Wednesday 30 May 2012

WW #19 Anak Bapak




HOMAIGOD abaaaahhhhh!
Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday 26 May 2012

Live From Cherating

Cherating is ohsem!
Aman tengok laut ciptaan Tuhan.









Rasa mcm dah tak nak balik. Huuuu....

Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday 24 May 2012

Ape Cher.....?

Dah lama rasanya tak berendam di Laut China Selatan.
Saya nak tengok laut.
Saya nak menikmati sinaran matahari pagi.
Saya nak menghayati angin; sepoi-sepoi bahasa.
Saya nak berjalan di pesisir pantai.
Saya nak lihat langit biru.
Saya nak lihat bintang di langit laut.
Saya nak bermain ombak.
Semuanya bersama anak-anak kecil saya!

Cherating

Da promised dengan Jasmin nak pergi tengok turtle!



Tapi malaaaaaasnya nak packing!

Wednesday 23 May 2012

Rejab. Bidaah?

Hi belog. Rejab Is here. Soon will be Syaaban and later Ramadhan. Time flies really fast nowadays. Betol, tak tipu. Next week dah masok pertengahan tahun. Cepatnya.

And next month my Adam will turn a year old. Owh my Adam!

Jasmin, as updated, masih liat nak ke kindy, more to liat nak bangun mandi but after reached her school, she's fine. Budak banyak drama, and that's my Jasmin!

Okay,  dis is ekceli quick entry. Kena cepat sebab nak kejar masa because I'm in the office right now and biasalah, my boss didn't hire me here not just for me to update my belog. Pfftt...

Rejab. Kelebihan? Bidaah?

Di sini saya kongsikan serba sedikit bacaan saya berkaitan bulan Rejab, kelebihannya dan bidaah-bidaah yang berkaitan. Pada mula saya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah kakak opismate saya ni kata bahawa amalan-amalan itu yg dianggap Sunnah tapi sebenarnya Bidaah. 

Saya google dan google dan google dan IM Ashraff juga berpendapat yang sama, so ada la serba sedikit persoalan saya terjawab. Ye lah, kita ni tak pandai ilmu agama, jadi memang la banyak kemusykilan timbul apabila sekian lama praktis benda yang sama and suddenly timbul pula issue mengatakan iainya tidak sahihlah, hadith dhaif-lah, maudhuf-lah (palsu).

Memang kita sedar, bulan Haram dalam Islam adalah bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah, Zulhijjah. Dalam bulan ini diharamkan peperangan dan larangan melakukan maksiat. However, melakukan maksiat dan dosa adalah terlarang pada bila-bila masa namun melakukannya pada keempat-empat bulan haram ini lebih dahsyat dan kuat pengharamannya dan dosa yang dilakukan pada bulan-bulan haram adalah lebih berbanding pada bulan-bulan yang lain. Okay? Faham?

Misalnya di tanahair kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadith: 
“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”. 

Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktabal-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Daral-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).

Baca selajutnya disini.

Disini saya sertakan Bidaah-Bidaah pada bulan Rejab:

1) Menyembelih haiwan sembelihan atau dinamakan ( Al-`Atirah ).
2) Meyakini dan beritiqad bahawasanya malam dua puluh tujuh Rejab adalah malam berlakunya Israk dan Mikraj,atau menyambutnya sebagai perayaan.
3) Solat Raghaib
4) Mengkhususkan puasa pada bulan Rejab.  

So untuk ringkasan, saya ambil contoh yang nombor (4) tu sebab yang ini yang selalu kita buat. Macam-macam tulisan boleh kita baca, puasa hari pertama dapat ganjaran inilah, hari kedua ganjaran itulah, ketiga, keempat, kesepuluh, ke enam belas dan selanjutnya. 

Ibnu Rajab di dalam al-Mughni pula berkata:
Mengenai keutamaan puasa khusus pada bulan Rejab, tidak ada satupun hadis sahih yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. mahupun para sahabat. 
– Dinukil dari kitab al-Bidab al-Hauliyyah, ms. 245.
 
Selain dari itu terdapat juga di kalangan masyarakat kita yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada bulan Rejab, Syaaban dan Ramadan. Amalan ini juga sebenarnya tidak memiliki sebarang dalil yang sah. 

Imam Ibnul Qayyim r.h berkata:
Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan tersebut secara terus menerus seperti yang dilakukan sebahagian orang dan baginda sama sekali tidak berpuasa pada bulan Rejab dan baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada bulan Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada bulan Rejab seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah. b Rujuk Muhammad b Abdussalam al-Syaqiry, As-Sunan wa al-Mubtadab aat al-Mutab alliqah bi al-Adzkaar wa ash-Shalawaat, ms. 152.

Meskipun begitu sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Rejab tanpa niat mengagungkan bulan tersebut sebagaimana golongan jahiliah dan tidak menyakini fadilat-fadilat palsu yang dikaitkan dengan puasa pada bulan Rejab tersebut atau dia hanya berpuasa bertepatan dengan hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti: 
1. Puasa hari Isnin dan Khamis, 
2. Puasa Ayyam al-Bidh (puasa pada tarikh 13,14 dan 15 setiap bulan) atau 
3. Puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) dalam bulan Rejab, 

maka puasa sebegini dibenarkan oleh syarak. Wallahu ab lam.

Telah tsabit bahawasanya `Umar bin Al-Khattab radiallahu`anhu pernah memukul tangan seorang lelaki yang berpuasa (disebabkan memuliakan) bulan Rejab sehinggakan beliau `Umar menarik tangannya menuju kepada makanan (agar dia berbuka),kemudian `Umar berkata: " Apa Rejab?, sesungguhnya bulan Rejab ini hanya diagungkan oleh kaum jahiliyyah,apabila Islam datang maka ianya ditinggalkan

[ Musannaf Ibnu Abi Syaibah 2/345, Ibnu Wadhaah dalam Kitab Al-Bida` ]


Oleh itu kesiiiiiiimpulannya;
 
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih. Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar kepada hadis lemah.

Begitu jugalah mengkhususkan amalan-amalan lain seperti sedekah,Umrah dan selainnya dengan keyakinan bahawa ada ganjaran khusus disebabkan bulan Rejab maka kesemuanya adalah terbina di atas bid`ah dan sangka-sangkaan dalam agama.Sebagaimana yang kita ketahui menyintai Nabi sallallahu`alaihiwasallam adalah dengan mengikuti sunnahnya bukan dengan mereka-reka amalan atau perayaan tertentu yang tidak ada dalil dan hujjahnya,maka seharusnya umat Islam berwaspada dengan setiap bid`ah dalam agama dan mencukupkan diri hanya dengan Sunnah-sunnah Nabi sallahu`aihiwasallam berdasarkan dalil-dalil yang shahih. 


P.S.
 

Reference:
http://ibnabiashim89.blogspot.com/2011/06/bidah-bidah-dalam-bulan-rejab.html
http://www.intisonline.com/artikel/amalan-amalan-bidah-yang-dianggap-sunnah-pada-bulan-rejab
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1878.0
http://diarihati.com/blog/2011/06/03/salah-faham-amalan-bulan-rejab/ 

Friday 4 May 2012

Thursday 3 May 2012

MPPD Treasure Hunt 2012


Okay, currently, my new addiction in life! And the sticker permanently stick behind my black-pony.

Gosh! Cerita ini sangat lama, hari ni dah jejak May pon. But nevermind, this is just for myself record, untuk memenuhi my 2012 resolution; Yeay! another outdoor activities, something for myself satisfaction dan cara nak release segala perkara serabut dalam kepala hotak.

After my first attempt to joined the TH, saya sangat teruja menunggu when is the next TH so this was my second TH dan team member opkos lah orang yang sama.

This TH was organised by Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) and the event and the TH questionnaire was managed by Excite Event.

Compare to the first TH we've joined, TH kali ni memang agak challenging dari segi soalan-soalannya. Memaaaaannnng la every Q have to think out of the box, tak boleh jadi katak dok bawah tempurung, tamo! tamo! tamo!

Peserta juga nampak ramai yang lebih senior dan maybe la ada antara mereka dah ada nama dalam trailblazer's list. Huh! Kata  for novice/ non master, tapi yang menangnya semua dah bole masuk kategori Masters!

But it's okay, for myself, HUNT for FUN je lah. Kalau menang memang Alhamdulillah, kalau kalah, boleh try for next year hunt pulak. Walaupun tak dapat Seribu Hengget tapi ai dapat Seribu Pengalaman. Woot! Woot!

Biasalah, TH memang start early in the morning. Already registered our team a week after iklan keluar kalu tak silap, and our team number was 06. Nombor awal giler sebab excited nak join the game. At first the COC informed us only 40 cars yang participate but last minute they allowed up to 95 cars, majority-nya biasalah, bila dah di-organised by gomen people, so yang join-nya memang la ramai gomen people juga.

Unfortunately, the weather tak berapa nak menyebelahi kami, hujan all the way dari pagi till afternoon. Tapi kami redahkan juga. Semangat.

The TH start from CityPark S2 dan berakhir di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Ada stop in the middle of the TH dan Walk Hunt di Medan Ikan Bakar Port Dickson then later off to Muzium Lukut. Sepatutnya we all have to go until Pasir Panjang to find the tourism place tapi biasa-lah, dah nama pemastautin Negeri Sembilan, so semua jawapan di hujung pen, ngelat tak pergi pun, save minyak kereta. Huuuuu~~

We were the 2nd team to finished the hunt sebab dah fedap nak jawab soalan yang sangat-lah susah. We don't really follow the tulips because most of the route we all tahu.

Okay, jom layan gambar, dah fedap nak cerita panjang lebau!

Briefing before flag-off di City Park, Seremban 2, hujaaaannnnn!
Kereta para peserta, 95 biji kereta, sangat tipis peluang untuk menang hokay!
Semua peserta bersendat-sendat dan fokus dengar briefing dari COC before flag-off.
Bacaan Doa semoga urusan dan perjalanan kami dipermudahkan. Aamiin.
First time sampai sini!
One of the task, tangkap gambar dengan buah nangka.
Pemenang tempat ke-18 daripada 95 kereta. Boleeeee la.....!

One thing about joining the Treasure Hunt, saya sebenarnya bukan sahaja untuk bersuka berseronok bergembira dan berhempas pulas menjawab soalan di samping mencari tempat-tempat mengikut tulip yang diberi, treasure hunt juga adalah tempat saya melakukan charity dan bersedekah.

Biasalah, every TH akan ada at least tiga soalan treasure dan mostly jawapannya adalah berkaitan makan-makanan. For this TH, we have to buy beras 5kg, gula-gula dan santan and all the items akan disedekahkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih.

So TH is not just about having fun, gelak sana gelak sini, lari sana lari sini, pecah kepala pecah otak, and of cos tidak membuang masa langsung, because everything we did, all goes for the CHARITY. And can you imagine 95cars x 5kg beras = ???????

Okay, two TH to go dan dah ada dalam list. Can't wait! Can't wait! GO GO Propoyo Hunters a.k.a The B'Gees.

Wednesday 2 May 2012

Wordless Wednesday #16 Tartlet




Nom nom nom nom nom nomzzzzzz!
Published with Blogger-droid v2.0.4

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails