Friday 30 September 2011

Kisah Syawal 1432H

**okay, sila imagine sendiri how i feel right now. Ekceli, this is how it's look like after masuk kerja as my maternity leave ended one week before hari Raya and continue balik after one week hari raya holiday and until today and maybe gonna last until my contract end. Memang paranoid! memang hectic! memang strezzz! 


But not only di office, kadang-kadang sampai terbawak balik ke rumah, dan bermula lah pulak episod mr & mrs smith dengan abahRazi. Di campur lagi dengan kerenah my "tuan-puteri-banyak-perintah" and my son yang asyik nak dibelai didodoi baru nak lolap! Memang epic sangat my life recently!

Bila semuanya dah bersatu, satu entry pun hapah tak dapat nak dihapdet, even my Hari Raya Story 1432H pun baru terhegeh-hegeh nak hapdet even though Syawal dah tak nampak bayang lagi pun.Karang kalau tak di hapdet, kesian pula kat Jasmin, tak ada memory of her on Hari Raya 2011.

Jasmin with her kazens. Dis was taken on 2nd Hari Raya so no more baju kurung sebab one of her baju kurung dia dah pakai on the Hari Raya Eve. *pix sumber #FB

Baiklah, Raya kali ini adalah giliran untuk abahRazi and the in-laws so for me memang akan ada sedikit kesyahduan lah apabila dua tiga hari sebelum raya sudah berada di Rembau dan berjauhan with my family. Tapi apa pun, syukur kerana masih di beri peluang untuk berhari raya bersama-sama dengan keluarga tercinta, walau dimana berada, walau siapa pun mereka, Rayo totap ado!

Adam sekarang yang dah pandai tersengih
Anyway, Syawal tahun ni meriah sedikit dengan kehadiran Adam. Meriah dalam erti kata saya iaitu dari segi preparation-nya. Dari erti kata sama, challenging, especially nak menyiapkan Jasmin di pagi raya.

Jasmin memang liaaaaaaaat sangat nak mandi, kadang-kadang sampai memekik-mekik menjerit jerit saya nak memanggil Jasmin masuk bilik air. Kalau setakat cubit-cubitan ke, ugutan hanger ke, memang tak jalan, itu yang saya pelik sehingga sekarang kenapa Jasmin tak suka mandi. Tapi lain pulak kalau hari hujan, dia akan mandi dengan senang hati siap guna shower lagi. Jasmin kata "mandi air hujan". Hape-hapelah Jasmin ni!

So, First day pagi Raya hari tu, dia karang syarat buat "nenen" dulu baru mandi. After "nenen" baru nak mandi, tapi helah dia aje, liat juga lagi nak masuk bilik air, last-last, terpaksa la guna kuasa kudrat yang hado dukung masuk bilik air. Kecebusssshhhh, meraung! Jasmin.... Jasmin....

Adam memang tak susah nak siapkan, pagi-pagi selepas saya uruskan baju semua orang, then baru saya mandikan dia. Adam looooove the water very much. Mandi tak ngelat macam Jasmin. Kena air sikiiiiiit pun tak nangis, tersengih je lah manjang. Adam budak baik!

Dunia Hari Raya dahulu masa kecik-kecik tak sama macam budak-budak zaman sekarang. Budak-budak sekarang memang pandai berdandan bermekap bersolek berkasut tumit tinggi (even budak baru umur 3/4 tahun pon!) yang bertudung pula memang semua nak mengalahkan Yuna. Jauh betul perbezaannya, even sekarang ni saya hanya kenal compact powder dan sedikit lipstik yang tak berapa nak merah warnyanya. Bukan kegemaran saya untuk semua tu kot, berdandan secara ala kadar, natural beauty itu lebih baik. Cewah!

Owh, gambar Hari Raya? Banyak juga bergambar pada tahun ni, tapi semuanya dalam simpanan kamera orang, so memang lah saya liat nak mintak, and the worst thing, abahRazi terlalu baik hati "menyedekahkan" handphonenya kat hamba Allah yang kurang berkemampuan, so memanglah gambar raya family yang diambil menggunakan handphonenya tak sempat nak diselamatkan.

Anyway, sharing with you, one happy pictures of my nephews and nieces. This picture is taken on the third day of Hari Raya. Taken by my sister and I do love it a lot. Ceria sungguh anak-anak menakan~~ Budak-budak memang lah riang menyambut hari Raya but for me nowadays, makin tahun makin tua makin sayu. Biar sahajalah hati yang tahu.

*Saya tau soalan anda tapi sila jangan tanya saya kenapa*


P/S:

Friday 9 September 2011

Issue Petknode dan Seman Kucing

GEBU  *R.I.P
Ya Tuhan, menangis sedu sedan sebak bila baca penderitaan kucing-kucing kat hotel kucing Petknode tuh! Apolah jenis manushia owner dua orang budak demok tuh! Dio elok montel, kucing-kucing tu kesian kurus kering terbiar, ada yang mati..... ish ish ish....

"Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat. - OhBulan" -

Memang tak berperikemanusiaan langsung! Tuhan bagi akal fikiran simpati perasaan kasih sayang tapi sampai hati menyakiti makhluk-makhluk Tuhan ni, manalah letaknya kewarasan budak demok dua ekor tu!


This kitty and the fosterer berada di Pulau Besar
As one of  a truly cad cat lover, mmg tersentuh hati dengan issue Petknode ni dan mmg suddenly I am thinking of my mak kucing.... apa lah dosa saya sampai dia tinggalkan rumah membawa diri tah kemana? Nak kata saya tak bagi makanminum seminggu sebab tu dia lari memang tak mungkinlah sebab saya bukan jenis sampai hati macam tu. Setakat ni dah masuk sembilan bulan mak kucing hilangkan diri. Cuba juga cari kat picture album kucing hilang, sayangnya memang tak ado.


Kalau nak ikotkan sejarah family saya, tak pernah kucing-kucing yang dibela lari dari rumah. Misi tinggalkan kat pasar pon tak berjaya bila the next day tgk tgk dah tercegat je depan pintu rumah. Biasanya kucing-kucing yang kami bela mati sebab accident, mati sebab termakan racun dan paling haru sekali baru-baru ni, one of my sister punya kucing mati sebab terlebih bagi makan. Dia balik kampung tiga hari, so tinggalkan makanan selambak supaya kucing tu tak kebulur, tapi kucing manalah ada akal fikiran nak bagi-bagi sikit utk breakfast, sikit utk lunch, sikit utk minum petang dan sikit utk dinner, sekali letak, sekali tu la habeh dilantaknya, at last kucing tu mati tergolek sebab terover makan biskut kucing. Itu pon kira zalim gak lah tu... T_T (Sila banned ET kalu sesiapa teragak nak bagi kucing kat dia huhehuhe!)


Yang ni ada di Klang
Itu cerita pasal kucing, nak cerita pasal musang pulak. Saya ingat lagi musang peliharaan my sister pon mati sebab terover makan, hari-hari my mom sedia menu ayam mentahlah, buah-buahanlah, left over food takyah ceritalah, si musang ni pon layan je lah dengan hati terbuka, macam biasa, si musang akhirnya mati kekenyangan. Haiiiihhh.... betapa "over"nya kasih sayang dan caring-maring family saya terhadap binatang....


Early this year memang saya ada sedikit kecewa dan sedih dan depress bila dapat tahu my besfren a.k.a mak kucing dah tinggalkan rumah tak balik-balik. Ye lah, bertahun-tahun dah tinggal bersama-sama, tiba-tiba hilang sampai bangkai pon tak dapat di kesan. And that time I was pregnant 3 or 4 month cenggitu. Terlalu depresssss maybe and kesannya mungkin kepada Adam saya. Mungkinnnnnlah agaknya....... saya tak kata cerita saya ni boleh pakai hundred percent.


As I mention before this from my previous post, Adam is having breathing problem which cause him bernafas berbunyi-bunyi. I notice that after two weeks he was born. At first I was thinking it must be flu and when I check with paed, he said, tekak dan hidung dan paru-paru Adam clear, tak ada masalah at all. 2nd paed pon conformed-kan benda yang sama. Nothing much to worry dan biasanya akan hilang bila Adam semakin membesar.


My family tak berapa satisfied dengan keputusan doctor dan sains ni and they advise me to go for alternative medicine. Apalagi last Monday, dengan jiwa raga penuh harapan together with hubby and my mom, pergilah jumpa aunty my-only-one-kakak-ipar kat Kuala Pilah. Mak Ngah ni memang pandai ubatkan budak-budak dan boleh juga mengurut orang lepas bersalin dan ubat-ubat akar kayu dia, "Ing-glan pon dah sampai!" (dio yang kato

Belek punya belek tengok punya tengok tak sampai seminit, mak ngah conformkan, Adam ni kena "Seman".


Ekau ado tengok bangkai kucing ko maso ngandung dulu?"

Haaaa... itulah yang first sekali Mak Ngah tanya kat saya. Memang terkedu la saya bila Mak Ngah kata Adam ni kena "Seman Kucing". Haaaaa.. Apo tu "Seman"? Jom ceciter ceciter...


Seman atau bahasa uptodatesket "Kenan" biasanya jadi kat anak-anak yang baru lahir. Sebab tu lah dinasihatkan ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka supaya tidak membuat keburukan atau perkara yang tidak baik terutama sekali penganiayaan terhadap binatang kerana mengikut pandangan orang-orang Melayu kita mungkin akan memberi implikasi buruk terhadap anak yang bakal lahir. Pfftt... skema ayat explaination


So Adam is one of the baby yang katanya terkena "seman kucing" ni. Saya pun tak pasti di mana silap saya atau mr hubby masa time saya ngandung-ngandung dulu. My mom cakap, kalau nak ikutkan, jentik siiiiiiiiiikit pun tak boleh kucing ni sebab badi dia kuat. So maybe me or hubs ada tersalah silap kat kucing-kucing yang saya tak berapa nak recall ni, sumpahannya terkena kat Adam. Atau mungkinkah kerana kami ke Kuching tempoh hari? Haiiihhh.... naseeeeblah Adam.


Sekarang ni Adam dah tiga hari mandi air daun and the last day yesterday, air daun tu jadi busuk, busuk sebijik bau tahi kucing. Sebenarnya ikut kata Mak Ngah lagi busuk lagi bagus. 

Oleh itu, dengan Adam Adam sekali bau cat poops. Yaaaiiikkksss... tapi takpe.... neneknya sangat advance to tepek bedak byk-byk kat Adam semalam so yesterday evening fetch Adam kat umah my mom, dia dah wangi sikitlah.

Mak Ngah provide 3 botol air tawar and need to mandikan Adam dan kena yakinlah dengan usaha yang Mak Ngah buat dan InsyaAllah, semuanya akan baik-baik aje. Semoga didengari Tuhan dan Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin.


So, pengajarannya, tak kisahlah Issue Petknode ke, Issue Seman ke, yang penting semua kejahilan yang manusia lakukan itu, kita jadikan pengajaran dan tauladan supaya tidak mengulangi kejahilan itu semua. Bila terjadi perkara-perkara seumpama ini, makanya kita harus lebih menyayangi haiwan-haiwan di sekeliling kita, and especially Cats. 


Mereka juga makhluk Tuhan, mereka tinggal di dunia yang sama-sama kita berpijak, so tak salah rasanya kita sama-sama berkongsi perasaan kasih sayang itu. Jangan zalimi mereka, sayangi mereka. Agak-agak terserempak kucing kat restoren, kedai makan, tepi jalan, sedekahlah sedikit makanan untuk mereka. Lagi elok bawa balik rumah and then hantar ke cat shelter yang berhampiran (yang diiktiraf dan dipercayai sahaja okay, bukan yang jenis mintakwangmintakwang okay) supaya nasib mereka lebih terbela di sana. 


Truly Madly Deeply Missing U owhhh my Mak-Kucing! *R.I.P.






p.s. Harapnya budak demok dua ekor tu kalu dorang kawen, bila bini dorang ngandung, terkono la seman kucing kek anak-anak eeee... EEEiiiiiiii goram den! Astaffirullahhalazim....



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails