkata:
Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. b Rujuk Muhammad b Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtadab aat al-Mutab alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti: 
1. Puasa hari Isnin dan Khamis, 
2. Puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau 
3. Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, 

maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak. Wallahu ab lam.

Telah tsabit bahawasanya `Umar bin Al-Khattab radiallahu`anhu pernah memukul tangan seorang lelaki yang berpuasa (disebabkan memuliakan) bulan Rejab sehinggakan beliau `Umar menarik tangannya menuju kepada makanan (agar dia berbuka),kemudian `Umar berkata: " Apa Rejab?, sesungguhnya bulan Rejab ini hanya diagungkan oleh kaum jahiliyyah,apabila Islam datang maka ianya ditinggalkan

[ Musannaf Ibnu Abi Syaibah 2/345, Ibnu Wadhaah dalam Kitab Al-Bida` ]


Oleh itu kesiiiiiiimpulannya;
 
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih. Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar kepada hadis lemah.

Begitu jugalah mengkhususkan amalan-amalan lain seperti sedekah,Umrah dan selainnya dengan keyakinan bahawa ada ganjaran khusus disebabkan bulan Rejab maka kesemuanya adalah terbina di atas bid`ah dan sangka-sangkaan dalam agama.Sebagaimana yang kita ketahui menyintai Nabi sallallahu`alaihiwasallam adalah dengan mengikuti sunnahnya bukan dengan mereka-reka amalan atau perayaan tertentu yang tidak ada dalil dan hujjahnya,maka seharusnya umat Islam berwaspada dengan setiap bid`ah dalam agama dan mencukupkan diri hanya dengan Sunnah-sunnah Nabi sallahu`aihiwasallam berdasarkan dalil-dalil yang shahih. 


P.S.
 

Reference:
http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/06/bidah-bidah-dalam-bulan-rejab.html
http://www.intisonline.com/artikel/amalan-amalan-bidah-yang-dianggap-sunnah-pada-bulan-rejab
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1878.0
http://diarihati.com/blog/2011/06/03/salah-faham-amalan-bulan-rejab/ 

Monday, 16 April 2012

Pesan Ibu 0008 Muslim (Orang Islam) Yang Paling Baik

Abu Musa al-Asy’ari berkata,”Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: 

 ‘Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?’ 

Baginda menjawab 

“Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan (kata-kata) ataupun dengan tangan (tindakannya)” (Riwayat Bukhari).

Muslim (Orang Islam) ialah orang yang menyelamatkan muslim lain dari perbuatan dan kata-katanya… (Riwayat Ahmad dari Abu Hurairah) 

Muslim yang paling baik, tidak menyusahkan orang lain melalui tangannya iaitu tindakannya. Sebagai contoh, Dia tidak  meletakkan kenderaannya ikut suka hati sehingga boleh menggangu lalulintas. Dia tidak akan membunyikan hon keretanya dengan kuat sehingga menyebabkan orang lain terkejut. 

Muslim yang paling baik, tidak mencela muslim yang lain melalui lisannya. Dia tidak membuat fitnah kepada orang  sesama Islam. Muslim yang baik juga tidak berhasad dengki sesama orang Islam.

Islam melarang umatnya menggunakan mulut untuk mengumpat atau bercakap kotor dan menggunakan anggota badannya yang lain untuk menyakiti orang Islam yang lain. 

Berakhlaklah dengan mengikut akhlak Nabi iaitu akhlak AlQuran. Nabi mengamalkan setiap perkara dan akhlak baik  sebagaimana yang disebut dalam AlQuran. Akhlak Muslim yang mulia itu berat timbangannya. Amalan yang dilakukan beserta dengan akhlak yang baik, walaupun sedikit diberikan pahala dan ganjaran yang banyak.
Dari Abu Al-Darda’ r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda“Tidak ada sesuatu pun yang ditimbang pada hari Kiamat yang lebih berat daripada akhlak dan budi pekerti yang baik. ” (Riwayat Abu Daud & Tirmizi).
Akhlak adalah sesuatu yang abstrak (tidak boleh dipegang), dan tidak boleh ditimbang secara zahirnya. Namun bagi Allah boleh menimbang perkara yang abstrak, misalnya amalan puasa dan sembahyang. Hanya Allah yang boleh menimbang dan menilai berat pahala amalan-amalan tersebut. 

Amalan yang banyak tetapi disertai dengan akhlak yang buruk pula mengurangkan pahala. 

Satu ketika Rasulullah SAW berkumpul bersama dengan para sahabat. Kemudian salah seorang sahabat berkata bahawa dia memiliki seorang jiran wanita yang sering berpuasa disiang hari dan di malam harinya bersembahyang tahajjud. Tetapi Rasulullah mengatakan bahawa wanita itu adalah ahli Neraka. 

Sahabat bertanya, mengapa demikian?

Jawab Baginda Rasulullah SAW, 

“Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli Neraka.


Ehsan : Nasbun Nurain

Friday, 6 April 2012

Pesan Ibu 0007 "Amantubillah"

Seorang Sahabat Rasulullah Sufyan bin Abdullah (RA) bertanya kepada beliau SAW:

Ya Rasulullah, ajarkanlah padaku sesuatu tentang Islam yang aku bisa mendapatkan jawapannya hanya darimu"

Beliau SAW menjawab,

Katakanlah Amantubillah (Aku percaya sepenuhnya kepada Allah) dan beristiqamahlah (berusaha tetap berada di jalan-Nya) (Riwayat Muslim.)

ISTIQAMAH LISAN
- memelihara lisan atau tutur kata
- sentiasa berkata benar dan jujur setepat kata hati yang berpegang pada prinsip kebenaran
- terdapat pada orang yang beriman, berani menyatakan dan mempertahankan kebenaran dan hanya takut kepada Allah SWT.

ISTIQAMAH HATI
- sentiasa teguh mempertahankan kesucian iman
- menjaga kesucian hati daripada sifat syirik
- menjauhi sifat-sifat cela menyuburkan hati dengan sifat terpuji
- mempunyai keyakinan yang kukuh terhadap kebenaran

ISTIQAMAH PERBUATAN
- sikap dedikasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau perjuangan menegakkan kebenaran tanpa rasa kecewa lemah semangat atau putus asa


"Oleh itu hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa teguh berdiri di atas jalan yang betul  sebagaimana yang diperintahkan kepadamu (Hud:112)"

Tetap dan teguh di atas jalan yang benar iaitu jalan Islam.


Ehsan : Ustaz Don Facebook Page

Friday, 13 January 2012

Pesan Ibu 0006 Dah dekat da tu....

FYI. Kiamat semakin hampir.

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w;

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.' - Hadith Sahih Bukhari

2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim



Jazakallah Khairan Khatira......

Friday, 6 January 2012

Pesan Ibu 0005 Jangan mengungkit

Salam Jumaat. Dikongsi dari website lenggangkangkung. Sama sama ambil pengajaran. Word!

Allah swt. berfirman, “Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti perasaan penerima, mereka memperolehi pahala di sisi Rabb mereka. Tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 262)

Allah swt. berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah kamu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti perasaan si penerima, seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu jadilah batu itu bersih (tidak bertanah). Mereka tidak memperolehi sesuatu pun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Al-Baqarah: 264)

Dari Abu Hurairah ra. Nabi saw. bersabda, “Tiga orang yang tidak akan Allah ajak bicara pada hari kiamat, tidak pula Allah melihat kepada mereka dan juga tidak mensucikan mereka, serta bagi mereka azab yang pedih.” Abu Hurairah berkata, “Rasullullah mengulanginya tiga kali”. Abu Zar berkata, “Sungguh rugi, siapakah mereka wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Musbil (lelaki melabuhkan pakaiannya melebihi mata kaki (sifat megah diri)), orang yang mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang menjual barang dagangannya dengan sumpah palsu.” (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, “Anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)

Published with Blogger-droid v2.0.2

Friday, 14 October 2011

Pesan Ibu 0004 Pintu Iman

Ikhlas itu adalah warna hati yang putih suci. Tawakal dan takwa itu adalah wajah kehambaan diri kepada Ilahi dan redha itu adalah kepatuhan yang tiada berbelah bahagi.

Ketiga-tiganya adalah pintu keimanan kepada Allah. Tanpa salah satu darinya maka pintu iman tidak akan terbuka.

Jika engkau menyintai atau menyayangi seseorg selidilah dulu rasa itu dari Allah atau hawa nafsu. Kemudian jika ia dari Allah maka teruskanlah. Jika ia dari hawa nafsu maka hindarilah.

Jika engkau ingin mengikat tali persahabatan maka pastikanlah sahabatmu itu memiliki tiga perkara iaitu Iman Islam san Ehsan.

Dia mesti sangup menasihati dan dinasihati dalam perkara HAQ. Dia mesti berani menentangmu bila engkau berlaku salah dan berada disisimu bila engkau dalam kebenaran.

Dia memulakan pertemuan dengan mu dgn memberi salam dan mengakhiri pertemuan dgn salam jua.

Jika itu engkau dapati maka ikatlah persahabatan dengannya.

Ikhlaskan hatimu dan ingatlah Allah dlm setiap perbuatanmu. Kerana selain dari itu pasti hatimu dan perbuatanmu akan dikuasai oleh kekangan hawa nafsu mu.

Sesungguhnya hawa nafsu itu melupakanmu kepada Allah dan mengingatkanmu kepada dunia......

Awalilah setiap perbuatan dengan Bismillah berbuatlah dengan ArRahman dan ArRahim kemudian akhirilah dengan Alhamdulillah. Insyaallah engkau akan dilimpahi keberkatan....
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, 12 August 2011

Pesanan Ibu 0003: Munafikkah anda?

Salam Ramadhan...
Sedikit ilmu untuk dikongsi dan disimpan untuk future reference bagi diri sendiri dan anak-anak. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari mempunyai sifat-sifat seperti ini....

Di dalam Al-Qur'an ada menyebut: 

'Sesungguhnya yang mengadakan-adakan pembohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta' (An-Nahl: 105) 

Di dalam hadis ada disebut: 

'Tanda munafik itu ada tiga: bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir dan bila bersumpah, dia langgar' (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) 

Di dalam riwayat Muslim: 'Sekalipun dia sembahyang dan berpuasa dan menyangka bahawa dia muslim.' 

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: 'Empat perkara yang jika dilakukan bererti dia munafik sejati, sesiapa yang ada dalam dirinya salah satu daripadanya, bererti dia mempunyai satu ciri munafik sehinggalah dia meninggalkannya; bila diberi amanah dia khianat, bila bercakap dia berbohong, bila bersumpah dia melanggarnya dan bila bergaduh dia berlaku keji (jahat).' 

Kerana itu diriwayat dari Abu Bakar al-Siddiq (hadis marfu' dan mauquf): 'Bohong itu menjauhkan iman.' 

Semua ini menunjukkan kepada kita betapa kejinya pandangan Islam terhadap sifat bohong. Islam mendidik umatnya menyucikan diri daripadanya, sama ada bohong itu akan mengakibatkan kemudaratan atau tidak. Cukup dengan hanya berbohong dan memberitahu yang bukan kenyataan, maka ia menyerupai munafik. 

Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Hendaklah kamu bersifat jujur kerana jujur itu memberi petunjuk kepada kebaikan, kebaikan pula memandu kepada syurga. Seseorang itu sentiasa berlaku jujur sehinggalah tertulis di sisi Allah bahawa dia seorang yang jujur. Jauhilah berbohong kerana bohong membawa kepada perbuatan keji dan perbuatan keji pula membawa kepada neraka. Seseorang itu akan sentiasa berbohong sehinggalah tertulis di sisi Allah bahawa dia adalah pembohong.' (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan mensahihkannya)

Percakapan adalah cara untuk menyampaikan maksud, maka setiap maksud yang terpuji boleh dicapai dengan berkata benar dan berbohong. Berbohong haram. Jika boleh tercapai maksud dengan berbohong dan tidak berkata benar, maka ketika ini berbohong itu harus, jika menghasilkan maksud itu juga harus dan menjadi wajib jika maksudnya wajib. 

Sekalipun tidak tercapai tujuan peperangan atau usaha mendamaikan pertelingkahan atau mengubah hati mangsa jenayah kecuali dengan berbohong, maka ia menjadi harus. Kecuali ia boleh dikawal sekiranya mungkin, kerana apabila dibuka pintu bohong ke atas dirinya, maka dia takut untuk bersemuka dengan sesuatu yang tidak diperlukannya dan kepada sesuatu yang tidak melampau had keperluan. Maka jadilah pembohongan itu hukumnya haram pada asal kecuali kerana wujudnya keperluan tertentu. 

Yang menunjukkan kepada pengecualian ialah apa yang diriwayatkan dari Ummu Kalthon yang berkata: 'Tidak pernah aku mendengar Rasulullah s.a.w. memberi ruang kepada berbohong kecuali tiga: Seseorang yang berkata sesuatu dengan tujuan untuk mendamaikan, seseorang yang berkata sesuatu ketika peperangan dan isterinya bercakap dengan suaminya.' (Riwayat Muslim) 

Katanya lagi: 'Rasulullah s.a.w. berkata: Bukanlah pembohong orang yang mendamaikan di antara dua pihak dan berkata baik atau menimbulkan perkara baru.' (Disepakati atasnya) Asma' bt Yazid berkata: Rasulullah SAW bersabda: 'Setiap pembohong ditulis pembohongan kecuali seorang yang berbohong untuk mendamaikan dua puak (Muslim) yang bergaduh. (diriwayatkan oleh Ahmad dengan ada tambahan dan ia di sisi Tarmizi ringkas dan dikatakan hasan) 

Katanya lagi; 'Ketiga-tiga ini disebut sebagai pengecualian dengan jelas dan pada maknanya apa yang selain darinya, apabila bersambung dengan maksud yang benar dengannya atau selain darinya.' 

Mengenai hartanya, seperti seorang zalim yang hendak merampas hartanya dan dia (si zalim) pun bertanya mengenai hartanya itu kepada orang tersebut. Dia boleh menafikannya atau kalau tidak sultan akan mengambilnya. Kemudia dia bertanya mengenai perbuatan keji di antaranya dengan Allah yang telah dilakukannya. Dia juga menafikannya dan berkata: Aku tidak mencuri ataupun berzina. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sesiapa yang mendekati sesuatu perbuatan jahat maka hendaklah dia mohon perlindungan dengan pelindung Allah.' Demikian bererti bahawa mendedahkan perbuatan jahat adalah satu perbuatan jahat juga. Seseorang itu hendaklah menjaga darah dan hartanya dari diambil secara zalim dan maruahnya dengan lidahnya sekali pun dengan berbohong. 

Mengenai maruah orang lain, seperti dia ditanya tentang rahsia saudaranya. Maka dia perlu menolak dan memberikan jawapan mendamaikan di antara dua pihak, mendamaikan nafkah di antara isteri-isterinya. Akan tetapi ada had pada berbohong, dilarang berbohong sekali pun dia benar pada tempat-tempat yang boleh melahirkan perkara-perkara bahaya. Maka hendaklah dia menghadapi kedua-duanya dan menimbangkannya dengan adil. Apabila dia sedar bahawa bahaya yang akan terjadi akibat berlaku benar lebih terhasil dari kaca mata syarak daripada berbohong, maka dia boleh berbohong. Jika maksud berbuat demikian itu lebih hina daripada maksud berlaku jujur, maka hendaklah dia berlaku jujur. 

Kadangkala bertembung dua perkara boleh membawa kepada serba salah. Ketika itu, adalah lebih baik untuk cenderung ke arah berlaku jujur kerana bohong hanya diharuskan kerana keperluan atau sesuatu hajat yang penting. 

Perkongsian ilmu dari: Pak Ngah 



Don't be afraid of being right by TELLING THE TRUTHS, it's better to hurt some by truths than to KILL MANY BY LIES!!!!!!!!!!!!!

Friday, 10 December 2010

Pesanan Ibu 0002: Ujub

Salam Jumaat dan Salam Maal Hijrah 1432H !
Tahun dah baru, so azam pun kena baru...
Content belog pun kena lah baru-baru...
Semua serba serbi kena baru...
Anak pun dah nak ada yang baru... woot!woot!

Anyway, these are some useful info bagi yang tidak mengetahui sebelum ini dan saya juga tidak sedar kadang-kadang seringkali juga membuat kesilapan seperti ini.

Nota:
Diharap dapat baca dengan hati yang terbuka. Bacaan ini bukanlah menggalakkan kita semua menjadi judgmental tetapi harapnya bacaan ini dapat "put things into perspective" dan buat kita menilai dan memahami kewajipan sebagaimana yang dituntut agama, inshaAllah.

Ujub itu ialah salah satu penyakit hati. Ia banyak terkena kepada orang pandai, orang yang banyak ilmu seperti ulamak, ahli ‘abid dan juga para pemimpin. 

Apa yang dimaksudkan dengan ujub? Iaitu mengkagumi diri sendiri atas kerana kelebihan atau keistimewaan yang ada pada diri. 

Contoh, berlaku kepada orang pandai. Bila ada ilmu lebih sikit daripada orang lain, boleh pula bercakap dan memberi idea, timbul rasa dalam hati, 

“Pandai juga aku ini”, 
“mana ada orang yang sebaik aku dalam memberi idea ini”.

Perasaan seperti inilah yang dikatakan ujub. Dia memuji dirinya sendiri. Dia kagum dan tertarik dengan kelebihan yang ada padanya. 

Contoh lain, ahli‘abid atau dikenali sebagai ahli ibadah bilamana boleh bersembahyang banyak dari sembahyang fardhu ke sembahyang sunat, lepas itu, sembahyang lagi sehingga 8 ke 10 rakaat. Terdetik kata-kata di dalam hatinya, 

“Tak ada orang lain boleh buat seperti aku”, 
“boleh tahan juga aku ni”. 

Begitulah penyakit ujub itu, ia boleh datang ke dalam hati manusia dalam keadaan manusia itu sedang beribadah kepada Tuhan.

Apa ubatnya kepada penyakit ini?

Kenali Tuhan dan faham peranan Tuhan, itulah yang dapat mengubati penyakit ujub. 

Bila Tuhan dikenali, peranan Tuhan difahami, akan terasa di hati betapa Maha Besar, Maha Pemurah dan Maha Penyayangnya Tuhan. Akan terasa di hati, segala nikmat yang kita dapat sebenarnya dari Tuhan. Juga, segala pujian itu selayaknya adalah untuk Dia. 

Kita tak hebat tetapi yang hebatnya adalah Tuhan. Tak akan kita dapat sedikitpun kelebihan, baik kepandaian,boleh berpidato, boleh beribadah dan sebagainya melainkan dengan izinNya.

Dialah yang menentukan. 
Dialah yang memberi kelebihan itu. 
Mana mungkin kita boleh menafikan semua itu?

Rasa-rasa seperti inilah yang disebut sebagai rasa bertuhan. 

Hanya dengan rasa bertuhan sahaja, kita akan dapat menangkis ujub. 

Hanya dengan rasa bertuhan otomatik akan datang rasa kehambaan dalam diri. 

Sesuai dengan status kita sebagai hamba, mana boleh hamba “claim” yang dia mempunyai?

Mana mungkin hamba itu kata yang dia memiliki itu dan ini? 

Memang kalau hamba itu tetaplah dia hamba. 

Hamba tidak mempunyai dan memiliki. Sebaliknya, hamba itu dipunyai dan dimiliki. 

Walaupun ada kelebihan pada hamba, kelebihan itu dipinjamkan. Kelebihan itu diberikan sementara. Hak mutlak ada pada Tuan. Hamba hanya pakai sementara. Hamba hanya dapat bilamana Tuan izinkan. Hamba tak akan dapat kalau Tuan tak beri.

Begitulah juga hubungan hamba dgn Tuhan. Ia mengatasi hubungan hamba dgn Tuan. Tuhan kita adalah Tuan pada segala Tuan. Dia adalah raja segala raja. Dunia seisinya adalah kepunyaan Dia. Termasuk kita manusia adalah kepunyaan Dia. 

Jika kita faham begini, maka mudahlah untuk kita selamatkan diri kita daripada ujub. Kenapa perlu bangga atau kagum dengan kelebihan pada diri. Ia boleh datang dan pergi, bergantung pada kehendak Tuhan. Ia adalah nikmat dari Tuhan dan kalau kita pandai mengambilnya, akan jadi rahmat yakni berserta kasih sayang Tuhan. 

Tetapi kalau kita salah cara menerimanya, makaia jadi bala’. Ia adalah nikmat Tuhan dalam bentuk istidraj. Kita akan sentiasa dalam kemurkaan Tuhan kecuali kita bertaubat dan membaiki kesilapan kita.

Marilah kita ambil berat tentang penyakit ujub ini dan selalulah memeriksa diri agar kita terselamat darinya. Moga-moga panduan serba ringkas ini,dapat memberi kita ilmu tentang penyakit ujub dan cara mengatasinya.

Reference:
http://abihaiqal.blogspot.com/search/label/Ujub

p.s.
Imam Syafie berkata, “Sudah sepatutnya seorang alim memiliki amalan yang tersembunyi, hanya Allah dan dirinya saja yang mengetahuinya. Amalan yang dinampakkan pada manusia akan sedikit sekali manfaatnya di akhirat.”

“Sesungguhnya Allah mencintai hamba yang bertakwa, hamba yang hatinya selalu merasa cukup dan yang suka menyembunyikan amalannya.” (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu." - Sahih Muslim

Tuesday, 5 October 2010

Karma #5 Eat ♥ Pray ♥ Love

".....have you lost touch
with who you are
then risk everything
and let yourself go....."

♥ Julia Robert - Ohhhh how i adore her so very much! She's shooo beautiful. Pretty woman! I still remember when my mommy gave to me my birthday card (i can't remember what year hehe!) and she paste a paper cutting of Julia Robert, hurmm I wonder whether i still keep the card or not. FYI, I have one huge box containing of all the cards, letters, postcards, brochures which I've been collected it since I was in school. Sayang nak buang bila orang dah bagi cantik-cantik. Especially card yang kawan-kawan buat sendiri. It shows that it is made sincerely for me. This brings me to the first day when I move out from my parents house, my hubby pelik cos I have a plenty of collection of "papers" which bring no meanings for him. Well, derrghhh mr husband, it's all MEMORIES!
Ever since the first time I love him, I've seen me inside him.
Everything seems so right being with him.
But not until that day, he's the one who made me lost again....
lilyabdghafar


Anyway, here I share the synopsis of the movie which I tak dapat nak pergi tengok kat cinema (dah dua tahun kalau tak silap tak jejak kaki kat TGV tuh semuanya kerana Cik Jasmin kita!)


Liz Gilbert (Julia Roberts) had everything a modern woman is supposed to dream of having – a husband, a house, a successful career – yet like so many others, she found herself lost, confused, and searching for what she really wanted in life. Newly divorced and at a crossroads, Gilbert steps out of her comfort zone, risking everything to change her life, embarking on a journey around the world that becomes a quest for self-discovery. In her travels, she discovers the true pleasure of nourishment by eating in Italy; the power of prayer in India, and, finally and unexpectedly, the inner peace and balance of true love in Bali. Based upon the bestselling memoir by Elizabeth Gilbert, Eat, Pray, Love proves that there really is more than one way to let yourself go and see the world. (Source: Sony Pictures Releasing International )



But i have no worries, this is still helping ,

It is much much much more comfortable enjoying every single scene on my own bedroom..... (while kopek-ing Jasmin)


p.s.  

".....I'll find my love right after finish supper and start my tahajjud....."lilyabdghafar

Monday, 4 October 2010

Congrate!

Kemas rumah. Check!
Cuci bilik air. Check!
Sapu sawang. Check!
Bagi ikan makan. Check!
Cuci berak kucing. Check!
Mandikan kucing. Check!
Cuci pinggan. Check!
Basuh kain. Check!
Sidai kain. Check!
Lipat baju. Check! 
Layan kerenah Jasmin. Check!
 Check! Check! Check!

Happy Birthday Razi!
Semoga setiap tahun mematangkan diri dan pemikiran



p.s. 4th October every year is my annual emergency leave!

Friday, 27 August 2010

Salam Nuzul Quran 1431H


Firman Allah S.W.T. Maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)


P.S. Semoga saya, jasmin dan kita-kita semua mendapat petunjuk dan hidayah dalam mencari keberkatan dan kerahmatan Allah S.W.T.  Amin....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails