Friday 7 June 2013

Semalam, 27 Rejab.


Peristiwa Israk & Mikraj aku ambil buat pedoman untuk perubahan ke fasa yang baru. 
Cerita Razi & Lily tak pernah habis.
Sudah enam tahun Hijrah.
Siapa kisah. Siapa pedulik.
Masih bercekau.
Kadang-kadang bergurau.
Menyakat tak payah cerita.
3 anak membuktikan cinta.
Mintak-mintak tuhan izinkan soap opera laki bini ini di atas muka bumi ni dua tiga pat kali ganda lagi tahun-tahunnya.
In shaa Allah di Jannah ditemukan juga.
Huuuuuuuuuuuuuu...... monologue seorang bini kepada lakinya. 

Friday, mintak bless Mu Ya tuhan.
Jalan dah buka, contraction dah ada, tunggu malam aja tiba, berjumpa kita nanti Cempaka Sari, In Sha Allah.
Dis morning check up, doc Ishak tak tunggu apa lagi dah, baby pun dah kurang gerak, rasanya dah bolehlah dibukakan jalannya.
Okay, saya nervous.
Tonite kena standby dalam labor room.
*nangeeesssssss*

Ini dia hikmah Tuhan beri. 
Saya masih ingat apa yang jadi setahun yang lepas. Walau hati masih sakit, saya tahu saya gagahkan juga, demi anak-anak.
Walau hati pendam seribu bagai rasa,
kerana anak, aku teruskan juga.
Tuhan tak pernah silap dalam ketentuanNya. Cuma aku laki bini yang terlalu merancang untuk jadi terlalu sempurna sampai laki bini ini lupa, ada lagi yang paling atas dalam diri kami.

Sekali ini, tuhan dekatkan lagi aku bersama Razi, semua kerana lillahhitaala.

Sorang merati, sorang captured the moment, sorang non stop kicking! Cukuplah! Syukur padaMu Tuhan. Tak pernah meminta-meminta, tak pernah ada rancangan, tapi rezeki anak yang kau beri aku tadah dengan tangan terbuka. Mintak dihapuskan dosa-dosa ku, diterangkan kejahilan hatiku dan meredhai segala apa jua dugaan dan ujian yang kau beri. Manis hikmah di pengakhirannya.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails