Showing posts with label kajian tempatan. Show all posts
Showing posts with label kajian tempatan. Show all posts

Tuesday, 30 April 2013

Orang Malaysia Suka Makan-Makan!

Hello happy Tuesday. Saya ada banyak benda nak update. Saya ada banyak benda nak share. Tapi satu mood pon tak singgah dalam badan. Tak tau kenapa, lately, nak menulis, bukan lagi satu kerakusan dan keterujaan dalam diri.

Maybe pembawakan dari 34 weeks baby dalam perot ni.

Hari ni EL. Adam tak berapa nak sihat. Mungkin weather yang tak menentu sekarang, yang kejap panas bedenting dan kejap sejuk mengelatok ni buat antibodi Adam tunggang-langgang. Adam dah tido selepas mengamok selimut busuk kena basuh. Jasmin 24/7 leka dengan channel cartoon, so untuk memenuhi masa, mari cerita pasal makan.

Aktiviti Malaysian tentang makanan memang teruk. Habit orang Malaysia, di mana jua, apa pon agenda atau event, mesti ada selingan makan-makan.

Buruk perangai makan!
Contoh paling best, kalau di opis-opis nowadays, macam dah jadi rutin pulak buat aktiviti "potluck". Memang la tak terkata variety menunya. Masing-masing nak tunjuk skill masak dan specialties masing-masing, air tangan masing-masing.Dan kemuncaknya, terhidang sepanjang meeting table all the lauk pauk kuih muih segala tok nenek. Maakkkkaaannnnn!

Makan itu penting. Konfius dengan manifesto cogankata "Hidup untuk makan" atau "Makan untuk Hidup". Mana satu yang fakta?

Cedera parah sebab high cholestrol dalam badan
Sebenarnya, kesedaran tentang pemakanan ni muncul bila my Razi was admitted to hospital last two weeks due to high cholestrol and high fat contain dalam badan.

Ceritanya cenggini, bila mula-mula my Razi ke klinik sebab katanya sesak di bahagian dada. Doctor di klinik terus buat ECG procedure dan surprisingly, result dari one of the graph tak berapa nak elok, terus doktor klinik buat refer letter ke hospital.

Seminggu duduk hospital (tapi hari-hari tido kat umah haha!). Berkenduri house warming hari tu pun bercucuk, berbalut tangan. Nasib baik hospital belakang rumah. :)

Gas make him high.
So, bila dah masuk hospital, dari hujung rambut sampai hujung kaki doctor buat check-up. Sangat lah teruk dan tinggi fat contain my Razi yang supposenye the range should be 1.6 something kot but his count is 5.2 something!!!! Cholestrol reading pon dah lepas the range dan one of the arteries dah ada LDL cholestrol yang boleh menyebabkan heart attack or maybe stroke. X-ray result juga buatkan my Razi kena ambil gas to reduce the bronchitis.

Sila jangan miang keladi!
Saya sengih dalam hati. Ketawa juga bila i had my conversation with my engineer, "how izit possible for my husband at his age, can get all this heart problems and now doc's are supplying such dis and dat medication; especially tang ubat bawah lidah? Is he becoming like my father pulak?" Tacuuuuttttttt!

Dan dalam fikiran juga, Hamaigaddddd... belom masuk 30's, dah ada penyakit cenggini? Caner nak sustain kehidupan lagi 30 atau 40 tahun? (kalau panjang umur) Takkan sepanjang hidup nak makan ubat? Clog arteries? Heart attack? Onoz! Onoz! Onoz!

Frankly cakap, kesedaran tentang pemakanan memang tak ada langsung dalam kehidupan kami. Kami masak apa yang rasa kami nak makan, kami beli apa yang teragak tekak nak telan.

Orang kata outside food penyumbang terbesar dalam masalah ni, memang betul, tapi saya juga tak nafikan, pemakanan dari rumah juga penyumbang dalam masalah kolestrol tinggi ni. Kenapa?

Minyak masak. Ini punca paling utama. Orang Malaysia masak mesti nak tumis dulu la, goreng dulu la, masak sup pon nak tumis bahan-bahan dulu; Malaysiannnnnnn~~ dan minyak paling best dan ekonomi untuk guna, minyak kelapa sawit cap Buruh. Recycle pakai tiga empat kali, baru buang dalam longkang. Ini tak betul.

Kalau makan outside food dari kedai zink feveret kami meng-order makan, dah tentu pakai minyak paling murah yang dalam peket tu. Minyak dalam peket ni lagi bahaya sebab minyak ni minyak yang di-recycle. Tak caye, sila google.

Nak pendek cerita, nasib saya baik sebab saya bekerja dengan orang-orang yang penuh dengan kasih-sayang; especially my regional manager. Sebab husband punya penyakit, saya kena dengar consultation dari dia tentang diet dan pemakanan setiap pagi sebelum mula kerja. Itu belum lagi campur tentang consultation pasal pediatricion pasal Jasmin. Sigh.

Anyway, he gave us few tips to maintain our good healhty living dan paling saya suka, my Razi tak perlukan ubat hospital kalau saya boleh maintain lifestyle yang dia reccomend. He's too young untuk semua tu. Apa yang penting, saya perlu jaga pemakanan dan cara masakan dan opkos kena juga ada supplement. But no drugs dari hospital, banyak side effect. So, i try natural way.

First thing, i need to change my cooking oil to the one yang low cholestrol. No more palm oil and i have to subsitute it with olive oil. Olive oil memang paling baik dalam bab kehidupan. Dalam Al-Quran pun ada ditulis tentang kebaikan olive oil ni. He suggested me the olive pomace oil cos boleh frying and baking. The one he used now is Basso and can easily found it in Tesco. The price is cheaper compare to others brand; RM19.90/1 litre.

Then he suggest to take roled-oats three or four times a week for breakfast. Other than that, chapathi is the best breakfast cos it will last until lunch time. The NASIK LEMAK is a big NO NO for razi.

For the time being, my Razi have to avoid the santan. Masak lomak cili api orang nismilan la yang paling high cholestrol. Kalau nak tahu, tak ada masalah bagi pengambilan santan yang raw tanpa dipanaskan tapi akan jadi penyakit bila santan dimasak. Kalau siapa yang biasa masak pakai santan mesti boleh faham kenapa.

Pengambilan ikan adalah paling sempurna. Tapi bukan sebarang ikan. Hanya consume ikan yang bersisik besar macam siakap ,kerapu, ikan merah dan lain-lain yang sejenis dengannya. Ikan jenis ni kalau di masak, dia takkan keluarkan miyak dari badan dia.

Ayam, daging lembu, atau kambing, seafood, masih boleh diambil, tapi cara masakan kena betul. Tapi kalau boleh tak perlu ambil selalu.

Yang paling penting sayur-sayuran dan buah-buahan. Salad is the best, especially time dinner. Dan kalau rajin google, salad is not just about vegetables, u'll find so many varities of salad preparation and opkos memang lah nampak yummylicious.

Kena ingat selalu, untuk lunch dan dinner, balance diet itu penting, okay!

Selain tu, untuk minum petang pula, nak gantikan segala oily kuih muih especially goreng pisang paroi la, cekodok kat senawang tu lah, my Razi is reccomended to take 5-10 pcs of walnuts per day. Yang dibakar.

Untuk supplement, he advise me to give my Razi RED YEAST RICE tablet. Tablet ni sangat baik untuk reduce cholestrol dalam badan. Boleh ambil sebelah malam after or before meal daily. Kalau tak silap boleh cari di Guardian pharmacy brand Biolife, affordable price.

Physical activities pon memainkan peranan besar. Tak semestinya dengan hanya bersenam sahaja. Seeloknya, elok berjalan selama 30 minit setiap pagi especially selepas solat Subuh, time tu udara segar, especially area rumah saya sekarang ni.

Selain tu, boleh juga buat aktiviti berkebun, atau tolong isteri buat house chores like mengemop lantai, sidai baju, boleh juga membantu membakar lemak. Bukan setakat kesihatan terjaga, malah isteri pun rasa senang hati sebab suami rajin bantu membantu dengan kerja rumah, pahala pun dapat; sama-sama menuju ke syurga. :)

Nasib sekarang ni ada masalah kolestrol sahaja. Tak tau lepas ni timbul pulak masalah diabetes ke, darah tinggi ke, darah rendah ke. Aaahhh, lagi satu nak kena hadap!

Monday, 4 March 2013

OVERTHINKING MAKES U DUMBER!

ASSALAMMUALAIKUM KIDDOS! 



Okay, today let's talk something serious. Huhu. Serious la sangat. Well, monday yang biru cenggini, elok rasanya pecahkan kepala hotak dengan bahan bacaan yang macam ni. Sama juga macam entry lepas, this one memang dah lama menunggu dalam draft tunggu masa untuk di publish.

Issue saya hari ni tentang; the power of internet (kuasa internet).

Macam cerita lahad datu pon pelbagai spekulasi timbol, especially dari media.

Tak perlu hippo-krit sebab banyaknya yang di tempel di ruang social media anda semua hasil pencarian dan pencerahan incik google. Termasuk la saya. Tak gitu?

Contoh nyata di sini:

Mu mapu ka nak gi nengok ustat idruh bagi ceramah seluruh kapong; kalu tak mat gugel yang dok info lepah tu mu kopipes suka hati pokmok mu kat belog mu.

So, kalau apa yang kita carik dan tempel di our own so-called ruang social media yang dah tentu-tentu dari sumber reference tok guru mak guru YANG SOOOHIIHHH, apa yang jadi salahnya kalau berkongsi apa yang dibaca?

Tapi kalau nak belajar tajwid, nak belajar mengaji, baiknya ada guru di hadapan mata, bahan yang di baca tak sama apa yang di sebut. Takot sebutnya ro yang jadinya ra.

Pucuk pangkal, cara mencari dan menempel dan berkongsi itu yang kena betul, bukan semberono sesuka hati baca one random page then kopipes kat social page anda then terus mengaku diri kita lah yang paling bagus agamanya di sisi Tuhan.


_______________________________________________________
 Baca ni!

A local teacher came into our international teachers' lounging room.
dia tarik white board.
kemudian tulis besar2:

5 + 5 + 5 = 550.
"fix it", kata dia.
"with only one line, however you wish".

dari cikgu math, sampai fizik, sampai bio, sampai cikgu2 general perspectives semua berebut2 cuba menjawab.

yang ini cuba macam ini.
yang itu cuba macam itu.
bising.

semak.

30 minit,
masih tak ada jawapan.
the local teacher just laughed.
kelakar tengokkan semua cikgu2 international trying REALLY hard.

aku tengah menjahit.
aku cabut headphone aku.
aku tekan2 ipad di depan aku.
aku bangun.
aku pergi ke white board.

aku tambahkan garis pada simbol + menjadi 4.
dari asalnya 5+5,
kini ia jadi 545.

maka--
545 + 5 = 550.
fixed.

aku senyum.
"google", aku jawab.

"but that is cheating!" kata cikgu bio.
tidak puas hati kerana cikgu bahasa yang menjawab.

"the instruction was to fix it."
senyum.
"i fixed it. efficiently"
the way i see it--
benda kalau senang,
jangan serabutkan otak.
rugi.

sebab most of the time,
overthinking makes you dumber.

:)

i guess manusia satu dunia masih tak rajin guna search engine. penatlah, kawan2. jawab soalan yang inche google boleh jawabkan dalam satu klik saja.

"macammana nak jailbreak?"
"macammana nak apply universiti luar negara?"
"siapa abraham lincoln; minta pencerahan"

serius.
SEMUA ADA.
macammana nak korek hidung PUN ada.
aku tak bohong.
the power of internet.

kalau jenis malas baca, search di youtube.
kalau jenis tak tau nak taip dalam bahasa inggeris,
here is a tip:
"google translate".

translate to english.
cut.
paste.
tekan "search".

google ada. yahoo ada. wiki ada.
taip sahaja "how to..."-- ada jawapannya.
dan JANGANLAH cuma melihat top page sahaja.
sebab kadang2 kupasan kita cari bukan di muka pertama.

"tak salah nak bertanya.
tapi macam masa sekolah dulu.
SEBELUM cikgu bukak chapter baru, kita kena buat mini research dulu.
jadi bila cikgu bagi penerangan,
kita lekas faham."


kan...?

ke....
korang tak pernah baca mukasurat yang bukan kerja sekolah...?


OLEH : FYNN JAMAL
tidak relevan sama siapa2. tapi jujur.
____________________________________________________________________


SEKIAN TERIMA KASIH SHARING DARI SAYA. FYNN JAMAL MMG SEMPOI!

Friday, 9 September 2011

Issue Petknode dan Seman Kucing

GEBU  *R.I.P
Ya Tuhan, menangis sedu sedan sebak bila baca penderitaan kucing-kucing kat hotel kucing Petknode tuh! Apolah jenis manushia owner dua orang budak demok tuh! Dio elok montel, kucing-kucing tu kesian kurus kering terbiar, ada yang mati..... ish ish ish....

"Pemilik kucing terkejut apabila melihat kondisi kucing yang kelaparan, kehausan & ketakutan ekoran daripada tindakan pihak syarikat yang mengabaikan kebajikan kucing pemilik. Menurut sumber, terdapat beberapa ekor kucing termasuklah 2 ekor kucing ibu & anak yang mati bersama-sama ketika serbuan dibuat. - OhBulan" -

Memang tak berperikemanusiaan langsung! Tuhan bagi akal fikiran simpati perasaan kasih sayang tapi sampai hati menyakiti makhluk-makhluk Tuhan ni, manalah letaknya kewarasan budak demok dua ekor tu!


This kitty and the fosterer berada di Pulau Besar
As one of  a truly cad cat lover, mmg tersentuh hati dengan issue Petknode ni dan mmg suddenly I am thinking of my mak kucing.... apa lah dosa saya sampai dia tinggalkan rumah membawa diri tah kemana? Nak kata saya tak bagi makanminum seminggu sebab tu dia lari memang tak mungkinlah sebab saya bukan jenis sampai hati macam tu. Setakat ni dah masuk sembilan bulan mak kucing hilangkan diri. Cuba juga cari kat picture album kucing hilang, sayangnya memang tak ado.


Kalau nak ikotkan sejarah family saya, tak pernah kucing-kucing yang dibela lari dari rumah. Misi tinggalkan kat pasar pon tak berjaya bila the next day tgk tgk dah tercegat je depan pintu rumah. Biasanya kucing-kucing yang kami bela mati sebab accident, mati sebab termakan racun dan paling haru sekali baru-baru ni, one of my sister punya kucing mati sebab terlebih bagi makan. Dia balik kampung tiga hari, so tinggalkan makanan selambak supaya kucing tu tak kebulur, tapi kucing manalah ada akal fikiran nak bagi-bagi sikit utk breakfast, sikit utk lunch, sikit utk minum petang dan sikit utk dinner, sekali letak, sekali tu la habeh dilantaknya, at last kucing tu mati tergolek sebab terover makan biskut kucing. Itu pon kira zalim gak lah tu... T_T (Sila banned ET kalu sesiapa teragak nak bagi kucing kat dia huhehuhe!)


Yang ni ada di Klang
Itu cerita pasal kucing, nak cerita pasal musang pulak. Saya ingat lagi musang peliharaan my sister pon mati sebab terover makan, hari-hari my mom sedia menu ayam mentahlah, buah-buahanlah, left over food takyah ceritalah, si musang ni pon layan je lah dengan hati terbuka, macam biasa, si musang akhirnya mati kekenyangan. Haiiiihhh.... betapa "over"nya kasih sayang dan caring-maring family saya terhadap binatang....


Early this year memang saya ada sedikit kecewa dan sedih dan depress bila dapat tahu my besfren a.k.a mak kucing dah tinggalkan rumah tak balik-balik. Ye lah, bertahun-tahun dah tinggal bersama-sama, tiba-tiba hilang sampai bangkai pon tak dapat di kesan. And that time I was pregnant 3 or 4 month cenggitu. Terlalu depresssss maybe and kesannya mungkin kepada Adam saya. Mungkinnnnnlah agaknya....... saya tak kata cerita saya ni boleh pakai hundred percent.


As I mention before this from my previous post, Adam is having breathing problem which cause him bernafas berbunyi-bunyi. I notice that after two weeks he was born. At first I was thinking it must be flu and when I check with paed, he said, tekak dan hidung dan paru-paru Adam clear, tak ada masalah at all. 2nd paed pon conformed-kan benda yang sama. Nothing much to worry dan biasanya akan hilang bila Adam semakin membesar.


My family tak berapa satisfied dengan keputusan doctor dan sains ni and they advise me to go for alternative medicine. Apalagi last Monday, dengan jiwa raga penuh harapan together with hubby and my mom, pergilah jumpa aunty my-only-one-kakak-ipar kat Kuala Pilah. Mak Ngah ni memang pandai ubatkan budak-budak dan boleh juga mengurut orang lepas bersalin dan ubat-ubat akar kayu dia, "Ing-glan pon dah sampai!" (dio yang kato) 

Belek punya belek tengok punya tengok tak sampai seminit, mak ngah conformkan, Adam ni kena "Seman".


Ekau ado tengok bangkai kucing ko maso ngandung dulu?"

Haaaa... itulah yang first sekali Mak Ngah tanya kat saya. Memang terkedu la saya bila Mak Ngah kata Adam ni kena "Seman Kucing". Haaaaa.. Apo tu "Seman"? Jom ceciter ceciter...


Seman atau bahasa uptodatesket "Kenan" biasanya jadi kat anak-anak yang baru lahir. Sebab tu lah dinasihatkan ibu bapa yang sedang menunggu kelahiran bayi mereka supaya tidak membuat keburukan atau perkara yang tidak baik terutama sekali penganiayaan terhadap binatang kerana mengikut pandangan orang-orang Melayu kita mungkin akan memberi implikasi buruk terhadap anak yang bakal lahir. Pfftt... skema ayat explaination. 


So Adam is one of the baby yang katanya terkena "seman kucing" ni. Saya pun tak pasti di mana silap saya atau mr hubby masa time saya ngandung-ngandung dulu. My mom cakap, kalau nak ikutkan, jentik siiiiiiiiiikit pun tak boleh kucing ni sebab badi dia kuat. So maybe me or hubs ada tersalah silap kat kucing-kucing yang saya tak berapa nak recall ni, sumpahannya terkena kat Adam. Atau mungkinkah kerana kami ke Kuching tempoh hari? Haiiihhh.... naseeeeblah Adam.


Sekarang ni Adam dah tiga hari mandi air daun and the last day yesterday, air daun tu jadi busuk, busuk sebijik bau tahi kucing. Sebenarnya ikut kata Mak Ngah lagi busuk lagi bagus. 

Oleh itu, dengan Adam Adam sekali bau cat poops. Yaaaiiikkksss... tapi takpe.... neneknya sangat advance to tepek bedak byk-byk kat Adam semalam so yesterday evening fetch Adam kat umah my mom, dia dah wangi sikitlah.

Mak Ngah provide 3 botol air tawar and need to mandikan Adam dan kena yakinlah dengan usaha yang Mak Ngah buat dan InsyaAllah, semuanya akan baik-baik aje. Semoga didengari Tuhan dan Tuhan permudahkan urusan kami sekeluarga. Amin.


So, pengajarannya, tak kisahlah Issue Petknode ke, Issue Seman ke, yang penting semua kejahilan yang manusia lakukan itu, kita jadikan pengajaran dan tauladan supaya tidak mengulangi kejahilan itu semua. Bila terjadi perkara-perkara seumpama ini, makanya kita harus lebih menyayangi haiwan-haiwan di sekeliling kita, and especially Cats. 


Mereka juga makhluk Tuhan, mereka tinggal di dunia yang sama-sama kita berpijak, so tak salah rasanya kita sama-sama berkongsi perasaan kasih sayang itu. Jangan zalimi mereka, sayangi mereka. Agak-agak terserempak kucing kat restoren, kedai makan, tepi jalan, sedekahlah sedikit makanan untuk mereka. Lagi elok bawa balik rumah and then hantar ke cat shelter yang berhampiran (yang diiktiraf dan dipercayai sahaja okay, bukan yang jenis mintakwangmintakwang okay) supaya nasib mereka lebih terbela di sana. 


Truly Madly Deeply Missing U owhhh my Mak-Kucing! *R.I.P.






p.s. Harapnya budak demok dua ekor tu kalu dorang kawen, bila bini dorang ngandung, terkono la seman kucing kek anak-anak eeee... EEEiiiiiiii goram den! Astaffirullahhalazim....



Monday, 22 August 2011

Langit Biru Tuhan


Pada 22 Ogos, malam ke-22 Ramadhan, Bulan berdekatan dengan gugusan bintang tujuh beradik atau Plaeides di langit timur. Sudut pisahan diantara mereka ialah 2 darjah. Bulan terbit di ufuk timur selepas tengah malam dengan diiringi oleh gugusan bintang Plaeides. Gugusan Plaeides ialah kumpulan gugusan bintang terbuka dikenali juga sebagai objek Messier 45 yang terletak dalam buruj Taurus. Mereka boleh dilihat dengan mata kasar pada jam 03.30 pagi dan kelihatan seperti kelompok bintang yang halus dan rapat antara satu sama lain. Gugusan bintang ini di kelilingi oleh nebula pembalikan yang kelihatan kebiruan. Nebula pembalikan ini terdiri dari debu-debu yang menyerakkan cahaya dari bintang yang berdekatan. Proses penyerakan cahaya dari bintang itu menghasil warna biru. Proses yang sama berlaku apabila cahaya Matahari diserakkan oleh atmosfera menyebabkan langit berwarna biru.

al-azim.com


Wednesday, 8 June 2011

Prinsip-prinsip Adat Perpatih

Tertarik pula untuk belajar dan menyelami tentang adat istiadat dan buadaya sendiri. Kadang-kadang kita tak sedar dari mana datangnya kita, dari mana datangnya nenek moyang keturunan kita, baik ke buruk ke, tapi yang pastinya kita semua datangnya dari Allah SWT dan kembali juga kita kepada-Nya. Here I paste something to share and for myself knowledge. For more info boleh join facebook Adat Perpatih.


Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: 
Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada perempuan yang dianggap bonda kandung iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: 
Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di kawasan ibu isterinya sebagai orang semenda. Pada zaman dahulu si lelaki akan mengusahakan tanah keluarga isterinya.

3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: 
Hanya lelaki sahaja yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: 
Dalam sesuatu perut dan suku, hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk menyandang sebarang jawatan dalam adat.

5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: 
Untuk tujuan perkahwinan atau waris mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui upacara berkedim. Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

Apa yang saya ketahui dari bacaan-bacaan saya yang berkaitan, adat perpatih tidak dibuat sekadar sesuka hati, semuanya berlandaskan Islam, sepertimana dirungkaikan, adat dan syarak adalah selari.

Adat bersendi hukum
Hukum bersendikan syarak
Syarak mengata adat memakai
Adat dan syarak sandar menyandar
Ibarat aur dengan tebing.

Adat bersendi hukum
Hukum bersendi Kitabullah
Syarak mengata adat memakai
Kuat adat tak gaduh hukum
Kuat hukum tak gaduh adat
Ibu adat muafakat
Cermin yang tak kabur
Pelita yang tak padam


P.S.
“Kesempurnaan iman seseorang itu ialah murni akhlaknya”(Hadis Rasullah saw)



"Kok digumpal selebar kuku
Kok dibontang selebar alam
Walau sebosar biji labu
Langit dan bumi ado di dalam"

Monday, 7 March 2011

Salah mata kerana tak nampak, salah tafsiran kerana tak dinilai.....

Kunfayakun.....

Saya tak pasti adakah ini emosi seorang ibu yang sedang mengandung atau memang ia benar-benar i-k-h-e-las keluar dari hati dan perasaan saya.  

Saya rasa salah faham antara saya dan wanita ini sudah lama saya leraikan dan rasanya saya sudah lupakan kesemua kejadian yang berlaku dan fitnah yang menimpa diri saya juga sudah lama saya clearkan dari otak fikiran saya. Rasanya my last heart-declaration was on February last year (the so-called "Public Conference"). And I thought it was the end of it but this woman still want to play hard with me.

Bila kita bercerita tentang akhlak dan peribadi manusia............

Ihsan: Fotopages, luahannya after my public conference.
Bagi saya, tiada guna berdemokrasi dengan manusia yang jenis ini, kerana berapa banyak perkataan pun yang kita gunakan untuk menjernihkan keadaan, manusia jenis ini sering juga ingin berdendam, mengungkit, melatah secara melulu dan mancari salah orang lain.

Apa yang terkilan sangat-sangat bagi saya sehingga kini, wanita ini sebenarnya masih lagi tidak membersihkan hatinya dan masih menyimpan perkara yang saya rasa sudah lama diselesaikan diantara ahli keluarga.

Hati manusia siapa yang tahu.......
Sigh~ Nak cerita panjang lebar pun tak guna, tapi bila perkara dah jadi kat batang hidung sendiri yang masih tak sudah-sudah, saya kenalah redha untuk menghadapnya sepanjang hidup saya. Lagi dan lagi dan lagi daaaannnnnn lagi.

Tak kisahlah jika dilabel sebagai "stalker", pengintai, busybody, intruder atau apa sekalipun, Tuhan itu Maha adil. Tuhan nak tunjukkan baik atau buruk sesuatu benda/ seseorang itu, bila-bila sahaja Dia temukan. Baik, buruk, miskin, kaya, senang, susah, jahat, baik, mengumpat, diumpat, dipuji, dihina, dimana-mana sekalipun kita berada, Tuhan tetap akan tunjukkan kebenaran itu. Dan saya faham, orang yang sentiasa dianiaya ini, doanya Inshallah dimakbulkan Tuhan.

Manusia takkan pernah dan takkan ada yang sempurna. Saya manusia, dia juga manusia. Masing-masing fikir sama hebat tapi sebenarnya sering terkehel membuat kesilapan. Ada nafsu, ada keinginan, ada ego, senang cerita ada pro dan con dalam realiti hidup masing-masing. Dan tak lupa masing-masing dikurniakan otak untuk berfikir, tetapi terpulang pada diri sendiri untuk guna otak itu secara waras, emotionally, matang atau berhemah.

Apa makna ibadah i.e. solat lima waktu, berpuasa (wajib & sunat), bersedekah, mengaji, et cetera; jika HATI masih juga tidak bersih. Masih ternginang-ngiang di telinga saya hingga kini bila perkataan "Buka Buku Baru" disebut bagi tujuan mengakhiri segala perselisihan faham.

Apabila musibah menimpa diri, seeloknya kita ambil ikhtibar dari kejadian tersebut. Perlu kaji, masalah itu datang dari diri sendiri atau diri orang lain. Orang kata, sarang tebuan jangan dijolok.

Apa yang masih menjadi masalah saya hingga kini, semua yang disampaikannya jelas menunjukkan ketidak puas hatian wanita ini. Semalam dia berkata lain dan kini dia berkata lain. Di dunia nyata dia adalah orang lain dan di dunia alam maya dia adalah orang lain. Bukankah orang ini mengalami krisis jiwa ataupun split personality?

Dan wanita ini juga pernah menyatakan maafnya melalui email sehari sebelum bulan Ramadhan, sungguh murni niatnya itu, mungkin ketika itu Syaitannirajjim sudah dirantai untuk terus menjadi penghasut setia anak adam & hawa. Sayangnya, saya hanya membaca email dari wanita ini dua minggu selepas itu kerana saya diadmit ke hospital kerana denggi. No wonder masa kat hospital hari tu punya la baik approach saya, siap cium dahi lagi. Saya tak pasti itu adalah ikhlas atau hanya hipokrit di depan suaminya yang tercinta. Itu saya tak pasti. Hati orang mana kita nak tahu.

Mulia je konon hatinya......
And after a few month, she start back to her old agenda.....

Saya pernah bertanya pada wanita ini (melalui telefon), kerana saya rasa sudah banyak wanita ini berbeber-beber pelbagai cerita diblognya (walhal dia sering menjustifikasi yang dirinya diam itu lebih baik) and i have evidence on every single writing of her. Tak perlu menipu orang lain dengan menyatakan semua itu ditujukan kepada orang lain, itu sama juga dengan menipu diri sendiri. Kenapa mahu menipu diri sendiri? Tidak terasa bodohkan begitu?

Sudah terlalu banyak cili yang wanita itu semburkan pada saya. Padahal saya bukanlah penjenayah yang setiap kali berjumpa, perlu di chili-spraykan direct ke mata saya. Padahal saya adalah seorang birasnya yang diclaimnya "cemburu hubungan dia dengan adik iparnya" (iaitu suami saya).

Saya tak faham dan tidak menyangka dengan statement-nya itu dan apakah yang membuatkan dia berkata seperti itu? Tak pelik rasanya seorang isteri berasa cemburu. Mungkin perkataan cemburu itu tidak sesuai dengan saya, mungkin saya lebih bersifat protective dengan suami setelah apa yang dialami di depan mata kepala otak saya sendiri.

Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang haram tetap haram waima dianggap seperti adik-beradik sendiri sekalipun. Siapa dia untuk melawan hukum Tuhan? Memang apa yang berlaku di antara pergaulan mereka di awal perkahwinan saya dan suami adalah satu "kejutan budaya'" bagi diri saya lantas saya yang memandang menjadi prejudis terhadap tingkah laku wanita ini. Silap sayakah kerana terlalu berterus terang kepada suami atau silap suami yang sering bercerita kepada wanita ini?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memakan diri, terlajak menulis di FB, memang kena maki. Statement wanita ini di hadapan public yang betul-betul menggadai maruah dan mengaibkan saya. Adakah ini boleh dimaafkan? Atau perlu didiskusikan bersama-sama Akta Komunikasi yang ada di Malaysia kini? Tetapi saya bukan "artis" atau "celebrity" atau "politician" yang nak saman orang sana sini.
I still remember on our last tele-conversation, saya ada bertanya pada wanita ini, jika saya ada membuat kesilapan, mengapa tidak terus berjumpa atau menelefon dan menegur saya secara lisan. Bukankah itu lebih matang dan saya berfikir dia yang dewasa dan lebih makan garam dari saya.

Jawapan yang diberikan oleh wanita ini agak mengejutkan saya;

"Takkan yang tua nak menyembah yang muda?"

Sungguh ego jawapan yang diberikan wanita ini. Lantas saya dengan rendah hati menyatakan dalam panggilan yang dibuat oleh saya ketika itu;

"Baiklah, "saya" sebagai yang muda menyembah "awak" dan minta maaflah diatas segala kesilapan yang telah dibuat"

Begitulah sedikit sebanyak butir percakapan saya pada bulan Oktober tahun lepas. Sebenarnya ada banyak perkara yang dibicarakan ketika itu until the line drop sendiri. Tak ada line katanya. That time I call her pakai landline office and she said dia ada return call but no one answer (ye lah tuh kot). Nak call HP, no I dia dah hilangkan. Hilang or delete terus? Haiihhh....

Dan saya ada bertanya pada diri wanita ini, mengapa perlu berdiskusi dengan stranger/ rakan-rakan di facebook tentang perkara-perkara yang P&C (terutamanya cerita tentang kaum kerabat keluarga) lantas mengaibkan diri saya. Dan apa yang mengejutkan saya juga, jawapannya ringkas dan dia justifikasikan diri dia sebagai "lonely" dalam kehidupan dia. Dia perlukan kawan-kawan untuk berkongsi masalah dan bercerita. Adakah wanita ini sudah hilang iman? Dimana Tuhannya untuk mengadu? Dimana suaminya yang dicintainya? Dimanakah adik-beradik yang dikasihinya? Dimanakah ipar duai yang dihormati?

Saya tahu apa implikasi dan risikonya jika membabi buta membincangkan sesuatu isu yang terlalu sensitif di hadapan khalayak yang bukan darah daging dan tidak tahu pucuk pangkal cerita, di laman sosial khususnya. Adakah wanita ini terlalu cetek akalnya atau terlalu zalim hatinya? Atau hanya menurut nafsu amarahnya? Tolong ingat sikit, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Dalam istilah kehidupan saya, bila kita berkumpul adik-beradik, itu bermakna saya menghargai ahli kaum kerabat saya dan saya anggap mereka juga adalah sebahagian dari kehidupan saya. Saya tidak panggil wartawan atau kawan-kawan sekolah atau tempat kerja untuk menyelesaikan perselisihan faham antara saya dan wanita ini. CUMA AHLI KELUARGA. Tiada niat untuk memalukan tetapi saya anggap sebagai satu cara mencari jalan untuk berdamai.

Bagi saya, sudah biasa dari kecik aganya untuk mencari keluarga dahulu apabila menghadapi masalah berbanding dengan rakan-rakan. Contohnya, saya senang bercerita with my mom, saya juga anggap dia sebagai seorang rakan, oleh itu sometimes bila saya ada salah faham dengan my mom, sampai seminggu tak bertegur sapa, itu adalah perkara biasa, macam mana kita selalu bertengkar dengan kawan-kawan sampai tak bercakap bertegur sapa begitulah kadang-kadang saya dengan my mom. My mom tak pernah pula nak halau keluar dari rumah atau pun apa-apa. My mom is very flexible and sangat senang berkompromi dan berdemokrasi.

Dan jika my father or my mom tiada masa, saya ada kakak-kakak untuk bercerita. Saya tak nafikan kawan-kawan itu juga penting tapi friends is my alternative option and until after i met my husband, he's the place for me to share all the matters and problems.

Saya tak maksudkan wanita ini jahat. Ayat tu biarlah tepat sikit wahai saudari. Tujuan saya adalah ingin menjernihkan keadaan dan menjelaskan kedudukan perkara sebenar. Bila berada dalam situasi begitu, orang akan sebut "berani kerana benar, takut kerana salah". TIdak perlu risau atau melatah jika benar tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

Even my father has explain to everyone tentang realiti sebenarnya. Dia tiada niat langsung menjatuhkan maruah saya pada sesiapa mahupun menjatuhkan maruah wanita ini, dia bapa saya, sudah tentu dia tahu mana baik dan buruk tentang sesuatu perkara. My father sangat faham dengan undang-undang dan akta negara dan sebagai bekas anggota polis, adalah perkara biasa dia berurusan dengan semua itu. Selalunya dia akan menggunakan cara psychology-nya untuk menilai atau mengetahui rahsia dan mengenali personaliti seseorang itu. Saya selalu kena macam tu..... heeeeee....

One thing what makes my father very upset dengan wanita ini apabila dia mula bercerita dan mengungkit tentang penggunaan wang ringgit especially yang diberi oleh suami saya kepada saya. Tegas my father kata, dia bukan bapa yang tidak pernah bagi duit atau kemudahan apa pun pada saya, semua yang saya perlukan dia sediakan sehinggalah saya diserahkan kepada suami saya. Tetapi mengapa perlu menulis di belognya tentang duit company yang kononnya suami salahgunakan untuk kepentingan saya. Sayangnya wanita ini claim that the statement untuk anak buahnya, anak kakaknya, sapa entah namanya, Kak Biba? Kak Cica? Kak Haha? saya pun kurang pasti. Waima darah daging dia sendiri pun dimalukan juga di belognya. Sungguh zalim mentaliti dan hati wanita ini.

Hurm.... adakah duit gaji suami yang diterima suami adalah wang ihsan dari wanita ini. Apa yang mengejutkan saya early this year, instead of receiving payment slip, he got a "Baucer Bayaran". Professional-kah begitu? atau hanya menganggap suami ini sebagai pekerja buruh/ pekerja kontrak/ supplier, et cetera?

Berkongsi pengalaman tak salah. Tak salah juga untuk mengingati setiap kesilapan dan kesalahan kita, at least kita masih boleh anggapnya sebagai motivasi dan bermuhasabah diri dengan perkara itu. Tetapi biarlah secara jujur dan tidak perlu menerangkan kepada orang lain jalan cerita yang tidak benar ataupun tidak perlu bercerita atau berkongsi lagi kepada orang lain, mengata orang begitu begini dengan fakta yang salah.

Mengetahui kebenaran setelah ditipu adalah lebih perit daripada mengetahui perkara sebenar dari awalnya;pertamanya kerana ditipu dan keduanya ingin menerima perkara yang ditipu itu. Moralnya, jangan suka menipu; menipu untuk kepentingan diri atau menipu untuk menutup kepentingan orang lain, itu berdosa.

This is something what she wrote on her blog, so vice versa lah ye!
Awwww! siap ajak tentang mata lagi..... Baik I tentang mata dengan laki I, lagi menureh!

Kesabaran saya sudah tamat tempoh. Buat apa bersilaturrahim dengan orang yang hatinya, fikirannya, akalnya masih menyimpan dendam dan sering mengungkit-ngungkit; masih hitamkelatpekat. What enough is enough. Tiada lagi erti orang begini dalam kamus hidup saya. Kalau saya ini jenis yang tidak pernah pandai berterima kasih, mungkin itu saya lakukan untuk awak sahaja. Saya bukan jenis yang meminta-minta tetapi bila orang menganggap saya begitu, makanya anggaplah selama ini saya tak pernah berurusan dengan orang jenis ini. Pelislah, saya bukan lintah yang suka menghisap darah kerana saya kerja dengan keringat dan kudrat sendiri untuk sara hidup diri sendiri and my kids.
 
p.s. 
And what surprise me the most apabila dia tergamak mengata rakan-rakannya secara terang-terang di laman twitter-nya. Bukankah itu semua bakal mengundang perbalahan jika terbaca oleh orang yang dipetik itu sendiri. MasyaAllah!

"... nak tunggu juga reaction yang kononnya buat statement tak pernah baca, masuk belog I...."

Saturday, 22 January 2011

Mari kita buat eksperimen! #2

Hello!
This is my sequal dari first entry tentang pengunjung-pengunjung tegar belog I. I had a few feedback yang menarik from some of my visitors/ followers since I did this kind of eksperimen last time. 

It's good to now day my followers are increasing from time to time and I am really appreciate to all my followers which is so kind to read on all my entries and experiencing together with me especially on my Jasmin's development. Thank you guys!

Thank you also to the visitors yang drop by, nak jenguk-jenguk, nak jengah-jengah, nak singgah-singgah, yang tersesat, kat belog ini.

My recent visitors all around the world as today's date
However, I am a bit clueless bila tengok the total of my followers of my belog. Meh I explain one by one. So, anyone yang boleh tolong I solvekan mystery ni, is kindly appreciated.

For info, my recent followers as today's date is 21 followers aje.


This is print screen from my belog page showing all my followers, see the total followers are (21). And when I click "More", see what happen next....

It shows that All Followers are (21). HOWEVER, when I click "Next", see what happen....

My All Followers become (20). Eh! How come it happen like that? Memang saya sangat curious sekarang ini! The red arrow is actually showing me following my own belog.
So, let's count together;
21 - 1 (me) = 20 actual followers
But
When I count again on the followers details,
it become 19 followers.
So,
my question here is,
Why at first it shows 21 followers but when I go through my followers detail, it only shows 20 followers?
Who is actually the one person missing mystery followers?

Mungkinkah ada follower-follower hantu sama ertinya seperti pengundi-pengundi hantu yang sering digembar-genburkan setiap kali pilihanraya diadakan? Huuuuu.... scary....

Anyway, I bukan nak pertikai siapa yang datang siapa yang tidak, siapa my silent reader, siapa yang melawat, siapa yang follow privately ke, itu hak masing-masing. Kalau I tak nak orang lain masuk belog I, baik I privacykan sahaja belog ni atau pun buat invited readers aje, but in my life right now, I always have something to share with someone out there yang sincere nak sharing the life journey together. Sharing is caring maaaaaa..... So I make it open to all readers.

One thing I always remind myself masa first time I try ber-belog-ing, I have to be rational. Rational dari segi penulisan I dan pembacaan I dari geng-geng belog yang lain. Rational juga dari segi peng-komen-peng-komen budiman yang kadang-kadang ikhals letak nama dan ada juga yang anonymous, tapi semua I jawab sama rata. And when I'm writing something, I have to consider what is the sensitivity of every issue yang I selalu kongsikan. Bukan main sedap jari, sedap hati, sedap rasa nak mengomel menggedik-gedik, complain sana, complain sini, maki sana, maki sini, kutuk sana, kutuk sini, and bila orang lain baca, akan timbul salah sangka and salah faham. Itu tak baekkkk...

Anyway, for this time issue, I dah perasaan benda ni dah lama dah, tapi cuma hari ni aje agak kelapangan nak bincangkan lebih detail. So, anyone care to help?



P.S.
Tapi apa yang paling hillarious sekali tentang penemuan saya hari ini ialah on my keyword search, saya jumpa ini;

Apa kes orang US ni google "kucing nak mati", then kelik kat belog I, guna BB plak tuh!?

Wednesday, 3 November 2010

Bahasa Jiwa Bangsa

"Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan."


Walaupun Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 dah nak melabuhkan tirainya, tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu lagi terus menghayati Bahasa Kebangsaan kita sendiri iaitu Bahasa Malaysia. Wajibnya kita harus sematkan terus semangat "bahasa jiwa bangsa" ke dalam setiap ceruk kehidupan kita.


Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi bagi rakyat Malaysia walaupun negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Justeru itu, Bahasa Malaysia juga adalah melambangkan salah satu ciri 1Malaysia.

Jangan malas untuk bercerita dan menjawab 
apa jua soalan yang diberikan oleh anak-anak
Dan apabila kita menyentuh tentang bahasa , sudah tentu akan berkait rapat dengan "komunikasi". Sedangkan orang bisu juga memerlukan cara untuk berkomunikasi dan mereka mempunya cara dan bahasa tersendiri untuk berkomunikasi, inikan pula kita yang diberi nikmat untuk bertutur-kata, sudah tentu itu adalah sangat vital untuk kita semua. Kesimpulannya, masing-masing memerlukan satu bahasa untuk berkomunikasi di antara satu sama lain.



 Bagi kami dan Jasmin, di dalam proses pembesarannya, komunikasi adalah perkara utama dalam kehidupan seharian Jasmin. Bahasa yang disampaikan oleh Jasmin mencerminkan tentang gaya orang-orang dewasa yang disekelilingnya berkomunikasi dan berbahasa dengannya.

Apa yang saya praktikkan untuk Jasmin, apa yang penting adalah bahasa ibundanya iaitu Bahasa Malaysia. Tetapi bagi mengelakkan Jasmin hanya tersekat dengan satu bahasa, oleh itu kadang-kadang saya juga terapkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa keduanya. Di samping itu, saya juga terfikir jika suatu hari nanti Jasmin juga mampu bertutur dalam bahasa Mandarin, Tamil dll. InshaAllah......


Seperti yang sedia maklum, walaupun kita mempraktikkan bahasa Malaysia di dalam kehidupan seharian kita, tetapi pecahan bahasa itu dapat dilihat melalui dialek-dialek yang disampaikan mengikut negeri samada di bahagian Utara, Selatan, Pantai Timur serta Sabah dan Sarawak.

Seperti saya di Negeri Sembilan contohnya, saya lebih cenderung untuk berbahasa Malaysia tetapi masih menggunakan beberapa dialek negeri sembilan/minang. Kadang-kadang, kami berkomunikasi menggunakan dialek negeri sembilan dengan Jasmin supaya dia biasa dan tidak kekok dengan dialek yang telah dipraktikkan sejak dari nenek moyang lagi. Bagi pendapat saya, jika dia memahami bahasa nenek moyangnya, maka dia juga akan memahami kebudayaan dan keseniannya juga.


Bagi melihatkan entri saya kali ini supaya tidak terlalu berat, oleh itu, saya hidangkan disini satu contoh karangan menggunakan salah satu dialek Negeri Sembilan untuk pengetahuan semua.

_________________________________________________
Pagi tu pagi Senayan . Mak ngan abah den takdo kek ghumah . Gi motong gotah kek kobon gotah. Ting ga den, uwan den ngan adik den yang umo lapan taun yo kek ghumah.

Te tibo yo dapo ghumah jighan den molotop!!!. Be lango ngan kuali tohumban kek pintu paga. Uwan den yang tongah ngojoan kekabu tu, dek tergamang eh, biji kekabu di teghajang eh . Lobih sogonggam kekabu di kunyah eh. Den ngan uwan den bekoja nak nolong an jighan den. Umang aii, api nenek moyang bosa eh. Jangan kan nak nolong , dokek pun paneh . Tak ditolongkan jighan, kuk ditolongkan, awak lak moda . Den ngan adik den pun bertinggung lah kek pintu paga nunggu an api padam. Jighan den tah apo lah kabaan eh. Kok idup, ado lah. Tak lamo tu, jighan den pun balik. Ghupo eh dio gi bonda tengok anak eh tangkap ikan. Pueh den kobaan dapo eh tebaka, tak diapik eh . suko bona anak eh dapek ikan bosa. Polak nyawa den.

Yo tak yo, den pun balik ghumah . Kojap tu, den dongar jighan den meghaung . Baghu perasan lah tu . Agak eh, dio nak masak ikan, gi dapo tengok dah hanguh. Kang kok dio datang ngadu kek ghumah den, mau yo den ghembat eh. Pueh den kobaan tadi .

Tu lah cito sederhana ngoghi yang den tengok. Tapi tu pun dah lamooo. Maso den kocik. Tu pun uwan den yang cito.
“KOK MONGAK WAN DEN, MONGAK LAH DEN”

credit to amazingNara.com
_____________________________________________________



p.s1:
Apabila hilang bahasa kebangsaan sesebuah negara itu maka akan runtuh lah tamadun sesebuah negara itu...MALIK BENNABI

p.s.2:
Entri versi "mood-cuti-raya", kojo dah tak berapo nak ado, semuo ee dah cuti rayo!

Monday, 1 November 2010

.......and the award goes to;

Bercerita tentang kehidupan saya, main thing pop in my mind (always) adalah sebuah hubungan (relationship).

ada Hubungan dengan Tuhan...
ada Hubungan dengan Ibu dan Bapa...
ada Hubungan dengan Suami...
ada Hubungan dengan Anak-anak...
ada Hubungan dengan sahabat-sahabat...
ada Hubungan dengan flora dan fauna...
ada Hubungan dengan alam semesta...

Sebuah perhubungan yang dibuat secara spiritual, alami mahupun secara diplomatik atau social interaction. Pelbagai definisi kalau google dalam internet.

Yang pastinya semuanya membentuk suatu komuniti dalam kitaran kehidupan saya.

Saya mengenal erti kawan-kawan sejak saya didaftarkan ke darjah satu di sekolah rendah perempuan aje; St Teresa (1), Brickfields, Kuala Lumpur. Di situ saya kenal erti sahabat yang nyatanya sungguh 1Malaysia.

So cute; everyone in school pinafore!
Yang saya ingat sehingga kini adalah seperti;
Duduk dari kiri: Khairunnisa, Nor Azlina, Komethi Kumar, Yuslinda, Hazliana, Dahlila, our class teacher;Mrs Ho, Christina Choong Yee Mun, Zuraidah, Syazwana, "yeay-its-me", Christina Dass, and Nur Fadzlina
Berdiri dari kiri: Annie Esther, Farah, Elmawati, Tarishini, Shamini, Asmah Nur Suraya, Sharon Shubashini, Eizera, 9th, Anisah, Sharmini, and Patrene Prema


Hubungan kami sangat rapat. Terlalu banyak kenangan yang kami semat sama-sama dalam hati. Sangat sedih apabila most of us yang terpaksa berpisah apabila masing-masing ke Form 1 to different school. 

However, dengan varieties of social network sekarang ni, tak mustahil untuk menjejaki mereka-mereka ini, dan ada a few of them yang masih keep in touch dengan saya lagi. 


Sungguh kagum dengan kehidupan masing-masing sekarang. Ada yang jadi doktor, ada jadi pharmacist, ada yang surirumah aje tapi bahagia dengan anak2 dan suami, ada yang dah terbang satu dunia, ada yang jadi government servant, ada yang menjadi warga pendidik, jururawat dan mcm2 lagi. 


Saya tak nak sentuh tentang kawan-kawan di sekolah menengah kerana FYI, saya telah bersekolah di empat (4) buah sekolah yang berlainan negeri dan daerah dan itu buatkan saya pening nak ingat satu-satu kawan-kawan sekelas. Sigh!

Straight to my life rite now, the last school i went is when I further my HND in Legenda College, Mantin (now known as Kolej Universiti Legenda). I've made a few friends here from different state and most of them are more like my adik-adik.  


Sebenarnya dah lama nak buat entry tribute untuk mereka-mereka ni, tapi disebabkan berderet-deret entry yang nak publish, yang ini terselit di dalam waiting list. Sorry ye adik-adikku. 


Sebenarnya, nak cerita tentang adik2 di kolej ada lebih kurang 30 orang nak share kat sini. Tak cukup siang nak cerita pulak. But among of them, just this two person yang rajin berhubung dengan I. Eventhough kami ni kenal tak lama, plusminus 2 years, tetapi rasa-rasanya bila berjumpa tu ada bermacam-macam nak cerita.


My College Mate; Ayu, "yeay-its-me" and e'el
Ayu and me on our convo-day!


1st Gathering after Grad @MidValley

and this one is somewhere around dis year when she and her hubs so rajin drive to seremban from kuala selangor to meet me and Jasmin before they off to UK. Thanks dear!


Jasmin yang sangat teruja dengan makhluk "merah" itu!

Bila lah agaknya dapat berkumpul semula ramai-ramai capturing every moment together kat tepi-tepi laut ke, tepi sungai ke, tepi jalan ke hehe! . Hari Raya lepas langsung tak dapat peluang bersua muka bercium pipi dengan mereka berdua ni. Agak-agaknya bila tu ye?




p.s. kalaulah pn. intan membaca ini, jangan marah ye, nanti I buat special entry untuk U juge!

Friday, 22 October 2010

Mari kita buat eksperimen! #Satu

Mari kita 'cekidaut' beberapa visitor belog saya yang tak berapa nak glemer tapi always je ada pengunjung ni. For this entry, I focus on my Seremban visitor jer dulu. I rasa macam dah ada peminat kipas susah mati aje berdasarkan data returning visit. Next entry nanti I viewkan pulak visitor I dari state-state yg lain.



Nampak tak red spot tu? 




Itu tandanya spot pengunjung dari Seremban. 
Yang red arrow tu, it shows the location of my office...
Actually the red spot shows there are some visitors dari Seremban but we can identify and differentiate them from their IPs. 
Sapelah agaknya yang dok kat dalam celah hutan tu, rajin bebeno singgah belog saye? Itu satu soklan yang tak boleh pakai, sila abaikan.
However, base on my reading, alat pengesan pelanggan pengunjung saya, they detect visitor dari seremban base on one point aje. Macam pencawang, bukannya detect terus ke setiap ceruk rumah, setiap ceruk office. Kalau nak terel macam tu, kena la join agent FBI... huhu!


Last visit dari 1st recent visitor ini adalah pada 21Oct2010 pukul 8 mlm
p.s. Tak masak ko? Free sgt blogwalking around... Siap 5 times returning visit... Lamo lak tu nyinggah, sampai doblas minit...

Visitor kedua pulak Google-ing I pada pukul 10 songah malam, 141010. Rajin boto! Tak tido ko? Esok tak kojo ko? Tapi dio nyinggah tak lamo, patboleh second yo...
 


3rd Visitor saya pulak mengunjung bolah potang 101010, agak eee daripado dio gi joging, lobih baik dio blogwalking jer, save energy nak pakai belah malam pulak.... Tapi tak lamo doh, seboleh menet yo...



Visitor yang keompek pulak datang ngunjung 300910 pukul 0730pm pulak, dah abeh maghrib la agak ee tu, sementara nak tunggu isyak, layan belog I dulu... Tapi tak abeh semenet pon, mungkin sobab den tado hapdet cerito.



And my 5th Visitor ni pun samo gak agak eee ngan kes 4th visitor tadi, ngunjung pado 270910, tak sampai semenet pon nyinggah, mungkin tak jumpo bahan bukti baru.



to be continued.........




p.s. Entry yang a bit off topic but at least sebagai penghargaan untuk my visitor[s]. I know who comes, who not, whatever pon, I really appreciate that....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails