Monday 22 August 2011

Langit Biru Tuhan


Pada 22 Ogos, malam ke-22 Ramadhan, Bulan berdekatan dengan gugusan bintang tujuh beradik atau Plaeides di langit timur. Sudut pisahan diantara mereka ialah 2 darjah. Bulan terbit di ufuk timur selepas tengah malam dengan diiringi oleh gugusan bintang Plaeides. Gugusan Plaeides ialah kumpulan gugusan bintang terbuka dikenali juga sebagai objek Messier 45 yang terletak dalam buruj Taurus. Mereka boleh dilihat dengan mata kasar pada jam 03.30 pagi dan kelihatan seperti kelompok bintang yang halus dan rapat antara satu sama lain. Gugusan bintang ini di kelilingi oleh nebula pembalikan yang kelihatan kebiruan. Nebula pembalikan ini terdiri dari debu-debu yang menyerakkan cahaya dari bintang yang berdekatan. Proses penyerakan cahaya dari bintang itu menghasil warna biru. Proses yang sama berlaku apabila cahaya Matahari diserakkan oleh atmosfera menyebabkan langit berwarna biru.

al-azim.com


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails