Showing posts with label EVENT. Show all posts
Showing posts with label EVENT. Show all posts

Monday, 9 June 2014

Orked Adelia 1st Birthday

Olaf for Orked!


Just a quick update for my lil cute baby yang dah setawon yesterday.

Alhamdulillah.

Nur Orked Adelia is One years old.
Yeay!

Anyway, she still crawling but now trying to stand up by herself and walk a few steps.

In sha Allah, this coming Hari Raya she's gonna rock the world!

And hopkos, Ibu will put on more stamina for running here and there to catch you. :)

Praying always for your safety, happiness and always in a pink of health.

God bless you everyday dear baby.

Hope you grown up being the adorable one to the family.
Terjaga akhlaknya, cermat tutur katanya, luhur budi pekertinya.

Happy birthday my precious lil' darling, Orked.

We all love u zillions time!



Tuesday, 17 December 2013

Majlis Akikah dan Berendoi Nur Orked Adelia

"Di antara anak lepas 44 hari 
Pusat engkau luruh sendiri 
Dipotong rambut buat kenduri 
Haji dan Lebai dipanggil ke mari." 

Buaian Berendoi ala-ala mini pelamin dari Si Manja Berendoi

Alhamdulillah. Selamat.
Agak lambat sebenarnya untuk acara majlis macam ni untuk Orked yang dah pon mencecah 6 bulan, tapi kalau dah niat, buatkan ajeee...

Majlis Akikah dan berendoi Orked pada hari Sabtu, 30 November hari tu berjalan dengan lancar dan dengan kehadiran all the relatives, sahabat dan jiran-jiran menambahkan lagi kemeriahan majlis ni. Dah lebih kurang macam kenduri get together pulak bila mostly cousins belah babah ramai pula yang datang menyinggah. :)

It's quite hampa bila, Uncle Gedek and wifey Kak Lina terpaksa batalkan niat nak surprisekan kehadiran mereka anak beranak ke majlis kami sebab last menet satu family demam. Anyway, they are always welcome to my house but suuuurreeeely jangan buat surprise nanti tak dan nak sorok barang-barang bersepah kat umah. *wink*wink* Hahaha!

Okay, dan pastinya, kalau majlis-majlis gini, tak lengkap kalau tak ada group marhaban kan. Kumpulan Qasidah An-Nur Taman Rasah Jaya, Seremban dijemput untuk melengkapkan majlis kami. Di ketua oleh Pn Maria dan diwakili seramai 12 orang aunty-aunty yang so sporting gitu siap ikot tema karer pink lagi. 

Rasanya kalau ada orang Seremban yang berminat nak jempot mereka untuk kenduri marhaban anak semasing boleh contact no ni; Pn Maria 017-6678050. Sangat rekemended dengan group qasidah ni and of cos-lah they have some charges but honestly ai tell u, they charge us with reasonable and affordable price. :)


Aunty-aunty yang sweet sweet comel merdu suara semuanya dari Kumpulan Qasidah Taman Rasah Jaya, Seremban.
Awwwww... Vokal mantap hokay!
Thanks aunty-aunty for coming!
Me and the some of the qasidah members moment
 As usual, the catering was from my mommy's own kitchen. Sonang ado mak dan akak yang pandai masak-masak ni dan dah biasa buat masak-masak kenduri-kendara nih. Boli je barang-barang yang patut, masak la deh berduo. Settle!
Menu of the day; Nasik putih, kari kambing, gulai lomak cili api ikan masin talang mo noneh, ayam goreng rempah, sayur campur, buah oren. Mokaseh banyak kepada penaja kueh mueh :)
Nak buat katering? Nak carik keterer? Call dis no 0193023090. Seluruh semesta Seremban mereka boleh cateringkan, bagi tau je nak lauk hape, dorang masak... And again, hopkos, affordable and reasonable price dari mommy and ze gang!

Ai korban seekor kambing untuk Orked, same like Jasmin last time. Masa Adam ai korban lembu dan share tujuh bahagian ngan anak buah yang lain.


Heyyo everybunny!


Baju gown peranten Orked ai bought online aja. Senang! Ado anak kecik-kecik ni susah nak kendong kehulu kehilir bershopping di shopping mall. So ai bought from BBLUVSME Online Shop 

Oh, After kenduri ai joint contest organize by this shop and Alhamdulillah, rezeki Orked, menang 2nd place so dapat la voucher 50RM. So dah keluar duit, dapat duit balik. Best gile! So memang worth it beli ngan dorang ni!

Itulah, hidup ni kena ada our own goal of pleasure. Kena tahu apa yang kita nak dan apa yang akan buat kita puas hati dan gembira. Bila mana awal tahun ini saya kata ai deserve to be happy, so ai deserve to make everything happy for myself and family dan jujurnya memang ada macam-macam cara nak gembirakan hati kita sendiri. Dah tak kose nak kesah jaki hati mak-mak jemah seantero alam keeennn. Mintak husnuzon selalulah kalau hati kita-kita hamba Allah ni selalu ada sifat cenggitu, ye doppp?

Okay, niat nak berendoi Orked dah memang lama dalam fikiran. Angan-angan untuk buaikan anak bungsu di atas buaian dihias pelbagai kerawang-kerawangan dan bunga-bungaan always being inside my thoughts.


Buaikan anak sambil diiring doa dan harapan dari bait-bait lagu berendoi nyanyian kumpulan marhaban adalah suatu kepuasan. Moga jadi orang yang baik ya, anak-anakku. :)

At first, i'm planning to booked the cradle from my ex-school mate sebab dia bagi harga murah, harga kengkawan katenye tapi agak hampa sebab las menet my ex-schoolmate tu conformed dah fully booked on the date yang ai nak tempah tu. Cradle my friend ni sangat laku macam goreng pisang panas hokay sebab the package yang dia offer memang berbaloi-baloi. Cekidaut here!

Ai try to recce tempat lain tapi semua quote harga melampau mengalah an anak retis nak kenduri keeeeennnn, sedangkan ai ni memang dari golongan marhaen yang kena budget-budget gitu keeeennn. 

Anyway, naseb badan my dream came true bila last minute dapat jugak booked buai berendoi ni. Thanks Google.

Buai Berendoi untuk Orked ai tempah dari Si Manja Berendoi. Lucky me, they ekceli sedang buat sale untuk end of year punya tempahan. So apalagi, grab ajelah mana yang paling murah tapi berkenan dek hati. My package they provide of cos the cradle and all the flowers and the accessories dan siap sekali backdrop and also they gave us dulang ada gunting dan glass bowl untuk cukur jambul.

Jenis buaian ni adalah yang paling IN kalau ikot peredaran zaman sekarang ni. Nak-nak yang cradle besi kerawang kerawang ala-ala English style, memang nampak mewah dan cantik. Dah macam peranten raja sehari dah Orked masa majlis ritu. The best thing is they charge me dengan harga yang reasonable selari with my budget.

Nak tempah? boleh lawat website dia kat sini. They have a few options on cradles and themes yang sememangnya ikut kehendak dan napsu mak-mak macam saya. They also ada mini pelamin untuk majlis akad nikah, tunang or maybe nak khatam quran... Oh, kalau tak silap, sekarang ni diorang ada buat promo akhir tahun + guna kupon Majalah Ibu dan Anak... haaaa... peluang nak dapat murah tuh, cepat redeem! Hewhewhew.
  
Something to digest or tips for peole out there yang kena bajet sana situ sini sinun tapi ada hati nak buat kenduri akikah dan cukur jambul untuk anak semasing nampak grand and memorable, ingatlah, we don't have to spend so much kalau nak look good if we know the way how to jimat. It depends on our effort and how creative we are to make things look so luxurious and magical and special and cantik and elegant and yada yada yada yada...

Tuan puteri berendoi
"Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang"
Moga jadi anak yang baik dunia dan akhirat ye Orked. :)
Mak dan anak moment :)
Nenek and Orked moment :)
Su-Cha and anak-anak menakan moment.
Orked with my neighbour, Cik Ani moment :)
My in-law's family moment
Orked with her Mak Teh moment :)


aaaaaaand the last one would be dis...... 
love love love... :)


Precious moment.....and how great it was to see mommy and mak-in-law and my aunty shooooo happy together like tis! Moganya mereka sentiasa berada di bawah lindungan tuhan dan minta tuhan sentiasa beri kesihatan yang baik untuk orang tuaku.... aaminn..

Friday, 13 December 2013

Lagu Berendoi; Dondang Siti Fatimah

 
KENDURI AKIKAH DAN CUKUR JAMBUL NUR ORKED ADELIA - 30TH NOV 2013

Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

 
Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

 

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam 


Dipecahnya itu sekalian alam
Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu 

Seratus dua puluh hari Madqah namamu.
 

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan 

 Dipantang pula minum dan makan.
 
Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat 

Bapamu pantang terlalu berat.
 
Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang 

Takut akhirnya cederanya datang.
 
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.
   


Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.
   


Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

 

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

 

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

 

Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

 

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

 

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

 

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

 

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

 

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

 

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

 

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

 

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

 

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

 

Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

 

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantung tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

 

Ibu bapamu miskin terhutang 
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

 

Susahnya ayah bukan sedikit 
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

 

Diangkat di diri dialah lali 
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
 

Ayuhai anakku emas rupawan 
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

 

Jika ibu bapamu orang miskin 
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

 

Dengarlah anak yang berbahagia 
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

 

Kepada ibu bapa jangan dilawan 
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

 

Jika disuruh engkau mengaji 
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

 

Janganlah takut pergi mengaji 
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

 

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

 

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

 

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

 

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

 

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

 

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

 

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

 

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.

 
- juga buat anakku, Nur Adriana Jasmin dan Adam Muhaimin
* MORE STORIES ON THE KENDURI WILL BE UPDATE SOON*
*SO MANY THINGS TO DO, SO LITTLE TIME AI HAVE*


Tuesday, 22 October 2013

Treasure Hunt Jejak Warisan "Ghoto Botingkek-tingkek"

Let's hit the road. Crack the head. Hunting is On!
At lassssstttt, my outdoor activities... Dah lebih kurang a year plusplus jugak senyap dari segala outdoor activities sebab pregnant hari tu. However, this year dapat gak balas dendam join treasure hunt. Last TH ai joined kalau tak silap NST TH kot...

Anywway, the TH happened on the 19th October 2013. It was called Treasure Hunt Ghoto Botingkek-tingkek. This treasure hunt was organize by Lembaga Muzium Negeri Sembilan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. Okay, nak promote lagi TMM2014. :)

Tahu tentang TH ni pun earlier dis month dari facebook page Tourism Negeri Sembilan. Tanpa ragu terus share dengan my sisters and hopkos everyone teruja sebab sonang bonar raso eeee nak monang hadiah nih! Wah, ada gaya konfiden disitu.

Well, before this ai pernah join two TH di negeri Sembilan, organize by GPMS dan lagi satu organize by MPPD. It was a good experience indeed. And one thing how good about the TH is all treasure things that we bought goes out for charity.


The Propoyo Hunters is having serious discussion.
The COC was Emmier Network, first time dengar nama diorang ni. Pink hokay tey'ols punya uniform. And ai wonder this time why they don't give free tees inside the goodies bag. Kedekot!

50rm registration fees and goodies bag hanya ada sebijik apple dah lesot roman eee, sebijik roti dan sebotol mineral water dan a few pamplets and books and stickers sangat-lah menyedihkan! Nganga okay, ai tot we ols can get better than that.

The challenge were divided into two, group task and individual challenges. Pemarkahan adalah based on marks from the team plus the individual challenges. So hopkos susah nak menang sebab our group tak ada orang jantan. Girl power aje.


Briefing by En Halimon, COC, Emmier Network
The flag off start from Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah. The route was about 100kms cover from Kuala Pilah to Bahau then went down to Tampin and the finishing line was at Replika Istana Raja Melewar, Astana Raja, Rembau.

Before flag off; a simple speech by Drs Shamsudin bin Ahmad, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Sumber di sini.
Istana Lama Seri Menanti
This time we have to follow the tulips coz four of us not familiar with the route especially from Bahau to Tampin.

But we had a great experience along the way. Dapat keluar masok kampung orang and the best thing sompek boli compodak goreng kek pokan Air Mawang. Boleh tahan happening jugak pekan tu. And we stop at few places to answer the Q's and did the individual challenges.


The Q's and the tulips and the briefing note and the individual task dadadadada
First stop was at Pusat Kraftangan Kuala Pilah. Kena menganyam rotan bekas telur. Sangat susah tapi menarik. Ai got 7marks out of 10.

One of the individual task, craft challenge, had to anyam the rottan basket as fast as we can.
After stopped at few places in Kuala Pilah, we ols heading to Pekan Batu Kikir before off for second challenge which was at Teratak Zaa'ba. We did "Baling Guli dalam Tin" and ai manage to score three pebbles inside the tin.

Baling guli dalam tin. Phew~~ Sumber di sini.
We stopped at few places in Bahau to find the answer and later off to Tampin and answer a few question along the way and then our third challenge was in Hutan Rekreasi Gunung Tampin. We have to filled the bottle with water from the pools. First time there and the pools was amazing. The water was from the mount Tampin and it was very cold. Surely will plan to go again and bring the kids there for swimming.

We finished at Replika Istana Raja Melewar around 1pm and before submitting the final answer, we did our last challenge which was "Melastik Tin". Saaaaangat susah hokay. It's not my thaaangg!


Seriously ai don't have the skills however ai manage to lastik one tin only out of ten. Shish!
Under the Replica of Istana Raja Melewar after finished the hunt.
Ramai-ramai beselo bawah istana nak check jawapan...
Muka tak confident monang!
Anyway, 9th place!

OmpeksatuSonyumLeba!

Weeehhhoooooo! Usaha tangga kejayaan; orang kata. Kalau tak cuba mana nak tau kan. Walau tak pernah tempuh certain-certain tempat, selagi ada reference, in sha allah kita takkan sesat. 

Secara individu ai got 9th place dan kalau ikot team, probably we were the 3rd. Okaylah..... 

Indeed, it was really a santai treasure hunt and we don't have to crack our head sangat, but absolutely we just need to think out of the box aja. Hewhewhew.

Hokay, looking forward for next year hunt pulak. Katanya hari tu, next year hunt akan di buat dua hari satu malam dan akan explore satu Nismilan. Yeay!

Monday, 14 October 2013

Friday, 8 March 2013

Girlfriends, happy Women's Day!

Wajah selembut bayu
Lenggang dan lenggokmu
Keperibadian wanita
Ayu

Di dalam keayuan
Ada kekuatan
Engkaulah racun
Kau penawar
Insan



Bagai dermaga di pelabuhan
Diri gagah sendirian
Hadapi gelora kehidupan
Kau memberi
Menerima
Menempuhi segala dengan rela

Tapi ada masanya
Engkau api panas membakar
Ada ketikanya
Kau penawar bisa
Kaum wanita ciptaan istemewa

Suka duka berganti
Rahsia tersembunyi di hati
Tabahnya hatimu
Beriman berilmu
Wanita sumber ilham selalu





It's our day, Jasmin.... soon u'll grown up to be a beautiful lady, in shaa allah. But still u are forever my little girl sweety-pie busyukk masyam banyak tantrums but full of kasih sayang in your heart. 

Thursday, 3 May 2012

MPPD Treasure Hunt 2012


Okay, currently, my new addiction in life! And the sticker permanently stick behind my black-pony.

Gosh! Cerita ini sangat lama, hari ni dah jejak May pon. But nevermind, this is just for myself record, untuk memenuhi my 2012 resolution; Yeay! another outdoor activities, something for myself satisfaction dan cara nak release segala perkara serabut dalam kepala hotak.

After my first attempt to joined the TH, saya sangat teruja menunggu when is the next TH so this was my second TH dan team member opkos lah orang yang sama.

This TH was organised by Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) and the event and the TH questionnaire was managed by Excite Event.

Compare to the first TH we've joined, TH kali ni memang agak challenging dari segi soalan-soalannya. Memaaaaannnng la every Q have to think out of the box, tak boleh jadi katak dok bawah tempurung, tamo! tamo! tamo!

Peserta juga nampak ramai yang lebih senior dan maybe la ada antara mereka dah ada nama dalam trailblazer's list. Huh! Kata  for novice/ non master, tapi yang menangnya semua dah bole masuk kategori Masters!

But it's okay, for myself, HUNT for FUN je lah. Kalau menang memang Alhamdulillah, kalau kalah, boleh try for next year hunt pulak. Walaupun tak dapat Seribu Hengget tapi ai dapat Seribu Pengalaman. Woot! Woot!

Biasalah, TH memang start early in the morning. Already registered our team a week after iklan keluar kalu tak silap, and our team number was 06. Nombor awal giler sebab excited nak join the game. At first the COC informed us only 40 cars yang participate but last minute they allowed up to 95 cars, majority-nya biasalah, bila dah di-organised by gomen people, so yang join-nya memang la ramai gomen people juga.

Unfortunately, the weather tak berapa nak menyebelahi kami, hujan all the way dari pagi till afternoon. Tapi kami redahkan juga. Semangat.

The TH start from CityPark S2 dan berakhir di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Ada stop in the middle of the TH dan Walk Hunt di Medan Ikan Bakar Port Dickson then later off to Muzium Lukut. Sepatutnya we all have to go until Pasir Panjang to find the tourism place tapi biasa-lah, dah nama pemastautin Negeri Sembilan, so semua jawapan di hujung pen, ngelat tak pergi pun, save minyak kereta. Huuuuu~~

We were the 2nd team to finished the hunt sebab dah fedap nak jawab soalan yang sangat-lah susah. We don't really follow the tulips because most of the route we all tahu.

Okay, jom layan gambar, dah fedap nak cerita panjang lebau!

Briefing before flag-off di City Park, Seremban 2, hujaaaannnnn!
Kereta para peserta, 95 biji kereta, sangat tipis peluang untuk menang hokay!
Semua peserta bersendat-sendat dan fokus dengar briefing dari COC before flag-off.
Bacaan Doa semoga urusan dan perjalanan kami dipermudahkan. Aamiin.
First time sampai sini!
One of the task, tangkap gambar dengan buah nangka.
Pemenang tempat ke-18 daripada 95 kereta. Boleeeee la.....!

One thing about joining the Treasure Hunt, saya sebenarnya bukan sahaja untuk bersuka berseronok bergembira dan berhempas pulas menjawab soalan di samping mencari tempat-tempat mengikut tulip yang diberi, treasure hunt juga adalah tempat saya melakukan charity dan bersedekah.

Biasalah, every TH akan ada at least tiga soalan treasure dan mostly jawapannya adalah berkaitan makan-makanan. For this TH, we have to buy beras 5kg, gula-gula dan santan and all the items akan disedekahkan ke rumah anak-anak yatim yang terpilih.

So TH is not just about having fun, gelak sana gelak sini, lari sana lari sini, pecah kepala pecah otak, and of cos tidak membuang masa langsung, because everything we did, all goes for the CHARITY. And can you imagine 95cars x 5kg beras = ???????

Okay, two TH to go dan dah ada dalam list. Can't wait! Can't wait! GO GO Propoyo Hunters a.k.a The B'Gees.

Wednesday, 13 April 2011

Smart Kids '11 - Malaysia's Largest Kids' Education Fair

15 - 17 April 2011, (10.30 am – 8.00 pm), Putra World Trade Centre, KL

Smart Kids is Malaysia’s premier kids’ education fair. Launched in 2001, it has become the country’s longest running kids’ fair, with its popularity increasing exponentially due to the efforts of the Smart Kids team in reading market trends and presenting its visitors with capsule events, activities and promotions targeted to the needs of today’s consumer.

A fair both for parents and children, Smart Kids gives parents the opportunity to research, speak to and interact with the purveyors of children’s education systems and providers of childcare and development facilities in order to assess the best possible fit for their child’s education and care needs. Kids benefit from visits to Smart Kids due to the numerous educational activities which have been carefully designed to nurture the various aspects of childhood growth, from discovery activities, physically challenging games, and performance/art-based programmes.

*Info from schoolmalaysia.com

Loads of activities!

Learning and living the smart way!

A dedicated educational area will provide schools and learning centres with a conducive environment for one-on-one consultation with prospective clients, while the bustling lifestyle arenas are tailor-made for making a strong brand impression by way of promotional activities, point-of-sale out reaches or sampling exercises. 

*don't forget to join 'em in Facebook also!

Saturday, 9 April 2011

Off Topic: Open for Public !

Sekarang kawan-kawan saya dah boleh tengok update belog di account facebook saya!
Instead of selama ni saya privacykan account facebook, dengan rela hati saya declarekan pada hari ini, account facebook saya adalah

OPEN FOR PUBLIC!

Kalau saya privacykan atau block someone yang tak berkenan di hati, camana pon diorang yang macam kambing ni tak sudah-sudah nak mengembek-ngembek ni dapat juga curi tengok update status kita. Psycho agaknya orang yang macam ni. Now dah tak ada selindung-selindung lagi. Sila la masuk, sila la tengok, sila la kutuk, sila la komplen byk-byk.

Nothing personal di dalam account fesbuk saya ni, i know ada segelintir human bean being yang suka sangat baca apa yang saya tulis and ada juga follower hantu yang suka je jadi my silent reader. Awwww! terharu gitu.... Terima kasih lah!

Saya ingat lagi dulu saya pernah kata nak tutup account facebook saya, tapi biasalah, hidup selalu bersosial, gemar bersosial, selalu bersosial, so bila sumber nak bersosial ada with a very limited time especially whenever I kat opis, rasanya lega sekejap segala kerja-kerja di opis ni yang bagai batu bebanan kat kepala hotak. So, bersosial di facebook sambil membuat kerja opis adalah satu therapy yang baik.

Terus-terang, suatu masa dolu-dolu, kerana marahkan asal-usul founder facebook ni, buat saya menyampah nak ada account facebook. Ye lah, kita sama-sama saksikan apa yang jadi kepada umat Islam on June last year. Memang saya marahkan nyamuk sampai kelambu saya terbakar. Sama juga sesetengah orang2 yang memperjuangkan anti- Israel sebelum ni, kata makan tu tak boleh, beli tu tak boleh, pakai ni tak boleh, tapi saya tengok, selalu je terserempak tengah makan McDonald lah, pakai juga barang-barang buatan orang laknatullah ni, sokong juga produk-produk mereka. Jujurnya, saya adalah one of the people yang tak boleh lari dari benda-benda ciptaan orang laknatullah ni, tapi bagi saya kena beringat dan perlu ada batasan sendiri, jangan di salah pakai dan disalahguna ciptaan-ciptaan mereka itu semua. Tetapi secara logik akalnya, itu semua agenda yahudi apabila mereka sebenarnya telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat Islam terutamanya secara halus, kalau tidak, takkan kita selalu dengar ada macam-macam kes sosial, bergaduh, bercerai, berskandal et cetera terutamanya dalam laman sosial yang saya mention sebelum ni.

Kita ni memang tak dapat lari dari benda yang dah biasa kita buat. Susah nak tukar kalau dah biasa dengan sesuatu benda itu. Contoh macam Colgate, kita kalau nak beli ubat gigi, kita tak cakap deh nak beli ubat gigi kan, mesti sebut Colgate jugak kan. Begitulah kalau benda-benda yang dah since generation kita gunakan, apa-apa pun, dek dah sebab terbiasa, memang susah nak tinggal atau lupakan.  

So, everyone, I'm sharing now here my passion on writing and please enjoy on what I've been writing on my belog and will update it on my facebook account too. Saya tahu ada juga yang menyampah baca dengan apa yang saya tulis tapi still nak jenguk-jenguk kat sini; tapi saya tak keeeessaaaahhh! Niat untuk berkongsi bukan nak buat taik-lu-langsi-lu-mati!, upppssss.... terlebih sudah.

Review la banyak-bayak kali, every second every minute, biar pueh hati, jumpa segala bahan bukti. Rasa-rasanya saya pun ada pelbagai benda terselindung di hati yang nak di sharekan with my facebook friends family. Cheerio! 

Sila kelik sini untuk jadi rakan facebook saya



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails