"A GOOD WORD IS BETTER THAN SILENCE AND SILENCE IS BETTER THAN USELESS TALK"

About Me

My photo
Seremban, Malaysia
A life I live is a story, what's done is done. Where it goes from here is totally up to me. I write my own ending.

Thursday, 26 July 2012

Peduli untuk Orang Islam Rohingya #2

Ini adalah lanjutan dari entry saya sebelum ini.

 
"Mereka kini kekurangan makanan kerana kami tidak dibenarkan keluar rumah untuk membeli beras serta makanan lain di kedai. Malah, kedai milik orang Islam Rohingya diarah tutup. Yang tinggal hanya kedai puak Rakhine, tapi mereka tidak mahu menjual makanan kepada orang Islam.

Kini, semua penduduk Islam mencatu makanan. Ada yang terpaksa mencampur beras dengan tepung dan pisang supaya jadi lebih banyak. Malah, saya juga diberitahu ada yang terpaksa makan umbut pisang dan turut mencampurkannya ke dalam beras untuk dimasak."





Wednesday, 25 July 2012

Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan bagi kita semua.......

Salam.
Marhabban ya Ramadhan.
Hari ni dah masuk Ramadhan ke 4. Jujurnya, tak terlangkah lagi kaki nak ke bazaar ramadhan. Apatah lagi nak menjamu juadah-juadah dari luar.Bukan malas tapi tak teringin. Tunggulah dulu.

Ekceli, baru start puasa on Monday so that's why ada sedikit ketidakmeriahan menyambut Ramadhan pertama on Saturday hari tu. Nasib badan office bagi balik pukul lima so tak lah rushing nak balik ke rumah. Sampai pukul enam, urus urus anak dan rumah tangga dan setakat hari ini akan plan ciao ke rumah parents.

Tetapi al kisahnya; Ramadhan pertama saya berbuka dengan airmata. Itu yang indah. Insaf. Sobs. Alhamdulillah. Tuhan masih mampu berikan nikmat untuk menghadapi Ramadhan kali ini bersama anak-anak.

Bukan itu juga, Tuhan juga beri saya suatu ruang dan peluang untuk jadikan saya seorang yang makin bersabar. Saya redha kerana setiap ujian itu adalah peluang bagi saya untuk tuhan menerima taubat saya. Saya perlu  jadi seorang yang perlu berani membuat keputusan. Tak mengapa lah. Saya lepas kan Raya dahulu, InshaAllah, kerana anak-anak dahulu. Kasihan mereka.


Baiklah. Saja nak post something kat sini. At least untuk kesedaran. Sebab sejak dua tiga hari Ramadhan ni, sana sini dok gempar-gempur ngan menu menu masakan walaweyh yang kadang-kadang hari biasa pon tak pernah nak nampak menu tu. Tahniah sebab rajin masak tapi kadang-kadang perlu ada batasnya. Ai pose u'ols. Dah la tuh. Buat perut ai mendidih menggelegak jer. Hehehe. Anyway, please take note dengan apa Ustaz Azhar Idrus tweet tu. Mungkin ada baiknya kan.

Bukan semua orang semampu kita.

Bukan semua orang berada macam kita.

Bukan semua orang dapat Iftar yang sempurna seperti kita.



Sumber Mr Google
Sumber Google
Sumber Mr Google


Okay, ini adalah contoh yang tidak sihat. Tak perlu sebegini hokay!

Sumber Mr Google



Pujuklah hati. Pupuklah hati supaya bersabar.
Minta pada Tuhan. Syukur apa yang diberi.
Jika hari ini aku tidak dapat yang terbaik, mungkin hari esok Tuhan telah rancangkan sesuatu yang lebih baik untuk aku. Mudah-mudahan. Aamiin ya rabb....

Friday, 20 July 2012

Ramadhan 1433H



"As we enter this blessed month of mercy, 
I give you this advice to myself first, 
and to you all: 

Don't let this Ramadan be just a holiday of rituals. 
Don't finish reading the Quran without it transforming you. 
Don't feed your body at suhoor, but starve your heart of Qiyam. 
Don't reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. 

Seek Him, you will find. 
Take a sincere step towards change, transformation, redemption.
If you do, you will find Him in front of you. 
Find Him this month. 
He's been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you'll find. 
Walk and you'll arrive." 
Yasmin Mogahed


SALAM RAMADHAN AL MUBARAK  1433H
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DAN SEMOGA AMALAN KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN KITA MENDAPAT KEBERKATAN DARI ALLAH SWT.

TRULY,
LILY & ADAMIN

Wednesday, 18 July 2012

Friday, 13 July 2012

Pesan Ibu #11 Ala Carte

Terjemahan Surah Al A’raf, Ayat 31 Yang Bermaksud:
"Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat beribadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang melampaui batas"

Melalui Surah Al A'raf Ayat 30 Allah Swt menyebut Dahulu Akibatnya:
"Sebahagian (dari umat manusia) diberi hidayah dan pertunjuk oleh Allah (dengan diberikan taufiq untuk beriman dan beramal salih); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhak mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan Syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. Serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada dalam pertunjuk hidayah"

Dalam Surah Al-Furqan Ayat 67 pula Alla hSwt Berfirman:
“Dan orang-orang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebih, dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”

Kerana Islam menggalakkan sifat sederhana dalam perbelanjaan dan penggunaan. Menyederhanakan perbelanjaan bermaksud berbelanja ‘minimum’ setakat yang dapat mengawal / menahan kehendak nafsu dan berlebihan dan tidak pula memudaratkan / menghalang penerusan kehidupan manusia yang baik.


Wednesday, 11 July 2012

WW #25 Happy Adam!


WW #24 Hunter's Celebrity

NST Motor Hunt 2012, News Straits TIme, 09 July 2012

Ewah, hubs statement, tak hengat! 
Mandi bunga.....!!?
Jangan jadi lain sudeehhh.... :)


More news here!

Tuesday, 10 July 2012

"Burger Bakar Rawang" di Seremban

Type : KLCC

Ini cerita jalan-jalan carik makan last Froiday nite.

Ingat nak pekena Mee Rebus somewhere area Senawang. Sampai je depan kedai sudah totop pulak.

Saya yang sangat hampa kecewa sebab teringin sangat nak try mee rebus yang pernah di highlight by one of the blogger masa saya blogjogging tempoh hari; terus googling something dalam kepala otak....

....aaaaaand suddenly teringat my sister cerita pasal burger bakar earlier petang tu yang dah bukak cawangan dekat Senawang, somewhere near Bomba Senawang. So apalagi, sepantas F1 car hubs drive mencarik the kedai stall.

Pencarian kami tak menghampakan. Cuma lokasinya sedikit hampa. Terlalu ceruk di hulu tembok pagar Balai Bomba.  Tapi the grill man sangat gigih mencari rezeki. Minta tuhan permudahkan urusannya dan murahkan rezekinya. Jangan sok-sok dah kena sodok dek jentolak pihak authority sudah. Uppppsss... *seriously, they deserve to have a better place for business, i guess*

The stall sangat basic. Ada dua stall for preparing the burger and one more stall to prepare the drinks. Ada juga disediakan kerusi dan meja in case nak makan di situ.

But I don't think boleh take away kot kalau amik burger type KLCC yang macam saya order tuh.

Berdasarkan suasana stall, so kami ingat harga-harga burger mereka padanlah dengan keselesaan yang diberikan. Saya silap! Tapi apedehal ngan sume tu jika nak dibandingkan makan burger bakar tiga tingkat berlandaskan cheese tiga keping serta sayur-sayuran bersalut mayonis. Ohsem!

Siapa yang pernah mencuba Burger Bakar Rawang ni mungkin mereka tahu harga sebenar mereka. Kalah Burger King okay!

Anyway the lady owner sangat friendly dan masa saya pekena burger bakar ni diorang baru bukak 6 hari.

Good luck for them. Lepas ni harap mereka boleh berpindah ke kedai yang lebih selesa pula yang jaraknya lebih kurang 100m dari stall mereka. Sekian.




Friday, 6 July 2012

Pesan Ibu # 0010 NUR



"Hanya dengan nur iman manusia dapat membezakan antara kebenaran dan kebathilan. Pada zaman sekarang hendak membezakan antara kedua ini, seperti hendak membezakan benang putih dari benang hitam dalam keadaan gelap gulita. Hanya kalau ada cahaya didalam hati barulah kita dapat membezakannya."



psst.... untuk kemusykilan entry WW#23 tempohari; walau apa pun bentuk ,rupa, beza, rasa, filling, ia tetap apam.

Thursday, 5 July 2012

IKLAN # TEFAL Warehouse Sale

Huhuhu.... Rasa-rasa ada yang nak top up atau nak buat koleksi periuk belango kek dapo umah masing-masing, JOM borong kat warehouse sales ni. Promotion until 7th July nih. 

Up to 70% tuuuuuu.....

Anyway, the promo not just periok belango, but oso ada electrical appliances and other kitchenwares.... Not just TEFAL but oso ada few other brands. Bagi saya yang kurang berkemampuan ni, so yang mahal-mahal yang kadang-kadang tak mampu nak beli ngan duit gaji kita yg ciputmiput ni SO time ni la waktu yang sesuai nak berbelanja.

Ekceli, sales ni kat bawah opis jer; so, apalagi, lunch time tadi dah gi menjengah, so hari ni balik umah, mintak approval dari bapaknye dan tomolo bole borong sebuah dua buah mau pun tiga buah kuali non-stick Tefal. Huhu ai loike!


So apa lagi, kemon kemon all the housewives ( tak housewives pon bole), kita tambah koleksi periok belango kek dapo kito!



Tuesday, 3 July 2012

My 3rd Belog Anniversary

3

Happy Birthday Belog!

Alhamdulillah masih mampu berdiri selepas penat merangkak dan bertatih.




p.s. thanks untuk sahabat yang masih sudi membaca every now and then. Raso macam nak belanjo nasik lomak daun pisang omak den buek mo lempeng pisang cicah kelapo abah den yang buek. Maun?

Monday, 2 July 2012

Dejavu Di Kundasang......

*credit to Tiz Zaqyah Instagram


Teehee... suppose-nya the title Dejavu di Kinabalu....
Hadoi... tengah syok layan cerita ni. 
Oh....... separuh hatiku sudah berada di sana......

Naughty Adam #4



His weekend tantrum. Baru dapatttt....!!!!



Published with Blogger-droid v2.0.6

Sunday, 1 July 2012

MAHA 2012, Seremban

Semalam baru ada masa nak menjenguk MAHA 2012 yang dah berlangsung sejak Isnin lepas walaupun letaknya tak lah jauh sangat dari kawasan rumah dan very nearby to STAR of Paroi. 

Biasalah... alasan cliche; tak sempat nak pergi sebab biasanya balik dari KJ sampai rumah dah nak Maghrib dan memang la sejurusnya tiba di depan pintu rumah, my night shift akan start pulak. 

So, untuk keselesaan my kiddos, semalam petang memang seswai sangat taking them to MAHA, cuaca tak berapa nak panas tapi visitors toksah cakap lah, memang crowded sangat!

Adam dan bapaknye memang tak dapat dipisahkan dengan thrill action cenggini. *View diambil dari atas lori A&W*
Memang tak sah lah kalau tak ada mereka-mereka ni. SO HUGE the moo-moo cow!

Orchids. Colorful. Always being my favourite!
Anyway, kebanyakan exhibiton kat MAHA di okay okay je lah tapi dalam banyak-banyak khemah dan booth yang ada di MAHA 2012 ni, exhibition tentang pokok-pokok HERBS yang paling menarik minat saya. Bagi saya pokok-pokok herba ni memang paling senang nak dapat, senang nak jaga, dan juga memang banyak kegunaannya. 

So, kerja saya petang semalam adalah men- "snap" all the description of the plants. Sangat membantu okay. And I'm thinking of having my own herbal garden soon, "Lilly's Edible Garden" . *but not so soon lah hehe*

Kiddos dan bapak mereka di hadapan entrance khemah herba
Inspirasi
DUKONG ANAK - rawatan kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa, cirit birit, gatal-gatal dan jaundis. Juga mempunyai sifat antivirus terutama viris Hepatitis B.

HEMPEDU BUMI - menurunkan darah tinggi, melegakan demam, ubat luka

ATI-ATI - merawat sakit mual-mual, sakit kepala, masalah pencernaan, sembelit, demam dan perut kembung

KEMBOJA - merawat bengkak badan dan bisul (tapi ini bukan pokok kemboja tapi pokok lavender, batang tu je pokok kemboja)

GELENGGANG - merawat pelbagai jenis penyakit khususnya berkaitan dengan rawatan penyakit kulit seperti kurap, panau, gatal-gatal dan gigitan serangga berbisa. Boleh digunakan untuk merawat sakit perut dan sembelit.

MISAI KUCING - Rawatan untuk ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam dan melawaskan air kencing.

ROSEL - Mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, awet muda`

SAMBUNG NYAWA - Demam, penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkongan, menghentikan pendarahan, mengatasi haid tidak teratur dan gigitan binatang berbisa, bekuan darah (haematom), pembengkakan, patah tulang.


MAS KELOR - Merawat luka, daunnya sebagai ulam untuk pembersih darah dan kurangkan kandungan gula da kawal tekanan darah

BUNGA LAVENDER - Sebagai salah satu bahan untuk pati minyak wangi

MAS COTEK - Untuk wanita selepas bersalin, juga rawatan penyakit keputihan, dan melawaskan peredaran haid. Sesetengah wanita mengamalkan minum teh emas cotek sebagai tonik kesihatan untuk mengekalkan keayuan dan awet muda.

BELALAI GAJAH - Mengubati dermatitis, penawar kepada racun dari gigitan ular
Okay, sekian berita dari MAHA 2012. Tapi dalam banyak-banyak booth kat situ, saya rasa booth barang-barang mainan yang paling ramai tumpuan. Huh!

Okay, kejap lagi nak gi lagi ke MAHA 2012 to kill our time kat sana. Ye lah, mana lagi nak pergi on Sunday evening kat Seremban ni; kalau tak biasanya akan ke Kompleks Belia bawak Kiddos ke taman jogging tapi today since dah ada exhibition MAHA 2012 ni, so ke situ je la arah tujuannya. Carik makaaaannnn... :p

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails