Showing posts with label tink. Show all posts
Showing posts with label tink. Show all posts

Wednesday, 12 December 2012

My First Pavlova !

Assalammualaikum kiddos. :)



Hari ni nak update laju-laju. Ada kerja yang dah menunggu. Sepatutnya saya update entry ini petang semalam, saya tangguh ke malam, last last saya terlelap depan tv.

Itulah lily masa sekarang ni. Bila hari cuti, saya sangat malas menghadap laptop, especially bila di rumah. Oh, semalam adalah cuti umum bagi negeri Selangor. Mengambil kesempatan itu, saya ambil cuti juga pada hari Isnin, makanya weekend saya adalah heaven kerana straight bercuti selama empat hari dari hari Sabtu.

Dalam masa inilah, saya ambil kesempatan servis black pony saya yang dah setahun setia berkhidmat berulang alik Sbn-KJ-Sbn, had my quality time with the kids and Razi last weekend to Genting and also cooked something for them. Dan dapat kemurkaan dari my siblings sebab tak joined diorang ke Cameron last weekend. Sorry guys, ai maboks darat sekarang ni! Teehee!

I also pospone my tutor class to this weekend and probably i have to arrange the class this Saturday also; as usually i only make it on Sunday. Tutor class? Yeah, i'm teaching AutoCad for beginner now and it's 72hrs one to one tutor class and  belajar lah sampai pandai. :) Itulah cara saya nak cari sikit sikit side income.
 
Oh, back to my cooking story, since I knew that I'm pregnant, I stop my cooking activity coz my sickness always come in the evening. So no cooked for dinner and summore i am also observing razi's diet now as he is now shoooooo amazingly put on weight! Especially tang perot dia tu! Haih! Any petua readers untuk kempiskan perut?

Okaylah, cut it short. Sebab kakak's, adik n abang saya ke Cameron hari tu, so saya pesan strawberry dengan they all. Pagi isnin bangun tido, walaweyh 2 kotak strawberries dah tunggu dalam fridge. So dalam fikiran, kena buat sesuatu ni, kalau tak akan busuk macam tu je nanti sebab Jasmin dan Adam macam tak berminat je dengan raw strawberries nih.

And semalam saya fikir, okay, why not saya cuba buat PAVLOVA.

Tak lah susah sangat nak buat pavlova ni. Nak resepi, saya google je di internet. Macam-macam gaya pavlova keluar.

Dua orang budak yang melekat kat kaki kiri dan kanan sepanjang saya di dapur, minta perhatian dan kasih sayang. :)
Dan yang mencabar sekali bagi saya tentang the making of pavlova ni  ialah nak buat meringue-nya. Saya perlu control temperature oven saya dan tak boleh ikut sangat temperature yang ada di internet, lain orang lain oven setting-nya. Even mommy pun complain yang oven saya ni rosak. Hehe. Saya sahaja yang tahu menggodeknya. So for my oven, saya set 130degrees and baked for 15mins api atas bawah, dan 15 mins lagi api bawah sahaja. Paham?

Masam masam manis strawberry dari Cameron Highland with love.
Saya juga tambah buah kiwi untuk rasa masam tambahan dan color.
Bila dah siap meringue, saya pon standby untuk buat whipping cream. Whipping cream ni untuk topping atas meringue then baru boleh bind all the fruits. Saya ada masalah sikit untuk whipping cream ni sebab saya tak dapat the thickness of the cream. Saya beli aja whipping cream yang dah siap dan terus pukul je sampai pejal. Anyway thanks for the tips dari En KA tentang nak buat whipping cream ni from twitter yesterday. Dia kata kalau nak buat whipping cream, krim kena sejuk dan room temperature pun kena sejuk. But i have one doubt here, sejuk seperti di German kah? Entahlah... i don't know. *wink* Thanks anyway!

Siap untuk dikocok-kocok. Sedap rasa macam ice cream dan dah memang manis.


Kocok sampai pejal!

Picture explain everything. This is the best part!



And taddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................

This was for my lunch yesterday.

And this one for dinner yesterday for the kiddos, razi and my sister and kak sugiPetir.
Kesimpulannya, pavlova ni memang tak sesuai dengan citarasa saya. Sangaaatla manis. Potong kaki! Mungkin saya patut kurangkan gula kepada 1/2 cawan sahaja instead of 3/4 cawan. Noted!


Wednesday, 28 November 2012

Wake Me Up When September Ends.....

...October also, and November also...

Hello Belog.

Lama aight menyepi. I had a beeerrrryyyyy long hibernation since to what has happened to me last August especially on my father's critical health condition that month. No mood of belogging and summore, kekangan tugas kat opis, pile of drawing to be completed for submission and of cos everytime nak kejar deadlines. Even my leave's pon dibekukan due to this current project.

Macam tu lah golongan marhaen macam ai yang makan gaji ngan orang. Hectic! and pathetic!
 
So sad; no Hari Raya stories for this year, no jalan-jalan stories, no makan-makan stories, no sakit-hati-makan-hati version-of-stories (Eh?), no more my Jasmin and Adam stories and milestones updates, tup tup dah cerita pasal yang coming soon baby pula. *wink*

Well, actually ada juga few updates, but that one just a very general one, something for my own motivation and reference masa depan anak-anak.

Okay, tiba-tiba dunno where to start first. Huuu...

Okay, hari ni or lebih precise lagi minggu ni agak bahagia sikit di office sebab manager and engineer masing-masing outstation. So dari Isnin ingat nak update entry tapi time was running fast on Monday. Reached office quite late that day sbb nak siapkan tuan puteri banyak perintah ke school holiday camp dia so by the time reached office kena update my list of things to do and borak-borak itu ini cerita pasal hal negara with office mate, dan tgk jam dah lunch time. Dan.............. tiba-tiba, masa dah time untuk balik. Cemburu betul masa dengan saya. :)

Semalam tried to start my entry but halfway berhenti sebab sibuk godek itu dan ini dan hari ni sambung lagi menulis.

Okay, itu cerita di office yang dah nak masuk setahun berkhidmat. Macam tu lah lebih kurang routine-nya hari-hari. Masa bergerak super-fast di sini. Tamo cerita hal kerja banyak-banyak, nanti cliche.

Alhamdulillah, things are getting better day by day. Owh, we have moved-in temporary to my sister's house since last September selepas kejadian "khianat mengkhianati" berlaku dalam kehidupan ai yang sangat epic untuk diceritakan bagi tahun 2012 ni.

Tak mengapalah, we both now kena redha dengan apa yang nak berlaku sekarang dan masa depan. Means that if ai still can tolerate with someone yang dah robek-robekkan hati kita, so u have to be vice versa lah. Me is very simple one; my deal is, take it or leave it.

Telan la mana yang mampu. Baaaaannyyaaakkkk hati "orang-orang tua" yang perlu dikisah-kasihkan. Dan anak-anak. Doa dan serah semuanya pada Tuhan. Sebab bagi saya sekarang, Tuhan itu perancang terbaik. Baik atau buruk semua ada hikmahnya.

Hokayyyy, itu je up close and personal dari hati saya. Nanti tulis berjela dah rope diari kehidupan pulak. Not every single thing, love and hate, hidup dan mati, dalam hidup kita ni nak di share dengan public. Tak perlu sangat!

Anyway, my heaven on earth dah 90% complete dan inshallah by January or early February next year akan dapat kunci.Yeay!

My Jasmin dah 4 tahun and she grown up to be such a cranky kakak nowadays. Sangat banyak ragam dan kerenahnya, memang sebakul! Abahnya memang tak kuasa nak melayan.

Saya masih ingat masa awal saya start belog ni, Jasmin baru 11 bulan. Banyak milestone dia yang dapat saya simpan dalam belog ni dari merangkak, bertatih dan berjalan. Semua ada.

Dan as up to date, macam-macam cerita sebenarnya kalau nak ikutkan pasal Jasmin ni. Mostly tentang aktiviti sekolah Jasmin, her fancy dress contest bergaya dengan kebaya nyonya, her school concert and her role play dalam short drama, her school graduation day dan dapat trophy best cheerfullness 2012 dalam class , perkembangan dalam pembelajaran dan of cos juga cerita Jasmin dengan adiknya, Adam. Eh tak lupa juga, the latest one, when she had her first hair cut at the saloon. Before this nenek yang potong rambut dia. Juga tak lupa tentang my upcoming baby, she requested a baby girl!

Nur Adriana Jasmin; 4 Strawberry, 2012

Adam Muhaimin, 2012
My Adam? Sebenarnya tak banyak cerita pasal Adam kat belog. Adam grown up very fast. He is 1.5 years old now. Cakap sepatah apa pun tak boleh tapi sangat faham bahasa. Masih dengan selimut busuknya. Hisap ibu jari tak tinggal. Anak omeh abah eeee. Tak geng ngan Ibu sangat sebab kakak always jealous everytime nak manja-manja ngan Adam.

Seingat ai, only ada few entries on Adam's milestone on the early months after deliver, at least ada la few entries tentang perkembangan dia. Dan gambar 1st birthday party Adam pun tak direkodkan. Haih la Adam. Nanti Ibu buat back-dated entry utk Adam okay. Poomiiissshhh! ;)

Annnnddddd not forgetting my new baby's updates. I'm currently 14weeks+ preggy. Ini tak dirancang. Semua tuhan yang bagi. Alhamdulillah. Apa yang Tuhan beri cepat atau lambat, banyak atau sedikit, saya bersyukur, dan mampu atau tak, itu ketentuan tuhan. Saya tak nak dianggap kufur nikmat kalau mengeluh dengan rezeki anak ni.

Alhamdulillah, rezeki juga makin murah. Urusan juga dipermudahkan.

Tapi yang menariknya, two weeks before i know i'm pregnant, ai sempat panjat Broga Hills. Terel!

Biasalah, kalau early pregnancy, segala perubahan hormon dalam badan buat diri jadi tak stabil, nausea, fatigue, drowsy, dan kali ni muntah-muntah almost everyday. Dalam kereta tengah drive pun boleh muntah. Sangat different compare to Jasmin and Adam. The sickness only come late evening dan bawa sampai ke malam. Lucky me morning no sickness so boleh bekerja with full of energy! Jyeah!

Anyway, hope baby's condition will be fine sampai deliver nanti. Ammiiiiinnn.

But most of all, perkara yang paling buat saya jatuh terduduk apabila saya berdepan dengan situasi yang saya hampir kehilangan bapa saya last August. Heart attacked dan tiba-tiba sesak nafas, terus masuk CCU unit, he's in very critical condition, 50-50 chances to survived, hanya 2% of pulse left and doctor had to sedatize him to stabilize him dan had to depends on the life support machine, wires was all over his body. and I even saw how the nurses and doctors tried to save him, macam nak end of the world rasanya. Sigh. Sangat dramatic. Only God knows how I felt that time.

Doa, redha dan tawakal. Anyway, he is okay now. Berrryyyy stubborn man. Masih sibuk buat lempeng pisang kelapa setiap pagi tanpa jemu. Haih. Now I know ai inherited this stubborn dari siapa.

Untuk itu, apa pun dalam hidup ni, ai have to bear always in mind, apa yang ada pada kita sekarang ni semua milik Allah SWT. Tiada apa yang milik kita selamanya. Semua milik mutlak Allah SWT.

"Hidup dan mati ketentuan Allah and I don't afraid of my faith" Kate;LBS2

I have reached my sky! - Broga Hill, 14Oct2012

Monday, 7 March 2011

Salah mata kerana tak nampak, salah tafsiran kerana tak dinilai.....

Kunfayakun.....

Saya tak pasti adakah ini emosi seorang ibu yang sedang mengandung atau memang ia benar-benar i-k-h-e-las keluar dari hati dan perasaan saya.  

Saya rasa salah faham antara saya dan wanita ini sudah lama saya leraikan dan rasanya saya sudah lupakan kesemua kejadian yang berlaku dan fitnah yang menimpa diri saya juga sudah lama saya clearkan dari otak fikiran saya. Rasanya my last heart-declaration was on February last year (the so-called "Public Conference"). And I thought it was the end of it but this woman still want to play hard with me.

Bila kita bercerita tentang akhlak dan peribadi manusia............

Ihsan: Fotopages, luahannya after my public conference.
Bagi saya, tiada guna berdemokrasi dengan manusia yang jenis ini, kerana berapa banyak perkataan pun yang kita gunakan untuk menjernihkan keadaan, manusia jenis ini sering juga ingin berdendam, mengungkit, melatah secara melulu dan mancari salah orang lain.

Apa yang terkilan sangat-sangat bagi saya sehingga kini, wanita ini sebenarnya masih lagi tidak membersihkan hatinya dan masih menyimpan perkara yang saya rasa sudah lama diselesaikan diantara ahli keluarga.

Hati manusia siapa yang tahu.......
Sigh~ Nak cerita panjang lebar pun tak guna, tapi bila perkara dah jadi kat batang hidung sendiri yang masih tak sudah-sudah, saya kenalah redha untuk menghadapnya sepanjang hidup saya. Lagi dan lagi dan lagi daaaannnnnn lagi.

Tak kisahlah jika dilabel sebagai "stalker", pengintai, busybody, intruder atau apa sekalipun, Tuhan itu Maha adil. Tuhan nak tunjukkan baik atau buruk sesuatu benda/ seseorang itu, bila-bila sahaja Dia temukan. Baik, buruk, miskin, kaya, senang, susah, jahat, baik, mengumpat, diumpat, dipuji, dihina, dimana-mana sekalipun kita berada, Tuhan tetap akan tunjukkan kebenaran itu. Dan saya faham, orang yang sentiasa dianiaya ini, doanya Inshallah dimakbulkan Tuhan.

Manusia takkan pernah dan takkan ada yang sempurna. Saya manusia, dia juga manusia. Masing-masing fikir sama hebat tapi sebenarnya sering terkehel membuat kesilapan. Ada nafsu, ada keinginan, ada ego, senang cerita ada pro dan con dalam realiti hidup masing-masing. Dan tak lupa masing-masing dikurniakan otak untuk berfikir, tetapi terpulang pada diri sendiri untuk guna otak itu secara waras, emotionally, matang atau berhemah.

Apa makna ibadah i.e. solat lima waktu, berpuasa (wajib & sunat), bersedekah, mengaji, et cetera; jika HATI masih juga tidak bersih. Masih ternginang-ngiang di telinga saya hingga kini bila perkataan "Buka Buku Baru" disebut bagi tujuan mengakhiri segala perselisihan faham.

Apabila musibah menimpa diri, seeloknya kita ambil ikhtibar dari kejadian tersebut. Perlu kaji, masalah itu datang dari diri sendiri atau diri orang lain. Orang kata, sarang tebuan jangan dijolok.

Apa yang masih menjadi masalah saya hingga kini, semua yang disampaikannya jelas menunjukkan ketidak puas hatian wanita ini. Semalam dia berkata lain dan kini dia berkata lain. Di dunia nyata dia adalah orang lain dan di dunia alam maya dia adalah orang lain. Bukankah orang ini mengalami krisis jiwa ataupun split personality?

Dan wanita ini juga pernah menyatakan maafnya melalui email sehari sebelum bulan Ramadhan, sungguh murni niatnya itu, mungkin ketika itu Syaitannirajjim sudah dirantai untuk terus menjadi penghasut setia anak adam & hawa. Sayangnya, saya hanya membaca email dari wanita ini dua minggu selepas itu kerana saya diadmit ke hospital kerana denggi. No wonder masa kat hospital hari tu punya la baik approach saya, siap cium dahi lagi. Saya tak pasti itu adalah ikhlas atau hanya hipokrit di depan suaminya yang tercinta. Itu saya tak pasti. Hati orang mana kita nak tahu.

Mulia je konon hatinya......
And after a few month, she start back to her old agenda.....

Saya pernah bertanya pada wanita ini (melalui telefon), kerana saya rasa sudah banyak wanita ini berbeber-beber pelbagai cerita diblognya (walhal dia sering menjustifikasi yang dirinya diam itu lebih baik) and i have evidence on every single writing of her. Tak perlu menipu orang lain dengan menyatakan semua itu ditujukan kepada orang lain, itu sama juga dengan menipu diri sendiri. Kenapa mahu menipu diri sendiri? Tidak terasa bodohkan begitu?

Sudah terlalu banyak cili yang wanita itu semburkan pada saya. Padahal saya bukanlah penjenayah yang setiap kali berjumpa, perlu di chili-spraykan direct ke mata saya. Padahal saya adalah seorang birasnya yang diclaimnya "cemburu hubungan dia dengan adik iparnya" (iaitu suami saya).

Saya tak faham dan tidak menyangka dengan statement-nya itu dan apakah yang membuatkan dia berkata seperti itu? Tak pelik rasanya seorang isteri berasa cemburu. Mungkin perkataan cemburu itu tidak sesuai dengan saya, mungkin saya lebih bersifat protective dengan suami setelah apa yang dialami di depan mata kepala otak saya sendiri.

Niat tak pernah menghalalkan cara. Yang haram tetap haram waima dianggap seperti adik-beradik sendiri sekalipun. Siapa dia untuk melawan hukum Tuhan? Memang apa yang berlaku di antara pergaulan mereka di awal perkahwinan saya dan suami adalah satu "kejutan budaya'" bagi diri saya lantas saya yang memandang menjadi prejudis terhadap tingkah laku wanita ini. Silap sayakah kerana terlalu berterus terang kepada suami atau silap suami yang sering bercerita kepada wanita ini?

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata memakan diri, terlajak menulis di FB, memang kena maki. Statement wanita ini di hadapan public yang betul-betul menggadai maruah dan mengaibkan saya. Adakah ini boleh dimaafkan? Atau perlu didiskusikan bersama-sama Akta Komunikasi yang ada di Malaysia kini? Tetapi saya bukan "artis" atau "celebrity" atau "politician" yang nak saman orang sana sini.
I still remember on our last tele-conversation, saya ada bertanya pada wanita ini, jika saya ada membuat kesilapan, mengapa tidak terus berjumpa atau menelefon dan menegur saya secara lisan. Bukankah itu lebih matang dan saya berfikir dia yang dewasa dan lebih makan garam dari saya.

Jawapan yang diberikan oleh wanita ini agak mengejutkan saya;

"Takkan yang tua nak menyembah yang muda?"

Sungguh ego jawapan yang diberikan wanita ini. Lantas saya dengan rendah hati menyatakan dalam panggilan yang dibuat oleh saya ketika itu;

"Baiklah, "saya" sebagai yang muda menyembah "awak" dan minta maaflah diatas segala kesilapan yang telah dibuat"

Begitulah sedikit sebanyak butir percakapan saya pada bulan Oktober tahun lepas. Sebenarnya ada banyak perkara yang dibicarakan ketika itu until the line drop sendiri. Tak ada line katanya. That time I call her pakai landline office and she said dia ada return call but no one answer (ye lah tuh kot). Nak call HP, no I dia dah hilangkan. Hilang or delete terus? Haiihhh....

Dan saya ada bertanya pada diri wanita ini, mengapa perlu berdiskusi dengan stranger/ rakan-rakan di facebook tentang perkara-perkara yang P&C (terutamanya cerita tentang kaum kerabat keluarga) lantas mengaibkan diri saya. Dan apa yang mengejutkan saya juga, jawapannya ringkas dan dia justifikasikan diri dia sebagai "lonely" dalam kehidupan dia. Dia perlukan kawan-kawan untuk berkongsi masalah dan bercerita. Adakah wanita ini sudah hilang iman? Dimana Tuhannya untuk mengadu? Dimana suaminya yang dicintainya? Dimanakah adik-beradik yang dikasihinya? Dimanakah ipar duai yang dihormati?

Saya tahu apa implikasi dan risikonya jika membabi buta membincangkan sesuatu isu yang terlalu sensitif di hadapan khalayak yang bukan darah daging dan tidak tahu pucuk pangkal cerita, di laman sosial khususnya. Adakah wanita ini terlalu cetek akalnya atau terlalu zalim hatinya? Atau hanya menurut nafsu amarahnya? Tolong ingat sikit, ikut rasa binasa, ikut hati mati.

Dalam istilah kehidupan saya, bila kita berkumpul adik-beradik, itu bermakna saya menghargai ahli kaum kerabat saya dan saya anggap mereka juga adalah sebahagian dari kehidupan saya. Saya tidak panggil wartawan atau kawan-kawan sekolah atau tempat kerja untuk menyelesaikan perselisihan faham antara saya dan wanita ini. CUMA AHLI KELUARGA. Tiada niat untuk memalukan tetapi saya anggap sebagai satu cara mencari jalan untuk berdamai.

Bagi saya, sudah biasa dari kecik aganya untuk mencari keluarga dahulu apabila menghadapi masalah berbanding dengan rakan-rakan. Contohnya, saya senang bercerita with my mom, saya juga anggap dia sebagai seorang rakan, oleh itu sometimes bila saya ada salah faham dengan my mom, sampai seminggu tak bertegur sapa, itu adalah perkara biasa, macam mana kita selalu bertengkar dengan kawan-kawan sampai tak bercakap bertegur sapa begitulah kadang-kadang saya dengan my mom. My mom tak pernah pula nak halau keluar dari rumah atau pun apa-apa. My mom is very flexible and sangat senang berkompromi dan berdemokrasi.

Dan jika my father or my mom tiada masa, saya ada kakak-kakak untuk bercerita. Saya tak nafikan kawan-kawan itu juga penting tapi friends is my alternative option and until after i met my husband, he's the place for me to share all the matters and problems.

Saya tak maksudkan wanita ini jahat. Ayat tu biarlah tepat sikit wahai saudari. Tujuan saya adalah ingin menjernihkan keadaan dan menjelaskan kedudukan perkara sebenar. Bila berada dalam situasi begitu, orang akan sebut "berani kerana benar, takut kerana salah". TIdak perlu risau atau melatah jika benar tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan.

Even my father has explain to everyone tentang realiti sebenarnya. Dia tiada niat langsung menjatuhkan maruah saya pada sesiapa mahupun menjatuhkan maruah wanita ini, dia bapa saya, sudah tentu dia tahu mana baik dan buruk tentang sesuatu perkara. My father sangat faham dengan undang-undang dan akta negara dan sebagai bekas anggota polis, adalah perkara biasa dia berurusan dengan semua itu. Selalunya dia akan menggunakan cara psychology-nya untuk menilai atau mengetahui rahsia dan mengenali personaliti seseorang itu. Saya selalu kena macam tu..... heeeeee....

One thing what makes my father very upset dengan wanita ini apabila dia mula bercerita dan mengungkit tentang penggunaan wang ringgit especially yang diberi oleh suami saya kepada saya. Tegas my father kata, dia bukan bapa yang tidak pernah bagi duit atau kemudahan apa pun pada saya, semua yang saya perlukan dia sediakan sehinggalah saya diserahkan kepada suami saya. Tetapi mengapa perlu menulis di belognya tentang duit company yang kononnya suami salahgunakan untuk kepentingan saya. Sayangnya wanita ini claim that the statement untuk anak buahnya, anak kakaknya, sapa entah namanya, Kak Biba? Kak Cica? Kak Haha? saya pun kurang pasti. Waima darah daging dia sendiri pun dimalukan juga di belognya. Sungguh zalim mentaliti dan hati wanita ini.

Hurm.... adakah duit gaji suami yang diterima suami adalah wang ihsan dari wanita ini. Apa yang mengejutkan saya early this year, instead of receiving payment slip, he got a "Baucer Bayaran". Professional-kah begitu? atau hanya menganggap suami ini sebagai pekerja buruh/ pekerja kontrak/ supplier, et cetera?

Berkongsi pengalaman tak salah. Tak salah juga untuk mengingati setiap kesilapan dan kesalahan kita, at least kita masih boleh anggapnya sebagai motivasi dan bermuhasabah diri dengan perkara itu. Tetapi biarlah secara jujur dan tidak perlu menerangkan kepada orang lain jalan cerita yang tidak benar ataupun tidak perlu bercerita atau berkongsi lagi kepada orang lain, mengata orang begitu begini dengan fakta yang salah.

Mengetahui kebenaran setelah ditipu adalah lebih perit daripada mengetahui perkara sebenar dari awalnya;pertamanya kerana ditipu dan keduanya ingin menerima perkara yang ditipu itu. Moralnya, jangan suka menipu; menipu untuk kepentingan diri atau menipu untuk menutup kepentingan orang lain, itu berdosa.

This is something what she wrote on her blog, so vice versa lah ye!
Awwww! siap ajak tentang mata lagi..... Baik I tentang mata dengan laki I, lagi menureh!

Kesabaran saya sudah tamat tempoh. Buat apa bersilaturrahim dengan orang yang hatinya, fikirannya, akalnya masih menyimpan dendam dan sering mengungkit-ngungkit; masih hitamkelatpekat. What enough is enough. Tiada lagi erti orang begini dalam kamus hidup saya. Kalau saya ini jenis yang tidak pernah pandai berterima kasih, mungkin itu saya lakukan untuk awak sahaja. Saya bukan jenis yang meminta-minta tetapi bila orang menganggap saya begitu, makanya anggaplah selama ini saya tak pernah berurusan dengan orang jenis ini. Pelislah, saya bukan lintah yang suka menghisap darah kerana saya kerja dengan keringat dan kudrat sendiri untuk sara hidup diri sendiri and my kids.
 
p.s. 
And what surprise me the most apabila dia tergamak mengata rakan-rakannya secara terang-terang di laman twitter-nya. Bukankah itu semua bakal mengundang perbalahan jika terbaca oleh orang yang dipetik itu sendiri. MasyaAllah!

"... nak tunggu juga reaction yang kononnya buat statement tak pernah baca, masuk belog I...."

Monday, 13 December 2010

I feel GREAT!

I DO FEELS

LIFE IS FULL OF 

WONDERS

AND 

MIRAcLES!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails