......but i am truly blessed...............
Ini adalah sukar! |
Semua nak disatukan dalam satu masa, banyak perkara untuk diri sendiri perlu dikorbankan walaupun hati dimamah dengan perasaan berulam jantung berselirat akar. Hai sangat metaforanya bahasa, tak perlu sehingga menjolok langit dan sengaja cuba menyentap setiap emosi yang menyinggah. Lily, kamu hanya perlu jadi seorang yang berterus terang, mungkin itu lebih jelas untuk orang yang kejap begitu kejap begini.
Dah tiga bulan berkhidmat di KJ. Saya tak tipu saya penat. Saya tak tipu saya letih. Dan saya tak pernah tipu diri sendiri untuk mengatakan yang saya sangat bersyukur saya diberi peluang mencari rezeki yang halal bagi menanggung kehidupan saya dan anak-anak walau sejauh mana pun saya pergi. Anak-anak adalah motivasi saya. Setiap hari tak pernah gagal walaupun separuh jalan saya mengeluh, separuh jalan saya mengomel, separuh jalan saya menguap lebar, tetapi bila fikirkan anak-anak, harapan saya untuk saya adakan sesuatu untuk masa depan mereka, saya gagahkan juga.
Keluarga saya bukan datang dari keturunan orang yang senang-senang. Saya dibesarkan untuk melihat kepayahan orang tua saya bersusah payah untuk mencari makan kami adik beradik. Orang tua mereka tidak pernah tinggalkan harta untuk mereka, semuanya atas usaha sendiri untuk membesarkan anak-anak.
Bekerja siang dan malam bersengkang mata menjaga keamanan orang lain bukan untuk menjadi orang kaya, bekerja siang dan malam berdepan dengan mesin dan chemical atau entah apa lagi bahan kimia yang berisiko bukan untuk menjadi orang kaya, berniaga nasik lemak tepi jalan bukan untuk jadi orang kaya, berniaga kuih karipap dan mengelim beratus-ratus biji karipap sehingga terpaksa bangun pagi-pagi buta setiap hari bukan untuk menjadi orang kaya, berkorban jiwa raga serta keluarga dan menyerah diri pada negara pasca perang yang tanahnya penuh dengan periuk api sana sini tetapi bukan untuk menjadi orang kaya!
Saya tak pernah malu saya duduk di perumahan setinggan di pinggir rumah-rumah batu, saya tak pernah kisah saya terpaksa mencangkul tanah untuk berak kerana tiada bilik air, saya tak pernah malu berniaga nasik lemak di tepi jalan dengan van buruk di tepi-tepi kilang untuk mencari duit. Saya tak pernah malu kerana itulah kehidupan saya dan saya pernah lalui semua itu.
Sangat sedap makan time stress kat opis! |
Sebolehnya saya tak ingin anak-anak saya rasa kesusahan yang saya pernah rasa dulu. Saya jadi marah apabila ada orang cuba memanupulasi atau provoke dengan usaha yang saya buat. Saya sangat marah apabila orang cuba merendah-rendahkan keupayaan saya. Saya jadi marah apabila ada orang berkata-kata tidak benar dibelakang saya dengan tujuan untuk menjatuhkan apa yang cuba saya bina selama ini.
Hasil titik peluh keringat saya bukanlah perkara untuk orang lain perkotak-katikkan.
Kesusahan bukan mengatakan engkau menoreh getah maka engkaulah orang yang paling susah dalam dunia. Dan jika engkau rasa engkau orang yang paling susah dalam dunia, engkau tak perlu jadi orang yang berputus asa dan tak pernah berusaha untuk mengubah nasib diri kesusahan kepayahan engkau. Tuhan bagi engkau tubuh badan akal fikiran semuanya sempurna tetapi tak reti nak gunakan untuk merubah kehidupan, itu adalah aneh dan sangat merugikan!
Saya tahu betapa perihnya nak mencari duit. Saya tak reti meminta tetapi apabila orang memberi saya merasa dengan syukur padahal dalam hati sangat berat untuk terima oleh kerana sedar diri saya orang susah takut tak terbalas di kemudian hari dan termakan budi. Tetapi hormat saya untuk orang lain bukan boleh diberi dengan wang ringgit. Saya bukan peminta sedekah. Saya hanya orang susah yang sangat bersyukur apabila ada orang kaya yang cuba menghulur bantuan.
Alhamdulillah, di dalam usia yang belum pun menginjak ke 3 series dan InshaAllah minta tuhan panjangkan umur saya dan mempermudahkan segala usaha urusan saya dan memurahkan rezeki saya; saya ada harta yang amat berharga untuk showing off untuk diri sendiri......
Alhamdulillah, saya ada Jasmin yang bijak! |
Alhamdulillah, saya ada Adam yang sangat cepat membesar cergas dan cerdas! |
Dan Alhamdulillah, progress "my heaven on earth" ni sangat positif dibina! |
1 comment:
Tak saba nyeeeee nk duk rumah manes rumah tu..kicen kebinet 10k..sekian..ppffttss
Post a Comment