Friday 28 June 2013

Anak bujang den dah dua tahun!

Adam's birthday anniversary was yesterday and suppose-nya ai update this entry yesterday, 27th June, tetapi disebabkan pak-mak in law ada di rumah sejak dari kelmarin, maka terbatas la sedikit masa nak membelog birthday entry Adam semalam. Family come first. :)

Pak-Mak in law overnite satu malam sebab buat lawatan kasih sayang untuk cucu-cucu mereka dan menjenguk anak menantu domam bontan. Jarang orang tuo berduo ni nak datang ke sini, Alhamdulillah, sampai juga sekali sekala. Umur Pak in law dah 70 something usianya tapi masih boleh drive ke rumah anak-anak tapi rumah kami tak lepas sebab banyak sangat belok-beloknya. Hewhewhew.

Anyway, the best way to visit us, they parked the car at my sister in law house then Razi fetched them bawa ke our house. Okaylah, nanti nanti kita cerita tentang my Pak-Mak in law orang Rombau-most-wanted nih.

Missed the long hair.
Hari ni meh kita cerita pasal anak bujang den ni. Anak bujang sorang (buat seeeetakat ini.. ahha) tak berapa banyak ragamnya sebelum Orked keluar lihat dunia. Adam budak baik. Dengar kata. Faham bahasa. Tapi sampai la ni, sepatah kata langsung tak maun keluar dari mulut dia. Hanya few words yang mampu dia sebut tapi itu pun tak berapa jelas contohnya Abah, air, nenek dan nenen. Itu aja.

Tapi dah namanya budak lelaki, nakal-nakal sana sini, bagi kat Adam. Ai have to take it positively, so whenever he's in full of energy to do this and that, it means that he is healthy. So senang nak tahu sebenarnya Adam ni sihat ke tidak, bila dia dah terjelepuk lembik semacam aja, maknanya tak sihat tak sedap badan la tuh. Tapi, kadang-kadang kena la lepuk sekali dua bila dah lain macam nakalnya tak dengar kata.

*Urut dada*
*Urut dada lagi*

Best fwen!
Adam saaaaaaangat clingy dengan abahnya. Start manja-manja dengan ibu pun baru-baru ni aja, maybe sebab orang-orang tua kata, nak beradik katanya. Mintaklah apa pun, mengamuklah macam mana pun, bagi lah tantrum sekawah sekali pun, abahnya bertompik sekali yo, meraung, lopeh tu dah hilang dah berduo, maka dah sampailah diorang beduo kek kodai. Mintaknya tak yang bukan-bukan, biskut aja. Lain Jasmin, dalam hidup dia, junk food aja. Anyway, Ibu  tak kisah pun, sebab kasih sayang cinta semuanya akan sentiasa ada antara kami selagi kami masih tinggal di bawah  satu bumbung kerana lillahhitaala.

Jasmin sangat annoying okay!
Adam dan kakaknya Jasmin sometimes sangat la geng but sometime macam kucing dan tikus. Sometimes they share things together, sometimes masing-masing kedekut dengan barang kat tangan masing-masing. Kids is always a kids. Itulah cara dan proses mereka grown up. Pengalaman macam ni bukan datang banyak kali. Sekali seumur hidup. Tapi tak dapat nak nafikan, Jasmin memang sangat suka menyakat dan sangat annoying! Sometimes ai pun kena sakat dengan dia. Memang kena pang! lepas tuh. Haha!

Lagi satu best friend Adam, selimut busuknya. Memang tak boleh pisah dah. Mana pergi, kawannya ni kena ada. Pernah sekali happened, tertinggal selimutnya atas kerusi di Secret Recipe. Nak jadikan cerita, kami beredar ngam-ngam pukul sepuluh, restaurant dah tutup. Masa naik kereta, baru perasan selimut Adam tak ada. Parking dah lah jauh.


Doa-doa mintak ada-lah lagi waiter yang masih belum balik. Dari luar, Razi jerit panggil waiter melalui celah roller shutter restaurant, mula-mula tak mahu dibukanya, tapi bila dah mintak tolong sangat selimut  anak tertinggal atas kerusi, Alhamdulillah ada juga tolak ansur waiter tu tolong ambilkan. Sigh. Kalau tidak, mimpi ngeri kami malam tu.  

Saya tak pernah terlintas pun untuk ajar dia berkawan dengan selimutnya ni. Maaayybe sebab masa saya sebaya Adam, saya juga memiliki selimut busuk saya sendiri! Sekarang ni turun ke Adam. Haha tak tahulah, semua kebetulan. Oh, Adam juga ada habit hisap ibu jari kirinya. Ada selimut, ada ibu jari, ada cartoon, complete! Jangan lah kacau lagi. Memang Adam ada dunia dia sendiri.

Lagi kisah Adam, a few weeks lepas Adam lahir, kami found out ada masalah pada pernafasan Adam. Masalah pada bahagian esofagus-nya yang sempit dan akibatkan pernafasannya berbunyi. The story boleh baca di sini. Saya juga ada tulis kesinambungannya disini. Bagi saya, itu semua dugaan dan ujian Tuhan. Dalam masa 6 bulan, bunyi nafasnya makin normal dan Alhamdulillah Adam sihat sampai sekarang.

Mintak tuhan terus beri kesihatan zahir dan batin untuk anak bujang sorang den ni. aamiin.

And yesterday nite, we had a very simple birthday celebration untuk Adam. Only a simple one slice cake for him dis year. Tak boleh beli whole cake sebab ai tak boleh makan cake lagi sebab still under confinement. So tak boleh lebih-lebih, nanti ai geram turut ngap sekali, lagi susah! Hewhewhew. 

Tapi takpe, dis monday, i'll send one big cake to Adam's kindy untuk dia celebrate dengan kawan-kawannya. :)

Happy 2nd Birthday Adam!


Wednesday 26 June 2013

WW#37 KEEP CALM AND SMILE





Nur Orked Adelia binti Mohamad Razi
Was born on 08th June 2013.
Flowers of my life.
My bundle of joy!

Tuesday 25 June 2013

My little flower; Orked Adelia

And yes, sebagai kebiasaan dalam belog ni, setiap kali ai deliver a baby pasti ada macam-macam kisah dikongsi for my kids reading in future. Hari ni dah 18 hari dalam confinement. Okay kids, this actually my forth pregnancy plus my angle baby (miscariaged on 2010). And this one consider as third babies lah.

I haven't updates lots of stories during my pregnancy this time, adalah satu dua kot.. Probably because of lack of time and my office hour is demanding with pile of works and when i got home everyday, malas nak bukak belog and of coz my time at home is for the kids and razi. Huh... times really change everythings.


Well actually, today i am not feeling well. Demam. Since yesterday nite actually. First time in life, demam dalam confinement period. Mommy cakap bentan. Huhu. and summore, cuaca jerebu yang dah berlarutan for more than a week satu nusantara ni. I really cant stand the heat! Last rain was on the day ai delivered my baby. Oh, biarlah cuaca aja yang berjerebu, jangan hati kita pun berjerebu jugak, itu parah!


Issue bentan ni tak boleh nak salahkan sesiapa okay. Ini ujian tuhan bagi; pada malam nisfu syaaban. Saya anggap masa ini untuk saya buka buku baru. Sakit ini sebagai satu pengampunan bagi dosa-dosa saya yang lepas. Wallahhualam.


Sakit demam sejuk menggelatar satu tubuh badan. Dah di selimut, selibung pulak lagi dengan comforter, walaupun dalam keadaan cuaca panas berdentang sekarang, sejuknya saya rasa sampai ke tulang, saya alaminya tengah malam Isnin lepas. Memang tak dapat gambarkan shivering-nya, macam duduk dalam negara below 0 degrees temperaturenya tanpa pakai baju. Hehe. Sejuk tiba-tiba.


Anyway, pengajarannya, dalam confinement period ni, jagalah makan minum kita. Mungkin last sunday saya masak sup ikan jenahak beli di pasar tani, makan untuk lunch dan dinner tanpa ada persoalan, dan dan tengah malam tu bikin badan saya up and down tak tentu arah.


Kami orang muda, tak tahu apa-apa. Minta pendapat, orang kata okay, Razi dengan suka hati beli ikan jenahak ni untuk bini tersayang sebab kesian tengok bini yang nampak bosannya hari-hari ulang-ulang makan ikan tenggiri, ikan selar. Takpelah, ini semua pengalaman.


Satu petua dari in-law, kalau bentan, kita ambil satu genggam beras, dan bau beras tu. Tapi tak buat lagi. Hewhewhew.


Dan semalam petang, razi heret saya ke ER, doc bagi antibiotics dan telan panadol dua bijik, setakat ni Alhamdulillah, demam dah kebah, cuma badan sakit seperti dicucuk-cucuk tak hilang lagi, mungkin sebab heat dlm badan around 40 degrees malam tu.


Itulah dia, pengalaman bentan saya. Akhirnya, mommy pesan makan nasik panas dengan ikan bilis sangai aja dulu. Hilangkan bisa dalam badan tu. Haih... Mintak baby tak ada effect atau implication apa-apa on my silly mistakes nih.


Okay, cerita pasal deliver my third baby ni tak ada lah thrill sangat macam Jasmin dan Adam dulu. Kelahiran kali ini paling senang dan sempoi. Very fast. Fast and furious. Hewhewhew.


Appointment dengan doc ishak, jumaat 7 jun, pukul 12 tengahari doc bukak jalan. Doc suruh balik rumah dulu dan datang semula ke hospital pukul 10 malam nanti. Dan petang tu, my sister standby jadi rescue ranger sebab Razi dah shoot ke site.


Oh, cerita sedihnya pulak, on that day juga, ai should go for an interview as a designer from one of Oil& Gas company kat Jalan Tun Razak. Planning to go for the interview in the afternoon after the check up, tapi Tuhan itu penentu terbaik. Ai let go cenggitu je. Sobs.


Contraction masa di rumah tak da lah berapa nak terok sangat. Sesekali terasa menyenggat-nyenggat di pinggang dan ari-ari. Baby movement pon dah tak berapa nak rasa. Saya rileks lagi. Surf the net, sapu-sapu rumah, packing stuff nak bawak ke hospital.


Sempat lagi petang tu ajak my sister gi bank jap dan lepak makan-makan sebab baru teringat tak makan lagi tengahari tadi. Contraction masih tak hebat lagi masa ni. Masih boleh berjalan sana-sini dan rasanya elok banyak bergerak, supaya cepat bukak jalannya.


Pengalaman kali ni, paling susah, nak tinggalkan Adam dengan neneknya. Dah biasa tidor tepok perot, garu kaki, garu belakang, garu kepala, berkepit sebelah ibu, tapi malam tu, Adam kena tidor dengan nenek. Last-last, pukul sebelas baru sampai hospital.


Check in di ER dan misiku Kuza terus tolak ke Labour room naik wheel chair sebab contraction dah kerap sangat. Time ni memang dah real sakit. Masa Jasmin dulu saya dapat Labour Room 1 tapi kali ni saya ditolak ke Labour Room 4. Sangat pack okay. Malam tu, ibu-ibu bersalin macam passing batton. Sorang keluar, sorang masuk.


Maybe ramai yang prefer untuk bersalin di KPJ SSH Seremban sebab package bersalin di sini yang berpatutan. Even my ex-lecturer pun sanggup datang check up di sini setiap bulan dan bakal bersalin di sini juga sedangkan dia tinggal di Serdang.


Okay, dalam labour room, misi terus cucuk water drip kat tangan, masuk ubat bontot bagi buang air besar, tukar baju seksi hospital, filled in forms apa yang patut dan Doc Ishak datang ke labour room around 12midnite camtu. Check VE, dah 3cm, terus dia pecahkan air ketuban.


Doc estimated ai possibly akan deliver around subuh cenggitu; so dia nak balik rumah dulu, tido agaknya. Tapi misi sangat efficient, every 15 minutes cenggitu dia akan naikkan reading kat machine drip water tu. Setiap kali dia tambah tu, makin kuat contraction saya rasa. 


From Razi's view.
Bila dah tak tahan, misi offer jab ubat tahan sakit, at first ai tolak, no need of that, still boleh handle the contraction pain lagi, tapi around pukul dua camtu, saya serah kalah, misi terus jab ubat tahan sakit kat montot, dan bagi masuk ubat tahan muntah kat water drip, terus rasa high dan rasa contraction pain tu kurang. Diri terus rasa melayang-layang, dapatlah lelap mata sekejap, dalam pada tu, contraction pain makin kerap datang menyinggah.

Hewhewhew nampaknya estimation doc silap. The fully dilation to 10cm takes only 2 and a half hour and after 4 times pushed, and the baby is amazingly in front of my eyes at 0242 am. Shooo small baby, weight 2.76kgs, 50cm in length.

The graph of my contraction and Razi by my side.
Razi tak pernah failed untuk jadi peneman dalam labour room. Tiga kali beranak, tiga kali juga dia ada di samping saya. Tak pernah gentar bagi dia. Lihat sendiri kesakitan saya. Mungkin dia peneman di labour room terhebat dalam dunia. Kali ni dia tak perlu tunggu lama untuk sama-sama menunggu kelahiran bunga cinta hati kami. Mudah katanya.

Mudah aja dengarnya kan. Sekejap aja prosesnya. Sekejap aja sakitnya. Itu lah rezeki saya kali ni. Tapi saya tak nafikan, sakit nak beranak ni tak boleh nak lawan mana-mana sakit dalam dunia ni. Tiga kali beranak, tiga kali lain-lain pengalamannya.


Alhamdulillah, Orked tiada apa-apa masalah. Sihat tubuh badannya. Cukup sifatnya. Semoga Orked jadi anak yang solehah, yang baik hatinya, yang elok budi pekertinya, terjaga akhlaknya bukan sahaja dari perbuatannya malahan kata-katanya, dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga. Kakak Jasmin dan Abang Adam juga sayang Orked.


Nur Orked Adelia, 2 days of life.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

Friday 7 June 2013

Semalam, 27 Rejab.


Peristiwa Israk & Mikraj aku ambil buat pedoman untuk perubahan ke fasa yang baru. 
Cerita Razi & Lily tak pernah habis.
Sudah enam tahun Hijrah.
Siapa kisah. Siapa pedulik.
Masih bercekau.
Kadang-kadang bergurau.
Menyakat tak payah cerita.
3 anak membuktikan cinta.
Mintak-mintak tuhan izinkan soap opera laki bini ini di atas muka bumi ni dua tiga pat kali ganda lagi tahun-tahunnya.
In shaa Allah di Jannah ditemukan juga.
Huuuuuuuuuuuuuu...... monologue seorang bini kepada lakinya. 

Friday, mintak bless Mu Ya tuhan.
Jalan dah buka, contraction dah ada, tunggu malam aja tiba, berjumpa kita nanti Cempaka Sari, In Sha Allah.
Dis morning check up, doc Ishak tak tunggu apa lagi dah, baby pun dah kurang gerak, rasanya dah bolehlah dibukakan jalannya.
Okay, saya nervous.
Tonite kena standby dalam labor room.
*nangeeesssssss*

Ini dia hikmah Tuhan beri. 
Saya masih ingat apa yang jadi setahun yang lepas. Walau hati masih sakit, saya tahu saya gagahkan juga, demi anak-anak.
Walau hati pendam seribu bagai rasa,
kerana anak, aku teruskan juga.
Tuhan tak pernah silap dalam ketentuanNya. Cuma aku laki bini yang terlalu merancang untuk jadi terlalu sempurna sampai laki bini ini lupa, ada lagi yang paling atas dalam diri kami.

Sekali ini, tuhan dekatkan lagi aku bersama Razi, semua kerana lillahhitaala.

Sorang merati, sorang captured the moment, sorang non stop kicking! Cukuplah! Syukur padaMu Tuhan. Tak pernah meminta-meminta, tak pernah ada rancangan, tapi rezeki anak yang kau beri aku tadah dengan tangan terbuka. Mintak dihapuskan dosa-dosa ku, diterangkan kejahilan hatiku dan meredhai segala apa jua dugaan dan ujian yang kau beri. Manis hikmah di pengakhirannya.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

Wednesday 5 June 2013

Oreo Ice Cream Cheese Cake untuk Mak Buyung

Today let's mumbling a few words. I know it's wordless wednesday, but not for me today. o.O 

Let's share some love and happiness today.

Since Adam is sleeping and me is shooooo malas nak layan kerenah Jasmin yang sakit kepala lah, sakit perut lah, sakit mata lah, and ai am streeeesssss a lot sebab nak paksa dia makan nasik, mari de-stress everything dengan sharing  the recipe of this yuummyylicious oreo ice cream cheese cake.

Oh, saya sangat rare nak sharing recipe kat belog cap ayam nih, tapi sebab teruja sebab senang gila nak buat benda ni, so let;s share the lurrrrvvveeeeeeeeeee.
 
Ekceli, along e-mail me the recipe earlier, tapi dalam keadaan yang tengah sarat ni, memang tak ada makna nak jejak kaki ke dapur. 

Thank god ada my younger sister yang sangat rela hati nak bake-kan the cake apabila tujuan asalnya hanya nak ragging dia masak Shepard pie aja sebab Razi teragak bonar pulak nak makan benda alah tu. Huhu. Al kisah, sampai pitam-pitam chef-paksa-rela kena masak dua menu dalam satu malam. *ampun*

Kalau ikut bacaan dalam e-mail, memang simple je nak bake-nya. Seswai untuk orang malas tak nak pening kepala nak jaga temperature oven bagai. Cake ni tak perlu bakar, terus letak dalam fridge, makan sejuk-sejuk. Bahan-bahan nak pakai pon senang nak dapat.

Sediakan dua peket biskut oreo
250 cream cheese, my sister pakai brand Philadelphia, RM13.00 +
Whipping cream, pakai brand Emborg sebab murah, RM7.50 +
1/4 butter cup
1/2 cawan gula halus

Okay, ni cara-cara orang malas nak buat cake;

1) Asingkan cream yang ada pada biskut. Cream letak dalam mangkuk lain, biskut letak dalam mangkuk lain. 1 bungkus digunakan dan hancurkan biskut tersebut. Blh guna lesung sahaja untuk hancurkan. Pastikan bukan lesung yang korang duk tumbuk cili apa semua ya. Nanti berbau! Biskut yang hancur digunakan untuk dijadikan base.

2) 1/4 butter cup atau nak kurangkan pun boleh. Cairkan butter cup mgunakan teknik double boiling. Pastikan air dah panas. Masukkan mangkuk yang ada butter cup dan kacau hingga cair. Pastikan guna mangkuk yang tahan panas tu.

3) Butter cup yang dah cair tadi gaulkan dengan biskut yang sudah dihancurkan. Kacau hingga sebati dan buat base. Masuk terus dalam bekas. Guna bekas kecil pun ok sangat.

4) Masukkan dalam bekas dan ratakan. Kemudian sejukkan dalam peti ais bahagian beku untuk keraskan.

5) Sementara tunggu base keras, masukkan cream cheese, whipping cream, cream biskut oreo dan gula halus. Sebatikan guna handmixer. Nak guna spatula pun boleh tapi nak cepat guna hand mixer.  Gula halus ikut selerea ya. Sebaiknya jangan manis. Rasa sikit sebelum letak okay.

6) Hancurkan satu bungkus lagi biskut oreo. Nak patahkan sahaja pun takde masalah. Gaulkan sekali dalam adunan tadi. Nak bagi rasa lagi oreo namanya. Hihihi.

7) Keluarkan base yang sudah dikeraskan tadi. Masukkan adunan ke dalam bekas tersebut; atas base itu.

8) Dah siap letakkan, masukkan terus dalam bahagian sejuk beku. Dah sejuk baru makan. 



Haaaaaa..... senangkan? 
Sila try. Boleh buat on Sunday nite and can have it every nite after work for the whole week sampai jumpa the next Sunday balik. 

Haaaaaa.....Boleh rasanya kot makan time confinement nanti... Hewhewhewhewhewhew....

I had it earlier for my breakfast yesterday and suddenly fikir bestnya kalau ada strawberry sekali ni.
Lucky me in the evening,
Razi came back with box of strawberries kiriman my SIL from Cameron.
*Thanks*
So apalagi, slice the strawberries and susun on top of it and auuuummmmmmm terus masuk mulut. 
Memang sedap makan time cuaca panas sekarang nih!


Oreo Ice Cream Cheese Cake with Strawberries *yummzzyyy yummzzyyy*


Selamat Mencuba!

Tuesday 4 June 2013

Still counting; I'm Nervous!

Minggu ni saya mengeluh panjaaaaaannnngggg. Tarik napas, turun napas. Tarik napas, turun napas. Hmmpphhhhhhh...

Nak buat apa pon tak semangat; even to check my email. Haih. Sory to mommy fara sebab baru semalam dapat reply her comment. Semoga asthma Aydin ada kurangnya dan jumpa cara untuk kesembuhannya. Aamiin.
 
Kalau ikut kiraan doctor, minggu ni dah 39 minggu. Kaki dah bengkak. Tangan dah bengkak. Muka dah sembab. Berat dah tak naik. Baby's kicking pon dah tak berapa nak hebat. Mengeras every hour. Uri dah matang, the water still okay, baby's weight about 2.7kilos.

Bila dah sampai hari ni, memang buat semua benda salah. Duduk salah, baring salah, berjalan laaagiii laaa tak larat. Pregnancy kali ni banyak betul terasa sakit sana sakit sini. Berbeza dengan Jasmin dan Adam dulu; Tup tup dah keluar tanda sampai masa push push, baby pop out!

But this time, ai experience different things. Sakit dah ada sana sini, pinggang ni toksah cakaplah, only God knows! Saya belajar untuk jadi orang yang sobar dan redha sebab baby tak ada tanda-tanda nak pop out anytime soon but as for doc count, my EDD should be on the 10th of June.

Akan ada last check up this Friday, and if there is still no sign of labour or contraction or dilate, doc Ishak akan bagi tarikh untuk induce. Doc dah suggest since last Saturday lagi, but for a second thought, maybe i should let it be happen in natural way. Unless, there's still no sign, so i have no choice other than induce. Okay, first time experience, why not! Positive lily, positive!

Dah masuk minggu kedua berehat di rumah. Tak mo amik risk on the road, so i took early leave from work so that if anything happen, ai dah all set in Seremban.

Dah move in back to my sister's house dari start cuti hari tu, since Razi pulak yang kena travel kerja jauh dis few weeks. Nasib mommy dan babah dekat, anything happen, 911 them first! *ding*

Oh, saja nak kongsi, siapa yang biasa buat check up di KPJ SSH Seremban, kalau buat appointment check up dengan doc ishak, nak tunggu turn sampai, tok sah cakaplah; even u dtg pkl lapan pagi klinik baru bukak, dah ado sepuluh nama on the waiting list. Very demanding doctor i must say!

So while waiting for turns, godek gogek apps kat phone and this is Jasmin make over guna Perfect365. Sangat dasyat teknology sekarang, hidung penyek boleh macung, pipi lebar boleh jadi tinggi, dagu kontot boleh jadi runcing, kening ada tak ada boleh tebal berapa inci nak, eyeliner, blusher, mata hijau biru kuning coklat semua ada.

P.S. Cuma gigi tak boleh nak alter, pakai lah apps apa pon, tang gigi Jasmin ni memang tak boleh nak buat apa. Hewhewhewhewhwe. 



BEFORE
AFTER






Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. 
Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'ainin 

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, 
Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami, 
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, 
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- 
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- 
walau dalam sekelip mata cuma. 

Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair. 

Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails