Showing posts with label KnS. Show all posts
Showing posts with label KnS. Show all posts

Thursday, 31 December 2015

Tahun Duaribulimabelas Masihi

Assalammualaikum kiddos.
It's been a while.
Terlalu lama menyepi diri tanpa sebarang cerita.
Banyak cerita sebenarnya, tapi fikirkan komitmen lain,
belogging terpaksa dianaktirikan.

Stegrem, efbi, twitter, itu lebih mudah ringkas dan cepat untuk berkongsi.

Bila bukak belog, kelik post, pandang skrin, kapushhh, terus hilang idea cerita.

Tapaham mana pegi entah aura menulis membelog buat karangan melebihi 1000 patah perkataan sekali post. 

Anyway, dalam setahun penuh sepi di belog ni, my real life sebenarnya sangat havoc.

With good things and few bad things that come and go which all that balance how ai live my life right now. Proudly saying that i am a mother of four now.

Yay! Complete my goals by 30 to have kids of my own and now aiming to pursue my new target on this age of thirties. In sha Allah kalau kepanjangan umur itu direstui Allah.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Tak pernah lupa untuk merasa syukur dengan apa jua nikmat dari Allah selama ini. Semua ujian yang datang sama ada baik mahupun buruk, positifnya pasti Allah limpahkan hikmah disebaliknya. Can never thank enough for how blessed ai am this year.

Tak lebih, tiada yang kurang. Semuanya mengalir secara sederhana. 

Everything just go with the flow.

Bahagia saya apabila lihat anak-anak gembira dengan kehidupan yang seadanya.

Tak pernah complain. Tak betah nak memangkah. Apa lagi mempersoal kenapa begitu begini. Apa ibu bagi, itulah dia. Tak dapat hari ini tak bermakna kita tak akan dapat untuk masa hadapan.

Usaha selagi mampu. Tak kan putus asa. In sha Allah. Selagi tulang empat kerat ni masih kuat nak memikul segala wishlist anak-anak, pasti ada jalannya.

And today is "unofficially" my last day working in Kupps & Sachs. Empat tahun genap sudah disini. Tak pernah saya merasa pengalaman tersangat indah sepanjang berkhidmat dengan my RM. And other staff we were all like families dah. Di sini saya kenal siapa diri saya dan siapa mereka-mereka di sekeliling saya. Di sini juga saya kenal erti payahnya untuk bina kehidupan.

But like what ai said to my boss last two months, for all these years im working here, it's not just about money. Even though he counter me with handsome amount of salary so that ai can still continue my job here but still ai have to say NO. I'm sorry.

It's about time for me to take another steps now. 
Make it to another level. 
Tak cuba tak tahu kan. 

Goodbye 2015.
Cheerio 2016.

Semoga perjalananku dengan anak-anak terus diberkati Allah SWT.

My last banana leaf lunch of 2015.
 

Tuesday, 29 April 2014

April yang roller coaster

Hello.
Time flies like jet nowadays.
Its already end of April and loads of things happened and already finished quarter of 2014.

Anyway,
April is quite busy for me.
And also a tough month for me.
Especially on my decision making.

Like what ai've written earlier, today is my last month in KJ as ai will start my new job in Seremban this early May.

Anyway, i dun think it's going to happen. Huhu.

The story; last two week, when my superbigboss came over to Msia office for reviewing the monthly report and attend project meeting, he actually personally asked me if possible dat ai continue my service here.

Numb.
NO WAY!

Anyway, hopkoslah he counter offer me and the best part was he  even consider my flexible working hours. And of hopkoslah I say yes for that kind of offer. Dat mean ai will only be at office once my kids has gone to school and come back home before kiddos finish school. No saturday work. *relief*

Don't you think God is playing fair with me. Hihihi.
Alhamdulillah. 

Syukur cos now that ai can balance the timing between my career and my family. 


Anyway, tak sure how long ai will extend my duty here. 
Maybe by end of tis year of maybe continue for another 10 years, let God decide for me and ai just go with whatever plan may come in future.

Need to archive tis... huhu!

Tuesday, 1 April 2014

Jusmaitusen : Urusan Suku Tahun Pertama Saya



CreamPuff with Vanilla Cream Diplomat Filling 
*nomnomnom*
Wah. Macam tajuk jurnal ekonomi pulak. 

And heyyyy, it's April oredi! Moving on to my new phase of life and let go everything yang buat kita rasa sedih yang hanya akan ruin my life. Trying to be positive semampunya and the rest ai just leave it to God. In Sha Allah mintak Tuhan permudahkan.

Hari ni memang nak cerita pasal ekonomi walaupun saya tak pernah grad dalam bidang ekonomi; even tak pernah sentuh pun subject ni masa secondary school dulu. Ni hanya basic ekonomi untuk orang yang makan gaji macam saya.

Sebelum ni ada few items yang saya tak kisahkan sangat sejak mula-mula makan gaji dulu. Anyway, bila kita dah berjumpa dan bergaul dengan pelbagai jenis orang dan bekerja dengan beberapa majikan, as an employee baru kita tahu, apa yang perlu kita buat dengan income kita, khususnya.

It's going to be a very loonggg reading for today but I hope it will benefit some of you yang tak tahu apa yang hak sebagai seorang pekerja atau untuk jenis majikan yang hanya kisah tentang periuk nasik diri sendiri aja dan buat buat tak tahu tentang kebajikan-kebajikan pekerja; yang bukan hanya kesah nak jaga punch card biru merah aja! 

______________________________________________

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)


"KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka. " - KWSP

Caruman ini sangat penting terutama untuk orang makan gaji macam saya sebagai skim persaraan inisiatif kerajaan Malaysia. 11% dari gaji saya setiap bulan dipotong untuk simpanan hari tua saya di sini. Untungnya di sini, bukan kita sahaja yang menyimpan dari potongan gaji setiap bulan tetapi majikan juga perlu membayar 13% kepada pekerja sebagai simpanan hari tua pekerja.

Dividen untuk caruman saya bagi tahun 2013 adalah 6.35%. 

Alhamdulillah, simpanan untuk hari tua ini berkembang juga walaupun nampak macam sikit. Sikit-sikit pon, saya yakin lama-lama jadi bukit.

KWSP terbahagi kepada Akaun 1 dan Akaun 2; dimana Akaun 1 adalah fix dan hanya boleh dikeluarkan apabila umur saya 55 tahun. 

Manakala Akaun 2 boleh dikeluarkan semua atau sebahagian amaun pada umur 50 tahun tetapi saya juga tak perlu risau, andaikata saya ada masalah untuk bayaran rumah setiap bulan, pihak KWSP memberi kelonggaran kepada pencarum untuk pengeluaran bayaran bulanan rumah paling maksimum untuk 6 bulan. Actually, ada beberapa perkara lagi yang mereka considerkan bagi pengeluraan Akaun 2 ni.

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh masuk sini

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

"Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Insuran Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian." - PERKESO

Tak ramai kita-kita ni aware dengan kebaikan PERKESO ni. Ye lah, dengan adanya variety of insurans kat Malaysia ni, PERKESO ni orang pandang enteng aja. 

Actually, sebagai employer, dan demi menjaga kebajikan setiap para employee, not only the employee aja yang perlu bayar ke PERKESO, employer juga perlu keluarkan bayaran mengikut percentage yang ditetapkan berdasarkan gaji employee.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) E-Filing


"Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara." - LHDN





Haaaaaaaa.... yang ni paling saya tunggu setiap tahun. Bila dapat je EA form dari majikan on February, mmg saya tak sabar nak tunggu March. This time la saya nak tuntut balik lebihan bayaran tax saya tahun lepas. 

Period of declaration is between 1st March until 30th April, every year.

The earlier I do my e-filing, the earlier I can get mx tax return.

Alhamdulillah, hari ni saya dah dapat tax return saya dan tgh kira-kira ni untuk clearkan hutang dan supiiinnnggggg. Aherherherhreher.


Zakat Pendapatan


"Sedekah dan zakat, dua perkara yang sama namun berbeza. Sedekah itu meliputi sama ada sedekah sunat mahu pun sedekah wajib. Sedekah sunat adalah banyak, menghantar pisang ke masjid pada hari Jumaat misalnya, adalah sedekah. Zakat juga adalah sedekah, tetapi ia adalah sedekah yang wajib." - Lembaga Zakat Selangor

Baca lebih lanjut di sini.


Bagi pekerja yang beragama Islam dan layak baginya untuk mengeluarkan zakat perlu berbuat demikian. Pekerja yang membayar zakat pada setiap bulan akan diberi pengecualian untuk bayaran cukai. 

Ramai yang masih samar-samar dengan kewajipan yang satu ini, di mana ia juga terkandung dalam salah satu Rukun Islam.

Terdapat pelbagai jenis zakat yang biasanya kita dengar zakat pendapatan, zakat perniagaan, zakat harta, zakat fitrah dll. Zakat ini dibayar untuk pembersihan harta. Dikira mengikut nisab semasa setiap negeri dan bagi Negeri Sembilan nisab pada tahun 2014 adalah sebanyak RM12,564.00 Boleh lawat website Zakat setiap negeri dan mereka ada sediakan kalkulator untuk tentukan kita perlu keluarkan zakat atau tidak.

Harta yang wajib dibayar zakat adalah:

1. Biji-bijirin yang mengenyangkan seperti gandum, beras dan lain-lain.
2. Buah-buah seperti kurma dan anggur.
3. Binatang ternakan seperti unta, lembu, kerbau dan kambing atau biri-biri.
4. Zakat wang simpanan.
5. Barang-barang galian iaitu emas dan perak.
6. Harta benda perniagaan.
7. Zakat gaji dan pendapatan profesional.

Ada orang kata kalau dah bersedekah tak perlu lagi membayar zakat. Saya tak pandai nak explain panjang lebar. Sila baca dan fahami sendiri di sini. Tepuk dada, tanya selera.




Amanah Saham Bumiputera (ASB)


Awal tahun lepas saya mula melabur semula dalam ASB. Alhamdulillah, akhir tahun 2013 mereka isytiharkan dividen sebanyak 8.7% untuk pelabur. 

Alhamdulillah, dividen yang saya perolehi telah dilabur semula di dalam ASB dan this year saya tidak lagi perlu membayar installment pada bank and it will stay there for another 30 years. 

Pelbagai kemudahan sekarang bank-bank tempatan sediakan untuk membiayai pelaburan kita di ASB. Misalnya, saya senang berurusan dengan Rashid Husin sejak dari dulu lagi dan boleh walk in apply dengan RHB Easy mana-mana kiosk dan boleh tahu approval on the spot. Easy kan?


Lembaga Tabung Haji
"Kenyataan ini adalah jelas menunujukkan bahawa Tabung Haji ditubuhkan bukan sahaja untuk menguruskan pemergian jemaah haji ke Tanah Suci, malah ia juga berfungsi sebagai suatu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk menyimpan wang sambil melabur secara halal dan mengikut lunas-lunas Islam." - Tabung Haji


And of cos, this is very important. Saya beruntung sebab untuk pendaftaran di tabung haji, saya hanya perlu keluarkan RM1300 melalui KWSP dalam Akaun 2 saya. 

Sesungguhnya saya memang perlu tunggu giliran lagi 30 tahun lah, sebab kalau nak pergi cepat memang tak terkumpul duitnya, kalau ada proses rayuan pun rasanya memang tak kan dapat nak pergi awal sebab duit simpanan masih belum mencukupi dan rasanya elok saya langsaikan hutang pituang saya yang tertangguh supaya In Sha Allah perjalanan dan ibadah Haji saya tenang dan diberkati Tuhan.

_____________________________________________

Okay, detsit the economic and my financial story dalam kehidupan saya sehari-hari. Sikit atau banyak, berkat atau tidak, Islam dah tetapkan cara untuk kita bersihkan semua hasil pencarian kita. Wallahualam.

Akhir zaman gini, makan gaji mahupun berniaga waima mintak sedekah sekali pun, pelbagai cara orang guna untuk terus dapat sara hidup keluarga. Tipu sana, tipu sini, beri riba' sana dapat riba' sini, cover sana top up sini, so many ways that we actually tak sedar pun yang sebenarnya kita semua adalah pelaku dosa setiap hari.

Dalam urusan ekonomi manusia sehari hari rasanya kalau pun nak berkata nak mengkritik mahu pun nak meluah rasa, biar relevan dengan zamannya. Tak perlu berfikiran terlalu konservatif bagaimana cara orang mencari rezeki atau dari mana SUMBERnya datang; yang umpamanya darah daging keturunan saudara mara atau sahabat sahabat realiti mahupun maya kita-kita macam tak pernah buat benda-benda yang kononnya sakit mata memandang, sakit hati merasa. 
 

Tuhan itu Maha Mengetahui setiap di langit dan di bumi, inikan pulak yang di bawah meja. :)

Anyway, Dia Maha Pengampun. Juga Maha mengasihani.

Buat dosa, then bertaubat; in sha allah tuhan terima. Tuhan dah janji gitu kan. 

Dan kita ni lah manusia yang paling banyak ambil kesempatan dengan peluang yang selalu Tuhan bagi, itu yang syok tak sudah dok 24/7 jadi hakim menilai orang. Cukup, tak perlu jadi gitu. 

Semoga Tuhan terus-terusan bagi petunjuk dan hidayah buat kita semua yang kadang ter-leka, ter-riak, ter-takbur, ter-belagak dan mintaknya taubat kita semua di terima Tuhan, dan harapnya ibadah kita bukan hanya di tikar sejadah sahaja.

Benda yang halus, takkan termampu kita nak lihat melalui mata kasar. Tak perlu di korek salahnya orang, kalau yang mengata juga kadangnya tersasar. Niat tak pernah menghalalkan cara. Sama kita beringat, sama kita ambil ikhtibar.

Jazakallah. :)





Friday, 28 February 2014

Sigh

If only I can see my future
so that ai can share it with my RM
and let him know that i am very serious with my decision.


Wednesday, 26 February 2014

WW#50 Moving On


Jujurnya, 
dalam membuat keputusan 
terutamanya 
berkait dengan hidup dan mati 
kehidupan kita ni, 
adalah yang paling sukar tahap dewa.

Friday, 14 February 2014

Tayar Pancit dan Wanita

Dalam hidup, terutamanya mereka yang berkereta, nak tak nak, sekali dua, pasti akan berdepan dengan masalah tayar. Pancit lah, meletop lah, tak dak angin lah dan et cetera.

Kalau perkara gini jadi kat kaum lelaki, nak tak nak, mereka kena la hadap, tukar tayar spare atau ganti yang baru, sama ada on site, tengah jalan, tengah hiway. Takpe, mereka gagah!

Tapi kalau jadi kat kaum perempuan macam saya, tengah-tengah highway atau jalan yang sibuk pulak, tak ke haru...?  

Terus terang cakap, saya memang tak ada kemahiran menukar tayar kereta. Langsong!

Dan dah nasib saya pagi semalam, tayar kereta saya buat hal. Nasib dah sampai Kelana Jaya dan dah masuk simpang berdekatan dengan office. Al-alamat-nya, saya call ahkak saya, then suwuh abg ipar bawak tools dan jek bagai. Nasib ado abg ipar dokek boleh selesaikan masalah. Alhamdulillah, pukul doblas tengahari smlm settle! 

Yerp, semalam pagi, agak sedikit malang, tyre black pony burst! Ye, bukan pancit tapi pecah sebab dah haus. Daym! 

Tapi dalam masa mengomel-ngomel menyumpah-nyumpah dalam hati tu, timbul rasa syukur sket sebab nasib baik dah sampai area office dan tak meletop kat tengah hiway sebab kalau meletop kat tgh hiway kemungkinan besar kereta akan berpusing dan kalau breakdown tepi hiway lagi parah siapa nak tolong datang tukar tayar takkan nak tukar sendiri pulak dan takkan nak panggil towing truck nnt kena charge mahal dan kena consider charge menipu dari mat-mat longkai yang kengkadang ni tak boleh nak percaya langsung sibuk nak amik kesempatan aje kejenye. Sigh~~~

Apa pun, like my RM said yesterday afternoon, it was my fault, my own mistake. Walaupun saya balas balik kat dia it was unexpected and what can i do more with what God has planned for me. Ecececeh...

Dia cakap, setiap rupa kereta, itu lah yang mencerminkan diri empunya kereta. Haaa... deep btol maksod RM ai nih plak. 

Then bila tanya shud ai apply for half day leave, he said, it was an extraordinary cases and bla bla bla bla.. *start syarahan dah*

Tambah dia lagi, setiap kereta perlu ada maintenance. Jalan jauh ke jalan dekat je, maintenance itu penting!

Macam tayar kereta, he advised me to rotate them every 5000KM. Yang depan bawak belakang and vice versa. Jangan lupa balancing dan alignment sekali.

Dan tayar perlu ditukar apabila dah jalan 50,000KM atau dah tiga tahun pakai, mana satu datang dulu.

Dan jangan lupa, catat dalam dairi kehidupan, tarikh tukar tayar bila untuk catatan masa hadapan dan rekod. 

Cara-cara tukar tayar?
Haha. Malas nak type bebanyak kat sini. Sila google atau tipon sahaja laki semasing atau abang, atau pak sedara atau tunggu strangers yang berhati mulia serah diri nak tolong tukarkan tayar. 

Tayar ni ahkak-in-law yang bagi sebab dia tukar rimsukan untuk pony dia dan ekceli dah dua tahun kot pakai tayar dia bagi ni. Ini lah jadinya kalau tak check tyre selalu tetapi saya pelik sebab baru dua minggu lepas saya tukar absober tayar belakang ni dan tak nampak apa masalah pon masa tu semuanya okay aje. Dugaannn....

Macam kena geget dek tikus! *atas tu adalah spare tyre*


Anyway, cuti tak tolak. Selamaaatttt....

Tuesday, 4 February 2014

Frequent Travellers Programme di Malaysia

Meh discuss serious issues meh.
Cerita tentang benefit untuk pengguna lebuhraya di Malaysia melalui program "Frequent Travellers Programme"

Sebelum tu, mukadimahnya,
 
Harga ayam naik? 
Takpe... saya jarang makan ayam. Kalau teragak nak makan pon, saya hanya carik ayam kampung yang memang sah-sah nak mampos mahal harga seekor!

Bila harga gula naik, 
saya rilek je lagi.

Bila harga petrol naik juga, 
saya dah tak senang duduk.

GST? Saya speechless sebab tak cukup ilmu ttg satu hal nih!

Naik tariff elektrik pulak? 
Saya urut dada.

Annnnd the latest, nak naik harga highway toll pulak. 
Yang ni buat saya tak tido tujuh hari tujuh malam!
Tapi rasanya, issues ni still pending lagi. Mintak-mintak tak jadi.

Semakin hari, situasi di Malaysia berubah jadi nightmare bagi saya.
Saya tak tahu orang lain, tapi ini apa yang saya rasa, cerita saya.

Mulanya saya redha dan tawakal. 
Biasalah, negara maju macam Malaysia, nak setanding dengan negara-negara maju lain, mestilah ada transformasi katanya. 

Kalau nak sentuh tentang politik, saya semahunya tak mahu pro sape-sape. Even, myself, ai hate politics sangat even tho ai know politik sebenarnya ada di mana-mana sahaja, even dalam urusan laki bini di rumah seperti saya pon macam-macam politik happened between us. Haaaaa... jangan tak tau, tapi itulah hakikat berumahtangga. Nuff said.

Okay.
Sebenarnya entry ni banyaknya nak sentuh tentang harga tol kat lebuhraya Malaysia ni.

Saya sangat terkesan bila Pak Menteri kata, 

"kalau tak nak bayar tol, boleh lalu jalan biasa."

Hamboiiiii pak montori! Sinis nampak O.o

Hakikatnya, saya adalah pengguna tegar lebuhraya di Malaysia. Laluan harian saya adalah PLUS LEBUHRAYA UTARA SELATAN (E2) dan LEBUHRAYA UTARA SELATAN HUBUNGAN TENGAH (ELITE E6).

Mengikut perkiraan google map, jika menggunakan lebuhraya, masa pemanduan saya ke tempat kerja mengambil masa lebih kurang 1 jam 9 minit. Tapi kalau ikut keadaan trafik semasa, mungkin mengambil lebihan masa dalam 20-30 minit.

Dan ikot saya trip meter kereta saya dari Nusa Intan ke Kelana Square adalah lebih kurang 93km sehala.

Kalau ikot jalan kampung? 
Alamatnya, sok pagi saya tender resign letter lah kat boss saya!

Laluan highway? Bayaran tol? Gini ceritanya;

2 tahun & counting for more
Alhamdulillah, semasa saya terima bekerja di Kelana Jaya, saya tiada masalah untuk keluarkan sejumlah amaun untuk kos travel kerana pihak majikan consider tu give me travel allowances berdasarkan harga tol dan minyak setiap bulan saya travel. So what ai earn every month adalah gaji bersih and ai earned more berbanding jika saya makan gaji di Seremban. 

Juga ada sebab mengapa saya pilih untuk keluar dari kepompong dan zon selesa saya selama ini. Siapa yang betol ikot felow entry belog saya, mungkin ada yang faham. Dah dua tahun saya ulang alik Sbn-KJ-Sbn. 

Salah satu sebab kenapa saya tak risau masa mula saya decided untuk travel everyday sebab adanya program gini. Secara puratanya, anggaran perbelanjaan tol saya setiap bulan adalah sebanyak RM400.  

Every end of the month dan dah dua tahun saya dok claim rebate 5% dengan PLUS sebab bayaran tol saya melebihi RM100 setiap bulan.

Selain itu, dalam masa-masa perayaan juga, pihak PLUS juga memberi rebate-rebate khas khususnya untuk pengguna lebuhraya yang menggunakan sistem elektronik mereka samada touch & go atau smart tag.

Contohnya macam hari ni dan 29hb hari tu, saya dapat 20% rebate sempena sambutan tahun baru cina. Itu tak campur lagi dengan 5% rebate bagi penggunaan saya yang melebihi RM100 setiap bulan. 
Best an? an? an? 

PLUSMILE ni juga bukan setakat bagi rebate aje kejenye. Kalau rajin, boleh lawat website mereka kat sini dan sebenarnya mereka juga ada bagi special discount and offer dari merchants mereka macam hotel, F&B, health & beauty, shopping and many more.

Oh, jangan lupa register kad touch & go anda di laman website mereka, kalau tak nanti anda tak layak nak redeem rebate tu sebab no card anda tak ada dalam sistem mereka.

Selain itu, pihak kerajaan Malaysia sendiri sebenarnya memberi tambahan 20% rebate kepada pengguna lebuhraya yang menggunakan laluan tol lebih dari 80 kali.

 
 
Saya pernah claim sekali rasanya benda ni, masa ni baru mula-mula kerja dulu, hari hari lalu KESAS dan masuk METRAMAC dan terus ke Tol Sg Besi. Tapi sekarang, saya prefer lalu ELITE sebab tak larat nak layan traffic jem kat METRAMAC setiap petang saaaammmpaaai la ke Tol Sg Besi.

 Satu hari tu, konon nak gi top up touch & go sahaja, tetibe ahkak counter kat PERSADA cakap, 

"eh, adik ada rebate 20% sebab ada transaction tol 80 kali."

Wuuhuu... sonyum lebar. Save RM100 bulan tu keennn... 

Nak tau lebih cerita, sila ke sini.

 Itulah dia, salah satu kelebihan yang saya dapat dalam erti kata menjadi rakyat Malaysia.
Saya tahu, memang banyak lebih kata-kata buruknya dengan Malaysia zaman sekarang ni, especially tang high cost of living dan pesta kenaikan harga yang tak sudah-sudah.

Tapi, sekurang-kurangnya, kita koreklah sedikit kebaikan yang ada dalam negara tanah tumpah kita ni, supaya kita ni kenal rasa syukur atas nikmat-nikmat lain yang kadangnya kita sendiri tak sedar. 

Sebagaimana kita mampu didik diri kita untuk bersabar, sifat baik sangka (sifat husnuzon) itu juga perlu dididik dan dipupuk dari dalam diri juga. Memang DOA pada tuhan itu yang utamanya, tapi secara saikologinya, semua letak pada dalam diri, bagaimana nak membentuk jatidiri kita sendiri.

Saya tiada option lain. 

Public transport?
Haih lah.

Satu sebabnya kerana saya perlu kejar masa so that ai can be punctual at home, sebab suami dan anak-anak dah sedia menunggu ibu mereka balik.

Dan nanti ada masa, saya share pula kenapa saya tak mahu naik public transport berdasarkan research group project semasa di college saya pada tahun 2008. Masih valid until today hokay!

Tuesday, 30 April 2013

Orang Malaysia Suka Makan-Makan!

Hello happy Tuesday. Saya ada banyak benda nak update. Saya ada banyak benda nak share. Tapi satu mood pon tak singgah dalam badan. Tak tau kenapa, lately, nak menulis, bukan lagi satu kerakusan dan keterujaan dalam diri.

Maybe pembawakan dari 34 weeks baby dalam perot ni.

Hari ni EL. Adam tak berapa nak sihat. Mungkin weather yang tak menentu sekarang, yang kejap panas bedenting dan kejap sejuk mengelatok ni buat antibodi Adam tunggang-langgang. Adam dah tido selepas mengamok selimut busuk kena basuh. Jasmin 24/7 leka dengan channel cartoon, so untuk memenuhi masa, mari cerita pasal makan.

Aktiviti Malaysian tentang makanan memang teruk. Habit orang Malaysia, di mana jua, apa pon agenda atau event, mesti ada selingan makan-makan.

Buruk perangai makan!
Contoh paling best, kalau di opis-opis nowadays, macam dah jadi rutin pulak buat aktiviti "potluck". Memang la tak terkata variety menunya. Masing-masing nak tunjuk skill masak dan specialties masing-masing, air tangan masing-masing.Dan kemuncaknya, terhidang sepanjang meeting table all the lauk pauk kuih muih segala tok nenek. Maakkkkaaannnnn!

Makan itu penting. Konfius dengan manifesto cogankata "Hidup untuk makan" atau "Makan untuk Hidup". Mana satu yang fakta?

Cedera parah sebab high cholestrol dalam badan
Sebenarnya, kesedaran tentang pemakanan ni muncul bila my Razi was admitted to hospital last two weeks due to high cholestrol and high fat contain dalam badan.

Ceritanya cenggini, bila mula-mula my Razi ke klinik sebab katanya sesak di bahagian dada. Doctor di klinik terus buat ECG procedure dan surprisingly, result dari one of the graph tak berapa nak elok, terus doktor klinik buat refer letter ke hospital.

Seminggu duduk hospital (tapi hari-hari tido kat umah haha!). Berkenduri house warming hari tu pun bercucuk, berbalut tangan. Nasib baik hospital belakang rumah. :)

Gas make him high.
So, bila dah masuk hospital, dari hujung rambut sampai hujung kaki doctor buat check-up. Sangat lah teruk dan tinggi fat contain my Razi yang supposenye the range should be 1.6 something kot but his count is 5.2 something!!!! Cholestrol reading pon dah lepas the range dan one of the arteries dah ada LDL cholestrol yang boleh menyebabkan heart attack or maybe stroke. X-ray result juga buatkan my Razi kena ambil gas to reduce the bronchitis.

Sila jangan miang keladi!
Saya sengih dalam hati. Ketawa juga bila i had my conversation with my engineer, "how izit possible for my husband at his age, can get all this heart problems and now doc's are supplying such dis and dat medication; especially tang ubat bawah lidah? Is he becoming like my father pulak?" Tacuuuuttttttt!

Dan dalam fikiran juga, Hamaigaddddd... belom masuk 30's, dah ada penyakit cenggini? Caner nak sustain kehidupan lagi 30 atau 40 tahun? (kalau panjang umur) Takkan sepanjang hidup nak makan ubat? Clog arteries? Heart attack? Onoz! Onoz! Onoz!

Frankly cakap, kesedaran tentang pemakanan memang tak ada langsung dalam kehidupan kami. Kami masak apa yang rasa kami nak makan, kami beli apa yang teragak tekak nak telan.

Orang kata outside food penyumbang terbesar dalam masalah ni, memang betul, tapi saya juga tak nafikan, pemakanan dari rumah juga penyumbang dalam masalah kolestrol tinggi ni. Kenapa?

Minyak masak. Ini punca paling utama. Orang Malaysia masak mesti nak tumis dulu la, goreng dulu la, masak sup pon nak tumis bahan-bahan dulu; Malaysiannnnnnn~~ dan minyak paling best dan ekonomi untuk guna, minyak kelapa sawit cap Buruh. Recycle pakai tiga empat kali, baru buang dalam longkang. Ini tak betul.

Kalau makan outside food dari kedai zink feveret kami meng-order makan, dah tentu pakai minyak paling murah yang dalam peket tu. Minyak dalam peket ni lagi bahaya sebab minyak ni minyak yang di-recycle. Tak caye, sila google.

Nak pendek cerita, nasib saya baik sebab saya bekerja dengan orang-orang yang penuh dengan kasih-sayang; especially my regional manager. Sebab husband punya penyakit, saya kena dengar consultation dari dia tentang diet dan pemakanan setiap pagi sebelum mula kerja. Itu belum lagi campur tentang consultation pasal pediatricion pasal Jasmin. Sigh.

Anyway, he gave us few tips to maintain our good healhty living dan paling saya suka, my Razi tak perlukan ubat hospital kalau saya boleh maintain lifestyle yang dia reccomend. He's too young untuk semua tu. Apa yang penting, saya perlu jaga pemakanan dan cara masakan dan opkos kena juga ada supplement. But no drugs dari hospital, banyak side effect. So, i try natural way.

First thing, i need to change my cooking oil to the one yang low cholestrol. No more palm oil and i have to subsitute it with olive oil. Olive oil memang paling baik dalam bab kehidupan. Dalam Al-Quran pun ada ditulis tentang kebaikan olive oil ni. He suggested me the olive pomace oil cos boleh frying and baking. The one he used now is Basso and can easily found it in Tesco. The price is cheaper compare to others brand; RM19.90/1 litre.

Then he suggest to take roled-oats three or four times a week for breakfast. Other than that, chapathi is the best breakfast cos it will last until lunch time. The NASIK LEMAK is a big NO NO for razi.

For the time being, my Razi have to avoid the santan. Masak lomak cili api orang nismilan la yang paling high cholestrol. Kalau nak tahu, tak ada masalah bagi pengambilan santan yang raw tanpa dipanaskan tapi akan jadi penyakit bila santan dimasak. Kalau siapa yang biasa masak pakai santan mesti boleh faham kenapa.

Pengambilan ikan adalah paling sempurna. Tapi bukan sebarang ikan. Hanya consume ikan yang bersisik besar macam siakap ,kerapu, ikan merah dan lain-lain yang sejenis dengannya. Ikan jenis ni kalau di masak, dia takkan keluarkan miyak dari badan dia.

Ayam, daging lembu, atau kambing, seafood, masih boleh diambil, tapi cara masakan kena betul. Tapi kalau boleh tak perlu ambil selalu.

Yang paling penting sayur-sayuran dan buah-buahan. Salad is the best, especially time dinner. Dan kalau rajin google, salad is not just about vegetables, u'll find so many varities of salad preparation and opkos memang lah nampak yummylicious.

Kena ingat selalu, untuk lunch dan dinner, balance diet itu penting, okay!

Selain tu, untuk minum petang pula, nak gantikan segala oily kuih muih especially goreng pisang paroi la, cekodok kat senawang tu lah, my Razi is reccomended to take 5-10 pcs of walnuts per day. Yang dibakar.

Untuk supplement, he advise me to give my Razi RED YEAST RICE tablet. Tablet ni sangat baik untuk reduce cholestrol dalam badan. Boleh ambil sebelah malam after or before meal daily. Kalau tak silap boleh cari di Guardian pharmacy brand Biolife, affordable price.

Physical activities pon memainkan peranan besar. Tak semestinya dengan hanya bersenam sahaja. Seeloknya, elok berjalan selama 30 minit setiap pagi especially selepas solat Subuh, time tu udara segar, especially area rumah saya sekarang ni.

Selain tu, boleh juga buat aktiviti berkebun, atau tolong isteri buat house chores like mengemop lantai, sidai baju, boleh juga membantu membakar lemak. Bukan setakat kesihatan terjaga, malah isteri pun rasa senang hati sebab suami rajin bantu membantu dengan kerja rumah, pahala pun dapat; sama-sama menuju ke syurga. :)

Nasib sekarang ni ada masalah kolestrol sahaja. Tak tau lepas ni timbul pulak masalah diabetes ke, darah tinggi ke, darah rendah ke. Aaahhh, lagi satu nak kena hadap!

Friday, 30 December 2011

Year End Lunch Treat

Alhamdulillah.... a lunch treat from my engineer for the last Friday of 2011. Had an awesome lunch at d'Tandoor Damansara, it's a Northern Indian cuisine.



The taste of this curry fish is absolutely different from our local curry. And I had a large portion of Munghail Bryani with chicken and the rice is very spicy. Anyway, overall the dishes is shooo delicious!


First time of having this kind of ice-cream called "Mango Kulfi". Yummayyyyyhhh!

Owh, okay now suddenly thinking of taking my jasmin and Adam to Tutti Frutti. It's going to be an "ice-cream festival" for them! Weeehooooo!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails