Showing posts with label marry me razi. Show all posts
Showing posts with label marry me razi. Show all posts

Thursday, 14 December 2017

10th : HabluminAllah wa Habluminannas

Susahnya nak cari my first word dalam belog ni. It's like an annual report pulak since my last post was on November last year. And today ai comeback with my new write up and now it's already middle of December. How time flies and how time really taught me about life.

Life.
Yes, life.
The journey.
Lyraz is now 10th.
Siapa sangka, we have made this far.
Four kids has completed us. A family. 
Jasmin, Adam, Orked & Airis. Yang mana Allah amanahkan dan tanggungjawabkan hingga di Masyar kelak.

Our story is more too beautiful for me to share.
We have been riding the waves, walking on the sands and flying high to the highest sky that we could ever reach. So much of unforgettable moments for me to describe as ai feel that i am the luckiest woman on earth.

Aku tak harapkan untuk kau baca semua ini. Tapi aku tulis semua ini supaya suatu hari nanti, bila sudah tiada jalan for both of us, at least this will make you know how ai still make an effort to make everything good again. 

We have gone through with so many things we can't never predict; from the greatest happiness of our lives until to the betrayal and sadness and beyond it, and through thick and thin, high and low together dan apa sahaja. Sampai satu masa, i thought that nothing in these world could make us apart. Anyway, i'm wrong. 

Aku lupa dan aku leka, above of all, Allah itu yang nombor satu.
Allah boleh bagi bila-bila masa dan akan akan ambil bila-bila masa ikut kehendak Dia.

Aku tak pernah menyalahkan siapa-siapa dengan apa yang jadi pada diri aku atau sejahat mana pun kau sekarang. Apa juga yang aku hadap sekarang mungkin dari kesilapan dan kifarah dosa aku yang lalu dan ini juga adalah kehendah Allah. Sepahit ujian ini pastinya ada hikmah yang manis di hujung perjalanan aku. May Allah forgive all the evil hearts towards us. Buat atau cakaplah apa pun, i've seen all the dark side of them and ai ask Allah to give them more love so that it will heal their sick heart. 

Sept'23rd, 2017
Aku harap kau jumpa fitrah kau kembali. Kalaupun kau harap aku untuk tunggu kau kembali, aku tunggu. Walaubagaimana patah pun hatiku pada masa lalu, patah lagi hatiku untuk melihat anak-anak terus menjauhi aku di masa depanku.

Kalaupun tiada ruang untuk aku terus berada diantara kamu, jiwaku selalu berada di dalam hatimu, anak-anakku. Memerhati setiap gerakmu dari setiap arah tanpa kamu ketahui dan penyaksian ini antara yang akan aku abadikan untuk setiap ingatan memoriku. 

10th.
Sept'23rd, 2017.
No one is sent by accident to anyone. Qada' dan Qadar Allah itu jelas. Hubungan dengan Allah itu wujud. Hubungan sesama makhluk itu fitrah. Dua- dua kena jaga. Kalau lurus hubungan aku dengan Allah maka lurus juga hubungan aku dengan orang-orang yang aku sayang. 

Jalan takwa itu tidak semudah yang aku sangka. Aku tak maksum. Aku juga bukan malaikat. Istiqamah itu tak semudah ayat-ayat pakar-pakar motivasi yang aku selalu kongsikan di socmed aku setiap hari. 

Untuk aku imbas segala cerita indah antara aku dan kau, pastinya tidak akan cukup di ruang belog ini untuk aku luah. Dan ingatan pahit kita juga sama banyaknya untuk aku simpulkan.

Aku tak pasti apa yang kau cari lagi. Aku sudah puas mencari diri aku dan aku sudah pun dapat jawabnya. Tak perlu pandang jauh, semua ada di depan mata; anak-anak kita. 

Ai ask Allah everytime untuk keluarkan aku dari keserabutan ini. Allah tidak akan membebani aku dengan suatu ujian yang mana mungkin aku takkan kuat untuk mengharunginya . And ai believe as same as Nabi Yunus berdoa dan bertawakal, pergantungan kita pada Allah in sha allah will lead us to Jannah.

Everyone wants happy ending story and so do ai. Pray for us. 

Happy new year! 


Monday, 10 August 2015

8th

8th.

Ai wish and ai pray everyday,
may tis' relationship be forever until the last breath we have.



#lyraz

Monday, 22 September 2014

Orked-ku Sakit

Assalammualaikum kiddos. 

Wattudu~~
Phew. What a long holiday. Ai just come back to work today after a long leave last week. 

Thank God my RM and Engineer outstesen ke JB hari ni. So let's beloging kejap cos ai don't have my own sweet time kat opis ni when they around. Of cos they don't mind pon but it's not good lah kot.

Orked sakit. Dah sebulan lebih sebenarnya. 

On off URTI. And due to that, the flu has infected her ears!

Kronologinya, last August, at first it started when we found out macam kudis api sekitar muka Orked. Keluar bintik berair merah gitu sekitar mata dan telinga.

And later she started to have fever.

And of cos diikuti dengan flu yang forever never stop.

Later the flu yang membawa ke demam berbalik-balik.

And now, the flu infected her ears.

Can you imagine how a mother would feel seeing her daughter hadap penyakit bertimpa-timpa macam ni.

You tell me, which mother yang nyenyak tidor malamnya bila anaknya sakit. It was a nightmare for me!

Yes, dugaan besar buat saya. Especially bila kena hadap macam-macam tanggapan semua orang yang dok sebok jadi tok hakim. Well, ai try not to blamed anyone cos every single matters that come to me is only because i am the one yang create it sendiri. Redha je lah.

Saya manusia biasa, not every responsible ai can handle myself but anyway Alhamdulillah, ai managed it wisely. Even what outside people nak kata, hey, this is my shoe, how can u fit ur feet in mine kan?

Anyway, Orked stays in nursery like 8 to 9 hours per day and of cos the baysitter akan look after her dari pagi sampai ke petang saya balik kerja. Ai put my 100% and extra 10% trust on my babysitter as ai don't have any other choices cos ai have to go to work to help my family financial.

No one understand us better except our own family. At this crucial time, ofkos ai need a support and usually ai referred directly to mommy. She have better experience. No doubt! Ai need mommy. I don't know what to do if she's not around.

From the private clinic and later on ai took her myself to KK Seremban pulak hope that goverment clinic can give some good medication and they gave her nebulizer and antibiotics and later gone back to the private clinic and last we went to the ENT clinic. 

Inilah dia, pengalaman membesarkan anak-anak. I can't imagine what happen if all my three kids jatuh sakit serentak. Rasanya ai'll take a year unpaid leave or maybe resign terus. Sigh~ huehuehue.
 
Alhamdulillah, this girl is getting better everyday!
At Dr Ch'ng ENT Clinic, Seremban

And yes, to release all the stress yang datang menimpa-nimpa lately, yesterday Razi took all of us for family outing. Orked haven't gone out since Monday last week except for her ENT checked up on Thursday. Ai preferred her to be stayed at home, well at least to made her feel better.

We went outing to the usual place. A good place to hang out with kiddos yesterday afternoon at Marrybrown Sendayan. Kids love going there cos ada playground yang not so crowded and ai also don't have to worry dengan safety mereka. Anyway, still trying my best to avoid the McD's for the kids as generally i am now practicing myself not to give them fast food anymore. In sha Allah.


And later to Mydin for some shopping and bowling. Yes, Bowling! First time for Adam & Orked but okaylah the place. Orang pon tak ramai. Senang handle anak-anak. Sadly no bowling pictures cos yesterday ai didn't bring my handbag and ai had to left my phone inside my car. Blergghh.

Anyway, it was a good quality time yesterday. There's always a good thing waiting at the end of the road, baik sangka aja lah. Good to see everyone and everything is back to normal again.

To made her feel happy and calm, ai had to change the carbonated drinks to mineral water. Pretending that she's having a Pepsi.
My super annoying adorable little rug-rats never failed to made me scream and shouting at all time. Hahahaha. So much story to share with u guys when u ols grown up nnt.

Sunday, 15 June 2014

Babah

Sebolehnya saya tak mahu tahu hari ini hari apa.
Kalau boleh, nak saya skip aje hari minggu hari ini.

Anyway, ke mana pun saya pergi, jauh mana pun saya lari, kaki saya masih disini, menjejak pada bumi yang nyata.

For me, Razi is always a Razi.
A father to my 3 kids at home.
Masih lagi Abah untuk tiga orang anak kecil di rumah yang masih mentah untuk kenal betapa hebatnya pengorbanan, kasih sayang, dan didikan seorang bapa.

Hebat atau tidak,
biarlah anak-anak nilai sendiri bagaimana abah mereka.

Kerana, 
jujurnya saya dilahirkan dan dibesarkan untuk mengenali seorang prebet polis yang berdikit-dikit berjuang berusaha untuk memegang pangkat Ketua Inspektor di akhir usia pencennya.

Bersyukur kerana aku pernah memiliki seorang babah yang sangat mengasihi anak-anaknya. Yang sebenarnya selalu menjaga kebajikan anak-anaknya.

Seorang yang tegas dengan tindakan dan keputusannya tapi masih disulam dengan kelembutan tolak ansur dalam budi bicaranya. Seorang lelaki yang segak pada mata pandanganku diciptakan untuk mengasihi dan mencintai mommyku.

Seorang yang yakin dan bersemangat untuk menggapai cita-citanya. Masih segar hingga kini, ketika dia duduk bersamaku dan dia bertanya apa cita-citaku walau aku masih kecil untuk tahu apa itu semua. Kini, cita-citaku hanyalah ingin engkau dikasihi Tuhan. Hanya ingin tahu bahawa Syurga adalah tempat untuk arwah babahku selamanya.

First time untuk tahun ini; untuk hari yang istimewa ini.
Tiada lagi makan-makan.No cakes. Tiada lagi sms ucapan.
Namun, doa ku pada arwah babah takkan pernah terputus, in sha allah.

Kini saya masih ada dia, seorang suami dan juga bapa untuk anak-anakku. Selamat hari bapa, Razi!




Pupus Kini Lunak Suara
Lenyap Sempurna, Tiada Terkata

Namun Masih Ada Di Dunia
Pengorbananya, Perjuangannya

Ku Nyanyikan Lagu Yang Kau Laung Dulu
Untuk Sembuhkan Duka Lara Ku
 
Walaupun Tidak Bersua
Bagi Ku Engkau Lagenda
 
Damailah Di Sana 
Bebas Di Angkasa
Lahirkanlah Jiwa 
Abadikan Cinta
Moga Bercahaya 
Di Atas Kurnia
Sentiasa Bersama DenganNya

Monday, 23 December 2013

Taman Bunga Razi


My pokok kesayangan. I have a pair of tis. I had tis pokok since before ai got married with Razi lagi; dari besar tapak tangan ai jaga and now dah besar panjang pon dah dia lebih kurang tinggi Jasmin.
Hari ni hapdet entry yang back to nature sket. More green sharing today sebab nak contra dengan hari Isnin saya yang selalu biru. 

Dah lama entry ni terperuk dalam draft sebenarnya, baru hari ni ada masa nak edit dan publish. Ekceli, ada banyak sebenarnya stories yang ai nak share yang masih terperok dalam draft, mostly tentang my weekend kitchen. :)

For me, ai love trees sangat. And i even love the green.
Yes, something to share, saya pernah bekerja as a promoter lebih kurang dua tahun di nursery pokok bunga Jusco Seremban 2 and ai love the job a lot! Sebelum Razi ask me to resign and masuk site balik jadi kerani cabok. Dergh!

The best thing-nya, tunjuk aja pokok apa, ai know all the name but not the scientific name la kan. Huhu. But now, dah banyak lupa sebab dah lama tinggalkan aktiviti pokok-pokok ni. Now my life lebih focus on my two little flowers dan sekor kumbang yang sedang membesar bagai juara. Hihi.

Ini pokok kesayangan saya juga. Ekceli tis pokok ai took from my parent's house, dan teros suka hati jadi hak milik sendiri. Saya suka pokok ni sebab dia duduk dalam air. Tapi Razi have to make sure tis pokok tak berair sangat to avoid Aedes. Dia dah tak kuasa nak asyik letak Abate je kejenye. :)
 
Okay.
Tis is more to my Razi story ekceli. Not much of his story in tis belog but i think tis hapdet is kindly important for me and my kids; to show and share how much Razi love the green. And how important it is to have something green around us, ye kiddos.
 
At first my botak kesayangan ni tak berapa nak ada hobi. Except one thing, macam semua lelaki lain suka, hidup dan mati dia banyak to sports. Itu aja. 

Infact, masa baru kahwin pon saya tak pernah tengok dia stick ngan sesuatu kerja or benda or nothing interest him much, until one day, when my  pokok kesayangan membesar bagai juara and when ai ask him to change the pasu for me. Since that, he starts to bring back pokok and one pokok he tanam in front of our rumah sewa last time dah macam hutan rimbunnya. 

Itu tandanya, tangan dia sejuk dan seswai tanam pokok-pokok. Orang tua kata~~

Bila dah pindah rumah baru, hopkos dia sangat eager untuk create her own mini taman. Kalau boleh sampai atas Gunung Angsi tu dia nak tanam pokok!


Tis rumput carpet Razi yang tanam with the helped from his friend. Tapi tak berapa nak carpet sangat sebab Razi tak buat waterflow bawah dia, so bila hari hujan, memang banjir kawasan ni. Bila terlebih air, rumput jadi kuning. Itu lah masalahnya buat projek tanam rumput tanpa tauliah. Itu belum campur lagi kalau kucing kencing atau berak atas tuh. Haruuuuu! Wooden deck tu we'ols ambil dari kakak saya. Used stuff orang buang. Elok lagi kayunye except that we need to cat or varnish balik. Someone else's trash can be someone else's treasure keeennnn.
Bonsai kesayangan Razi. Until today, ai never know wut is the price of tis pokok. He never want to tell me and ai don't even want to know, cos if ai know, silap-silap akan jadi tragedy nanti. So better buat tak tahu je dari sakit hati!
Pokok ni pon Razi tanam sepasu. But im not sure apa namanya.

Tis pokok ai got from my mom's garden. Type of keladi. If letak under shades, the green color memang cantik. But mine own tak letak bawah shades sebab pokok yang ditumpang tak berapa nak besar lagi, so the green tak berapa nak menyerlah sangat. Tunggu skeeeet hari lagi.

My father gave us tis; pokok delima. Sangat berguna untuk buat tradtional remedies.

Tis one belong to Razi, he bought tis. Now the pokok started blooming small yellowish flowers. Cantik!
Tis one oso from my father, pokok limau kasturi.  Daun dan buah sangat berguna. Tapi yang tak tahannya, caterpillar besar besar suka makan daunnya. And hopkos sangat best untuk sakat Jasmin. Haha!
And tis pokok dah hidup since dari rumah sewa dulu lagi, now ai dah separate into two pasu, one more ai letak near my room's window. And the pokok behind was from my mak-in-law, absolutely kena duduk bawah shades aja, and need lots of water, kalau tak daun dia akan jadi kuning. My mak-in-law punya sangat rimbun berpasu-pasu dia letak kat belakang rumah under the shades. Hijau hijau gemok gemok. Satu tips dari mak-in-law, nak siram pokok, air basoh boreh tu elok siram kat pokok, hijau daun eeee :)
And tis are some of the pokok hidup ai have it near my TV and also in the kitchen. :)
And datsit cerita tentang pokok-pokok sekitar rumah saya. I'm planning to have a small edible garden behind my house soon. Still collecting some pasu and hopkos my time to work on the project. And hopkos Razi's physical effort is needed untuk jalankan the project. Ai jadi mandur aje lah.... Hehehe!

Friday, 18 October 2013

Travelogue : Residence Desa Lagoon Beach Resort, Port Dickson

View from the balcony
Wah! travelogue katanya.

Okaylah. Sempena tahun melawat Malaysia 2014, saja nak share kat belog pasal resort ni. Sharing for guidance and also sharing my experience to the people out there yang merancang nak cuti-cuti malaysia with family yang sangat berbaloi-baloi dengan harga yang di bayar.
 
We had a great weekend a few weeks back at this resort with le family. Love the resort very  much. It's a resort for family! 

Ekceli it's a short vacay with my family and my sisters and my nephews n nieces. Babah n mommy sampai on Sunday morning before we ols check out.

Ai plan earlier sempena dapat increment lepas naik cuti maternity leave hari tu. Niat juga nak bawak kiddos mandi swimming pool and sambil menyelam minum air, celebrate Razi's birthday. Ai tot nak pergi Morib Gold Coast yang ada theme park tu tapi disebabkan last minit check the birthday package dah sold out, so ai pilih this resort.

Mini-Cuppy-Cake from Wondermilk. Yumz!
Birthday boy! Hewhewhewhewhew
Everything about the resort memang best. Selesa untuk family holiday nak bawak mak bapak adik beradik anak beranak sedara mara. Ai ada google before this ekceli this resort is belong to Petronas but not sure lah betol ke tidak. 

Okay, this resort mereka ada sediakan one bedroom, two bedroom and three bedroom untuk guest buat pilihan. The rooms ada option untuk superior or deluxe and the price of coz berbeza-beza. Ai booked two bedroom superior chalet sebab itu je yang ada masa buat booking hari tu. Anyway, memang chalet dia spacious giler. 

Stroll je all the pictures below and the description explains everything. :)

Living hall area dan pintu kat belah kanan hujung sekali adalah kitchen and the resort provide microwave and electric kettle tapi tak boleh nak masak masak sangat sebab cooking is strictly not allowed.
Alia santai on the couch like a bowse!
Watching area. TV besor boleh tahan tapi channel yang mereka bagi tak berapa nak clear. Memang kijip-kijip gambar eee sobab coverage tak berapa okay. For guys, no worries, ada sport channel. Haha! Oh, summore yang ada pintu terbuka tu, itu tangga nak ke bilik atas.

This is ground floor room with queen size bed. Our room. And kids sume tido atas.
Orked say's the bed is okay!
View taken from the chalet entrance. Kids sebok dan jakun tengok biawak.


Boleh tengok sunset dari balcony yang menghadap laut.

Ekceli bawah chalet ada kolam air dan ada zilliiooonnns of fish. Kids sangat teruja feed them dengan roti. Habeh roti Gardenia sebungkus sedekah kat ikan.
If i'm not mistaken, yang yang belah sanun tu chalet utk VVIP.
The swimming pool is surrounding by the chalet. The pool's sangat best. Nasib Orked tido dan dapatlah tiga pat kali lap petang saturday hari tu. Weeeee~~
Happy kids. Jasmin dan Adam memang budak paling bahagia petang tu sebab dapat berendam lama-lama dalam pool. And yes, Adam lomeh sekejap sobab Abah eee sebok dongan telepon tak abih-abih. Sekian. Dang!
Me with my new hair cut and my shades. Kelasssssss~~~
Morning walk with the kids around the resort.
Tak dapat nak main air laut sebab half way jalan ke pintu gate, Adam dah ajak patah balik. Tiba-tiba takut dengan laut pulak.


Jasmin and such faces.
Big grin from Jasmin sebab dah tak sabar nak terjun pool.
 And for one night stay there, the resort gave us 35RM voucher for breakfast. The Laguna Restaurant have three choices, American, Continental and Malay Breakfast. "Breakfast on the first floor"
The Laki-Bini.
 
Okay, detsit the story of my one night stay and experience at the resort. In sha allah, kalau ada rezeki lebih lagi, ai plan to come again next year. Nak tunggu Orked besar sikit, then boleh campak dia dalam swimming pool. Anywya, kalau boleh, every month pon nak datang spend my weekend kat sini... Hewhewhewhewhew~~

Friday, 4 October 2013

Happy Birthday, Der!




Dear Razi,
Every inches in the world, 
wherever I go, 
there's always one place for me to come back, 
to be always underneath ketiak suami saya. 
Cozy, warmth and secure.

Thanks a zillion
for the never ending kisses,
and the loveable hug ever,
tru the thick and thin of life we had,
and for our three amazing kids,
It's a blessed to have you with me.

Semoga kehidupan terus mematangkan.

Happy 31st Birthday, der!



So take the photographs, 
and still frames in your mind
 
Hang it on a shelf in good health and good time

Tattoos of memories and dead skin on trial

For what it's worth it was worth all the while

It's something unpredictable, but in the end is right,

I hope you had the time of your life.

-Good Riddance, Greenday

Tuesday, 10 September 2013

Hari-Raya-Ku, 2013

Eh, dah lambat ek nak share cerita Raya?
Tapi kat my bloglist timeline bederet je lagi cerita tentang raya sakan walau dan expired Syawal 1314 tahun ni.

Anyway, dis r my short story of my Hari Raya dis year.
All pictures randomly taken from my phone gallery and my siblings facebook.

This year was Razi's turn beraya di kampong at Kg Penajis Tanjung, Rembau.
Rembau sangat sinonim dengan saya sebab mommy juga asalnya Rembau.

Asalnya kami dari suku yang berbeza. Saya dari suku tanah data dan razi pula dari suku biduanda dagang. Masih ingat lagi semasa mula-mula nak bernikah dulu, perkara pertama orang nismilan nak tau, 

"Ekau dari suku mano"

Kerananya, dalam adat pepatih, lelaki dan perempuan di dalam satu suku yang sama, tak boleh berkahwin. Haaaa, nak tau kenapa kena la baca kat sini

Untungnya dis year, cuti maternity leave saya dipanjangkan sampai la ke raya ke empat. Dan hari Isnin raya kelima saya dah mula bertugas dan sampaaaaaaiii la ni baru dapat bernafas sikit sebab busy ngan workload yang tertangguh sebelum maternity leave hari tu dan juga nak siapkan drawing proposal yang melambak-lambak untuk project baru. Hari ni dapat mem-belog sikit sebab manager dah ke Delhi dan engineer dah ke Singapore, dan tukang lukis kat opis ni ber-aktiviti bebas. Hehe!

Back to our Hari Raya stories, we just spent three days kat kampong Razi and on petang first raya kami dah balik ke Seremban. Dis year cemerlang sikit sebab sempat juga beraya rumah jiran-jiran di kampong Razi. :) Seronok the kids dapat jalan-jalan keluar masuk rumah orang and the best part dapat collect duit raya, especially Adam. 

Tapi tahun ni tak ada gambar dengan family Razi, sebab lepas sembahyang raya, pastu sesi salam salam peluk peluk mintak ampun mintak maap, terus orang datang serbu nak beraya. First day of Hari Raya di kampung memang sangat busy. Start dari a day before raya saaaaaaaaaampai la ke pagi raya, mak-in-law is the busiest woman in the kitchen. 

This year ai am shooo busy with Orked. But still ai manage bergabung tenaga with anak dara-anak dara kakak-in-law memasang langsir. Memang itu je la kot aktiviti ku di Hari Raya kalau di kampung. Belum ada peluang masuk dapur mak-in-law time raya sebab bila turn beraya di Rembau, time tu la ai ada anak kecik. In-sha-allah, panjang umur murah rezeki, for the future coming Hari Raya akan ku sibukkan diri ku di kitchen my mak-in-law. :)


Jasmin on the first day of Hari Raya in baby-blue kurung moden. Last minute found it at K.M. Seremban selepas our mission ke PKNS Shah Alam failed sebab baru je jejak kaki kat pintu masuk both kiddos dah start tantrum and Orked suddenly became cranky. Haish!
Sungguh payah nak tangkap gambar ini budak! Baju Melayu Adam dapat di Anggerik Mall, last piece, try carik yang sama untuk matchingkan dengan Jasmin, tak jumpa. Dang! So tahun ni tema raya agak bebas dan we'ols hanya recycle apa yang ada aja.



The kids and mak-kids on the first day of hari raya di Puchong umah Opah. *et, bila la den nak dapek amek gambar cenni weyh?*
2nd Day of Hari Raya with G's family :)
Mommy and Babah and my youngest sister Ica. Raya 2013. Blessed. Alhamdulillah, masih lagi dapat bersama beraya dengan orang-orang kesayangan. Syukur masih dapat beraya dengan kedua orang tua ku. Tuhan, berikan kedua-dua orang tuaku, mommy dan babah, kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kehidupan mereka dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmat-Mu. Aamiin.


And that's it my hari raya stories dis year. 
Alhamdulillah. 
Semua bahagia. Semua gembira. Semua ceria.
Semoga bertemu lagi di Syawal tahun hadapan, in sha allah.



Wednesday, 14 August 2013

WW#39 6th Amazing Wonderful Challenging Years

Aku tak kan
Pernah berhenti
AKAN TERUS MEMAHAMI

Masih terus berfikir
Bila harus memaksa
Atau berdarah untukmu 
Apapun itu
asalkan
MENCOBA MENERIMA
Dan kamu hanya
PERLU TERIMA

Dan tak harus memahami
Dan tak harus berfikir
HANYA PERLU MENGERTI

Aku bernafas untukmu
Jadi tetaplah di sini
DAN MULAI MENERIMAKU

Cobalah mengerti
Semua ini mencari arti
Selamanya takkan berhenti 
Inginkan rasakan
Rindu ini menjadi satu

Biar waktu memisahkan

lyraz 6th anniversarry
lindungi hubungan ini, tuhan.
in shaa allah, till jannah. aamin

Friday, 19 July 2013

Al kisah di Taman Bungaku.

Alhamdulillah.
Orked dah lepas 40 hari.
And same oso for my confinement. Yeay!

So far, she is doing fine.
Malam hari setakat ni masih mampu tidur dengan aman walaupun kena juga bangun around 3am or 4am untuk breasfeed dia. 

She really have a high pitch vocal. Memang kelam kabut jadinya kalau Orked dah start meraung mintak susu. Maybe she learn form her mentor, kakaknya, Jasmin.

Program tidur Orked a bit bertukar after she reached one month. Kalau before this masa dalam hari, most of the time dia tidur aja especially in daytime, but recently she change the routine. Kalau before this, memang senang nak buat kerja-kerja rumah nak masak sikit-sikit, but sekarang ni agak susah nak manage everything. 

But still okay lagi lah. Nasib Jasmin ada, she is the best assistant ever setakat ni. Bolehlah diharap walau kadang tu kena juga ulang tiga pat ploh kali mintak tolong itu ini. *hewhew*


Orked Adelia
For Orked, what she wants now is, kelek-kelek her all the time. Letak aja atas carrier atau atas tilam, terbeliak balik bijik mata dia. Sangat manja dan mengada-ngada ini budak! 

Somehow, what worries me the most, sekarang ni dah lebih 10 hari Orked tak poo-poo. Last Thursday, bila Orked had her one month jab, ai did ask doc izit okay if my baby didn't poo coz it's already lepas 3 days. Docs said that's normal coz for same cases ada yang cecah sampai 10-14 days, as long the baby kentut-kentut, it's fine. Hurm, but until today Orked masih tak ada tanda nak poo tapi bau kentut dia, homaaaaiiiiii~~ *hewhewhew* 

One thing about Orked, dia ni kaki muntah. Haih-lah. After breastfeed and even dah burp pun, letak je atas tilam, after few minutes, dah menguak je sebab mulut baju sume dah penuh muntah. Sama lah juga macam Jasmin dulu. Takut juga kadang-kadang nak biar, takut tersedak atau choked.

Not much rasanya nak cerita tentang progress Orked setakat ni. Ohhh, cuma sometimes sekejap-sekejap, Orked ajak berborak. Paling sangat suka communicate dengan kakak Jasmin sebab Jasmin talks more than her Ibu! Haha! That's amazing, especially when she makes some baby's sound, shoooo cute! 

Inilah dia pengalaman sekali seumur hidup. Pengalaman membesarkan anak-anak; susah senang membesarkan anak-anak dengan tangan titik peluh kita sendiri. Tak lah kata ai tak pernah mengeluh dengan 1001 ragam kiddos ni tapi when I'm alone, i start to think, hurm, not bad, ai manage to raise all my three kids with my own hand. Still manage to do the housework, commitment with my kerja lagi then later nak layan kerenah anak-anak lagi. Walau sometimes tak lah steady mana, yelling at the kiddos, bertompik suruh itu suruh ini trying to stop 'em when they start to fight, but Alhamdulillah, everything goes well.

I wonder how mommy raised us adik beradik 6 orang. Both my parents bekerja punya orang, tak pernah ada maid, cuma sometimes Opah datang membantu menengok-nengok apa yang perlu dan even mommy dan babah bekerja mengikut shift but somehow they managed to build the family even tho ada juga hiccups sana sini but the family still growing, still together.Tak pernah sekali seumur hidup saya dengar terkeluar dari mulut mommy kata yang dia penat jaga kami semua.   

Semalam malam masa nak balik rumah lepas berbuka, selisih di luar rumah masa mommy baru sampai dari ambil ayam di pasar nak meniaga esok di bazaar ramadhan, tergamam dia tengok Adam dan Jasmin bercekau dalam kereta berebut tempat, and spontaneously dia cakap;

"Korang masa kecik-kecik dulu tak de macam ni pun."

Saya sengih. Dalam hati "Alahaiiii miii...."

Ai should learn more from mommy la rasanya. Ilmu rumah tangga, juga ilmu masak memasak. :)

Bulan Bintang Semesta Alam, semua untuk kamu, anak-anakku.

Okay, tak selamanya all my kids being a baby kannnnn, one day when they all dahh grown up and when I'm growing older, mereka pulak yang akan jaga kita macam baby. Who knows kan... harapnya gitulah.

Selamat membesar anak-anakku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails