Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

10th : HabluminAllah wa Habluminannas

Susahnya nak cari my first word dalam belog ni. It's like an annual report pulak since my last post was on November last year. And today ai comeback with my new write up and now it's already middle of December. How time flies and how time really taught me about life.

Life.
Yes, life.
The journey.
Lyraz is now 10th.
Siapa sangka, we have made this far.
Four kids has completed us. A family. 
Jasmin, Adam, Orked & Airis. Yang mana Allah amanahkan dan tanggungjawabkan hingga di Masyar kelak.

Our story is more too beautiful for me to share.
We have been riding the waves, walking on the sands and flying high to the highest sky that we could ever reach. So much of unforgettable moments for me to describe as ai feel that i am the luckiest woman on earth.

Aku tak harapkan untuk kau baca semua ini. Tapi aku tulis semua ini supaya suatu hari nanti, bila sudah tiada jalan for both of us, at least this will make you know how ai still make an effort to make everything good again. 

We have gone through with so many things we can't never predict; from the greatest happiness of our lives until to the betrayal and sadness and beyond it, and through thick and thin, high and low together dan apa sahaja. Sampai satu masa, i thought that nothing in these world could make us apart. Anyway, i'm wrong. 

Aku lupa dan aku leka, above of all, Allah itu yang nombor satu.
Allah boleh bagi bila-bila masa dan akan akan ambil bila-bila masa ikut kehendak Dia.

Aku tak pernah menyalahkan siapa-siapa dengan apa yang jadi pada diri aku atau sejahat mana pun kau sekarang. Apa juga yang aku hadap sekarang mungkin dari kesilapan dan kifarah dosa aku yang lalu dan ini juga adalah kehendah Allah. Sepahit ujian ini pastinya ada hikmah yang manis di hujung perjalanan aku. May Allah forgive all the evil hearts towards us. Buat atau cakaplah apa pun, i've seen all the dark side of them and ai ask Allah to give them more love so that it will heal their sick heart. 

Sept'23rd, 2017
Aku harap kau jumpa fitrah kau kembali. Kalaupun kau harap aku untuk tunggu kau kembali, aku tunggu. Walaubagaimana patah pun hatiku pada masa lalu, patah lagi hatiku untuk melihat anak-anak terus menjauhi aku di masa depanku.

Kalaupun tiada ruang untuk aku terus berada diantara kamu, jiwaku selalu berada di dalam hatimu, anak-anakku. Memerhati setiap gerakmu dari setiap arah tanpa kamu ketahui dan penyaksian ini antara yang akan aku abadikan untuk setiap ingatan memoriku. 

10th.
Sept'23rd, 2017.
No one is sent by accident to anyone. Qada' dan Qadar Allah itu jelas. Hubungan dengan Allah itu wujud. Hubungan sesama makhluk itu fitrah. Dua- dua kena jaga. Kalau lurus hubungan aku dengan Allah maka lurus juga hubungan aku dengan orang-orang yang aku sayang. 

Jalan takwa itu tidak semudah yang aku sangka. Aku tak maksum. Aku juga bukan malaikat. Istiqamah itu tak semudah ayat-ayat pakar-pakar motivasi yang aku selalu kongsikan di socmed aku setiap hari. 

Untuk aku imbas segala cerita indah antara aku dan kau, pastinya tidak akan cukup di ruang belog ini untuk aku luah. Dan ingatan pahit kita juga sama banyaknya untuk aku simpulkan.

Aku tak pasti apa yang kau cari lagi. Aku sudah puas mencari diri aku dan aku sudah pun dapat jawabnya. Tak perlu pandang jauh, semua ada di depan mata; anak-anak kita. 

Ai ask Allah everytime untuk keluarkan aku dari keserabutan ini. Allah tidak akan membebani aku dengan suatu ujian yang mana mungkin aku takkan kuat untuk mengharunginya . And ai believe as same as Nabi Yunus berdoa dan bertawakal, pergantungan kita pada Allah in sha allah will lead us to Jannah.

Everyone wants happy ending story and so do ai. Pray for us. 

Happy new year! 


Monday, 14 April 2014

Skin care class dengan jiran-jiran saya

Dah terok sangat pulak rasanya kalau tiap kali up entry sumenye stock cerita berair mata.

Move on lilly. 
Let go; 
all of the sadness, the sorrow, 
sent away all the negative thoughts. 

Ini entry tertunda yg sepatutnya ai published on 3rd march but all my planned turn upside down. 
God knows y...

Kesempatan sejak duduk rumah baru yang dah pon genap setahun dan untuk mengenali my neighbour sebelah-sebelah rumah, so sahabat-sahabat wanita lorong rumah saya planned untuk buat aktiviti suai kenal dan ramah mesra. 

Secara kebetulan, my adik from my college dulu wanted to come over to my house sebab nak buat demo tentang kecantikan. So apalagi, alang-alang orang nak datang nak kongsi ilmu, we planned to have a skin care class and invited all the housewife yang interested nak belajar teknik penjagaan kulit muka. 

So ai sugggested untuk buat skin care class as we all know how wanita sangat dekat dengan kecantikan dan mostly that will interest us more. 

The representative of Mary Kay, Ms mira as the beauty consultant has shared some of the tips on how to take care of our skin.


Honestly, it benefit us a lot. We learn the technics in terms of how we actually have  to take a good care of our skin especially our face. She actually shared the correct technic how to applied the cleanser to our face yang kebiasaannya we all just tenyeh ikut suka hati sebab nak kejar masa. 

Not just that, she also gave us some motivation for us to have confidence in life by changing our daily appearances not just applying the make up but also how we wear our cloth, our hijabs and so on.

At the end of the class, we had a lipstick party which mean everyone of us was given a lipstick to try and we had to kiss on the paper given. The shape of our lips determined our personality.

Indeed it was a very knowledgeable class for us and apart from that we got to know each other more. :)

The youngest participant of the day... :P

Bila ada perjumpaan kaum wanita ni, memang tak sah kalau tak buat potluck party. So every one of us have to bring our own signature dan lepas habis kelas boleh la rasa air tangan mak-mak ni semua. 

Big thanks to the owner of the Tadika Tunas Ilmiah; Pn Yani sebab allowed us to use her place and utilised some of the facilitise kat tadika dia. 

We plan to have a gathering soon. We share everything now in our wassap group and share some ideas and plan to have few activities such as aerobic session, netballing, usrah and even cooking class in the near future.

Some of the food that we brought for potluck. Yums! Yums!

Tuesday, 1 April 2014

Jusmaitusen : Urusan Suku Tahun Pertama Saya



CreamPuff with Vanilla Cream Diplomat Filling 
*nomnomnom*
Wah. Macam tajuk jurnal ekonomi pulak. 

And heyyyy, it's April oredi! Moving on to my new phase of life and let go everything yang buat kita rasa sedih yang hanya akan ruin my life. Trying to be positive semampunya and the rest ai just leave it to God. In Sha Allah mintak Tuhan permudahkan.

Hari ni memang nak cerita pasal ekonomi walaupun saya tak pernah grad dalam bidang ekonomi; even tak pernah sentuh pun subject ni masa secondary school dulu. Ni hanya basic ekonomi untuk orang yang makan gaji macam saya.

Sebelum ni ada few items yang saya tak kisahkan sangat sejak mula-mula makan gaji dulu. Anyway, bila kita dah berjumpa dan bergaul dengan pelbagai jenis orang dan bekerja dengan beberapa majikan, as an employee baru kita tahu, apa yang perlu kita buat dengan income kita, khususnya.

It's going to be a very loonggg reading for today but I hope it will benefit some of you yang tak tahu apa yang hak sebagai seorang pekerja atau untuk jenis majikan yang hanya kisah tentang periuk nasik diri sendiri aja dan buat buat tak tahu tentang kebajikan-kebajikan pekerja; yang bukan hanya kesah nak jaga punch card biru merah aja! 

______________________________________________

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


"KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka. " - KWSP

Caruman ini sangat penting terutama untuk orang makan gaji macam saya sebagai skim persaraan inisiatif kerajaan Malaysia. 11% dari gaji saya setiap bulan dipotong untuk simpanan hari tua saya di sini. Untungnya di sini, bukan kita sahaja yang menyimpan dari potongan gaji setiap bulan tetapi majikan juga perlu membayar 13% kepada pekerja sebagai simpanan hari tua pekerja.

Dividen untuk caruman saya bagi tahun 2013 adalah 6.35%. 

Alhamdulillah, simpanan untuk hari tua ini berkembang juga walaupun nampak macam sikit. Sikit-sikit pon, saya yakin lama-lama jadi bukit.

KWSP terbahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2; dimana Akaun 1 adalah fix dan hanya boleh dikeluarkan apabila umur saya 55 tahun. 

Manakala Akaun 2 boleh dikeluarkan semua atau sebahagian amaun pada umur 50 tahun tetapi saya juga tak perlu risau, andaikata saya ada masalah untuk bayaran rumah setiap bulan, pihak KWSP memberi kelonggaran kepada pencarum untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah paling maksimum untuk 6 bulan. Actually, ada beberapa perkara lagi yang mereka considerkan bagi pengeluraan Akaun 2 ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh masuk sini

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

"Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian." - PERKESO

Tak ramai kita-kita ni aware dengan kebaikan PERKESO ni. Ye lah, dengan adanya variety of insurans kat Malaysia ni, PERKESO ni orang pandang enteng aja. 

Actually, sebagai employer, dan demi menjaga kebajikan setiap para employee, not only the employee aja yang perlu bayar ke PERKESO, employer juga perlu keluarkan bayaran mengikut percentage yang ditetapkan berdasarkan gaji employee.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) E-Filing


"Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara." - LHDN





Haaaaaaaa.... yang ni paling saya tunggu setiap tahun. Bila dapat je EA form dari majikan on February, mmg saya tak sabar nak tunggu March. This time la saya nak tuntut balik lebihan bayaran tax saya tahun lepas. 

Period of declaration is between 1st March until 30th April, every year.

The earlier I do my e-filing, the earlier I can get mx tax return.

Alhamdulillah, hari ni saya dah dapat tax return saya dan tgh kira-kira ni untuk clearkan hutang dan supiiinnnggggg. Aherherherhreher.


Zakat Pendapatan


"Sedekah dan zakat, dua perkara yang sama namun berbeza. Sedekah itu meliputi sama ada sedekah sunat mahu pun sedekah wajib. Sedekah sunat adalah banyak, menghantar pisang ke masjid pada hari Jumaat misalnya, adalah sedekah. Zakat juga adalah sedekah, tetapi ia adalah sedekah yang wajib." - Lembaga Zakat Selangor

Baca lebih lanjut di sini.


Bagi pekerja yang beragama Islam dan layak baginya untuk mengeluarkan zakat perlu berbuat demikian. Pekerja yang membayar zakat pada setiap bulan akan diberi pengecualian untuk bayaran cukai. 

Ramai yang masih samar-samar dengan kewajipan yang satu ini, di mana ia juga terkandung dalam salah satu Rukun Islam.

Terdapat pelbagai jenis zakat yang biasanya kita dengar zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat harta, zakat fitrah dll. Zakat ini dibayar untuk pembersihan harta. Dikira mengikut nisab semasa setiap negeri dan bagi Negeri Sembilan nisab pada tahun 2014 adalah sebanyak RM12,564.00 Boleh lawat website Zakat setiap negeri dan mereka ada sediakan kalkulator untuk tentukan kita perlu keluarkan zakat atau tidak.

Harta yang wajib dibayar zakat adalah:

1. Biji-bijirin yang mengenyangkan seperti gandum, beras dan lain-lain.
2. Buah-buah seperti kurma dan anggur.
3. Binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing atau biri-biri.
4. Zakat wang simpanan.
5. Barang-barang galian iaitu emas dan perak.
6. Harta benda perniagaan.
7. Zakat gaji dan pendapatan profesional.

Ada orang kata kalau dah bersedekah tak perlu lagi membayar zakat. Saya tak pandai nak explain panjang lebar. Sila baca dan fahami sendiri di sini. Tepuk dada, tanya selera.




Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Awal tahun lepas saya mula melabur semula dalam ASB. Alhamdulillah, akhir tahun 2013 mereka isytiharkan dividen sebanyak 8.7% untuk pelabur. 

Alhamdulillah, dividen yang saya perolehi telah dilabur semula di dalam ASB dan this year saya tidak lagi perlu membayar installment pada bank and it will stay there for another 30 years. 

Pelbagai kemudahan sekarang bank-bank tempatan sediakan untuk membiayai pelaburan kita di ASB. Misalnya, saya senang berurusan dengan Rashid Husin sejak dari dulu lagi dan boleh walk in apply dengan RHB Easy mana-mana kiosk dan boleh tahu approval on the spot. Easy kan?


Lembaga Tabung Haji
"Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam." - Tabung Haji


And of cos, this is very important. Saya beruntung sebab untuk pendaftaran di tabung haji, saya hanya perlu keluarkan RM1300 melalui KWSP dalam Akaun 2 saya. 

Sesungguhnya saya memang perlu tunggu giliran lagi 30 tahun lah, sebab kalau nak pergi cepat memang tak terkumpul duitnya, kalau ada proses rayuan pun rasanya memang tak kan dapat nak pergi awal sebab duit simpanan masih belum mencukupi dan rasanya elok saya langsaikan hutang pituang saya yang tertangguh supaya In Sha Allah perjalanan dan ibadah Haji saya tenang dan diberkati Tuhan.

_____________________________________________

Okay, detsit the economic and my financial story dalam kehidupan saya sehari-hari. Sikit atau banyak, berkat atau tidak, Islam dah tetapkan cara untuk kita bersihkan semua hasil pencarian kita. Wallahualam.

Akhir zaman gini, makan gaji mahupun berniaga waima mintak sedekah sekali pun, pelbagai cara orang guna untuk terus dapat sara hidup keluarga. Tipu sana, tipu sini, beri riba' sana dapat riba' sini, cover sana top up sini, so many ways that we actually tak sedar pun yang sebenarnya kita semua adalah pelaku dosa setiap hari.

Dalam urusan ekonomi manusia sehari hari rasanya kalau pun nak berkata nak mengkritik mahu pun nak meluah rasa, biar relevan dengan zamannya. Tak perlu berfikiran terlalu konservatif bagaimana cara orang mencari rezeki atau dari mana SUMBERnya datang; yang umpamanya darah daging keturunan saudara mara atau sahabat sahabat realiti mahupun maya kita-kita macam tak pernah buat benda-benda yang kononnya sakit mata memandang, sakit hati merasa. 
 

Tuhan itu Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi, inikan pulak yang di bawah meja. :)

Anyway, Dia Maha Pengampun. Juga Maha mengasihani.

Buat dosa, then bertaubat; in sha allah tuhan terima. Tuhan dah janji gitu kan. 

Dan kita ni lah manusia yang paling banyak ambil kesempatan dengan peluang yang selalu Tuhan bagi, itu yang syok tak sudah dok 24/7 jadi hakim menilai orang. Cukup, tak perlu jadi gitu. 

Semoga Tuhan terus-terusan bagi petunjuk dan hidayah buat kita semua yang kadang ter-leka, ter-riak, ter-takbur, ter-belagak dan mintaknya taubat kita semua di terima Tuhan, dan harapnya ibadah kita bukan hanya di tikar sejadah sahaja.

Benda yang halus, takkan termampu kita nak lihat melalui mata kasar. Tak perlu di korek salahnya orang, kalau yang mengata juga kadangnya tersasar. Niat tak pernah menghalalkan cara. Sama kita beringat, sama kita ambil ikhtibar.

Jazakallah. :)





Friday, 14 February 2014

Tayar Pancit dan Wanita

Dalam hidup, terutamanya mereka yang berkereta, nak tak nak, sekali dua, pasti akan berdepan dengan masalah tayar. Pancit lah, meletop lah, tak dak angin lah dan et cetera.

Kalau perkara gini jadi kat kaum lelaki, nak tak nak, mereka kena la hadap, tukar tayar spare atau ganti yang baru, sama ada on site, tengah jalan, tengah hiway. Takpe, mereka gagah!

Tapi kalau jadi kat kaum perempuan macam saya, tengah-tengah highway atau jalan yang sibuk pulak, tak ke haru...?  

Terus terang cakap, saya memang tak ada kemahiran menukar tayar kereta. Langsong!

Dan dah nasib saya pagi semalam, tayar kereta saya buat hal. Nasib dah sampai Kelana Jaya dan dah masuk simpang berdekatan dengan office. Al-alamat-nya, saya call ahkak saya, then suwuh abg ipar bawak tools dan jek bagai. Nasib ado abg ipar dokek boleh selesaikan masalah. Alhamdulillah, pukul doblas tengahari smlm settle! 

Yerp, semalam pagi, agak sedikit malang, tyre black pony burst! Ye, bukan pancit tapi pecah sebab dah haus. Daym! 

Tapi dalam masa mengomel-ngomel menyumpah-nyumpah dalam hati tu, timbul rasa syukur sket sebab nasib baik dah sampai area office dan tak meletop kat tengah hiway sebab kalau meletop kat tgh hiway kemungkinan besar kereta akan berpusing dan kalau breakdown tepi hiway lagi parah siapa nak tolong datang tukar tayar takkan nak tukar sendiri pulak dan takkan nak panggil towing truck nnt kena charge mahal dan kena consider charge menipu dari mat-mat longkai yang kengkadang ni tak boleh nak percaya langsung sibuk nak amik kesempatan aje kejenye. Sigh~~~

Apa pun, like my RM said yesterday afternoon, it was my fault, my own mistake. Walaupun saya balas balik kat dia it was unexpected and what can i do more with what God has planned for me. Ecececeh...

Dia cakap, setiap rupa kereta, itu lah yang mencerminkan diri empunya kereta. Haaa... deep btol maksod RM ai nih plak. 

Then bila tanya shud ai apply for half day leave, he said, it was an extraordinary cases and bla bla bla bla.. *start syarahan dah*

Tambah dia lagi, setiap kereta perlu ada maintenance. Jalan jauh ke jalan dekat je, maintenance itu penting!

Macam tayar kereta, he advised me to rotate them every 5000KM. Yang depan bawak belakang and vice versa. Jangan lupa balancing dan alignment sekali.

Dan tayar perlu ditukar apabila dah jalan 50,000KM atau dah tiga tahun pakai, mana satu datang dulu.

Dan jangan lupa, catat dalam dairi kehidupan, tarikh tukar tayar bila untuk catatan masa hadapan dan rekod. 

Cara-cara tukar tayar?
Haha. Malas nak type bebanyak kat sini. Sila google atau tipon sahaja laki semasing atau abang, atau pak sedara atau tunggu strangers yang berhati mulia serah diri nak tolong tukarkan tayar. 

Tayar ni ahkak-in-law yang bagi sebab dia tukar rimsukan untuk pony dia dan ekceli dah dua tahun kot pakai tayar dia bagi ni. Ini lah jadinya kalau tak check tyre selalu tetapi saya pelik sebab baru dua minggu lepas saya tukar absober tayar belakang ni dan tak nampak apa masalah pon masa tu semuanya okay aje. Dugaannn....

Macam kena geget dek tikus! *atas tu adalah spare tyre*


Anyway, cuti tak tolak. Selamaaatttt....

Tuesday, 4 February 2014

Frequent Travellers Programme di Malaysia

Meh discuss serious issues meh.
Cerita tentang benefit untuk pengguna lebuhraya di Malaysia melalui program "Frequent Travellers Programme"

Sebelum tu, mukadimahnya,
 
Harga ayam naik? 
Takpe... saya jarang makan ayam. Kalau teragak nak makan pon, saya hanya carik ayam kampung yang memang sah-sah nak mampos mahal harga seekor!

Bila harga gula naik, 
saya rilek je lagi.

Bila harga petrol naik juga, 
saya dah tak senang duduk.

GST? Saya speechless sebab tak cukup ilmu ttg satu hal nih!

Naik tariff elektrik pulak? 
Saya urut dada.

Annnnd the latest, nak naik harga highway toll pulak. 
Yang ni buat saya tak tido tujuh hari tujuh malam!
Tapi rasanya, issues ni still pending lagi. Mintak-mintak tak jadi.

Semakin hari, situasi di Malaysia berubah jadi nightmare bagi saya.
Saya tak tahu orang lain, tapi ini apa yang saya rasa, cerita saya.

Mulanya saya redha dan tawakal. 
Biasalah, negara maju macam Malaysia, nak setanding dengan negara-negara maju lain, mestilah ada transformasi katanya. 

Kalau nak sentuh tentang politik, saya semahunya tak mahu pro sape-sape. Even, myself, ai hate politics sangat even tho ai know politik sebenarnya ada di mana-mana sahaja, even dalam urusan laki bini di rumah seperti saya pon macam-macam politik happened between us. Haaaaa... jangan tak tau, tapi itulah hakikat berumahtangga. Nuff said.

Okay.
Sebenarnya entry ni banyaknya nak sentuh tentang harga tol kat lebuhraya Malaysia ni.

Saya sangat terkesan bila Pak Menteri kata, 

"kalau tak nak bayar tol, boleh lalu jalan biasa."

Hamboiiiii pak montori! Sinis nampak O.o

Hakikatnya, saya adalah pengguna tegar lebuhraya di Malaysia. Laluan harian saya adalah PLUS LEBUHRAYA UTARA SELATAN (E2) dan LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE E6).

Mengikut perkiraan google map, jika menggunakan lebuhraya, masa pemanduan saya ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 1 jam 9 minit. Tapi kalau ikut keadaan trafik semasa, mungkin mengambil lebihan masa dalam 20-30 minit.

Dan ikot saya trip meter kereta saya dari Nusa Intan ke Kelana Square adalah lebih kurang 93km sehala.

Kalau ikot jalan kampung? 
Alamatnya, sok pagi saya tender resign letter lah kat boss saya!

Laluan highway? Bayaran tol? Gini ceritanya;

2 tahun & counting for more
Alhamdulillah, semasa saya terima bekerja di Kelana Jaya, saya tiada masalah untuk keluarkan sejumlah amaun untuk kos travel kerana pihak majikan consider tu give me travel allowances berdasarkan harga tol dan minyak setiap bulan saya travel. So what ai earn every month adalah gaji bersih and ai earned more berbanding jika saya makan gaji di Seremban. 

Juga ada sebab mengapa saya pilih untuk keluar dari kepompong dan zon selesa saya selama ini. Siapa yang betol ikot felow entry belog saya, mungkin ada yang faham. Dah dua tahun saya ulang alik Sbn-KJ-Sbn. 

Salah satu sebab kenapa saya tak risau masa mula saya decided untuk travel everyday sebab adanya program gini. Secara puratanya, anggaran perbelanjaan tol saya setiap bulan adalah sebanyak RM400.  

Every end of the month dan dah dua tahun saya dok claim rebate 5% dengan PLUS sebab bayaran tol saya melebihi RM100 setiap bulan.

Selain itu, dalam masa-masa perayaan juga, pihak PLUS juga memberi rebate-rebate khas khususnya untuk pengguna lebuhraya yang menggunakan sistem elektronik mereka samada touch & go atau smart tag.

Contohnya macam hari ni dan 29hb hari tu, saya dapat 20% rebate sempena sambutan tahun baru cina. Itu tak campur lagi dengan 5% rebate bagi penggunaan saya yang melebihi RM100 setiap bulan. 
Best an? an? an? 

PLUSMILE ni juga bukan setakat bagi rebate aje kejenye. Kalau rajin, boleh lawat website mereka kat sini dan sebenarnya mereka juga ada bagi special discount and offer dari merchants mereka macam hotel, F&B, health & beauty, shopping and many more.

Oh, jangan lupa register kad touch & go anda di laman website mereka, kalau tak nanti anda tak layak nak redeem rebate tu sebab no card anda tak ada dalam sistem mereka.

Selain itu, pihak kerajaan Malaysia sendiri sebenarnya memberi tambahan 20% rebate kepada pengguna lebuhraya yang menggunakan laluan tol lebih dari 80 kali.

 
 
Saya pernah claim sekali rasanya benda ni, masa ni baru mula-mula kerja dulu, hari hari lalu KESAS dan masuk METRAMAC dan terus ke Tol Sg Besi. Tapi sekarang, saya prefer lalu ELITE sebab tak larat nak layan traffic jem kat METRAMAC setiap petang saaaammmpaaai la ke Tol Sg Besi.

 Satu hari tu, konon nak gi top up touch & go sahaja, tetibe ahkak counter kat PERSADA cakap, 

"eh, adik ada rebate 20% sebab ada transaction tol 80 kali."

Wuuhuu... sonyum lebar. Save RM100 bulan tu keennn... 

Nak tau lebih cerita, sila ke sini.

 Itulah dia, salah satu kelebihan yang saya dapat dalam erti kata menjadi rakyat Malaysia.
Saya tahu, memang banyak lebih kata-kata buruknya dengan Malaysia zaman sekarang ni, especially tang high cost of living dan pesta kenaikan harga yang tak sudah-sudah.

Tapi, sekurang-kurangnya, kita koreklah sedikit kebaikan yang ada dalam negara tanah tumpah kita ni, supaya kita ni kenal rasa syukur atas nikmat-nikmat lain yang kadangnya kita sendiri tak sedar. 

Sebagaimana kita mampu didik diri kita untuk bersabar, sifat baik sangka (sifat husnuzon) itu juga perlu dididik dan dipupuk dari dalam diri juga. Memang DOA pada tuhan itu yang utamanya, tapi secara saikologinya, semua letak pada dalam diri, bagaimana nak membentuk jatidiri kita sendiri.

Saya tiada option lain. 

Public transport?
Haih lah.

Satu sebabnya kerana saya perlu kejar masa so that ai can be punctual at home, sebab suami dan anak-anak dah sedia menunggu ibu mereka balik.

Dan nanti ada masa, saya share pula kenapa saya tak mahu naik public transport berdasarkan research group project semasa di college saya pada tahun 2008. Masih valid until today hokay!

Friday, 6 December 2013

Disember 2013: Desiran Angin, Aliran Air dan Alunan Ombak.

Salam Jumaat yang gloomy.

Saja nak kongsi.
Untuk kita-kita yang masih ada sikap itu tak kena, ini tak kena.

Enuff of hatred people.
It's time to LOVE each other now.
Learn to LOVE now people!
Learn to LOVE from ur hate.
Jom kita semua UNITE.

KEYWORD HARI INI : SYUKUR. "S-Y-U-K-U-R"

Tak perlu dipolitikkan segala benda.
Ambil yang baik saja, buang yang buruk.

Sedarlah sekarang ni kita ber-BATLLE dengan bencana alam,
ber-BATTLE dengan rancangan tuhan!
Tuhan yang bagi!

Kepada handalan-handalan Keyboard warrior yang setakat pungpang-pungpang mostly di pesbuk ni,
usaha kamu semua tak ke mana,
selagi bontot masih melekat di kerusi,
selagi jari jemari masih menari rancak menghambur kata benci sana sini, setakat tranfer 10RM ke tabung bantuan bencana.... haihlah!

Kemon....
cukup-cukuplah jadi orang yang suka membanding-banding.

Tak usah memburuk-buruk negara sendiri.

Cukuplah untuk kita fikir dan kongsi, usaha, bantuan, tak perlu datang dari orang lain, kalau tidak dari diri sendiri.

Kan ke pahala dan dosa sume di debit teros masuk ke account sendiri.

Ambiklah pengajaran, tentang kepayahan orang lain juga,
kesengsaraan yg Maha dasyat tuhan turunkan untuk mereka yang lain contohnya seAGAMA dengan kita.

Sejauh mana yang dapat kamu tolong? Setakat lihat then doa?
Kamu rasa cukup ka?

La ni kita baru dapek banjir, takkan nak nunggu MALAPETAKA yang lain pulak datang baru nak sedar diri?

Dugaan tuhan bagi kat kita lain-lain, der!

"Orang yang sibuk di Pusat Pemindahan takkanlaaahh asyik ligat menghapdet flaws orang sana sini di ruangan pesbuk ni keeeeeennnn....?"

And....
praying for his safe journey back to his forever home,
Someone for us to inspired,
who fought for his race, for his freedom, for his right.
He has been living for 95 years just to made everyone UNITED.
Sedihnya, God has taken him from us today.
REST IN PEACE; Nelson Mendela 1918-2013




Monday, 18 November 2013

Taufan Haiyan dan Malapetaka di Malaysia

Assalammualaikum kiddos,

#prayforthephilipines 

Monday blues ni, dah pekena secawan kopi 3 in 1 campor lagi extra creamer (biasalah typical Malaysian macam saya ni, kalau boleh semua nak lebih, teehee!) baru boleh diskus serious issues. I dunno y but to killed the blues, mari bebankan otak dengan isu berat katanya...
Cerita saya begini, di kala, rakyat Malaysia sedang berkecamok dengan pelbagai masalah dalaman dalam negara, jenayah sana sini, and mostly about political issues kat dewan parlimen yang bermacam gaya bermacam ragam pak-mak-menteri, and ai feels like watching a live circus yang summore tah bila nak capai kata habeh, buat saya mengucap panjang.

Itu belum cerita lagi masalah individu di atas jalanraya, eksiden sana sini situ sinun sanun, isu kedai makan, di pondok bas, di stesen LRT, harga barang naik, harga petrol naik, kes dera, kes culik, tak campur lagi dengan masalah mental calar orang perseorangan yang suka carik pasal tak tentu harah tak sudah sudah nak up nak ungkit ungkit cerita-ceriti basi korek korek aib orang dan share share kat media sosial konon nak bagi nasihat dan mintak simpati pembaca kononnya "saye tak bersalaaahh, dia yang start dulu!" shish like kids, attention seeker sangat hokay kau ni Jemah!, summore masalah manusia mental yang makin menjadi-jadi mungkin sebab cost of living Malaysia yang meningkat katanya makanya semua jadi stress dan terdesak nak mencarik duit dengan apa jua cara sekalipon, dan yada yada yada yada yaaada!

Sigh~~ terlalu banyak malapetaka di Malaysia ni yang tak larat saya nak list kan satu persatu. Memang mengucap panjaaannnggg!

Walaubagaimanapun, syukur saya masih di Malaysia. Lahir di sini. Membesar di sini. Menerima pendidikan di sini. Bekerja mencari duit juga di sini. Kawin sini, beranak sini, berumahtangga sini, Alhamdulillahhhh..... semuanya di Malaysia.
 
Saja nak share, ada segelintir dua Malaysian saya terjumpa, bila Malaysia di timpa musibah gini-gini, terus nak migrate katanya. Migrate? Y lah? Perlu ke?

Mungkin sepatutnya semasa beberapa bulan yang lepas, bila adik saya ditimpa musibah, rumah dimasuki perompak, kereta family kami di bawa lari, mungkin saya patut cadangkan seluruh keluarga saya migrate sahaja ke negara orang. Malaysia dah tak selamat!

Tapi mampu ke nak jadi rakyat minoriti di negara orang? Yang konon-kononnya harga petrol mereka lebih murah berbanding Malaysia, free education di luar negara? Kereta murah kat negara XX? Ke sebab banyak scene tembak tembak lately? Negara luar tak ada crime issue ke? 

Sebagaimana besar hak yang dapat kamu pertahankan di negara orang sana, minority people? Paling common, isu bertudung cukuplahhh.....

Nak carik negara yang prektis Islam 100%, ada, tapi bagaimana kisah politik dalamannya pula, issue bom dan peluru, perebutan kuasa, perbezaan fahaman, yang tah hape penyudahnya. 

Entahlah, saya tak pernah tinggal di luar negara, tak pernah merasa pun, masing-masing punyai pengalaman berbeza, kepercayaan berbeza, kemahuan berbeza. Bagi saya, saya masih nampak kebaikan yang ada dan datang dari negara tanah tumpah saya sendiri. Walau seciput, masih ada rezeki untuk kenyangkan perut saya dan anak-anak.

As from what ai've learned before, sekarang ni saya tak suka komplen banyak-banyak. Apa yang ada, itulah dia. 

Oh, tentang kes pecah rumah tu, Alhamdulillah, adik saya tidak diapa-apakan dan perompak hanya ambil some few accecories yang kecik-kecik yang tak berharga nilainya. Patutnya, kalau dia nak TV 42" pon boleh dihangkutnya, tapi tak di-apiknya.

Selepas lebih kurang sebulan kot, kereta ditemui kembali di kawasan Cheras, cuma spek hitam dan sepasang kasut milik bapa yang hilang. Kalau ikut prasangka baik kami, mungkin perompak seorang lelaki warga asing yang mahu meminjam kenderaan membawanya keluar dari Seremban sebab projek dah siap dan sebab mungkin dia ambil kereta kerana dia ada banyak benda nak angkut ke tapak projek yang lain. Nasib orang lain-lain kan. Wallahualam.

Haaaa, sambung lagi pasal negara-negara luar, itu tak campur lagi dengan upredictable malapetaka bencana alam. Unpredictable ya, di ulang lagi, unpredictable.

Kasihan negara jiran, the Philipines.
Selepas bencana banjir monsun, datang pula massive earthquake, belum reda yang dua tu, recently, super typhoon struck the country pulak. Bertimpa-timpa. Generally, the category 5 super typhoon strucks on the morning 8th Nov 2013 and until today's date at least 200,000 people affected by Typhoon Haiyan in the Philippine city of Tacloban.

Nyatanya, ramai penduduk yang masih trauma, terutamanya yang kehilangan ahli keluarga terdekat. Ada yang cuba membunuh diri kerana tidak mampu menanggung dugaan Maha hebat kesan dari taufan Haiyan.

Apa saya boleh kata, all comes in terms of mother natures. Natural disaster. A battle with God, i must say.

Malaysia ada? Battle ngan orang, banyak la...

Ujian tuhan bagi direct je sekarang ni. Ni baru queue di dunia, cuba bayang queue kat Padang Masyar nak tunggu masuk court Tuhan, kalau urusan dengan tuhan kau dah kawtim awal awal di dunia, kau pasti urusan sesama manusia di dunia dah kau settlekan? Sumber BBC News.
Kat mana the Philipines ni? 
Sebelah Malaysia aja.

Kalau Tuhan kata, kita bagi hembus sikit kat Malaysia ni, bagi terasa sikit angin menderunya, agak-agaknya apa jadi kat kita-kita ni ya?

A little word to ponder;

It takes a natural disaster of major catastrophic proportions like Category 5 super typhoon Haiyan (Yolanda) for the world to literally stop, forget its selfish cares and unite for a common good.
-ibtimes.com 

So Malaysian, takkan nak diserang malapetaka dari natural disaster baru reti nak unite?

Ini malapetaka untuk saya setiap pagi kalau hujan di highway PLUS arah utara. Trepik jam!

Monday, 7 October 2013

Jusmaitusen* : Masalah orang perempuan macam saya

*bak kata #fynnjamal


Okay, nilai 50RM yang saya offer sangat kecil mungkin. 
It's okay. 
Ada tempat yang lagi elok saya salurkan dengan nilai sekecil yang mengikut ukuran orang zaman sekarang.

Anyway, just nak bercerabeh tentang perkara-perkara random aje hari ni.
Mind ada sedikit numb hari ni berpunca dari my flu yang baru start yesterday evening and opkos, today is Monday. Blue[s].

Monday morning di office memang tak best. Petang dah jadi macam zombie je kat sini. RM takda, Acc & Admin Manager sibok ngan hal marathon, SPE da resign dapat better offer di Singapore, dan PE juga sama resign coz ikot husband transfer ke Terengganu and fully jadi housemaker kat sana. 

Me? 
Stuck kat opis, doing nothing. Hanya tunggu instruction dari sesapa nak buat technical drawings, sketch, amend drawings, or tukar position jadi kerani cabok kejap. Ngehngehngeh.

Macam ni la rupa gaya bila project dah siap.
Last week baru siapkan revised proposal drawing untuk RM bawak ke meeting dis week. Hope everything went well and in shaa allah ada rezeki, new upcoming project akan start end of this year or early next year.

By the way, life is kinda boring for this coming few weeks especially bila my PE dah resign. Takde geng nak cerita pasal baby's stuff. Nak gi lunch sesame. Nak gegossip itu ini.  
Reason-nya sebab ikut suami transfer ke KT dan sekarang jadi full-time housemaker dengan degree qualification! 

A month before she resign, ai did told her, what a waste if you stop your career macam tu aja. You are wasting your time and effort nak dapatkan degree and at the end of the day, after you got married and have baby, tiba-tiba nak quit cenggitu aja, semua sebab nak sentiasa berada di sisi suami. 

Benar, tempat dan kedudukan isteri itu adalah sentiasa di sisi suaminya. 
Statement ini sangat cliche bagi saya tapi saya bukan menafikannya. 

Bagi saya, untuk rumahtangga yang relevan dengan zaman sekarang, toleransi adalah kata kunci untuk sebuah rumahtangga yang aman damai. Kena lah ada win-win situation.

Anyway, disini saya hanya nak compare pengalaman saya dengan wanita-wanita yang lebih kurang sebaya dengan saya. Bukan dengan ibu-ibu yang 40s dah nak ke 50s mungkin kalau dia letak resign later, boss akan approved tanpa banyak kata. Atau yang dah layak untuk terima VSS.

Perbandingan untuk wanita muda seperti saya yang rata-rata habis aja belajar, terus gatal nak nikah. Yang sepatutnya masih lagi rakus mengejar passion and dreams mereka.

Ibu-ibu muda yang bekerjaya tapi ada rumahtangga yang perlu dijaga di rumah.

Saya adalah salah seorang dari mereka ini.
Yang perlu jaga makan minum suami dan anak-anak.
Yang sangat busy nak masak setiap hari balik kerja untuk suami dan anak-anak makan sampai tak kuasa pon nak hapdet dalam belog betapa rajinnya ai masak setiap malam balik dari opis.Kemas rumah. Do the laundry. Feed my baby.

Itu belum campur kalau anak sakit lagi.... Dang!

Haih. Betapa adventerousnya jadi perempuan yang multi tasking cenggini.

And my sister ada tanya hari,

"Li, ko tak penat ke travel hari hari gi kerja."

Tipulah kalau saya kata saya tak pernah ada arguement dengan Razi on what I want to achieve in life. Sebelum kahwin lagi saya sudah bercerita dengan dia, apa yang saya inginkan untuk future saya.

Kerana dia, saya pernah jadi wanita yang kecewa.
Tapi itu semua saya jadikan pedoman untuk saya bangkit.

Anyway, setiap pasangan itu berbeza-beza.:)

Ada yang dapat suami dah kaya-raya, so best duduk di rumah, setiap pagi hantar suami sampai depan pintu rumah dan setiap petang pula sambut suami depan pintu rumah.

Ada yang dapat suami, bekerja office hour, gaji ikut tangga gaji, ikot pengalaman, yang memerlukan seorang isteri support dan back up mereka dari segi financial. Saya dalam kategori ini.

Rezeki itu memang dari Tuhan, tapi kita yang manusia ni kenalah berusaha untuk dapatkan yang lebih baik, menjadi yang terbaik. Berdoa menadah tangan tak kemana kalau tak ada effort dari diri sendiri.

Saya ingat lagi masa bulan Jun tempoh hari. Saya ke KKIA di Seremban untuk check up baby Orked sebab jaundice. Sementara tunggu keputusan darah, saya ke nursing room sebab nak susukan Orked. Bertemu saya dengan salah seorang ibu yang sedang susukan anak dia juga. Borak dan borak akhirnya tergerak hati menanya si ibu ini bekerja atau surirumah.

"Saya doktor."

Tergamam saya. Dia langsung tak menampakkan seorang doktor. Sangat humble. Sangat sempoi. Sangat selamba.

Sambung dia lagi, but i'm no longer a doctor di hospital **. Dia sekarang menjadi visiting doctor di klinik swasta yang memerlukan khidmat doktor mengikut waktu sendiri.

Doktor muda ini beri alasan, dia tak sampai hati nak tinggalkan anak kecil dia pada orang lain. Lalu dia quit jadi doctor di hospital dan tak sambung untuk untuk dapatkan title specialist doctor and putuskan hanya untuk jadi part time doctor di klinik swasta sahaja.

Sayangnya. 

Saya tak nak cerita panjang tentang permintaan yang tinggi dengan perkhidmatan doktor-doktor di hospital kerajaan zaman sekarang. Memang semua sedia maklum tentang apa masalahnya.

Yang saya concerened adalah hati dan perasaan ibu dan bapanya, yang membesarkan dia dari sebesar tapak tangan sampai dah besar panjang dan sampai dah mampu memegang title seorang doktor.

Memang dia akui, mak dia agak terkilan. So sad.

Dia akhiri segala effort dia dengan alasan, i-am-married and i-have-kids-at-home, so-i-have-to-quit.

She quit since dari first baby and now she had three kids.
Lucky her, her husband working as an Engineer. She is safe from the financial matters. 
  Saya bukan nak mengata siapa-siapa. 
Saya sendiri punya anak perempuan. 
Jasmin. Orked.

Saya sangat risau. Saya tak dapat bayangkan betapa hancurnya hati saya, if one day, bila dia dah tamat belajar, when she has become a doctor or engineer or some others professional people, and when she has found the right man, and she will tell me this, 

Ibu, I want to quit my job and I want to be a full time housemaker. My husband ask me to quit.

That hurts me. Deep.

Apa guna saya sekolahkan ANAK PEREMPUAN saya tinggi-tinggi, tapi bila ANAK PEREMPUAN saya sah diijabkabulkan dengan suami pilihan hatinya, dia putuskan untuk ANAK PEREMPUAN saya tinggal di rumah sahaja.

HELLOOOO.... EXCUSE ME! 



P.S. OH, MUNGKIN ADA YANG BERTANYA DAN MUNGKIN SESEORANG TERLUPA BAGAIMANA SAYA BANGKIT DARI KEKECEWAAN SAYA DAN SANGAT-SANGAT-SANGAT BERSYUKUR DENGAN KEHIDUPAN SAYA SELAMA INI. BOLEH BACA DI SINI DAN KESINAMBUNGANNYA DI SINI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails