Showing posts with label lagu berendoi. Show all posts
Showing posts with label lagu berendoi. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

Majlis Akikah dan Berendoi Nur Orked Adelia

"Di antara anak lepas 44 hari 
Pusat engkau luruh sendiri 
Dipotong rambut buat kenduri 
Haji dan Lebai dipanggil ke mari." 

Buaian Berendoi ala-ala mini pelamin dari Si Manja Berendoi

Alhamdulillah. Selamat.
Agak lambat sebenarnya untuk acara majlis macam ni untuk Orked yang dah pon mencecah 6 bulan, tapi kalau dah niat, buatkan ajeee...

Majlis Akikah dan berendoi Orked pada hari Sabtu, 30 November hari tu berjalan dengan lancar dan dengan kehadiran all the relatives, sahabat dan jiran-jiran menambahkan lagi kemeriahan majlis ni. Dah lebih kurang macam kenduri get together pulak bila mostly cousins belah babah ramai pula yang datang menyinggah. :)

It's quite hampa bila, Uncle Gedek and wifey Kak Lina terpaksa batalkan niat nak surprisekan kehadiran mereka anak beranak ke majlis kami sebab last menet satu family demam. Anyway, they are always welcome to my house but suuuurreeeely jangan buat surprise nanti tak dan nak sorok barang-barang bersepah kat umah. *wink*wink* Hahaha!

Okay, dan pastinya, kalau majlis-majlis gini, tak lengkap kalau tak ada group marhaban kan. Kumpulan Qasidah An-Nur Taman Rasah Jaya, Seremban dijemput untuk melengkapkan majlis kami. Di ketua oleh Pn Maria dan diwakili seramai 12 orang aunty-aunty yang so sporting gitu siap ikot tema karer pink lagi. 

Rasanya kalau ada orang Seremban yang berminat nak jempot mereka untuk kenduri marhaban anak semasing boleh contact no ni; Pn Maria 017-6678050. Sangat rekemended dengan group qasidah ni and of cos-lah they have some charges but honestly ai tell u, they charge us with reasonable and affordable price. :)


Aunty-aunty yang sweet sweet comel merdu suara semuanya dari Kumpulan Qasidah Taman Rasah Jaya, Seremban.
Awwwww... Vokal mantap hokay!
Thanks aunty-aunty for coming!
Me and the some of the qasidah members moment
 As usual, the catering was from my mommy's own kitchen. Sonang ado mak dan akak yang pandai masak-masak ni dan dah biasa buat masak-masak kenduri-kendara nih. Boli je barang-barang yang patut, masak la deh berduo. Settle!
Menu of the day; Nasik putih, kari kambing, gulai lomak cili api ikan masin talang mo noneh, ayam goreng rempah, sayur campur, buah oren. Mokaseh banyak kepada penaja kueh mueh :)
Nak buat katering? Nak carik keterer? Call dis no 0193023090. Seluruh semesta Seremban mereka boleh cateringkan, bagi tau je nak lauk hape, dorang masak... And again, hopkos, affordable and reasonable price dari mommy and ze gang!

Ai korban seekor kambing untuk Orked, same like Jasmin last time. Masa Adam ai korban lembu dan share tujuh bahagian ngan anak buah yang lain.


Heyyo everybunny!


Baju gown peranten Orked ai bought online aja. Senang! Ado anak kecik-kecik ni susah nak kendong kehulu kehilir bershopping di shopping mall. So ai bought from BBLUVSME Online Shop 

Oh, After kenduri ai joint contest organize by this shop and Alhamdulillah, rezeki Orked, menang 2nd place so dapat la voucher 50RM. So dah keluar duit, dapat duit balik. Best gile! So memang worth it beli ngan dorang ni!

Itulah, hidup ni kena ada our own goal of pleasure. Kena tahu apa yang kita nak dan apa yang akan buat kita puas hati dan gembira. Bila mana awal tahun ini saya kata ai deserve to be happy, so ai deserve to make everything happy for myself and family dan jujurnya memang ada macam-macam cara nak gembirakan hati kita sendiri. Dah tak kose nak kesah jaki hati mak-mak jemah seantero alam keeennn. Mintak husnuzon selalulah kalau hati kita-kita hamba Allah ni selalu ada sifat cenggitu, ye doppp?

Okay, niat nak berendoi Orked dah memang lama dalam fikiran. Angan-angan untuk buaikan anak bungsu di atas buaian dihias pelbagai kerawang-kerawangan dan bunga-bungaan always being inside my thoughts.


Buaikan anak sambil diiring doa dan harapan dari bait-bait lagu berendoi nyanyian kumpulan marhaban adalah suatu kepuasan. Moga jadi orang yang baik ya, anak-anakku. :)

At first, i'm planning to booked the cradle from my ex-school mate sebab dia bagi harga murah, harga kengkawan katenye tapi agak hampa sebab las menet my ex-schoolmate tu conformed dah fully booked on the date yang ai nak tempah tu. Cradle my friend ni sangat laku macam goreng pisang panas hokay sebab the package yang dia offer memang berbaloi-baloi. Cekidaut here!

Ai try to recce tempat lain tapi semua quote harga melampau mengalah an anak retis nak kenduri keeeeennnn, sedangkan ai ni memang dari golongan marhaen yang kena budget-budget gitu keeeennn. 

Anyway, naseb badan my dream came true bila last minute dapat jugak booked buai berendoi ni. Thanks Google.

Buai Berendoi untuk Orked ai tempah dari Si Manja Berendoi. Lucky me, they ekceli sedang buat sale untuk end of year punya tempahan. So apalagi, grab ajelah mana yang paling murah tapi berkenan dek hati. My package they provide of cos the cradle and all the flowers and the accessories dan siap sekali backdrop and also they gave us dulang ada gunting dan glass bowl untuk cukur jambul.

Jenis buaian ni adalah yang paling IN kalau ikot peredaran zaman sekarang ni. Nak-nak yang cradle besi kerawang kerawang ala-ala English style, memang nampak mewah dan cantik. Dah macam peranten raja sehari dah Orked masa majlis ritu. The best thing is they charge me dengan harga yang reasonable selari with my budget.

Nak tempah? boleh lawat website dia kat sini. They have a few options on cradles and themes yang sememangnya ikut kehendak dan napsu mak-mak macam saya. They also ada mini pelamin untuk majlis akad nikah, tunang or maybe nak khatam quran... Oh, kalau tak silap, sekarang ni diorang ada buat promo akhir tahun + guna kupon Majalah Ibu dan Anak... haaaa... peluang nak dapat murah tuh, cepat redeem! Hewhewhew.
  
Something to digest or tips for peole out there yang kena bajet sana situ sini sinun tapi ada hati nak buat kenduri akikah dan cukur jambul untuk anak semasing nampak grand and memorable, ingatlah, we don't have to spend so much kalau nak look good if we know the way how to jimat. It depends on our effort and how creative we are to make things look so luxurious and magical and special and cantik and elegant and yada yada yada yada...

Tuan puteri berendoi
"Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang"
Moga jadi anak yang baik dunia dan akhirat ye Orked. :)
Mak dan anak moment :)
Nenek and Orked moment :)
Su-Cha and anak-anak menakan moment.
Orked with my neighbour, Cik Ani moment :)
My in-law's family moment
Orked with her Mak Teh moment :)


aaaaaaand the last one would be dis...... 
love love love... :)


Precious moment.....and how great it was to see mommy and mak-in-law and my aunty shooooo happy together like tis! Moganya mereka sentiasa berada di bawah lindungan tuhan dan minta tuhan sentiasa beri kesihatan yang baik untuk orang tuaku.... aaminn..

Friday, 13 December 2013

Lagu Berendoi; Dondang Siti Fatimah

 
KENDURI AKIKAH DAN CUKUR JAMBUL NUR ORKED ADELIA - 30TH NOV 2013

Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

 
Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

 

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam 


Dipecahnya itu sekalian alam
Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu 

Seratus dua puluh hari Madqah namamu.
 

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan 

 Dipantang pula minum dan makan.
 
Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat 

Bapamu pantang terlalu berat.
 
Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang 

Takut akhirnya cederanya datang.
 
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.
   


Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.
   


Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

 

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

 

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

 

Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

 

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

 

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

 

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

 

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

 

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

 

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

 

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

 

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

 

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

 

Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

 

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantung tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

 

Ibu bapamu miskin terhutang 
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

 

Susahnya ayah bukan sedikit 
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

 

Diangkat di diri dialah lali 
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
 

Ayuhai anakku emas rupawan 
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

 

Jika ibu bapamu orang miskin 
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

 

Dengarlah anak yang berbahagia 
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

 

Kepada ibu bapa jangan dilawan 
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

 

Jika disuruh engkau mengaji 
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

 

Janganlah takut pergi mengaji 
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

 

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

 

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

 

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

 

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

 

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

 

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

 

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

 

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.

 
- juga buat anakku, Nur Adriana Jasmin dan Adam Muhaimin
* MORE STORIES ON THE KENDURI WILL BE UPDATE SOON*
*SO MANY THINGS TO DO, SO LITTLE TIME AI HAVE*


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails