Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

10th : HabluminAllah wa Habluminannas

Susahnya nak cari my first word dalam belog ni. It's like an annual report pulak since my last post was on November last year. And today ai comeback with my new write up and now it's already middle of December. How time flies and how time really taught me about life.

Life.
Yes, life.
The journey.
Lyraz is now 10th.
Siapa sangka, we have made this far.
Four kids has completed us. A family. 
Jasmin, Adam, Orked & Airis. Yang mana Allah amanahkan dan tanggungjawabkan hingga di Masyar kelak.

Our story is more too beautiful for me to share.
We have been riding the waves, walking on the sands and flying high to the highest sky that we could ever reach. So much of unforgettable moments for me to describe as ai feel that i am the luckiest woman on earth.

Aku tak harapkan untuk kau baca semua ini. Tapi aku tulis semua ini supaya suatu hari nanti, bila sudah tiada jalan for both of us, at least this will make you know how ai still make an effort to make everything good again. 

We have gone through with so many things we can't never predict; from the greatest happiness of our lives until to the betrayal and sadness and beyond it, and through thick and thin, high and low together dan apa sahaja. Sampai satu masa, i thought that nothing in these world could make us apart. Anyway, i'm wrong. 

Aku lupa dan aku leka, above of all, Allah itu yang nombor satu.
Allah boleh bagi bila-bila masa dan akan akan ambil bila-bila masa ikut kehendak Dia.

Aku tak pernah menyalahkan siapa-siapa dengan apa yang jadi pada diri aku atau sejahat mana pun kau sekarang. Apa juga yang aku hadap sekarang mungkin dari kesilapan dan kifarah dosa aku yang lalu dan ini juga adalah kehendah Allah. Sepahit ujian ini pastinya ada hikmah yang manis di hujung perjalanan aku. May Allah forgive all the evil hearts towards us. Buat atau cakaplah apa pun, i've seen all the dark side of them and ai ask Allah to give them more love so that it will heal their sick heart. 

Sept'23rd, 2017
Aku harap kau jumpa fitrah kau kembali. Kalaupun kau harap aku untuk tunggu kau kembali, aku tunggu. Walaubagaimana patah pun hatiku pada masa lalu, patah lagi hatiku untuk melihat anak-anak terus menjauhi aku di masa depanku.

Kalaupun tiada ruang untuk aku terus berada diantara kamu, jiwaku selalu berada di dalam hatimu, anak-anakku. Memerhati setiap gerakmu dari setiap arah tanpa kamu ketahui dan penyaksian ini antara yang akan aku abadikan untuk setiap ingatan memoriku. 

10th.
Sept'23rd, 2017.
No one is sent by accident to anyone. Qada' dan Qadar Allah itu jelas. Hubungan dengan Allah itu wujud. Hubungan sesama makhluk itu fitrah. Dua- dua kena jaga. Kalau lurus hubungan aku dengan Allah maka lurus juga hubungan aku dengan orang-orang yang aku sayang. 

Jalan takwa itu tidak semudah yang aku sangka. Aku tak maksum. Aku juga bukan malaikat. Istiqamah itu tak semudah ayat-ayat pakar-pakar motivasi yang aku selalu kongsikan di socmed aku setiap hari. 

Untuk aku imbas segala cerita indah antara aku dan kau, pastinya tidak akan cukup di ruang belog ini untuk aku luah. Dan ingatan pahit kita juga sama banyaknya untuk aku simpulkan.

Aku tak pasti apa yang kau cari lagi. Aku sudah puas mencari diri aku dan aku sudah pun dapat jawabnya. Tak perlu pandang jauh, semua ada di depan mata; anak-anak kita. 

Ai ask Allah everytime untuk keluarkan aku dari keserabutan ini. Allah tidak akan membebani aku dengan suatu ujian yang mana mungkin aku takkan kuat untuk mengharunginya . And ai believe as same as Nabi Yunus berdoa dan bertawakal, pergantungan kita pada Allah in sha allah will lead us to Jannah.

Everyone wants happy ending story and so do ai. Pray for us. 

Happy new year! 


Monday, 14 April 2014

My Weekend dengan anak-anak saya


Lama rasanya tak ada hapdet tentang anak-anak dalam taman bunga saya ni.

Yang sulung, Jasmin, yang tengah Adam dan yang bungsu Orked; thousands of perangai, thousands of kehendak, thousands of cerita, terlalu banyak sebenarnya untuk di kongsi tentang grown up process mereka.

Usually our weekend tak kan end up dengan benda yang sama. 

Sometimes ke rumah nenek di Rasah, sometimes ke rumah atok dan wan di Rombau, sometimes spent our times pergi sight seeing, short vacay, visit relatives and sometimes we just be at home and enjoying every moment bergomol bergumpal bersama. 

Having three of them at home is a "party"!!!

 

Tuesday, 11 February 2014

Gunung Sinabung, Si Angsi dan Pompeii

Al kisah dunia. 
Tiga tempat berbeza, tiga suasana berbeza,
tapi memberi kita satu pengajaran yang sama.
 
^
^
^
^
^

1. Pemandangan Gunung Angsi dari rumah saya. Subhanallah... tak pernah jemu memandang. Adore!
Suatu petang baru balik kerja, pemandangan dari jalan nak masuk rumah, sebelum awan hitam datang menutup puncak si Angsi.

Pagi tadi 0730am, sebelum ke tempat kerja, si Angsi masih lagi diselubungi kabus.
2. Gunung Sinabung, Sumatera Utara, Indonesia.
Januari 2014
 
3. Pompeii dan Mount Vesuvius. Okay, yang ni tak sabar nak tengok wayang nanti. :)

February, 2014


Monday, 4 February 2013

It means the world to me

Asssalammualaikum kiddos.



My silly-lazy sketch of my hauz.
Hello belog. The sleepyhead is back. Ohhhh, how i miss nak menulis semula.

Eh, its February oledi but hope its not too late for me to wish happy new year 2013 to all. Huhu, Yerp, it's been a hectic start for this 2013 for me. But I am trully blessed. Syukurrrrr..... Biasalah, I've been so hectic with my works, my preparation on my heaven on earth *yippi!* and probably a bit exhausted carrying my lil' one inside which will expecting to meet us in early of June, in shaa allah :)

Okay, hari nak nak sharing my happiness with the whole world coz officially dah dapat house key on the 26th January hari tu. Yeay! I know this year akan jadi yang tahun yang paling terbaik dari tahun tahun yang lepas dan minta setiap tahun Allah memberkati dan memudahkan segala urusan saya di dunia dan akhirat; untuk kawan-kawan saya juga. Aamiin...

Yup, dah ada few things yang dah ada dalam agenda list this year. Nak buat itu, nak buat ini, dan ada juga yang dah tak sabar menunggu kedatangan saya. Huhu. Tak sabar okay! Tak perlu nak over-expose sangat sekarang ni, nanti ai buat live update. Wah!

Lyraz Schmall Hauz
Okay, back to my house, i call it "Lyraz Schmall Hauz" dan sekarang ni sedang bertungkus-lumus me-renovate semampu yang boleh dari depan sampai tangga belakang rumah. First time planning, ingat nak masuk by this coming CNY cos cuti panjang but unfortunately kitchen cabinet dan grill hanya akan dipasang after CNY holiday and probably they will start work end of Feb or early March.

Biasalah, golongan marhaen macam ai ni mana nak mampu nak keluar budget banyak-banyak nak bagi semua cepat dan segera. Nak murah, kena lah tunggu, ikut barisan. Apa pun on the financial matter of the house, ai have to beringat dan sedar diri. Takut at the end of the day, dah terlebih budget, diri sendiri yang sakit pulak.

Anyway, sedikit sebanyak, nasib badan ada bantuan ekonomi dari Rashid Hussin dan Mak Aenon-menyerah-diri. Adalah bantuan kiri kanan atas dan bawah meringankan urusan nak ada itu dan ini.

Syukur, Alhamdulillah, now sudah ada tempat perlindungan permenant; tempat berlindung dari hujan dan panas dan harap dapat beri keselamatan juga kepada kami anak beranak. Tak kisah lah kecil atau besar, from my POV, bukan itu yang menjamin kebahagiaan, yang penting orang dalam rumah tu tinggal dalam keadaan aman dan damai.

And Yes, indeed, now we realize that we have step to another stage of our marriage which now require more commitment in our future life. Razi has reached his 30's of age and me oso will reach my 3series number soon (in shaa allah kalau dipanjangkan umur), so of coz we need to do something better for today and tommorow.

But, so far and as up dated, Jasmin is the most happiest person on earth cos she's oledi got her dream katil. She even told us, she want her own room, Adam tak boleh masuk. Hamboi anak dara 5 tahun ai nih. Ya sangat lah tu, nanti tengok pagi-pagi dah terperosok je kat celah kaki ibu. :) And last week I pomish her the ladybird wall lamp. Tengah tunggu stock.

Okaylah, last skali, ai thought of higlighting my full interior design of the house in the belog, but on my second thought, maybe i just keep it to myself. I'm still working on with my full 3D view of the interior, tengoklah macam mana, i'll post it here and keep it as a reference for the kids in future. Maybe-laaaa....




"Ya ALLAH, give me eyes that see the best in people, a heart that forgives the worst, and a soul that never loses faith. Aamiin......"

Wednesday, 28 November 2012

Wake Me Up When September Ends.....

...October also, and November also...

Hello Belog.

Lama aight menyepi. I had a beeerrrryyyyy long hibernation since to what has happened to me last August especially on my father's critical health condition that month. No mood of belogging and summore, kekangan tugas kat opis, pile of drawing to be completed for submission and of cos everytime nak kejar deadlines. Even my leave's pon dibekukan due to this current project.

Macam tu lah golongan marhaen macam ai yang makan gaji ngan orang. Hectic! and pathetic!
 
So sad; no Hari Raya stories for this year, no jalan-jalan stories, no makan-makan stories, no sakit-hati-makan-hati version-of-stories (Eh?), no more my Jasmin and Adam stories and milestones updates, tup tup dah cerita pasal yang coming soon baby pula. *wink*

Well, actually ada juga few updates, but that one just a very general one, something for my own motivation and reference masa depan anak-anak.

Okay, tiba-tiba dunno where to start first. Huuu...

Okay, hari ni or lebih precise lagi minggu ni agak bahagia sikit di office sebab manager and engineer masing-masing outstation. So dari Isnin ingat nak update entry tapi time was running fast on Monday. Reached office quite late that day sbb nak siapkan tuan puteri banyak perintah ke school holiday camp dia so by the time reached office kena update my list of things to do and borak-borak itu ini cerita pasal hal negara with office mate, dan tgk jam dah lunch time. Dan.............. tiba-tiba, masa dah time untuk balik. Cemburu betul masa dengan saya. :)

Semalam tried to start my entry but halfway berhenti sebab sibuk godek itu dan ini dan hari ni sambung lagi menulis.

Okay, itu cerita di office yang dah nak masuk setahun berkhidmat. Macam tu lah lebih kurang routine-nya hari-hari. Masa bergerak super-fast di sini. Tamo cerita hal kerja banyak-banyak, nanti cliche.

Alhamdulillah, things are getting better day by day. Owh, we have moved-in temporary to my sister's house since last September selepas kejadian "khianat mengkhianati" berlaku dalam kehidupan ai yang sangat epic untuk diceritakan bagi tahun 2012 ni.

Tak mengapalah, we both now kena redha dengan apa yang nak berlaku sekarang dan masa depan. Means that if ai still can tolerate with someone yang dah robek-robekkan hati kita, so u have to be vice versa lah. Me is very simple one; my deal is, take it or leave it.

Telan la mana yang mampu. Baaaaannyyaaakkkk hati "orang-orang tua" yang perlu dikisah-kasihkan. Dan anak-anak. Doa dan serah semuanya pada Tuhan. Sebab bagi saya sekarang, Tuhan itu perancang terbaik. Baik atau buruk semua ada hikmahnya.

Hokayyyy, itu je up close and personal dari hati saya. Nanti tulis berjela dah rope diari kehidupan pulak. Not every single thing, love and hate, hidup dan mati, dalam hidup kita ni nak di share dengan public. Tak perlu sangat!

Anyway, my heaven on earth dah 90% complete dan inshallah by January or early February next year akan dapat kunci.Yeay!

My Jasmin dah 4 tahun and she grown up to be such a cranky kakak nowadays. Sangat banyak ragam dan kerenahnya, memang sebakul! Abahnya memang tak kuasa nak melayan.

Saya masih ingat masa awal saya start belog ni, Jasmin baru 11 bulan. Banyak milestone dia yang dapat saya simpan dalam belog ni dari merangkak, bertatih dan berjalan. Semua ada.

Dan as up to date, macam-macam cerita sebenarnya kalau nak ikutkan pasal Jasmin ni. Mostly tentang aktiviti sekolah Jasmin, her fancy dress contest bergaya dengan kebaya nyonya, her school concert and her role play dalam short drama, her school graduation day dan dapat trophy best cheerfullness 2012 dalam class , perkembangan dalam pembelajaran dan of cos juga cerita Jasmin dengan adiknya, Adam. Eh tak lupa juga, the latest one, when she had her first hair cut at the saloon. Before this nenek yang potong rambut dia. Juga tak lupa tentang my upcoming baby, she requested a baby girl!

Nur Adriana Jasmin; 4 Strawberry, 2012

Adam Muhaimin, 2012
My Adam? Sebenarnya tak banyak cerita pasal Adam kat belog. Adam grown up very fast. He is 1.5 years old now. Cakap sepatah apa pun tak boleh tapi sangat faham bahasa. Masih dengan selimut busuknya. Hisap ibu jari tak tinggal. Anak omeh abah eeee. Tak geng ngan Ibu sangat sebab kakak always jealous everytime nak manja-manja ngan Adam.

Seingat ai, only ada few entries on Adam's milestone on the early months after deliver, at least ada la few entries tentang perkembangan dia. Dan gambar 1st birthday party Adam pun tak direkodkan. Haih la Adam. Nanti Ibu buat back-dated entry utk Adam okay. Poomiiissshhh! ;)

Annnnddddd not forgetting my new baby's updates. I'm currently 14weeks+ preggy. Ini tak dirancang. Semua tuhan yang bagi. Alhamdulillah. Apa yang Tuhan beri cepat atau lambat, banyak atau sedikit, saya bersyukur, dan mampu atau tak, itu ketentuan tuhan. Saya tak nak dianggap kufur nikmat kalau mengeluh dengan rezeki anak ni.

Alhamdulillah, rezeki juga makin murah. Urusan juga dipermudahkan.

Tapi yang menariknya, two weeks before i know i'm pregnant, ai sempat panjat Broga Hills. Terel!

Biasalah, kalau early pregnancy, segala perubahan hormon dalam badan buat diri jadi tak stabil, nausea, fatigue, drowsy, dan kali ni muntah-muntah almost everyday. Dalam kereta tengah drive pun boleh muntah. Sangat different compare to Jasmin and Adam. The sickness only come late evening dan bawa sampai ke malam. Lucky me morning no sickness so boleh bekerja with full of energy! Jyeah!

Anyway, hope baby's condition will be fine sampai deliver nanti. Ammiiiiinnn.

But most of all, perkara yang paling buat saya jatuh terduduk apabila saya berdepan dengan situasi yang saya hampir kehilangan bapa saya last August. Heart attacked dan tiba-tiba sesak nafas, terus masuk CCU unit, he's in very critical condition, 50-50 chances to survived, hanya 2% of pulse left and doctor had to sedatize him to stabilize him dan had to depends on the life support machine, wires was all over his body. and I even saw how the nurses and doctors tried to save him, macam nak end of the world rasanya. Sigh. Sangat dramatic. Only God knows how I felt that time.

Doa, redha dan tawakal. Anyway, he is okay now. Berrryyyy stubborn man. Masih sibuk buat lempeng pisang kelapa setiap pagi tanpa jemu. Haih. Now I know ai inherited this stubborn dari siapa.

Untuk itu, apa pun dalam hidup ni, ai have to bear always in mind, apa yang ada pada kita sekarang ni semua milik Allah SWT. Tiada apa yang milik kita selamanya. Semua milik mutlak Allah SWT.

"Hidup dan mati ketentuan Allah and I don't afraid of my faith" Kate;LBS2

I have reached my sky! - Broga Hill, 14Oct2012

Thursday, 23 February 2012

Aku tak menoreh getah tapi aku juga hidup susah!

......but i am truly blessed...............

Ini adalah sukar!
Syukur Alhamdulillah. Tuhan masih kurniakan kesihatan yang baik untuk diri saya. Kesihatan badan A+ dan kecekalan minda A+ yang amat saya perlukan sekarang ni. Bukan senang nak jadi ibu ber-kerjaya dan di samping tu ada anak-anak dan suami yang perlu dikisah-kasih-kan di rumah dan sometimes nak deal dengan orang yang tak pernah faham dengan situasi yang kita alami.

Semua nak disatukan dalam satu masa, banyak perkara untuk diri sendiri perlu dikorbankan walaupun hati dimamah dengan perasaan berulam jantung berselirat akar. Hai sangat metaforanya bahasa, tak perlu sehingga menjolok langit dan sengaja cuba menyentap setiap emosi yang menyinggah. Lily, kamu hanya perlu jadi seorang yang berterus terang, mungkin itu lebih jelas untuk orang yang kejap begitu kejap begini.

Dah tiga bulan berkhidmat di KJ. Saya tak tipu saya penat. Saya tak tipu saya letih. Dan saya tak pernah tipu diri sendiri untuk mengatakan yang saya sangat bersyukur saya diberi peluang mencari rezeki yang halal bagi menanggung kehidupan saya dan anak-anak walau sejauh mana pun saya pergi. Anak-anak adalah motivasi saya. Setiap hari tak pernah gagal walaupun separuh jalan saya mengeluh, separuh jalan saya mengomel, separuh jalan saya menguap lebar, tetapi bila fikirkan anak-anak, harapan saya untuk saya adakan sesuatu untuk masa depan mereka, saya gagahkan juga.

Keluarga saya bukan datang dari keturunan orang yang senang-senang. Saya dibesarkan untuk melihat kepayahan orang tua saya bersusah payah untuk mencari makan kami adik beradik. Orang tua mereka tidak pernah tinggalkan harta untuk mereka, semuanya atas usaha sendiri untuk membesarkan anak-anak. 

Bekerja siang dan malam bersengkang mata menjaga keamanan orang lain bukan untuk menjadi orang kaya, bekerja siang dan malam berdepan dengan mesin dan chemical atau entah apa lagi bahan kimia yang berisiko bukan untuk menjadi orang kaya, berniaga nasik lemak tepi jalan bukan untuk jadi orang kaya, berniaga kuih karipap dan mengelim beratus-ratus biji karipap sehingga terpaksa bangun pagi-pagi buta setiap hari bukan untuk menjadi orang kaya, berkorban jiwa raga serta keluarga dan menyerah diri pada negara pasca perang yang tanahnya penuh dengan periuk api sana sini tetapi bukan untuk menjadi orang kaya!


Saya tak pernah malu saya duduk di perumahan setinggan di pinggir rumah-rumah batu, saya tak pernah kisah saya terpaksa mencangkul tanah untuk berak kerana tiada bilik air, saya tak pernah malu berniaga nasik lemak di tepi jalan dengan van buruk di tepi-tepi kilang untuk mencari duit. Saya tak pernah malu kerana itulah kehidupan saya dan saya pernah lalui semua itu.

Sangat sedap makan time stress kat opis!
Sebolehnya saya tak ingin anak-anak saya rasa kesusahan yang saya pernah rasa dulu. Saya jadi marah apabila ada orang cuba memanupulasi atau provoke dengan usaha yang saya buat. Saya sangat marah apabila orang cuba merendah-rendahkan keupayaan saya. Saya jadi marah apabila ada orang berkata-kata tidak benar dibelakang saya dengan tujuan untuk menjatuhkan apa yang cuba saya bina selama ini.

Hasil titik peluh keringat saya bukanlah perkara untuk orang lain perkotak-katikkan. 


Kesusahan bukan mengatakan engkau menoreh getah maka engkaulah orang yang paling susah dalam dunia. Dan jika engkau rasa engkau orang yang paling susah dalam dunia, engkau tak perlu jadi orang yang berputus asa dan tak pernah berusaha untuk mengubah nasib diri kesusahan kepayahan engkau. Tuhan bagi engkau tubuh badan akal fikiran semuanya sempurna tetapi tak reti nak gunakan untuk merubah kehidupan, itu adalah aneh dan sangat merugikan!


Saya tahu betapa perihnya nak mencari duit. Saya tak reti meminta tetapi apabila orang memberi saya merasa dengan syukur padahal dalam hati sangat berat untuk terima oleh kerana sedar diri saya orang susah takut tak terbalas di kemudian hari dan termakan budi. Tetapi hormat saya untuk orang lain bukan boleh diberi dengan wang ringgit. Saya bukan peminta sedekah. Saya hanya orang susah yang sangat bersyukur apabila ada orang kaya yang cuba menghulur bantuan.

Alhamdulillah, di dalam usia yang belum pun menginjak ke 3 series dan InshaAllah minta tuhan panjangkan umur saya dan mempermudahkan segala usaha urusan saya dan memurahkan rezeki saya; saya ada harta yang amat berharga untuk showing off untuk diri sendiri......




Alhamdulillah, saya ada Jasmin yang bijak!


Alhamdulillah, saya ada Adam yang sangat cepat membesar cergas dan cerdas!


Dan Alhamdulillah, progress "my heaven on earth" ni sangat positif dibina!

Tuesday, 18 October 2011

Progress Rumah Saya - Nusa Intan

Okay, nak update sikit regarding my house progress. Construction progress Seri Pajam very fast lah! So far progress dah 45% base on what they have claim to the bank. Alhamdulillah.... in less than six month they manage to achieve 45% so maybe around mid year 2012; which is next year, dah boleh complete 100%. Hope so!

Teruja! Teruja! Tak sabar nak move in ke rumah baru. Tak sabar sebenarnya nak jadi interior designer (tak bertauliah) nak decorate itu dan ini kat rumah sendiri. I know, even though it's small, but as long we are safe and comfortable with it, insyallah rumah kecik saya boleh jadi seperti tinggal di 5 star resort. Wah! Depends on how we create our home sweet home-lah.

So far, my reference is IKEA. IKEA always make me stumble  and inspired me with the ideas and concept mostly on the house arrangement; the living hall, the bedroom, the kitchen and even the bathroom. IKEA dah keluarkan 2012 catalogue so they are more focus on spaces and i do feel that IKEA is absolutely know what I've been wanting e most.

Heh! I even promise Jasmin one set of bed for her, hurmmm, kena simpan wang ni, simpan wang! Maybe that one can be one of my wishlist for 2012. Talking bout wishlist, haaaa, more to come, so will talk more on my next entry.

So here are some of e pictures I songlap from Seri Pajam facebook picture album. Hope they don't mind if I publish here. Okay what, I already bought the house so of cos I can share it here FOC. Heeee~~


Main Entrance ke Nusa Intan

Front View

Right Elevation

Left Elevation

Rear View

Master Bedroom and the toilet

Kitchen
And the best thing about Nusa Intan is I figure out that one of my best friend masa sekolah-sekolah kat Kuala Pilah dulu is my neighbour, sebelah rumah aje. We never plan for it but somehow it happens and i know life is full of miracles!

Okaylah, before I end this entry, promote sikit Seri Pajam. So for who those yang sukakan kedamaian dan tiada kesesakan dan berjiran dengan Gunung Angsi boleh lah beli rumah kat Nusa Intan ni. The price is still affordable untuk orang-orang yang middle range macam I. Seri Pajam have two phases setakat ni and mine is Phase 1 and now they are selling for Phase 2 with extra bedroom. For info cekidaut their website www.seripajam.com.my

Last time, I ada buat review pasal project ni. Cekelik here!

Thursday, 17 March 2011

........dan kesinambungannya..........


.....let's cekidaut what i found on my visit to the show house last saturday!

wuuuUUUUuuuUUUu....... my dream house!

 Opppp.... ooopppp....
But ekceli my dream house has to be more like this.........

Living in a quite village, greenery surrounding, boleh buat edible garden sendiri, boleh bela ayam itik lembu kambing.......
Tapi takpe, sekarang ni mungkin rezeki nak ada rumah macam tu payah sikit nak capai tapi at least i can make it as one of my cita-cita and future target to get such of that charming house.... InshaAllah.....

Okay, back to the earlier part, I am now so very excited to have my own house after went to SeriPajam show room in Senawang last Saturday which i have been postpone it for the past 3/4 weeks. So. I've planned earlier with my sisters and i am finaly made up my mind to have the house (by hook or by crook!). Lucky me coz only two lots left. 

So what made me fall in love for the first sight of this house.... Ce citerrr ce citerrr.... heeeee...


Well, to be true, from my view, I don't just buy the house, but I am also buying the neighbourhood. LOCATION of the house is my first priority and my most important thing to consider. The housing area provide an environment with not-so-packed-like-sardine, only one housing area community (means tak campur aduk tiga empat jenis taman), can view the Gunung Angsi and takes only 10 mins to Ulu Bendul, 10 mins to Seremban town, and all the necessity such as clinic, hospital, hypermarket are all nearby.  


(Click to enlarge)

What makes me fall in love moooore and moooreeee of the house is the design. First time dulu masa I tengok design SeriPajam di Warisan Puteri, memang dah jatuh cinta, tapi sayangnya itu untuk double storey and I rasa that time tak mampu la nak beli yang above 200K punya rumah. So bile SeriPajam keluar single storey and with the same design, memang tak fikir panjang dah, teruih grab the chance. I love the concept of having a small yard inside the house. Maknanya walaupun rumah intermediate tapi I still feel that I tinggal rumah corner lot. The concept and design memang a bit different form other developer as they built it using Industrialize Building System (IBS system), means that instead of pakai bricks, they built the wall using precast wall panel. Click here for more about IBS. And some more, the roof also pakai IBS system tapi salesman cakap hari tu ada complain from buyers to change it to normal roofing (pakai atap genting).

The ground floor plan

Contoh pembinaan rumah teres menggunakan IBS Sytem. Ihsan CIDB Malaysia.

And right now, I'm struggling to prepare all the documentation for my bank housing loan. InshaAllah kalau ada rezeki by next year dah boleh dapat tinggal rumah baru. Minta-minta Allah murahkan rezeki kami dan permudahkan urusan kami untuk dapat rumah sendiri. Amiiiiinnnn. 

Oh, for the Skim Rumah Pertamaku, even though Dato Najib buat pelancaran hari tu nampak macam memudahkan rakyat but actually there are lots of procedure to follow (kalau rumah below 100K mungkin senanglah) and as per advise from the developer, for my own good it's better for me to proceed with the normal procedure.



P.s. Thanx Ah-Long Along for the advance payment!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails