Sunday 28 August 2011

Jasmin 3rd Birthday & Family Iftar


Uh-oh! Just received pictures from my sister yesterday so Before I'm off to Kampung today, need to hapdet some of the pictures of Jasmin's family on her birthday celebration and also family Iftar on the 6th August 2011. All the siblings ada sekali for this family Iftar except for Akak and abg Eddy yang hanya mengirimkan anak-anaknya sahaja. Ekceli cerita memang dah agak basi jugak sebab dah nak habis Ramadhan baru terhegeh-hegeh nak apdet itew dan iniew.

Sigh~~
Okay,this year, Jasmin celebrate her birthday together dengan family Iftar dengan the whole family myside. Biasalah, fasting month, so ambil kesempatan time break-fasting untuk celebrate Jasmin's birthday. We booked PDGCC since my kaklong-in-law ada buat promotion kat situ. Not to expensive but they provide good food and great service, tempat pun tak formal sangat, memang sangat sesuai to bring along kanak-kanak yang time tu ada dekat sepuluh orang. Our table kat belah outdoor, so memang sesuai sangat lah untuk kanak-kanak ni nak ber-birthday-party-la-sangat!

Jasmin yang sangat teruja dengan kek Cibin-nya....



Jasmin 3rd Birthday Cake (peminat tegar Mr Bean, so theme kena ikot kehendak selera Birthday Girl)
Thanks to Along sebab sudi sponsor the yummmmyyylicious chocolate cake!) Nak order cake cenggini? Cekelik
HERE



Birthday Girl teruja potong cake *lilin tak ada, tertinggal kat umah....



Opah so sporting to joined us!



Mommy, Babah & Abg Zul

Mak budak potong cake!



Happy Birthday Jasmin! Lurrvee, Baby "Giant" *ngehehehe!
Baby Alia is grown up super-fast! She is 4 months older than Adam tapi sedang membesar bagai juara dan dah macam 6month baby. Officially bakal menjadi pembuli Adam suatu hari nanti! Aiyok!



Happy Birthday Jasmin! Luv, Irfan.

Happy Birthday Jasmin! Luv, Hafiy

Okay, that's all for Jasmin's birthday hapdet. Hoping that Jasmin will grown up menjadi seorang yang terbaik untuk ibu dan abah. Ibu dan abah sentiasa doakan kejayaan Jasmin. We love you so much Jasmin!


P/s: Jasmin is celebrating Hari Raya dengan gembira sekali dengan siku calar balar akibat terjatuh petang semalam. Tahniah!

Monday 22 August 2011

Langit Biru Tuhan


Pada 22 Ogos, malam ke-22 Ramadhan, Bulan berdekatan dengan gugusan bintang tujuh beradik atau Plaeides di langit timur. Sudut pisahan diantara mereka ialah 2 darjah. Bulan terbit di ufuk timur selepas tengah malam dengan diiringi oleh gugusan bintang Plaeides. Gugusan Plaeides ialah kumpulan gugusan bintang terbuka dikenali juga sebagai objek Messier 45 yang terletak dalam buruj Taurus. Mereka boleh dilihat dengan mata kasar pada jam 03.30 pagi dan kelihatan seperti kelompok bintang yang halus dan rapat antara satu sama lain. Gugusan bintang ini di kelilingi oleh nebula pembalikan yang kelihatan kebiruan. Nebula pembalikan ini terdiri dari debu-debu yang menyerakkan cahaya dari bintang yang berdekatan. Proses penyerakan cahaya dari bintang itu menghasil warna biru. Proses yang sama berlaku apabila cahaya Matahari diserakkan oleh atmosfera menyebabkan langit berwarna biru.

al-azim.com


Thursday 18 August 2011

Adam; 53 Days of Life

Went to Dr Wan's Clinic ( Paediatrician SSH Seremban) today to do another check up on Adam's breathing condition which still ada lagi until now and for some people around me find it macam makin worst sebab sound tu dah makin kuat dan kerap dan his chest shows makin ke dalam (berlekuk). First time dulu check up at Dr Liu his chest looks fine sahaja however I notice it looks different since last week. And when we had Iftar at my parents house yesterday, my sister advise me to have another check up with another paed. At least two different specialist to confirm what is wrong with Adam actually. Frankly, I can't sleep very well last night, thinking about Adam condition, how much worst it will be. Even in the car today, I told hubs that if Doc confirms that Adam is facing such dis and dat problem, I know my Hari Raya will be so not to call a Hari Raya....... wuhuuhuu~~

Alhamdulillaaaaahhhh.....

She explain the same thing as what Dr Liu has explain before. Adam's esofagus is still small and soft, which cause him to make a sound when he is breathing. She said, it will become louder lagi bila Adam dah 3/4 bulan above, bila dia sudah semakin active bergerak. Usually it will last until 6 month or a year or two depends on the baby's growth and development.

As per her advise, Adam's need special monitoring everytime to avoid chocking atau tersedak. It's better to let him sleep secara mengiring so at least some of the otot will support the saluran pernafasan. And for some serious cases, if his esofagus still tak matang lagi, maybe doc akan tebuk satu lubang di bahagian leher untuk memudahkan pernafasan. Oowhhh, mintak2 dijauhkanlah semua tu, mintak2 Adam diberikanlah kesihatan yang terbaik. Amin!

We need to see her again another 3 month for her to observe Adam's development.

By the way, Adam weight 4.19kilos today which mean he is healthy dan sedang membesar bagai juara and the best thing today is, Adam sikit pun tak nangis jumpa Dr Wan hari ni, siap ajak berborak-borak lagi. Hoping that Adam will grow up as healthy as a normal baby can be cos there are lots of amazing things we need to discover and experience together with Ibu, Abah and kakak minmin....

Saturday 13 August 2011

Via my Eyes #2














Never put yourself in a situation where you're not sure of where you stand in a person's life.

Friday 12 August 2011

Pesanan Ibu 0003: Munafikkah anda?

Salam Ramadhan...
Sedikit ilmu untuk dikongsi dan disimpan untuk future reference bagi diri sendiri dan anak-anak. Semoga kita semua sentiasa dijauhkan dari mempunyai sifat-sifat seperti ini....

Di dalam Al-Qur'an ada menyebut: 

'Sesungguhnya yang mengadakan-adakan pembohongan, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta' (An-Nahl: 105) 

Di dalam hadis ada disebut: 

'Tanda munafik itu ada tiga: bila bercakap dia bohong, bila berjanji dia mungkir dan bila bersumpah, dia langgar' (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) 

Di dalam riwayat Muslim: 'Sekalipun dia sembahyang dan berpuasa dan menyangka bahawa dia muslim.' 

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: 'Empat perkara yang jika dilakukan bererti dia munafik sejati, sesiapa yang ada dalam dirinya salah satu daripadanya, bererti dia mempunyai satu ciri munafik sehinggalah dia meninggalkannya; bila diberi amanah dia khianat, bila bercakap dia berbohong, bila bersumpah dia melanggarnya dan bila bergaduh dia berlaku keji (jahat).' 

Kerana itu diriwayat dari Abu Bakar al-Siddiq (hadis marfu' dan mauquf): 'Bohong itu menjauhkan iman.' 

Semua ini menunjukkan kepada kita betapa kejinya pandangan Islam terhadap sifat bohong. Islam mendidik umatnya menyucikan diri daripadanya, sama ada bohong itu akan mengakibatkan kemudaratan atau tidak. Cukup dengan hanya berbohong dan memberitahu yang bukan kenyataan, maka ia menyerupai munafik. 

Sabda baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: 'Hendaklah kamu bersifat jujur kerana jujur itu memberi petunjuk kepada kebaikan, kebaikan pula memandu kepada syurga. Seseorang itu sentiasa berlaku jujur sehinggalah tertulis di sisi Allah bahawa dia seorang yang jujur. Jauhilah berbohong kerana bohong membawa kepada perbuatan keji dan perbuatan keji pula membawa kepada neraka. Seseorang itu akan sentiasa berbohong sehinggalah tertulis di sisi Allah bahawa dia adalah pembohong.' (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan mensahihkannya)

Percakapan adalah cara untuk menyampaikan maksud, maka setiap maksud yang terpuji boleh dicapai dengan berkata benar dan berbohong. Berbohong haram. Jika boleh tercapai maksud dengan berbohong dan tidak berkata benar, maka ketika ini berbohong itu harus, jika menghasilkan maksud itu juga harus dan menjadi wajib jika maksudnya wajib. 

Sekalipun tidak tercapai tujuan peperangan atau usaha mendamaikan pertelingkahan atau mengubah hati mangsa jenayah kecuali dengan berbohong, maka ia menjadi harus. Kecuali ia boleh dikawal sekiranya mungkin, kerana apabila dibuka pintu bohong ke atas dirinya, maka dia takut untuk bersemuka dengan sesuatu yang tidak diperlukannya dan kepada sesuatu yang tidak melampau had keperluan. Maka jadilah pembohongan itu hukumnya haram pada asal kecuali kerana wujudnya keperluan tertentu. 

Yang menunjukkan kepada pengecualian ialah apa yang diriwayatkan dari Ummu Kalthon yang berkata: 'Tidak pernah aku mendengar Rasulullah s.a.w. memberi ruang kepada berbohong kecuali tiga: Seseorang yang berkata sesuatu dengan tujuan untuk mendamaikan, seseorang yang berkata sesuatu ketika peperangan dan isterinya bercakap dengan suaminya.' (Riwayat Muslim) 

Katanya lagi: 'Rasulullah s.a.w. berkata: Bukanlah pembohong orang yang mendamaikan di antara dua pihak dan berkata baik atau menimbulkan perkara baru.' (Disepakati atasnya) Asma' bt Yazid berkata: Rasulullah SAW bersabda: 'Setiap pembohong ditulis pembohongan kecuali seorang yang berbohong untuk mendamaikan dua puak (Muslim) yang bergaduh. (diriwayatkan oleh Ahmad dengan ada tambahan dan ia di sisi Tarmizi ringkas dan dikatakan hasan) 

Katanya lagi; 'Ketiga-tiga ini disebut sebagai pengecualian dengan jelas dan pada maknanya apa yang selain darinya, apabila bersambung dengan maksud yang benar dengannya atau selain darinya.' 

Mengenai hartanya, seperti seorang zalim yang hendak merampas hartanya dan dia (si zalim) pun bertanya mengenai hartanya itu kepada orang tersebut. Dia boleh menafikannya atau kalau tidak sultan akan mengambilnya. Kemudia dia bertanya mengenai perbuatan keji di antaranya dengan Allah yang telah dilakukannya. Dia juga menafikannya dan berkata: Aku tidak mencuri ataupun berzina. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Sesiapa yang mendekati sesuatu perbuatan jahat maka hendaklah dia mohon perlindungan dengan pelindung Allah.' Demikian bererti bahawa mendedahkan perbuatan jahat adalah satu perbuatan jahat juga. Seseorang itu hendaklah menjaga darah dan hartanya dari diambil secara zalim dan maruahnya dengan lidahnya sekali pun dengan berbohong. 

Mengenai maruah orang lain, seperti dia ditanya tentang rahsia saudaranya. Maka dia perlu menolak dan memberikan jawapan mendamaikan di antara dua pihak, mendamaikan nafkah di antara isteri-isterinya. Akan tetapi ada had pada berbohong, dilarang berbohong sekali pun dia benar pada tempat-tempat yang boleh melahirkan perkara-perkara bahaya. Maka hendaklah dia menghadapi kedua-duanya dan menimbangkannya dengan adil. Apabila dia sedar bahawa bahaya yang akan terjadi akibat berlaku benar lebih terhasil dari kaca mata syarak daripada berbohong, maka dia boleh berbohong. Jika maksud berbuat demikian itu lebih hina daripada maksud berlaku jujur, maka hendaklah dia berlaku jujur. 

Kadangkala bertembung dua perkara boleh membawa kepada serba salah. Ketika itu, adalah lebih baik untuk cenderung ke arah berlaku jujur kerana bohong hanya diharuskan kerana keperluan atau sesuatu hajat yang penting. 

Perkongsian ilmu dari: Pak Ngah 



Don't be afraid of being right by TELLING THE TRUTHS, it's better to hurt some by truths than to KILL MANY BY LIES!!!!!!!!!!!!!

Wednesday 10 August 2011

The true Colors......

Alhamdulillah, the journey of me and hubs has reached 4th years today. Nak kata newly weds dah macam-macam pulak rasanya tempuh pahit manis and nak kata dah lama nikah, macam baru semalam je rasa duduk bersanding atas pelamin. Haih cliche je bunyi ayat tu.... 0.O Okaylah, malas nak cerita panjang lebar how we survive our love cos dah banyak cerita on my previous entry yang di share. I still remember last year, I celebrate my anniversarry berdua-duaan aje dengan hubs cos  i admitted hospital due to denggi.


And this year, we celebrate our anniversarry dengan hadiah "lagi best wo-o-o", dengan kehadiran our baby Adam. Adam is a "perfect gift" for us. He complete us!


Kali ni surat dari hati tak nak dikarang panjang lebar, hanya beberapa luahan dan hanya sedikit harapan semoga hubs akan terus dapat mendengar saya, mendengar bukan untuk obey on what i've said but mendengar untuk menjadi lebih faham dengan diri saya seadanya. Hope Allah akan gandakan lagi kebahagiaan dan kerukunan rumahtangga kami. Semoga Allah merestui dan mempermudahkan lagi perjalanan kami dan merahmati kehidupan kami.

Living with him, sharing everything with him, and striving hard for the past few months yang ada ups and down, Alhamdulillah, I survive this journey with him. Walaupun sometimes I do feel that hati dan jantung I dah kembang kecut, tapi at least he's still here with me helping me out with the house chores. Frankly said, hubs is the best "pembantu-sidai-baju" ever in the whole wide world! *wink* (saya tahu dia ikhlas walaupun kadangnya terungkit sepatah dua kata)

I'll give my best if he understand and can fulfill all of my expectations..... 



The moment you'd find the courage to give up your happiness for someone, it would be the moment you understand love.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails