Showing posts with label new baby. Show all posts
Showing posts with label new baby. Show all posts

Wednesday, 26 June 2013

WW#37 KEEP CALM AND SMILE





Nur Orked Adelia binti Mohamad Razi
Was born on 08th June 2013.
Flowers of my life.
My bundle of joy!

Tuesday, 25 June 2013

My little flower; Orked Adelia

And yes, sebagai kebiasaan dalam belog ni, setiap kali ai deliver a baby pasti ada macam-macam kisah dikongsi for my kids reading in future. Hari ni dah 18 hari dalam confinement. Okay kids, this actually my forth pregnancy plus my angle baby (miscariaged on 2010). And this one consider as third babies lah.

I haven't updates lots of stories during my pregnancy this time, adalah satu dua kot.. Probably because of lack of time and my office hour is demanding with pile of works and when i got home everyday, malas nak bukak belog and of coz my time at home is for the kids and razi. Huh... times really change everythings.


Well actually, today i am not feeling well. Demam. Since yesterday nite actually. First time in life, demam dalam confinement period. Mommy cakap bentan. Huhu. and summore, cuaca jerebu yang dah berlarutan for more than a week satu nusantara ni. I really cant stand the heat! Last rain was on the day ai delivered my baby. Oh, biarlah cuaca aja yang berjerebu, jangan hati kita pun berjerebu jugak, itu parah!


Issue bentan ni tak boleh nak salahkan sesiapa okay. Ini ujian tuhan bagi; pada malam nisfu syaaban. Saya anggap masa ini untuk saya buka buku baru. Sakit ini sebagai satu pengampunan bagi dosa-dosa saya yang lepas. Wallahhualam.


Sakit demam sejuk menggelatar satu tubuh badan. Dah di selimut, selibung pulak lagi dengan comforter, walaupun dalam keadaan cuaca panas berdentang sekarang, sejuknya saya rasa sampai ke tulang, saya alaminya tengah malam Isnin lepas. Memang tak dapat gambarkan shivering-nya, macam duduk dalam negara below 0 degrees temperaturenya tanpa pakai baju. Hehe. Sejuk tiba-tiba.


Anyway, pengajarannya, dalam confinement period ni, jagalah makan minum kita. Mungkin last sunday saya masak sup ikan jenahak beli di pasar tani, makan untuk lunch dan dinner tanpa ada persoalan, dan dan tengah malam tu bikin badan saya up and down tak tentu arah.


Kami orang muda, tak tahu apa-apa. Minta pendapat, orang kata okay, Razi dengan suka hati beli ikan jenahak ni untuk bini tersayang sebab kesian tengok bini yang nampak bosannya hari-hari ulang-ulang makan ikan tenggiri, ikan selar. Takpelah, ini semua pengalaman.


Satu petua dari in-law, kalau bentan, kita ambil satu genggam beras, dan bau beras tu. Tapi tak buat lagi. Hewhewhew.


Dan semalam petang, razi heret saya ke ER, doc bagi antibiotics dan telan panadol dua bijik, setakat ni Alhamdulillah, demam dah kebah, cuma badan sakit seperti dicucuk-cucuk tak hilang lagi, mungkin sebab heat dlm badan around 40 degrees malam tu.


Itulah dia, pengalaman bentan saya. Akhirnya, mommy pesan makan nasik panas dengan ikan bilis sangai aja dulu. Hilangkan bisa dalam badan tu. Haih... Mintak baby tak ada effect atau implication apa-apa on my silly mistakes nih.


Okay, cerita pasal deliver my third baby ni tak ada lah thrill sangat macam Jasmin dan Adam dulu. Kelahiran kali ini paling senang dan sempoi. Very fast. Fast and furious. Hewhewhew.


Appointment dengan doc ishak, jumaat 7 jun, pukul 12 tengahari doc bukak jalan. Doc suruh balik rumah dulu dan datang semula ke hospital pukul 10 malam nanti. Dan petang tu, my sister standby jadi rescue ranger sebab Razi dah shoot ke site.


Oh, cerita sedihnya pulak, on that day juga, ai should go for an interview as a designer from one of Oil& Gas company kat Jalan Tun Razak. Planning to go for the interview in the afternoon after the check up, tapi Tuhan itu penentu terbaik. Ai let go cenggitu je. Sobs.


Contraction masa di rumah tak da lah berapa nak terok sangat. Sesekali terasa menyenggat-nyenggat di pinggang dan ari-ari. Baby movement pon dah tak berapa nak rasa. Saya rileks lagi. Surf the net, sapu-sapu rumah, packing stuff nak bawak ke hospital.


Sempat lagi petang tu ajak my sister gi bank jap dan lepak makan-makan sebab baru teringat tak makan lagi tengahari tadi. Contraction masih tak hebat lagi masa ni. Masih boleh berjalan sana-sini dan rasanya elok banyak bergerak, supaya cepat bukak jalannya.


Pengalaman kali ni, paling susah, nak tinggalkan Adam dengan neneknya. Dah biasa tidor tepok perot, garu kaki, garu belakang, garu kepala, berkepit sebelah ibu, tapi malam tu, Adam kena tidor dengan nenek. Last-last, pukul sebelas baru sampai hospital.


Check in di ER dan misiku Kuza terus tolak ke Labour room naik wheel chair sebab contraction dah kerap sangat. Time ni memang dah real sakit. Masa Jasmin dulu saya dapat Labour Room 1 tapi kali ni saya ditolak ke Labour Room 4. Sangat pack okay. Malam tu, ibu-ibu bersalin macam passing batton. Sorang keluar, sorang masuk.


Maybe ramai yang prefer untuk bersalin di KPJ SSH Seremban sebab package bersalin di sini yang berpatutan. Even my ex-lecturer pun sanggup datang check up di sini setiap bulan dan bakal bersalin di sini juga sedangkan dia tinggal di Serdang.


Okay, dalam labour room, misi terus cucuk water drip kat tangan, masuk ubat bontot bagi buang air besar, tukar baju seksi hospital, filled in forms apa yang patut dan Doc Ishak datang ke labour room around 12midnite camtu. Check VE, dah 3cm, terus dia pecahkan air ketuban.


Doc estimated ai possibly akan deliver around subuh cenggitu; so dia nak balik rumah dulu, tido agaknya. Tapi misi sangat efficient, every 15 minutes cenggitu dia akan naikkan reading kat machine drip water tu. Setiap kali dia tambah tu, makin kuat contraction saya rasa. 


From Razi's view.
Bila dah tak tahan, misi offer jab ubat tahan sakit, at first ai tolak, no need of that, still boleh handle the contraction pain lagi, tapi around pukul dua camtu, saya serah kalah, misi terus jab ubat tahan sakit kat montot, dan bagi masuk ubat tahan muntah kat water drip, terus rasa high dan rasa contraction pain tu kurang. Diri terus rasa melayang-layang, dapatlah lelap mata sekejap, dalam pada tu, contraction pain makin kerap datang menyinggah.

Hewhewhew nampaknya estimation doc silap. The fully dilation to 10cm takes only 2 and a half hour and after 4 times pushed, and the baby is amazingly in front of my eyes at 0242 am. Shooo small baby, weight 2.76kgs, 50cm in length.

The graph of my contraction and Razi by my side.
Razi tak pernah failed untuk jadi peneman dalam labour room. Tiga kali beranak, tiga kali juga dia ada di samping saya. Tak pernah gentar bagi dia. Lihat sendiri kesakitan saya. Mungkin dia peneman di labour room terhebat dalam dunia. Kali ni dia tak perlu tunggu lama untuk sama-sama menunggu kelahiran bunga cinta hati kami. Mudah katanya.

Mudah aja dengarnya kan. Sekejap aja prosesnya. Sekejap aja sakitnya. Itu lah rezeki saya kali ni. Tapi saya tak nafikan, sakit nak beranak ni tak boleh nak lawan mana-mana sakit dalam dunia ni. Tiga kali beranak, tiga kali lain-lain pengalamannya.


Alhamdulillah, Orked tiada apa-apa masalah. Sihat tubuh badannya. Cukup sifatnya. Semoga Orked jadi anak yang solehah, yang baik hatinya, yang elok budi pekertinya, terjaga akhlaknya bukan sahaja dari perbuatannya malahan kata-katanya, dan menjadi kebanggaan kami sekeluarga. Kakak Jasmin dan Abang Adam juga sayang Orked.


Nur Orked Adelia, 2 days of life.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

Friday, 7 June 2013

Semalam, 27 Rejab.


Peristiwa Israk & Mikraj aku ambil buat pedoman untuk perubahan ke fasa yang baru. 
Cerita Razi & Lily tak pernah habis.
Sudah enam tahun Hijrah.
Siapa kisah. Siapa pedulik.
Masih bercekau.
Kadang-kadang bergurau.
Menyakat tak payah cerita.
3 anak membuktikan cinta.
Mintak-mintak tuhan izinkan soap opera laki bini ini di atas muka bumi ni dua tiga pat kali ganda lagi tahun-tahunnya.
In shaa Allah di Jannah ditemukan juga.
Huuuuuuuuuuuuuu...... monologue seorang bini kepada lakinya. 

Friday, mintak bless Mu Ya tuhan.
Jalan dah buka, contraction dah ada, tunggu malam aja tiba, berjumpa kita nanti Cempaka Sari, In Sha Allah.
Dis morning check up, doc Ishak tak tunggu apa lagi dah, baby pun dah kurang gerak, rasanya dah bolehlah dibukakan jalannya.
Okay, saya nervous.
Tonite kena standby dalam labor room.
*nangeeesssssss*

Ini dia hikmah Tuhan beri. 
Saya masih ingat apa yang jadi setahun yang lepas. Walau hati masih sakit, saya tahu saya gagahkan juga, demi anak-anak.
Walau hati pendam seribu bagai rasa,
kerana anak, aku teruskan juga.
Tuhan tak pernah silap dalam ketentuanNya. Cuma aku laki bini yang terlalu merancang untuk jadi terlalu sempurna sampai laki bini ini lupa, ada lagi yang paling atas dalam diri kami.

Sekali ini, tuhan dekatkan lagi aku bersama Razi, semua kerana lillahhitaala.

Sorang merati, sorang captured the moment, sorang non stop kicking! Cukuplah! Syukur padaMu Tuhan. Tak pernah meminta-meminta, tak pernah ada rancangan, tapi rezeki anak yang kau beri aku tadah dengan tangan terbuka. Mintak dihapuskan dosa-dosa ku, diterangkan kejahilan hatiku dan meredhai segala apa jua dugaan dan ujian yang kau beri. Manis hikmah di pengakhirannya.




Rabbi yassir walaa tu'assir 
Rabbi tammim bilkhair.

Tuesday, 4 June 2013

Still counting; I'm Nervous!

Minggu ni saya mengeluh panjaaaaaannnngggg. Tarik napas, turun napas. Tarik napas, turun napas. Hmmpphhhhhhh...

Nak buat apa pon tak semangat; even to check my email. Haih. Sory to mommy fara sebab baru semalam dapat reply her comment. Semoga asthma Aydin ada kurangnya dan jumpa cara untuk kesembuhannya. Aamiin.
 
Kalau ikut kiraan doctor, minggu ni dah 39 minggu. Kaki dah bengkak. Tangan dah bengkak. Muka dah sembab. Berat dah tak naik. Baby's kicking pon dah tak berapa nak hebat. Mengeras every hour. Uri dah matang, the water still okay, baby's weight about 2.7kilos.

Bila dah sampai hari ni, memang buat semua benda salah. Duduk salah, baring salah, berjalan laaagiii laaa tak larat. Pregnancy kali ni banyak betul terasa sakit sana sakit sini. Berbeza dengan Jasmin dan Adam dulu; Tup tup dah keluar tanda sampai masa push push, baby pop out!

But this time, ai experience different things. Sakit dah ada sana sini, pinggang ni toksah cakaplah, only God knows! Saya belajar untuk jadi orang yang sobar dan redha sebab baby tak ada tanda-tanda nak pop out anytime soon but as for doc count, my EDD should be on the 10th of June.

Akan ada last check up this Friday, and if there is still no sign of labour or contraction or dilate, doc Ishak akan bagi tarikh untuk induce. Doc dah suggest since last Saturday lagi, but for a second thought, maybe i should let it be happen in natural way. Unless, there's still no sign, so i have no choice other than induce. Okay, first time experience, why not! Positive lily, positive!

Dah masuk minggu kedua berehat di rumah. Tak mo amik risk on the road, so i took early leave from work so that if anything happen, ai dah all set in Seremban.

Dah move in back to my sister's house dari start cuti hari tu, since Razi pulak yang kena travel kerja jauh dis few weeks. Nasib mommy dan babah dekat, anything happen, 911 them first! *ding*

Oh, saja nak kongsi, siapa yang biasa buat check up di KPJ SSH Seremban, kalau buat appointment check up dengan doc ishak, nak tunggu turn sampai, tok sah cakaplah; even u dtg pkl lapan pagi klinik baru bukak, dah ado sepuluh nama on the waiting list. Very demanding doctor i must say!

So while waiting for turns, godek gogek apps kat phone and this is Jasmin make over guna Perfect365. Sangat dasyat teknology sekarang, hidung penyek boleh macung, pipi lebar boleh jadi tinggi, dagu kontot boleh jadi runcing, kening ada tak ada boleh tebal berapa inci nak, eyeliner, blusher, mata hijau biru kuning coklat semua ada.

P.S. Cuma gigi tak boleh nak alter, pakai lah apps apa pon, tang gigi Jasmin ni memang tak boleh nak buat apa. Hewhewhewhewhwe. 



BEFORE
AFTER






Ya Hayyu Ya Qayyuum, birahmatika astagheethu. 
Aslihli sya'li kullaha-- walaa takiluni ila nafsi-- turfata 'ainin 

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, 
Wahai Tuhan Yang Maha Memasak kami, 
Dengan rahmatMu aku mencari bantuan dan perlindungan, 
tolongi aku dalam apa yang aku kerjakan setiapnya-- 
dan janganlah ditinggalkan aku ini bersendirian dengan cuma diriku-- 
walau dalam sekelip mata cuma. 

Rabbi yassir walaa tu'assir, rabbi tammim bilkhair. 

Tuhanku, permudahkanlah dan janganlah dipersulit, Tuhanku tamatkanlah dengan sebaik2nya.

Sunday, 5 May 2013

Another flower's blooming in the garden....

Mengantuk. But can't sleep. *yawn* Badan letih but this mind just can't shut down. 

Different to the kiddos, they all, system shut down automatic sharp at 10pm.

Since that i can't sleep, so it's better for me cerabeh sikit-sikit di sini. At least, my brain will get exhausted dan automatic kejap lagi after update this entry, it will easily shut down tanpa paksaan. :)

Today, i had my pregnancy check up. As up to date and, my baby now is 36 weeks and 2 days. Previously, my two kids, i deliver at 38 weeks, so Dr Ishak said, in shaa allah, this time also going to be the same, means dat two more weeks to go and probably I'll be deliver in mid-May. Oh gosh! Atotnye kitee....

Anyway, the good news is the baby dah engage. Baby is fine but a bit small tapi sesuai dengan my body figure. Weight about 2.5kilos and the heart beat also fine. 

My lil'one was sleeping this morning when we did the scanning. So not much movement yang dapat kami observe. Anyway this print out is quite funny untuk kami.

Tido tapi mulut melopong. Tak senonoh anak dara ni!
And yes, 2nd flower's in #lyraz garden. My puspawangi cempaka sari. :) 

At last can see the "big-mac" after few attempt meninjau the baby's gender before this. Dr Ishak tried to be funny today by calling my baby genitals as "big-mac" and as always, razi still blur blur. Haha. Gud one doc!

Happy to see u today baby sebab dah dua bulan tak buat scan and we gonna need lots of pink jumpers okay. And let's go for retail teraphy dis Monday cos Selangor cutttiiiiiiiiii! Yeay!

Wednesday, 28 November 2012

Wake Me Up When September Ends.....

...October also, and November also...

Hello Belog.

Lama aight menyepi. I had a beeerrrryyyyy long hibernation since to what has happened to me last August especially on my father's critical health condition that month. No mood of belogging and summore, kekangan tugas kat opis, pile of drawing to be completed for submission and of cos everytime nak kejar deadlines. Even my leave's pon dibekukan due to this current project.

Macam tu lah golongan marhaen macam ai yang makan gaji ngan orang. Hectic! and pathetic!
 
So sad; no Hari Raya stories for this year, no jalan-jalan stories, no makan-makan stories, no sakit-hati-makan-hati version-of-stories (Eh?), no more my Jasmin and Adam stories and milestones updates, tup tup dah cerita pasal yang coming soon baby pula. *wink*

Well, actually ada juga few updates, but that one just a very general one, something for my own motivation and reference masa depan anak-anak.

Okay, tiba-tiba dunno where to start first. Huuu...

Okay, hari ni or lebih precise lagi minggu ni agak bahagia sikit di office sebab manager and engineer masing-masing outstation. So dari Isnin ingat nak update entry tapi time was running fast on Monday. Reached office quite late that day sbb nak siapkan tuan puteri banyak perintah ke school holiday camp dia so by the time reached office kena update my list of things to do and borak-borak itu ini cerita pasal hal negara with office mate, dan tgk jam dah lunch time. Dan.............. tiba-tiba, masa dah time untuk balik. Cemburu betul masa dengan saya. :)

Semalam tried to start my entry but halfway berhenti sebab sibuk godek itu dan ini dan hari ni sambung lagi menulis.

Okay, itu cerita di office yang dah nak masuk setahun berkhidmat. Macam tu lah lebih kurang routine-nya hari-hari. Masa bergerak super-fast di sini. Tamo cerita hal kerja banyak-banyak, nanti cliche.

Alhamdulillah, things are getting better day by day. Owh, we have moved-in temporary to my sister's house since last September selepas kejadian "khianat mengkhianati" berlaku dalam kehidupan ai yang sangat epic untuk diceritakan bagi tahun 2012 ni.

Tak mengapalah, we both now kena redha dengan apa yang nak berlaku sekarang dan masa depan. Means that if ai still can tolerate with someone yang dah robek-robekkan hati kita, so u have to be vice versa lah. Me is very simple one; my deal is, take it or leave it.

Telan la mana yang mampu. Baaaaannyyaaakkkk hati "orang-orang tua" yang perlu dikisah-kasihkan. Dan anak-anak. Doa dan serah semuanya pada Tuhan. Sebab bagi saya sekarang, Tuhan itu perancang terbaik. Baik atau buruk semua ada hikmahnya.

Hokayyyy, itu je up close and personal dari hati saya. Nanti tulis berjela dah rope diari kehidupan pulak. Not every single thing, love and hate, hidup dan mati, dalam hidup kita ni nak di share dengan public. Tak perlu sangat!

Anyway, my heaven on earth dah 90% complete dan inshallah by January or early February next year akan dapat kunci.Yeay!

My Jasmin dah 4 tahun and she grown up to be such a cranky kakak nowadays. Sangat banyak ragam dan kerenahnya, memang sebakul! Abahnya memang tak kuasa nak melayan.

Saya masih ingat masa awal saya start belog ni, Jasmin baru 11 bulan. Banyak milestone dia yang dapat saya simpan dalam belog ni dari merangkak, bertatih dan berjalan. Semua ada.

Dan as up to date, macam-macam cerita sebenarnya kalau nak ikutkan pasal Jasmin ni. Mostly tentang aktiviti sekolah Jasmin, her fancy dress contest bergaya dengan kebaya nyonya, her school concert and her role play dalam short drama, her school graduation day dan dapat trophy best cheerfullness 2012 dalam class , perkembangan dalam pembelajaran dan of cos juga cerita Jasmin dengan adiknya, Adam. Eh tak lupa juga, the latest one, when she had her first hair cut at the saloon. Before this nenek yang potong rambut dia. Juga tak lupa tentang my upcoming baby, she requested a baby girl!

Nur Adriana Jasmin; 4 Strawberry, 2012

Adam Muhaimin, 2012
My Adam? Sebenarnya tak banyak cerita pasal Adam kat belog. Adam grown up very fast. He is 1.5 years old now. Cakap sepatah apa pun tak boleh tapi sangat faham bahasa. Masih dengan selimut busuknya. Hisap ibu jari tak tinggal. Anak omeh abah eeee. Tak geng ngan Ibu sangat sebab kakak always jealous everytime nak manja-manja ngan Adam.

Seingat ai, only ada few entries on Adam's milestone on the early months after deliver, at least ada la few entries tentang perkembangan dia. Dan gambar 1st birthday party Adam pun tak direkodkan. Haih la Adam. Nanti Ibu buat back-dated entry utk Adam okay. Poomiiissshhh! ;)

Annnnddddd not forgetting my new baby's updates. I'm currently 14weeks+ preggy. Ini tak dirancang. Semua tuhan yang bagi. Alhamdulillah. Apa yang Tuhan beri cepat atau lambat, banyak atau sedikit, saya bersyukur, dan mampu atau tak, itu ketentuan tuhan. Saya tak nak dianggap kufur nikmat kalau mengeluh dengan rezeki anak ni.

Alhamdulillah, rezeki juga makin murah. Urusan juga dipermudahkan.

Tapi yang menariknya, two weeks before i know i'm pregnant, ai sempat panjat Broga Hills. Terel!

Biasalah, kalau early pregnancy, segala perubahan hormon dalam badan buat diri jadi tak stabil, nausea, fatigue, drowsy, dan kali ni muntah-muntah almost everyday. Dalam kereta tengah drive pun boleh muntah. Sangat different compare to Jasmin and Adam. The sickness only come late evening dan bawa sampai ke malam. Lucky me morning no sickness so boleh bekerja with full of energy! Jyeah!

Anyway, hope baby's condition will be fine sampai deliver nanti. Ammiiiiinnn.

But most of all, perkara yang paling buat saya jatuh terduduk apabila saya berdepan dengan situasi yang saya hampir kehilangan bapa saya last August. Heart attacked dan tiba-tiba sesak nafas, terus masuk CCU unit, he's in very critical condition, 50-50 chances to survived, hanya 2% of pulse left and doctor had to sedatize him to stabilize him dan had to depends on the life support machine, wires was all over his body. and I even saw how the nurses and doctors tried to save him, macam nak end of the world rasanya. Sigh. Sangat dramatic. Only God knows how I felt that time.

Doa, redha dan tawakal. Anyway, he is okay now. Berrryyyy stubborn man. Masih sibuk buat lempeng pisang kelapa setiap pagi tanpa jemu. Haih. Now I know ai inherited this stubborn dari siapa.

Untuk itu, apa pun dalam hidup ni, ai have to bear always in mind, apa yang ada pada kita sekarang ni semua milik Allah SWT. Tiada apa yang milik kita selamanya. Semua milik mutlak Allah SWT.

"Hidup dan mati ketentuan Allah and I don't afraid of my faith" Kate;LBS2

I have reached my sky! - Broga Hill, 14Oct2012

Tuesday, 20 November 2012

Hanya Engkau....



Hanya Engkau yang bisa
Hanya Engkau yang tahu
Hanya Engkau yang mengerti
Semua inginku




Monday, 18 July 2011

How I feel on Adam's 22nd Day of Life

Oh what a beautiful day! Ekceli nak sedapkan hati cos kena ragging dengan Adam tak bagi tidur. Schedule harian yang penuh dengan aktiviti untuk Adam, Jasmin, hubs dan diri sendiri. Hari ni dah hari yang ke 22. Time flies super fast. Dah seminggu berdikari di rumah sendiri setelah dua minggu confinement kat rumah parent. Rasanya dua minggu cukuplah kot untuk mommy tolong apa yang patut dan rasanya sekarang ni dah kuat sikit untuk berpantang di rumah sendiri.

Dunia dah amaaaaaannnnn.......
Berpantang kali ni lain macam sikit sebab dulu nak kena jaga Jasmin sorang je but this time I have to handle two babies. For me, Jasmin is still a baby, “baby tua”…. still need to help her mostly on making her “nenen”, toilet activities, but the rest she knows how to handle herself. And also she is very helpful helping me ambik diapers, buang diapers, ambilkan botol susu, ambilkan kain lap and mostly sangat helpful untuk “kejutkan baby with her shouting!” 0.o

Oh, last wednesday we went to clinic sebab need to do check up on breathing Adam yang berbunyi-bunyi and cause him not to sleep very well at nite especially. It happened lately dua tiga hari sejak balik rumah. So, last nite ajak hubs gi jumpa paed and Alhamdulillah bukan sebab blocking paru-paru atau selesema, it just that Adam's esofagus still sempit sebab badan dia yang very tiny. So far paed ckp it will last untill 6 month to 2 years, depends dengan pembesaran bayi itu sendiri. Lega rasanya bila paed dah cakap macam tu. And now, whenever Adam wants to sleep, he would prefer to make his head a lil bit tinggi and of cos bantal ibu dah officially jadi bantal Adam nak sendal kepala, Jasmin pun dah officially ambil satu bantal Ibu and now what's left for me is bantal yang dah leper langsung tak empok nak letak kepala mahupun peluk-peluk (ehe bantal "alami" pulak langsung tak boleh nak dekat buat masa-masa begini).

Jaundice Adam still ada lagi but not really ketara but still worries me. Last two weeks blood test the bilirubin count was 200 and actually tinggi juga jaundice tu. Due to three times nurse dah ambil darah Adam, so I decide no more blood test for Adam and last check up dengan misi puncanya maybe disebabkan oleh susu ibu itu sendiri. So, I just have to make it dissapear sendiri and have to BF him frequently. 


Rasa-rasanya, dah macam-macam dibuat untuk hilangkan jaundice Adam, bagi susu kambing, jemur matahari pagi, air anggur, mandi herbs bunga batik, buka lampu bilik 24/7 and last option hubs dapat carikan air zamzam, however, the jaundice masih degil tak nak hilang-hilang. Tawakal dan redha je lah, doa-doa cepatlah jaundice Adam hilang. Kalau bilirubin count die >240 boleh la admit, ni takat atas pagar jer, doc pun susah nak decide nak admit ke tidak. Paling tidak, kena ambil darah everyday, uuuhhhhh no way! But dis week still need to do blood test for Adam to make sure the bilirubin dah turun pun at least ke 150....

Hurm.... lagi dua minggu dah nak Ramadhan, rasanya dah macam-macam benda dah set up dalam kepala how to handle the fasting month. Nak prepare sahur, prepare juadah berbuka, rasa macam nak buat kuih raya, nak carik stock makanan for the whole month, nak carik baju raya, nak kemas rumah yang berabuk, nak buang barang-barang lama yang dah tak berguna, nak jaga anak lagi, nak jaga suami lagi and BIRTHDAY Jasmin will be next month and I still didn't figure out the "cibin" pix to make the edible image to be put on top of the cake. Haiiihhh~~~~


aaaaaannnnnddddd pejam celik sekejap aje dah nak masuk office!

Wednesday, 6 July 2011

Sepahit Peria, Semanis Madu

Salam....

Pilih yg mana satu;
yang buruk itu kadang2 mendatangkan kebaikan....
dan yg indah itu kadang2 menyakitkan...

Pengalaman itu mematangkan...
Kepayahan itu juga mematangkan, dan juga menyedarkan....
Tidak sukar berkongsi kegembiraan dengan orang lain tetapi kesedihan diri kita buat orang lain menjauhi, bagi saya itu lumrah hidup... tetapi hidup perlu bersyukur, baik atau buruk, perlu sentiasa bersyukur, jangan pernah mengeluh kerana apa yang diberi oleh tuhan, semua ada hikmahnya...

Alhamdulillah, dah 10 hari lalui kehidupan bersama-sama dengan baby baru. Insyallah, harap hari-hari yang seterusnya dapat dilalui dengan suka dan gembira terutama dengan kehadiran anak lelaki di dalam keluarga.

Now still under confinement, saya target 100 days but at least minimum pun saya akan hadapinya for the next 45 days. Maternity leave tak lama macam orang gomen, 2 bulan aje, so saya rasa pejam celik pejam celik dah nak masuk kerja balik, even hari tu baru 4 hari deliver pun, office dah call nak tanya berkaitan kerja. Itulah payahnya bila bekerja menggunakan skill yang kita ada dan tak ada orang lain nak replace, alamatnya tunggu la lepas raya baru saya layan all the querries.

Sedar tak sedar, kita sebenarnya dah habis separuh dari tahun 2011. Tahun ni buat saya sessssssssak napas sedikit tetapi with all the effort, all the strived and struggle, Alhamdulillah, it's all worth it. 2 achivement for this year saya managed to pursued, having my own house and having my new baby boy. God really treat me well.

Tidak akan datang yang mudah jika kita tak merasa yang sukar terlebih dahulu. Itu apa yang saya rasa for the past 6 month. Ke sana ke sini, dengan perut membuyung, buat muka tebal, tanggung segala sengsara menderita makan hati bagai, at last, kepayahan saya berbalas. Fuhhh, lapang dada sedikit.

However, my journey tak stop sampai sini sahaja. Ada masih tinggal satu lagi target yang saya nak achieve tetapi sehingga sekarang masih menunggu keputusan dan jawapan. Sekiranya ada rezeki untuk itu, Alhamdulillah dan bagi saya, cukup dahulu untuk itu this year dan mungkin saya akan buat target baru untuk tahun hadapan kalau tak ada rezeki untuk itu, to achieve more and more great achivement. Maybe on decision to further my study, posses at least a degree, to "show of" to both my kids in future (ekceli more to inspirasikan mereka, how hard our life is, a study has to come first, and I want them to have at least a degree for the family, Insyaallah) 

Rasanya macam-macam benda nak kena diatur selepas ni. New schedule for a new company. Mana nak carikan kindergarten untuk Jasmin, mana nak hantar baby bila dah start kerja nanti. New financial arrangement, new daily schedule untuk divide my time between career and family, decision on how long should i breastfeed my baby, or should i start formula milk after three month, nak fikir kehendak hubby lagi, kehendak Jasmin lagi, uhhhh macam-macamnya.

Owh, last week Israk Mikraj genap 4 years LyRaz bersama-sama dalam satu kapal. Alhamdulillah, banyak cabarannya although only 4 years, however, terbalas segalanya bila dah ada penawar hati baru dalam kehidupan kami berdua. Kejap bercekau, kejap bergurau, biasalah tu, saya manusia biasa, memang tak pernah lari dari kesilapan, hubby juga begitu, kena redha je lah kalau dah nasib dapat yang begitu dan begini. Yang penting hubungan itu makin kukuh dan erat dan memang tak percaya saya dah ada dua anak and of coz lopeh ni tanggungjawab dah semakin bosar!


P.S. Today when Jasmin ask me to put back the baby inside my tummy really making me speechless, tak tahu nak explain macam mana lagi, last-last Jasmin end up saying 'Tanak kawan ibu!' Pfffftttttt~~


Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati (25:63)

Thursday, 2 June 2011

Huuuuuu.....I am counting the days......

Okay, I am now on my last of trimester, final month of pregnancy, almost 36months and it's getting much more scarier compare to Jasmin last time.

Okay, im on leave today, resting at home, it was all because yesterday while i was on my retail teraphy for my baby stuff, suddenly perut cramp sgt-sgt. So today just lying on bed and doing some house chores and preparing my baby's room and washing some baby's cloth and starting Jasmin's toilet training (sigh! not exactly a rehat actually cos still need to do load of things before I start my two month maternity leave)


So far Alhamdulillah, Jasmin is doing fine for her toilet training and right now enjoying her time watching the BabyTV cartoons. Only one time je wee-wee kat dalam seluar tadi but second time she told that dia nak kencing and rushed ibu and jasmin to the toilet. I just let her pakai her seluar "katok" je for today so that hubs will not complain coz byk sgt baju yang nak di basuh (oh, he is such a great helper!) And just now just finish helping Jasmin wee-wee kat toilet, dah second time and she's doing fine! Hooray!

And back to my cramping perut which happened since yesterday, my mom ask me to see mak bidan so at least mak bidan boleh betulkan perut sikit-sikit. Actually nurse dah pesan hari tu, no mak bidan tapi I dah tahan sakit sangat, back pain, cramp perut, baby stretching and kicking macam terselit. Ohh, byknye ragam baby kali ni.

And actually my baby now is on breech, tranverse lie position. So the baby actually dah sengkak my tulang rusuk and when he kick my tulang rusuk, fuuuuhhhh, Tuhan je yang tahu sakitnya macam mana. I do feel sikit-sikit contraction macam dah nak bersalin tapi tak kuat sangat. Tapi the pain still buat I menderita..... Ouuchh!


My baby position right now buat I tak tentu arah, worry sgt-sgt cos takut I need to go for a c-sect. Oh, peliiisssss, minta jauhkan lah semua itu, let it be normal... I'm praying hard since last two weeks bila dapat tahu baby breech, tapi ketentuan Tuhan kita tak tahu...


Hope everything will be okay bila time dah sampai nanti. And hope the GH doc and nurses semuanya akan baik-baik treat me nanti. *wink*wink*


And now Jasmin knows how to love the new baby "Ally". She love the baby very much, every morning when we sampai nenek house, Jasmin will kiss the baby first. Such a caring kakak and so penyayang pulak, hope she can do the same to her new baby brother soon. Amin.




P.S. Selamat menempuh bulan Rejab, bulan yang penuh keberkatan.




Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Wednesday, 19 January 2011

Apa yang perlu, apa yang tidak......

January or perhaps 2011 wasn't a good start for me though....
I know I've been shoooo quite lately, derrgghhhh....
Feeling a bit down and a bit so-not-like-lily-always....
Have to accept the fact that my mak kucing has leaving me without saying any goodbye (bau bangkai eee pon takdo!sob!)
and have to accept the fact that there was a one tiny-miny-2cm fibroid in my uterus, very near to my baby.... sigh~~ 
and "amazingly" yesterday I just had a food poisoning + gastritis and almost warded...
And until today I'm still having the pain in my stomach...
And the sickness of nausea & fatigue & dizziness still occured in the evening after work, it's stresses me out a lot!


Sigh!SighSigh!
What a month!  


What stressed me the most is my fibroid issue.
Dr Ishak conformed me on my last visit on the 8th Jan telling that there was a small-like-fibroid on my uterus wall. Dr Ishak told it wasn't going to be a harmful or serious case as the fibroid size will decrease when the baby's is getting bigger. After all, it still scares me enough!


On my reading, for some serious cases, it will effect to the mother itself and also to the baby as it will increase the risk of miscarriage if the fibroid cling to the baby.


"Bagi wanita mengandung pula, fibroid boleh menyebabkan komplikasi termasuk keguguran, sakit bersalin sebelum waktunya dan kesakitan akibat daripada infarksi yang berpunca daripada kekurangan bekalan darah atau menyebabkan kedudukan bayi tidak normal dan terpaksa menjalani pembedahan Caesarean semasa bersalin." ** www.intim.wordpress.com


Complications of Fibroids During Pregnancy 
**http://www.pregnancy-info.net/fibroids.html
Though fibroids tend to grow in size during pregnancy, it is unlikely that they will cause you any symptoms. Some pregnant women do experience minor symptoms, particularly pelvic pain and light spotting. This is especially common if you experience fibroid torsion, when a fibroid growing on a stalk begins to twist. However, most pregnant women will not even know that the fibroids are there.
Most pregnant women who have fibroids will not experience any complications with their pregnancy either. However, fibroids during pregnancy do increase your risk of miscarriage/ preterm labor slightly. Occasionally, complications can arise if your fibroids become very large. Complications can include: or
  • postpartum hemorrhaging
  • obstructed labor (if the fibroid grows into the birth canal)
  • fetal malpresentations (sometimes fibroids grow into the uterus, forcing your baby into an unusual position)
  • stalled labor
  • cesarean section
 
So on the 13th Jan, on myself consciousness of this fibroid-thinging takes me to have a check up in government hospital. I have made my antenatal check up at Klinik Kesihatan near my house to ensure and back up me if there's any possibility might happened in the future. Frankly said, it is beyond my ability to have a C-Sec in private hospital as it will cost me a thousand RMsssss. (baik den simpan duit pegi makan angin)




Beraninya kita kerana kebenaran
Takutnya kita kerana kesalahan
Peritnya rasa kita kerana pengalaman
Tegarnya kita kerana kepayahan



Ans as for Jasmin development now, it's difficult for Jasmin to accept the fact she'll be having a new company soon.... Still called herself as "adik" even though sudah banyak kali pujuk to called herself as "kakak"



p.s. Dari Abu Zar r.a., dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda; "Seorang lelaki yang menuduh lelaki lain jahat atau menuduhnya kafir maka tuduhan itu berbalik kepada dirinya seandainya orang yang dituduhnya itu tidak seperti itu." - Sahih Bukhari

Wednesday, 1 December 2010

.....when i'm starting gaining a kilo's by kilo's......

Okay, i am now officially 2 month known as preggie-mom and P.S. i am "successfully" gaining my weight too!  

It is quite different when i got pregnant for my first baby as i keep on reducing weight but now it's going vice versa.

So, please don't be suprise kalau in another 3 or 4 months forward, ibu Jasmin will be turn out nampak macam ballon or something. Blame it on the baby's okay, as i'm eating for two now!

Actually, lately, mood nak ber-belog tu dah tak berapa nak ada sangat. Tak tau apa yang nak disenaraipendekkan di sini. Nak hapdet pasal Jasmin, sejak dua menjak ni macam tu je la dia. Oh, Jasmin demam serta muntah muntah dua tiga hari ni (Jasmin yang mabuk-kah? hehe!)

Anyway, memang-lah ter-U-ja sekarang ni kerana good news "itew" but the "sickness" (tak berapa madness lagi) buat semua benda jadi dull and boring and et cetera.... 

Jasmin: o' my gucci! i'm a big sista' now!






p.s. aaaaannndddd Jasmin has become a bit cranky lately... huh! pembawakan..... pembawakan.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails